www.selangorkini.my selangortv.my
@Media_Selangor
MediaSelangor
PERCUMA PERCUMA172 -- 23 8 Ogos Januari 2018, 2019, 2011 - 26 - 17 Zulkaedah Jamadil Akhir 1439 1440
OLEH AFIX REDZUAN SUBANG - Mutu ekosistem aeroangkasa di sekitar Lapangan Terbang Subang disifatkan baik dan mempunyai potensi cerah, namun perlu diperkemaskan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pusat latihan terbaik yang ditawarkan di situ juga berjaya menarik ramai pelatih dari dalam dan luar negara menjalani latihan dengan lebih 26,000 jam latihan. “Kita sedang melihat bagaimana kesemua syarikat yang berada di sini dapat memberikan perkhidmatan terbaik, meneruskan konsistensi serta kerelevanan kawasan ini sebagai hab aeroangkasa berdaya saing. “Kebanyakan (perkhidmatan) ada di sini tetapi memerlukan penyusunan semula kerana majoriti kemudahan untuk industri ini sudah wujud. “Kita sedang mengusahakan tanah dan ruang baru Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan kawasan Lapangan Terbang Subang kerana di sini menjadi lokasi utama pesawat peribadi, pesawat ringan,
helikopter serta penerbangan komersial seperti FireFly juga Malindo Air,” katanya kepada media selepas meluangkan masa lebih sejam, di PWN Excellence Sdn Bhd. Ketibaan rombongan Kerajaan Negeri sempena Jelajah Maju Bersama 2019 Daerah Petaling itu disambut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazlee Jehan Hashim dan kakitangan. Amirudin turut berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu helikopter menerusi ruang simulator milik PWN Excellence. PWN Excellence adalah Pusat Latihan Sintetik AW 139 Bertauliah AgustaWestland (ASTC) yang kini dipanggil Leonardo Helicopter. Agensi itu antara pusat latihan simulator bagi juruterbang melengkapkan jam latihan penerbangan, latihan operasi khas serta kejurulatihan pengendalian pesawat AW139. Amirudin sebelum itu melawat Bahagian Pusat Kawalan Trafik Udara, Civil Aviation Authority Of Malaysia (CAAM), Subang dan mendengar taklimat disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Nizar Zulfakar serta dibawa melihat
sendiri operasi kawalan trafik udara. Beliau kemudiannya meninjau Menara Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Subang sambil diiringi Pengurusnya, Mohd Effendy Mansor.
Kita sedang melihat bagaimana kesemua syarikat yang berada di sini dapat memberikan perkhidmatan terbaik, meneruskan konsistensi serta kerelevanan kawasan ini sebagai hab aeroangkasa berdaya saing.
AMIRUDIN SHARI
DATO’ MENTERI BESAR