
2 minute read
ITC/HANNAH PEARSON'S
from Santai Travel 93
by Santaidesign

manakala pelancong wanita dikenalpasti sebagai segmen yang paling pesat berkembang dalam pasaran pelancong Muslim.
Advertisement
Berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) MastercardCrescent Rating 2022, Malaysia kekal di kekudukan teratas destinasi pelancongan Islam paling popular dalam kalangan pelancong Islam sebagai sebuah destinasi percutian mesra Muslim terbaik kepada pelancong Muslim dari seluruh dunia.
Justeru, penganjuran 3rd World Islamic Tourism Conference 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Seni &Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ini lebih optimis bahawa penglibatan ramai pihak akan membantu menyokong dan memulihkan industri pelancongan daripada musnah akibat pandemik dalam sektor pelancongan global. Sebanyak 9 sesi persidangan bakal diadakan yang menampilkan 40 orang penceramah dan moderator pada WITC kali ini.
Menariknya, ucaptama khas akan menampilkan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai penceramah pertama. Beliau bakal memberi perspektif menarik mengenai hubungan antara Pelancongan Islam dan impaknya kepada ekonomi melalui ucaptamanya,
Pelancongan Islam Meningkatkan ‘ Keseimbangan, Tranformasi Dan Penyelesaian Dalam Ekonomi Hari Ini’.
Manakala sesi pertama persidangan yang dihoskan oleh Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Melewar, Tunku Dato’ Seri Iskandar Tunku Abdullah akan mengupas topik mengenai ‘Destinasi Pelancongan Islam’ iaitu Uzbekistan, Sarajevo dan Maldives
TEMA PERSIDANGAN "PELAN-
CONGAN ISLAM: MENGINSPI-
RASIKAN KESEIMBANGAN, TRANSFORMASI DAN PENYELE-
SAIAN", TERNYATA MENGIN-
PIRASIKAN PENGGIAT DAN PEMAIN INDUSTRI,
Secara khususnya kesemua penceramah dalam sesi ini akan berkongsi keterujaan yang sama mengenai bagaimana agensi dan persatuan berkaitan pelancongan di negara masing-masing menemui potensi pasaran pelancongan Islam yang diakui dapat mengatasi cabaran menerusi pelbagai tranformasi semasa tempoh kembara.
Tema persidangan "Pelancongan Islam: Menginspirasikan Keseimbangan, Transformasi dan Solusi, ternyata menginpirasikan penggiat dan pemain industri, pembuat dasar dan pakar pelancongan dalam satu seminar mega untuk menganalisis hala tuju ‘Pelancongan Islam’ menerusi sembilan forum antaranya Forum Korporat Pelancongan Islam, Pameran Destinasi Pelancongan Islam, Ekonomi Pelancongan Islam, Dialog Teknologi Pelancongan Islam dan Pertukaran Budaya Pelancongan Islam.
Manakala pada sesi kedua ‘Forum Korporat Pelancongan Islam’ pula akan memperincikan landskap pelancongan yang semakin kompleks dan memerlukan strategi baharu bagi memenuhi keperluan pelancongan Islamik dengan menekankan fasiliti semasa mengembara seperti, syarikat penerbangan, lapangan terbang, hotel dan penyedia perkhidmatan lain yang memenuhi keperluan pelancong Muslim.


Morroco Pavilion, Putrajaya
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Oleh itu, pandangan daripada pemimpin industri pelancongan tentan cara pasaran pelancong muslim bagi memacu transformasi dan potensi g masa depan sektor pelancongan diberi perhatian serius, dan perkongsian mengenai hal ini dapat dikongsi menerusi forum berkenaan yang diterajui oleh Pengarah - Projek Strategik, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur – Haryati Md Haidar, Ketua Setiausaha, Persatuan Pelancongan ASEAN – Nigel Wong, dan Pengarah Syarikat Penerbangan Turki – Hamza Arslan yang akan dihoskan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Industri, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) – Hanisofian Alias selaku moderator.
Kesimpulannya usaha berterusan kerajaan di bawah agensi-agensi berkaitan dalam menjayakan WITC sebagai peneraju utama dalam mempromosikan destinasi pelancongan mesra Muslim wajar disokong dan diberi pengiktirafan selain menyarankan supaya rakyat merancang untuk bercuti di negara-negara yang berkeperluan khas tersebut sebagai salah satu komitmen dan meletakkan pasaran pelancong Islam itu sebagai keutamaan.