
4 minute read
Ladang yang masih beroperasi dengan masih adanya ramai pekerja
Pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan telah berprotes di hadapan Kementerian Kesihatan pada 2 Disember lalu untuk membantah pemangsaan kesatuan oleh syarikat pemenang konsesi perkhidmatan sokongan di hospital awam.
Pekerja-pekerja yang berprotes ini ialah ahli kepada Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), dari 22 buah hospital kerajaan di negeri Perak dan Pulau Pinang. Masalah yang dibawa oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan kepada perhatian Kementerian Kesihatan adalah pengambilalihan kontrak pembersihan oleh syarikat UEMS yang menimbulkan ancaman pemangsaan kesatuan sekerja dan penghakisan hak pekerja.
Advertisement
Kontrak pembersihan untuk hospital kerajaan di 4 buah negeri di Utara Pantai Barat Semenanjung (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) sebelum ini dikendalikan oleh syarikat subkontraktor NS Medik Sdn. Bhd. untuk selama 10 tahun. Kontraktor utama yang mensubkontrak keluar perkhidmatan pembersihan di hospital kerajaan kepada NS Medik ialah Edgenta Mediserve Sdn. Bhd., yang memegang konsesi untuk perkhidmatan sokongan hospital-hospital di negeri-negeri Utara Pantai Barat Semenanjung selama 15 tahun (dari tahun 2010 sehingga tahun 2025). Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. pula ialah anak syarikat kepada UEM Edgenta yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki penuh oleh Khazanah Nasional.
UEM Edgenta menyerahkan kontrak pembersihan hospital ini kepada Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM Edgenta sendiri yang beribupejabat di Singapura mulai 1 Januari 2020, sebagai subkontraktor yang menggantikan NS Medik. Namun, pengambilalihan ini hanya dimaklumkan secara rasmi beberapa hari selepas perjanjian bersama ditandatangani antara pihak kesatuan KPSPSHKSM dengan syarikat NS Medik pada 23 Oktober lalu. Ini menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja bahawa syarikat subkontraktor baru boleh mengabaikan segala hasil rundingan bersama yang telah diadakan dengan usaha gigih daripada kesatuan untuk mendapatkan perlindungan kebajikan bagi pekerja.
Sebelum kepastian pengambilalihan kontrak pembersihan lagi, pihak UEMS telah memulakan proses mematikan kesatuan,
termasuk memberi ugutan seperti mengatakan “kesatuan tidak berguna selepas UEMS ambil alih kontrak pada bulan Januari 2020, kesatuan tidak boleh buat apa-apa dan akan terbatal secara automatik selepas UEMS ambil alih tahun depan.”
Ugutan dan ancaman daripada UEMS ini menyebabkan ramai pekerja berada dalam keadaan takut, cemas, keliru dan resah dengan tindakan keji ini. UEMS juga mula memberikan arahanarahan baru dan memaksa pekerja untuk menurutinya. Pekerja diugut bahawa akan diberi surat kaunseling (amaran tatatertib) sekiranya tidak mematuhi segala arahan UEMS. Berikutan pemangsaan dan pemukulan terhadap kesatuan ini, kesatuan KPSPSHKSM telah membuat aduan beberapa kali kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) di Putrajaya di bawah Seksyen 8 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana pelanggaran terhadap Seksyen 4 dan 5 Akta tersebut.
Pihak JPP telah mengadakan Perundingan Damai dengan kesatuan dan kesemua pihak majikan – NS Medik, Edgenta Mediserve serta Edgenta UEMS, di mana semua pihak telah menandatangani satu memorandum persefahaman pada 6 November 2019 yang merangkumi termaterma melindungi hak kesatuan.
Namun, pihak UEMS masih tidak menghentikan usaha pemangsaan kesatuan. Taktik lain yang digunakan adalah memberikan borang permohonan kerja untuk bekerja dengan UEMS kepada pekerja yang sudah lama bekerja di hospital.
Walaupun pekerja masih di bawah penyeliaan subkontraktor NS Medik, tetapi UEMS memberikan borang permohonan kerja baru dan memaksa pekerja untuk menandatanganinya. Pekerja diugut sekiranya borang tidak diisi dan ditandatangani, tiada pekerjaan untuk pekerja lama ini. Amat jelas pihak UEMS telah berniat jahat untuk membuli pekerja dan menghancurkan kesatuan.
JPP telah mengeluarkan arahan kepada UEMS, bahawa UEMS tidak boleh masuk campur dalam urusan pekerja NS Medik dan tidak
boleh mengganggu pekerja semasa waktu bekerja. Namun begitu, segala arahan diingkari oleh UEMS dan pekerja tetap dimangsakan. Pekerja pembersihan yang bergabung di bawah kesatuan tidak rela dibuli dan terpaksa melawan balik dengan mengadu isu ini kepada pihak kerajaan. Pemangsaan pekerja di premis kerajaan oleh syarikat GLC tidak patut berlaku
Kesatuan telah menandatangani Perjanjian Bersama (CA) pertama dan UEMS sepatutnya mematuhi segala tuntutan yang dipersetujui oleh subkontraktor NS Medik apabila mengambilalih kontrak tersebut. Namun, tindakan UEMS terhadap pekerja seolah-olah menolak kewujudan kesatuan dan tidak menghormati Perjanjian Bersama yang ditandatangani.
Tindakan ini bercanggah sepenuhnya dengan kempen “1 juta pekerja menjadi ahli kesatuan” yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Bagaimana kerajaan hendak menggalakkan pekerja di Malaysia untuk menyertai kesatuan, sedangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sendiri yang begitu ghairah untuk mematikan kesatuan?
Oleh yang demikian, pekerja pembersihan hospital telah mengggesa Kementerian Kesihatan untuk mencampurtangan.
Dalam memorandum yang diserahkan kepada Kementerian
Kesihatan, Kesatuan
KPSPSHKSM mengemukakan tuntutan-tuntuan berikut:
1. Hentikan pemangsaan kesatuan; 2. Hentikan pemberian konsesi kepada syarikat pemangsa kesatuan; 3. Perkhidmatan pekerja harus disambung dengan terma kerja lama dan tidak boleh diambil sebagai pekerja baru. 4. Jadikan semua pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan sebagai pekerja tetap. kerajaan ini telah diterima oleh Dr Dzulkefly Ahmad selaku Menteri Kesihatan. Beliau berjanji bahawa pihaknya akan meneliti isu ini.

Pekerja pembersihan kekal sebagai pekerja lama di bawah kontraktor baru
Hasil daripada protes pekerjapekerja pembersihan di hospital kerajaan pada 2 Disember lalu, pekerja lama dapat dikekalkan sebagai pekerja yang menyambung terma kerja bukannya pekerja baru.
Selepas protes pada 2 Disember, satu perjumpaan telah diadakan pada 11 Disember antara wakil Kesatuan KPSPSHKSM dengan wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan, syarikat UEM Edgenta, Edgenta Mediserve dan NS Medik Sdn Bhd.
Hasil daripada perbincangan ini, keputusan yang diambil adalah:
1.Perkhidmatan semua pekerja yang diupah di bawah NS Medik akan disambung di bawah UEMS BUKAN sebagai pekerja baru, tetapi sebagai pekerja yang disambung kerja dengan perkhidmatan sedia ada masingmasing. 2.Pekerja tidak perlu mengisi apa-apa borang permohonan kerja untuk sambung kerja di bawah UEMS. 3.Surat tawaran untuk sambung kerja diberikan kepada semua pekerja sebelum 20 Disember 2019.
Dengan hasil keputusan mesyuarat ini, telah memuktamadkan bahawa pekerja-pekerja yang diupah di bawah NS Medik disambung tempoh perkhidmatan selepas UEMS mengambilalih sebagai subkontraktor pembersihan hospital, dan bukannya sebagai pekerja baru.
Kesatuan pekerja sokongan hospital telah menegaskan bahawa akan terus memastikan pihak majikan berpegang pada janjinya. Kesatuan juga bertekad untuk terus mempertahankan hak pekerja demi kesejahteraan mereka. ##