1 minute read

Contoh E-mel Tidak Rasmi

Daripada : imanyusuf@kgoomail.com

Kepada : fandyahmad@kgoomail.com

Advertisement

Perkara: Isu vandalisme di estet perumahan

Fandy

Apa khabar Fandy? Saya berharap Fandy sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sekeluarga sihat-sihat sahaja. Terima kasih kerana sudi menghantar e-mel kepada saya. Saya faham dengan masalah awak kerana saya juga pernah melalui pengalaman tersebut. Tujuan saya untuk menghantar emel ini untuk berkongsi tentang pengalaman saya semasa menjalani program tersebut dan saya juga akan memberitahu cara-cara untuk menangani masalah vandalisme di estet perumahan awak.

[Isi 1] Antara cara yang boleh dilakukan kamu untuk mengatasi masalah vandalisme adalah awak boleh memberitahu atau menyuruh majlis bandaran untuk meronda di estet perumahan tersebut. Pada tengah hari,adalah penting untuk para majlis bandaran kerana ramai murid-murid sekolah yang baru sahaja balik dari sekolah dan membuang masa di kolong blok. Dengan cara ini, pihak majilis bandaran boleh menangani vandalisme di estet perumahan disekeliling.

[Isi 2] Selain itu, awak juga boleh,membuat sebuah kempen terhadap vandalisme kepada orang awam. Dengan membuat sebuah kempen, orang awam akan tahu tentang isu vandalisme ini. Awak boleh membuat poster atau mengedarkan risalah kepada orang awam dengan memberikan keburukan vandalisme.

[Isi 3] Sehubungan dengan itu, awak juga boleh mencadangkan kepada pihak polis untuk meletakkan kamera litar tertutup di kolong-kolong blok. Dengan cara ini, pengawasan dapat dilakukan setiap masa. Pihak yang kurang bertanggungjawab tidak akan berani untuk menconteng dinding blok lagi.

[Isi 4] Akhir sekali, untuk mencegah masalah ini daripada terus berlaku, awak boleh mencadangkan kepada pihak majlis bandaran untuk meletakkan pelekat-pelekat atau papan tanda amaran terhadap perbuatan vandalisme di kolong-kolong blok ini Pelekat-pelekat dan papan tanda ini bertujuan untuk menyedarkan pesalah tentang akibat tindakan salah laku ini. Dengan ini, pesalah vandalisme sedar akan kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mereka.

Sebernarnya banyak lagi yang ingin saya kongsi tetapi saya perlu membuat tugasan rumah. Sampai di sini sahaja warkah saya kali ini. Saya harap awak akan mempertimbangkan cadangan-cadangan saya supaya masalah awak dapat ditangani.

Salam hormat

Iman

This article is from: