Issuu on Google+

“Kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di seluruh Terengganu dengan menggunakan pendekatan yang berorientasikan kepentingan rakyat serta tidak hanya menabur janji kosong demi meraih sokongan sebagaimana yang dilakukan pihak pembangkang.”

PULAU PERHENTIAN

– YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

ISSN ISSN 2180-4737 2180-4737

Bil : 45 (15-31 Julai 2011) - http://teganukita.blogspot.com

terkini

cepat

tepat

585,366 penduduk Terengganu layak mengundi Seramai 585,366 orang penduduk di negeri ini yang telah mendaftar sebagai pemilih, layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri, Haji Mohd Noor Haji Daud, berkata berdasarkan daftar pemilih terbaru yang disahkan sehingga Mac 2011, seramai 585,366 orang atau 91.4 peratus daripada keseluruhan 640,667 penduduk di negeri ini yang layak mengundi, telah

mendaftar sebagai pemilih. “Hanya 55,301 atau 8.6 peratus daripada penduduk di Terengganu yang genap berusia 21 tahun dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih,” katanya dalam wawancara khas dengan Teganukita di pejabat SPR Negeri, barubaru ini. Beliau berkata, berdasarkan perangkaan SPR penduduk Terengganu paling tinggi dari segi peratusan menunaikan tanggungjawab mereka untuk

mendaftar sebagai pemilih. Katanya, ini bermakna bilangan penduduk di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih adalah yang terendah di negara ini, berbanding negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Putera Jaya (49.3 peratus), Wilayah Persekutuan Program pengukuhan Kuala Lumpur (35.8 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (32.9 peratus), Sarawak (31.3 peratus) BI untuk pelajar ms-2 dan Selangor (29.1 peratus). lihat ms 3

ANAK TERENGGANU HEBAT

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali Gambar oleh Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Empat anak Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila mereka berjaya mengharumkan nama Terengganu dalam bidang pendidikan dengan kejayaan yang amat membanggakan. Mohd Firdaus Samsuddin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu, yang baru saja menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bi-

dang Bioteknologi di Imperial College, London, ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, akhir tahun ini. Beliau yang merupakan antara lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 terbaik di peringkat kebangsaan, ditawarkan mengikuti pengajian peringkat sarjana di bidang Sains Biochemistry di universiti berkenaan. Manakala pelajar cemerlang Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) 2008, Lau Jia Cheng terus melakar kejayaan apabila ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di University Of Cambridge, London, September ini. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman yang memperoleh 14 A1 itu amat gembira dengan tawaran tersebut yang menjadi impiannya sejak di bangku sekolah. lihat ms 2

Kurma dan air zam-zam untuk rakyat ms-3

Hafiz IQT jadi imam solat terawih di Brunei sepanjang Ramadan ms-5

Kadar fitrah RM5, RM7 dan RM8

ms-14

(Dari kiri) - Adik Nurul Nadiah Wahidah Azhar, Adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, Mohd Firdaus Samsuddin dan Lau Jia Cheng mengharumkan nama Terengganu dalam bidang pendidikan.

Ganjaran RM2.3 j untuk atlet cemerlang

ms-16


2

15-31 Julai 2011

am

Kejayaan menjadi pembakar semangat pelajar yang lain dari ms 1

Lau Jia Cheng yang begitu meminati mata pelajaran Matematik dan Ekonomi berharap kejayaannya menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain, termasuk dua adiknya yang masih belajar untuk turut cemerlang. Seorang lagi pelajar tempatan, Adik Nurul Nadiah Wahidah Azhar, 12, dari Seri Bandi, Kemaman, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2010, yang diumumkan baru-baru ini. Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Bandi itu mendapat kelulusan seratus peratus bagi semua lapan mata pelajaran peperiksaan UPKK yang didudukinya pada bulan Oktober tahun lalu. Dia yang mendapat markah 800/800 dalam UPKK menerima anugerah tersebut pada satu majlis di Kuala Lumpur barubaru ini. Berikutan kejayaan itu Nurul Nadiah yang bercita-cita mahu menjadi guru, menerima wang tunai RM1,500, plak dan sijil penghargaan. Sementara itu, kejayaan adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, yang berjaya mewakili Malaysia ke Pusingan Akhir Tilawah al-Quran Kanakkanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, akhir Ramadan ini, membanggakan semua pihak terutama ibu bapanya. Pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanakkanak stesen televisyen, alJazeera adalah kali kedua diadakan di mana tahun lalu peserta Maghribi memenangi pertandingan itu. Pelajar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Besut itu sudah lama bersedia untuk membawa nama Terengganu dan Malaysia di pertandingan yang melibatkan dua lagi peserta lain iaitu Yaman dan Maghribi.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mencemar duli bergambar bersama pemenang Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan Sekolahsekolah Terengganu 2011 di Universiti Malaysia Terengganu, baru-baru ini.

Program pengukuhan BI untuk pelajar Oleh: Esah Abdullah

Program Pengukuhan bahasa Inggeris berjaya memberi impak kepada pelajar dalam menambah kecintaan mereka secara menyeluruh terhadap mata pelajaran bahasa itu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata lebih signifikan lagi bila pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu membuat penambahbaikan secara menyeluruh bagi program kali kedua tahun ini. “Kerajaan negeri dan Persekutuan seiringan untuk menjadikan pendi-

dikan sebagai satu pelaburan penting untuk mengoptimunkan potensi setiap warga agar dapat mencapai aspirasi negara,” katanya. Menteri Besar berkata demikian di majlis penutup Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan Sekolah-sekolah Terengganu 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah kepada pemenang.

KIK bawa perubahan dalam sektor awam Usaha mentransformasi sektor awam memerlukan komitmen tinggi daripada penjawat awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai keberanian membuat perubahan luar biasa. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata pendekatan ini dapat dilakukan dengan syarat setiap penjawat awam itu memberi perkhidmatan terbaik secara kerja berpasukan. “Di samping itu, prinsip kepantasan bertindak dengan keputusan yang tepat menerusi perubahan pemikiran dan kaedah bekerja, seiring dengan inovasi dan pembahuruan berterusan perlu diserapkan ke dalam diri masingmasing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup

dan Penyampaian Hadiah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Sebanyak 17 pasukan menyertai pertandingan di mana johan bagi kategori pengurusan dimenangi Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Nur Zahirah manakala johan bagi kategori teknikal diungguli Pejabat Perkhidmatan Pergigian Daerah Kemaman. Katanya, apa yang jelas melalui penemuan teknik-teknik baru, ia mampu menghasilkan suatu sistem penyampaian kerja berkualiti. “KIK berjaya membuktikan kemampuan menghasilkan penyelesaian masalah kerja, penambahbaikan proses sedia ada atau perkhidmatan baru secara kreatif dan inovatif,” katanya.

Hadir sama, Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baderul Zaman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Prof Emiritus Dr. Abdul Rahman Embong. Katanya, bagi mencapai hasrat tersebut kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan RM250 juta bagi bidang pendidikan tahun ini. “Pelbagai insentif disediakan untuk mencapai peningkatan dalam bidang pendidikan termasuk peruntukan khas bagi pencapaian peperiksaan awam,

pengagihan e-book, serta mewujudkan kelas dan peperiksaan maya ,” katanya. Selain bantuan kecemerlangan pendidikan katanya, peluang juga diberi kepada pengetua dan guru besar sekolah yang cemerlang untuk mengadakan lawatan penanda aras ke luar negara. “Alhamdulillah, pencapaian dalam semua peperiksaan awam bagi anak Terengganu menunjukkan peningkatan yang membanggakan saban tahun dan selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan negeri anjung ilmu,” katanya.

Empat tonggak Terengganu maju Kerajaan Terengganu memperkenalkan empat tonggak bagi merealisasikan Terengganu Maju 2020 iaitu Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Hala Tuju Negeri Terengganu. Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, berkata pelbagai program dilaksanakan dalam agenda `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ antaranya pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat dan projek agropolitan serta bantuan untuk pelajar-pelajar sekolah. “Kerajaan negeri juga menyahut saranan Perdana Menteri melalui Program Transformasi Kerajaan dengan melaksanakan beberapa projek dan program penambahbaikan dalam struktur pentadbiran. Anta-

ranya perkhidmatan kaunter, pendaftaran dan pembangunan sistem tanah,” katanya ketika berucap sempena pembukaan program Taklimat Pembangunan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu 2011, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Selain itu, Dato’ Wan Ahamad berkata, Hala Tuju Pembangunan Negeri Terengganu 2009 hingga 2013 merupakan visi Kerajaan Terengganu bagi mencapai Negeri Maju Tahun 2020 dengan misi `Merancang dan melaksanakan pembangunan negeri yang menyeluruh bagi kesejahteraan rakyat dengan berteraskan agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’. Katanya, Program Tranformasi Ekonomi merupakan agenda yang amat penting dalam pembangunan Terengganu keseluruhannya.


15-31 Julai 2011

am

3

3.84 juta orang masih belum mendaftar sebagai pengundi dari ms 1

Kurma dan air zam-zam untuk rakyat

Sebanyak 300,000 paket kurma dan air zam-zam akan diagihkan secara percuma kepada umat Islam seluruh negeri sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pengagihan berkenaan akan dibuat pada minggu pertama umat Islam berpuasa. “Saya harap, tahun ini tidak ada mereka yang tercicir daripada menerima kurma dan air zam-zam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, setakat ini semua bekalan itu sudahpun diedarkan ke pejabat daerah dan akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diagihkan kepada penduduk setempat. Sehubungan itu juga, sebagaimana tahun lalu, pengagihan bubur lambuk akan diadakan di Masjid Putih, Kuala Terengganu mulai hari pertama puasa. “Sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai di mana program mendapat sambutan di luar dugaan daripada orang ramai di sekitar bandar raya termasuk dari daerah lain,” katanya. - Oleh: Esah Abdullah

Seramai 8,928 graduan dalam industri jahitan berjaya dilahirkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam tempoh 11 tahun program berkenaan diwujudkan (2005-2011). Pengarah YPKT , Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa bekata, sehingga ini terdapat 32 Kelas Jahitan Komuniti (KJK) di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri dan tujuh Akademik Jahitan Daerah (AJD). “Kerajaan telah membelanjakan RM700,000 setahun untuk kos pengurusan KJK dan AJD yang diadakan dua sesi dalam setahun,” katanya di majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pelatih Jahitan Sesi 1/2011 YPKT di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, baru-baru ini. Penyampaian Sijil Tamat Latihan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut , YB Haji Nawi Mohamad. Encik Shafaruddin berkata, KJK dan AJD memberi peluang kepada semua golongan suri rumah, ibu tunggal dan belia lepasan sekolah untuk

YPKT lahir 8,928 graduan jahitan

Graduan jahitan YPKT dari seluruh Terengganu merai sesi tamat Latihan Pelatih Jahitan Sesi 1/2011 YPKT bersama YB Haji Nawi Mohamad di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, baru-baru ini.

mendapat kemahiran dalam bidang jahitan. “Walau pun jumlah yang dikeluarkan kerajaan agak tinggi namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta kursus menggunakan kemahiran jahitan berjaya meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

Selain itu beliau melahirkan keyakinan, mereka yang berpeluang mengikuti latihan di YPKT bukan sekadar mendapatkan sijil semata-mata tetapi secara ikhlas untuk mendapatkan ilmu untuk membina kerjaya masa depan. Katanya, YPKT turut menawarkan pinjaman kepada pelatih untuk memu-

lakan kerjaya dalam bidang jahitan dan setakat ini 64 orang telah membuat pinjaman berjumlah RM224,000. “Mereka tentu tidak mampu untuk menyediakan peralatan jahitan dan pihak YPKT sentiasa menawarkan pelbagai khidmat nasihat serta pinjaman kewangan kepada mereka,” katanya.

Mengikut statistik SPR, kirakira 3.84 juta orang penduduk di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pemilih atau 24.2 peratus daripada keseluruhan 15.87 juta rakyat yang layak. Sehubungan itu, Haji Mohd Noor (gambar) meminta penduduk di negeri ini yang berusia 21 tahun dan ke atas tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih, supaya berbuat demikian secepat mungkin. “Pihak kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga negara menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih, termasuk memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Musim. “Melalui sistem ini, orang ramai boleh mendaftar sebagai pemilih sama ada di pejabat SPR atau semua pejabat pos di seluruh negeri bila-bila masa pada waktu pejabat,” ujar beliau. Selain itu, SPR juga turut melantik 210 orang Penolong Pendaftar yang terdiri daripada wakilwakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), parti-parti politik, persatuan pesara kerajaan dan tentera serta agensi-agendi kerajaan terpilih di seluruh negeri Terengganu bagi membantu mendaftar orang ramai sebagai pemilih. Pada masa yang sama, katanya, SPR juga turut mengadakan pendaftaran pemilih di tempattempat tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai, termasuk ketika program-program besar anjuran NGO mahu pun badan politik, bergantung kepada permintaan.


4

15-31 Julai 2011

rencana

ANALISIS

BN DI HATIKU Konvensyen Barisan Nasional, BN Di Hatiku, persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, yang diadakan di peringkat negeri Terengganu baru-baru ini cukup bermakna sekali, sebagai usaha mencari pendekatan ke mengukuhkan kedudukan BN. Pengerusi BN Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meminta parti komponen BN supaya muhasabah diri, rata-rata perwakilan menyentuh isu perpaduan dan kesetiaan kepada pakatan BN yang bakal menjadi tonggak bagi memastikan BN terus memerintah negeri ini dan negara Malaysia. Konvensyen itu merumuskan 13 resolusi utama berasaskan kluster dan diperincikan lagi melalui beberapa resolusi berfokus yang telah dipersetujui bersama, termasuk: Menginsafi agar perpaduan dalam BN supaya tidak luntur dan terhakis, maka agenda memperkasa perpaduan parti komponen dari segi persepsi dan tindakan wajar diperhebatkan bagi memenangi hati nurani rakyat ke arah kesinambungan kuasa pemerintahan. Menyedari kepimpinan yang dinamik menjadi tulang kekuatan parti, maka agenda memastikan pemimpin BN di semua peringkat sentiasa siap siaga, cakna rakyat dan mempunyai daya juang, daya saing dan daya tahan yang tinggi serta mampu memenangi hati rakyat. Menginsafi kemantapan kepimpian menjadi pasak kepada keutuhan parti, maka agenda mempertingkat ketelusan, integriti dan keperibadian mulia dalam kalangan ahli dan pemimpin parti agar menjadi suri teladan bagi memenangi hati rakyat. Memahami hakikat pembentukan modal insan menjadi teras pembinaan negara pada masa depan, maka agenda merealisasikan institusi bukan sahaja sebagai agen pembangunan sumber manusia, tetapi juga sebagai pemangkin perpaduan. Menyedari keperluan dalam pasaran pekerjaan semasa yang menjurus kepada kemahiran, maka agenda melebar luas bidang dan jurusan kemahiran teknikal dan vokasional kepada kumpulan pelajar berprestasi rendah perlu dioptimumkan bagi menjana tenaga berkemahiran tinggi. Menginsafi sektor ekonomi merupakan tonggak kesejahteraan rakyat, maka agenda memapankan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dilaksanakan secara bersepadu, berfokus, adil, saksama dan bijaksana agar dapat dinikmati bersama golongan berpendapatan rendah. Dato’ Seri Ahmad dalam ucapan perasmiannya turut meminta semua pihak melupakan ‘cerita lama’ dan saling bermaaf-maafan sesama mereka dan menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Umno dan BN bagi menghadapi PRU 13. Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Pengendali Blog

: Harun Hassan

Oleh: Putera Pesisir Air

Ramadan dan Aidilfitri yang membahagiakan di Terengganu Sesuatu yang tidak boleh dinafikan oleh rakyat Terengganu, sebenarnya suasana Ramadan di Terengganu cukup menyeronokkan. Di samping mempunyai banyak tempat dan pemandangan indah sesuai untuk berehat seperti pantai yang damai dengan nelayan yang membawa pulang ikan segar, sehinggalah ke pedalaman yang banyak didapati kebun dengan pelbagai jenis buah-buahan. Rakyat yang susah pula dibantu dengan bantuan oleh kerajaan melalui pelbagai agensi yang diwujudkan, bahkan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri membuat berbagai perancangan untuk melestarikan Ramadan dan Syawal di bumi Terengganu. Sejak permulaan Ramadan lagi, bagi warga bandar atau yang sempat singgah ke bandar Kuala Terengganu, setiap hari mereka akan memperolehi bubur lambuk percuma. Bubur lambuk Masjid Abidin atau Masjid Putih sememangnya dikenali di kalangan warga Bandar Raya Kuala Terengganu yang pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya setiap kali ketibaan Ramadan. Sejak beberapa tahun lalu, program tajaan kerajaan negeri itu dilaksanakan secara gotong-royong bagi memeriahkan suasana bulan Ramadan serta merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat. Manakala sebanyak 300,000 paket kurma dan air zam-zam akan diagihkan kepada umat Islam seluruh ne-geri sempena menyambut ketibaan Ramadan. Ia diedarkan ke pejabat daerah dan akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi diagihkan kepada penduduk di

Kerajaan negeri membuat pelbagai perancangan untuk melestarikan Ramadan dan Syawal di bumi Terengganu termasuk kehadiran 23 imam dari Mesir dan Arab Saudi mengimamkan solat terawaih di seluruh masjid di Terengganu.

pedalaman. Di samping itu kehadiran 23 imam dari Mesir dan Arab Saudi buat musim ketiga ke bumi Terengganu juga tidak kurang pentingnya menghidupkan suasana Ramadan di bumi Darul Iman ini. Kehadiran rombongan itu akan memberi peluang kepada rakyat Terengganu menunaikan solat terawih dengan diimamkan imam daripada Mesir. Justeru itu, Menteri Besar merasa bangga dengan apa yang sudah berjaya dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dan berharap program murni berkenaan dapat diteruskan pada masa depan. Sepertimana biasa pula Terengganu ke depan dalam kecaknaan membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik sejak sekian lama di bawah keprihatinan Barisan Nasional (BN). Kerajaan negeri mengagihkan bantuan dana khas raya untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini. Bahkan, Kerajaan Tereng-

ganu akan menambah peruntukan bantuan Hari Raya kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negeri sebanyak 10 peratus tahun ini memandangkan jumlah penerimanya semakin meningkat, terutama mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, tahun lalu kerajaan membelanjakan lebih RM40 juta untuk diagih kepada 150,000 keluarga di seluruh negeri. Katanya, setiap keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, warga emas, orang kurang upaya serta ibu tunggal merupakan golongan yang layak menerima bantuan dana hari raya ini. Dana raya diagihkan dalam tiga peringkat iaitu warga emas (RM200), keluarga miskin dan orang kurang upaya (RM300) serta yang mempunyai ramai tanggungan (RM400). Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pula memperuntukkan RM15 juta bantuan zakat untuk diagihkan kepada 30,000 orang fakir miskin di

seluruh negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Wan Sulaiman berkata, pengagihan bantuan berkenaan sedang berjalan dan dijangka selesai sebelum puasa. Katanya, terdapat dua skim pengagihan yang dibuat Maidam iaitu golongan miskin terdiri daripada mereka yang pendapatan isi rumah RM750 manakala fakir pula pendapatan isi rumah RM450 sebulan. “Bagi yang mempunyai tanggungan empat orang dan ke atas menerima RM450 manakala mereka mempunyai tanggungan tiga orang ke bawah akan menerima RM350,” katanya. Di awal Ramadan ini juga seramai 450 orang menunaikan umrah melalui penerbangan terus ke Madinah dari Kuala Terengganu. ia julung kali diadakan di negeri ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata sebanyak 10 hingga 15 trip umrah dirancang pada tahun depan bagi membawa penduduk Pantai Timur mengerjakan umrah di Tanah Suci. Kerajaan negeri melihat program ini (penerbangan umrah terus dari LTSM ke Madinah/Jeddah) sebagai langkah bijak untuk agensiagensi pengendali umrah menjadikan LTSM sebagai pintu gerbang (hab) untuk operasi penerbangan umrah bagi penduduk Pantai Timur,” katanya. Demikian Kerajaan Terengganu dan rakyat yang sentiasa saling bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dan mencari keredhaan Illahi.


am

15-30 Julai 15-31 Jun 2011 2011

55

LPSC untuk pertingkat kemahiran polis Kerajaan negeri akan membina Lapang Sasar Menembak Antarabangsa (LPSC) di kawasan seluas enam hektar bertujuan meningkatkan lagi kemahiran kecepatan, kederasan dan ketepatan setiap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata lokasi untuk membina kemudahan terbesar di Pantai Timur itu masih dalam perbincangan dan akan ditentukan PDRM sekiranya mendapat kawasan yang besesuaian. Katanya, LPSC yang berni-

lai RM100,000 bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan terkini termasuk lapang sasar menembak pada jarak 30 meter dan dewan serbaguna. “Pembinaan kemudahan itu bukan saja memberi semangat kepada anggota PDRM untuk mempertingkatkan lagi kemahiran masing-masing malah memberi peluang kepada masyarakat luar untuk menyertai sukan menembak. “Aktiviti ini mungkin masih asing bagi penduduk Terengganu tetapi mereka boleh menyertainya selepas

mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya kepada media selepas menjalani Ujian Kemahiran Menembak Bersama Pemimpin Kerajaan Terengganu dan Persekutuan di Lapang Sasar Bukit Bidong Darat, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji KhaBesar bersama Ketua Polis Terengganu menunjukkan kemahiran menembak ketika menjalani Ujian Kemahiran Menembak Bersama zan Che Mat; Adun Jabi YB Menteri Pemimpin Kerajaan Terengganu dan Persekutuan di Lapang Sasar Bukit Bidong Darat, Setiu. Haji Ramlan Ali; Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Tanah dan Galian Terengganu, 50 peserta termasuk Dato’ Seri petugas media diadakan bagi Komisioner, Dato’ Jamshah Dato’ Tuan Mamat Tuan Ngah. Haji Ahmad, YB Haji Khazan, memperingati Hari Polis keMustafa dan Pengarah Pejabat Aktiviti yang disertai lebih Dato’ Jamshah dan beberapa 204.

Hafiz IQT jadi imam solat terawih di Brunei sepanjang Ramadan Oleh: Aida Abd Rahman

Kelebihan hafiz daripada Institut al-Quran Terengganu (IQT) mendapat perhatian negara jiran apabila golongan itu ditawarkan bagi mengimamkan solat terawih di Brunei sempena sambutan Ramadan ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata faktor bayaran yang lebih mahal kemungkinan mendorong golongan itu menerima tawaran bagi menjadi imam di negara itu. Warga Institut Al-Quran Terengganu (IQT) komited melaksanakan tanggungjawab mendidik, merangka programprogram baru dan mempertingkatkan kemahiran pengajaran semata-mata ingin merangsang pelajar meneroka ilmu yang berteraskan ajaran al-Quran. Pengarah IQT, Dr Ahmad Bazli Shafie, berkata pihaknya berharap dengan berkat kesabaran dan usaha gigih yang ditonjolkan pentadbir dan pendidik membolehkan IQ melonjak nama sebagai institut pengajian al-Quran terkenal di peringkat antarabangsa. “IQT bersyukur kerana mendapat perhatian istimewa daripada kerajaan negeri se-

“Ada pelajar dari IQT juga menjadi imam solat tarawih di masjid-masjid negeri kita. Malah, imam kita juga di bawa ke Brunei kerana masing-masing sudah menempah mereka, di samping ada di kalangan hafiz berkenaan yang menjadi imam di tempat kita sendiri,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, hafiz IQT yang dijemput menjadi imam di Brunei menerima tawaran itu secara persendirian dan tidak melalui kerajaan negeri. Katanya, kebiasaannya dua

hafiz digunakan sepanjang mengimamkan solat tarawih bagi memastikan imam kedua dapat menegur dan membetulkan bacaan imam pertama sekiranya berlaku kesilapan sepanjang solat berkenaan. Dalam pada itu, kerajaan negeri sedang berusaha menambah imam dari Timur Tengah untuk mengimamkan solat tarawih di masjid seluruh negeri ini. Sehingga kini, seramai 22 imam dari Timur Tengah masing-masing 14 dari Arab Saudi dan lapan dari Mesir bakal

mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini. Selain itu, imam dari Mesir merupakan guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah-sekolah agama negeri ini kerana selain mengajar mereka mempunyai kelebihan dari aspek ilmu taranum yang baik. Menteri Besar berkata, pendekatan membawa imam dari Timur Tengah sejak tiga tahun lalu bagi memenuhi permintaan umat Islam di negeri ini yang mahu solat tarawih di masjid kawasan mereka dipimpin golongan imam itu.

IQT komited didik pelajar teroka ilmu beteraskan al-Quran

Dato’ Haji Wan Ahamad menyampaikan sijil dan diploma kepada pelajar IQT.

hingga mampu melahirkan lebih ramai qari serta qariah dan genarasi berjiwa al-Quran,” katanya ketika berucap di Majlis

Konvokesyen, di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, baru-baru ini. Seramai 258 pelajar IQ iaitu 228 pelajar program Pengajian Kulliyah al-Furqan, 18 pelajar program Persijilan Tahfiz dan 12 pelajar program Diploma Tahfiz menerima sijil dan diploma masing-masing yang disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda. Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena majlis itu, termasuk pameran, seminar al-Quran dan rancangan al-Kuliiyyah TV3

bertujuan melahirkan masyarakat berketrampilan, budaya seiring dan berintegrasi dalam memenuhi tuntutan tugas harian. Seorang pelajar Puan Norzimah Ibrahim berkata, dia terharu kerana berjaya memperoleh sijil Pengajian Umum al-Quran selepas setahun menuntut ilmu di IQT. “Pelbagai ilmu agama dipelajari terutama berkaitan memperbetulkan taranum dan bacaan al-Quran. “Saya akan guna ilmu yang diperoleh ini untuk membimbing anak-anak supaya menjadi insan soleh,” katanya.

Dato’ Haji Mazlan menyampaikan anugerah kepada kakitangan cemerlang pada Majlis Perhimpunan dan Anugerah Khidmat Cemerlang Bulanan di Wisma Darul Iman,

Sapa konsep ke-21 S Kerajaan negeri memperkenalkan `10 S’ lagi bagi menambah konsep `20 S’ dalam memperkasa dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Terengganu. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata S berkenaan adalah sapa, sederhana, sedar, serius, segak, segar, segera, sejahtera, selalu dan S yang ke-30 serta terakhir, selamat. Katanya, `sapa’ membawa maksud setiap pegawai dan kakitangan harus sentiasa berkomunikasi dan bertegur sapa antara satu sama lain,” katanya di majlis Perhimpunan dan Anugerah Khidmat Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman Bagi Bulan April hingga Jun 2011, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Dato’ Mazlan berkata, S yang seterusnya adalah `sederhana’ , iaitu setiap kakitangan awam dituntut sentiasa membentuk sikap besederhana dalam pelbagai aspek.

Manakala S yang ke-23, `sedar’ yang menuntut setiap penjawat awam memuhasabah, menginsafi dan menyedari hakikat sebenar kehidupan masing-masing. “S yang ke-24 adalah `serius ‘ iaitu member tumpuan, peka dan sentiasa bersedia dengan tanggungjawab yang ada. Amalan seterusnya adalah `segak’ iaitu kakitangan awam perlu tampil kemas, gagah dan bergaya,” katanya. Empat S berikutnya, iaitu `segera’ merujuk kepada melaksanakan tugas dengan cepat dan tanpa melengahlengahkan masa, diikuti `sejahtera’ pula perlu berada dalam keadaan yang aman, tenteram, senang hati selain fizikal yang sentiasa sihat serta sempurna. Manakala `selalu’ merujuk kepada kakitangan awam perlu sentiasa atau seringkali mengulangi tugas dipertanggungjawabkan itu supaya dapat mencapai tahap yang dikehendaki dan yang terakhir `selamat’


6

15-31 Julai 2011

BUDAYA Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Suaranya merdu dan gemersik. Ramai peminat yang merindu untuk mendengar nyanyian ‘Mama Habsah’ . Di mana mama Habsah kini… Ya, di mana Habsah Jusoh, penyanyi yang berusia 63 tahun itu menghilang? “Katakan kepada para peminat saya uzur sekarang. Beritahulah saya diserang angin ahmar dan saya tidak berdaya seperti dulu lagi..” demikian pilunya penulis mendengar pernyataan dari Puan Habsah ketika ditemui di rumahnya di tingkat 3, Flat Seri Kolam, Kuala Terengganu yang tidak jauh letaknya dari Wisma Darul Iman. Pusat pentadbiran negeri. Telah lebih setahun beliau terpaksa berkurung di rumahnya, meski penuh dengan kesepian dan kesayuan, terutama mengenang nasib diri dan masa depan. Demikian seorang anak seni yang banyak berjasa. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada tahun lepas telah melawat dan menghulur bantuan pada tahun lepas.

Penggiat seni suara: Mama Habsah tetap tersenyum dan bahagia

EKONOMI

Menteri Besar ketika merasmikan Hari Peladang, penternak, dan Nelayan peringkat negeri Terengganu 2011.

Bijak cari pasaran, elak lambakan hasil Oleh: Suriati Ali

Tidak ramai yang tahu, di sebalik senyuman manis Habsah Jusoh, tersirat kesepian kerana lebih setahun terpaksa berkurung di dalam rumah akibat diserang angin ahmar.

Mama Habsah tetap tersenyum dan bahagia, biarpun sedang diuji dengan penyakit yang membuatkan dia tidak dapat aktif seperti dulu lagi.

Bersama penyanyi Terengganu juga, M.Ibrahim di era tahun 1978 mereka berduet mendendangkan lagu Selasihku Sayang yang menjadi tema kepada drama TV waktu itu. Menurut beliau, asalnya cerita cinta itu ialah Lubuk Mati Bertiga, karya Alias Ali kemudian ditukar menjadi Selasihku Sayang. Lagu itu kemudiannya digubah oleh Taib Othman dan diberi nyanyikan oleh Ahmad Jais dan Allahyarham Datin Rafeah Buang. Dalam sejarah penglibatannya beliau pada zaman remajanya pernah memenangi Juara Bintang Asli (tahun 1970), Dendang Rakyat (1980) dan seterusnya lagi menjuarai Bintang Asli Peringkat Negeri tiga tahun berturut-turut (1990,1991 dan 1992). Namanya cukup tersohor kerana kemerduan dendangannya, terutama lagu-lagu asli, lagu-lagu daerah, lagu

rencana

Sekali-sekala Habsah Jusoh tenang dan gembira apabila ada juga rakan taulan yang tahu mengenai beritanya sempat melawat beliau di rumahnya di Flat Seri Kolam, Kuala Terengganu.

ulek mayang dan juga lagu-lagu bagi muzik gamelan. Ketika deitemui, beliu amat gembira menceritakan nostalgia lama, terutama sewaktu menganggotai Kumpulan SUKTRA di bawah Kerajaan Negeri Terengganu sehingga membuat persembahan di luar negara. “Jangan buang budaya kita, jangan buang budaya kita, warisilah perjuangan kami yang sudah tidak berdaya lagi,” rayu Mama Habsah yang cukup bimbang pemujaan ke atas budaya barat yang keterlaluan pada masa kini oleh sesetengah pihak.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Berang itu telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, S.M.T, A.M.T dan P.J.K. sebagai menghargai jasa dan penglibatan beliau kepada negeri. Di kala ini biarpun terlantar sepi di rumahnya, Puan Habsah seorang ibu tunggal ditemani anak bongsunya tetap masih mengingati bait-bait lagu yang pernah dipopularkannya. Sesiapa yang ingin melawat atau membantu veteran seni suara itu, bolehlah berkunjung ke rumahnya di flat berkenaan (flat lama).

Golongan petani, penternak dan nelayan di negeri ini perlu bijak, kreatif serta berani meneroka ilmu berkaitan teknologi supaya mampu memasarkan produk masing-masing ke luar negara. Langkah itu wajar disahut mereka berikutan bukan saja mampu menambah pendapatan malah dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar import makanan terutama beras, cili dan daging dari pelbagai negara. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pada masa sama, mereka perlu mengakui kecanggihan teknologi pertanian di negara jiran terutama Thailand di mana mempunyai perancangan sistematik dalam semua aspek. Katanya, sebagai contoh, golongan sama di negara itu, tidak pernah merasai lambakan hasil terutama buah-buahan seperti yang sering dialami di Malaysia hampir setiap tahun. “Mereka rajin dan bijak mencari idea supaya setiap hasil yang diusahakan memberi manfaat dan keuntungan dalam semua aspek. “Sebagai contoh mereka mampu merancang pokok durian, duku, langsat, rambutan dan sebagainya berbuah mengikut bulan tertentu supaya tidak berlaku lambakan buah ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan

negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kassim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda. Seramai 60,000 pengunjung pelbagai kaum dan peringkat umur hadir pada program yang diadalakan selama lima hari dan berakhir 28 Julai itu. Manakala, kira-kira 150 peserta mengambilkan bahagian dengan membuka ruang pameran, gerai jualan buah-buahan tempatan, gerai hasil ternakan dan gerai hasil tangkapan. Pelbagai aktiviti sampingan dianjurkan bagi menarik minat pengunjung termasuk pertandingan memancing, kucing cantik, kraftani, menjala buah-buahan, kukur dan kupas kelapa, memasak berasaskan hasil pertanian, menangkap belut; pertunjukkan jamu; makan durian percuma dan seminar kepenggunaan. Dato’ Seri Haji Ahmad Said turut memberitahu dia kesal dengan sikap segelintir penerima bantuan alatan pertanian, nelayan dan menternak yang masih berfikiran sempit dan malas berusaha untuk mengubah nasib keluarga masing-masing. “Mereka sanggup menjual hasil sumbangan bagi mendapatkan keuntungan mudah. walaupun menyedari ia mampu mengubah nasib keluarga jika bijak memanfaat peralatan yang diagihkan,” katanya


am

15-31 Julai 2011

7

Semarak merdeka, kibarkan Jalur Gemilang Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri menyarankan semua rakyat negeri ini terutama pemilik kenderaan dan premis supaya mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-54 tanpa mengharapkan bendera percuma sumbangan kerajaan negeri semata-mata. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata inisiatif itu bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dan semangat patriotisme kepada negara tanpa mengira bangsa dan usia, sekaligus menyemarakkan semangat berkenaan di kalangan golongan muda. “Jangan harap sumbangan Jalur Gemilang daripada Kerajaan Negeri semata-mata, malah harganya juga

tidak semahal manapun dan ia adalah lambang bahawa kita sebagai bangsa merdeka. “Kita seharusnya merasa bangga dan bertuah kerana berpeluang untuk turut sama menyambut hari kemerdekaan negara ke-54. Semangat kemerdekaan perlu ditanam di setiap jiwa rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Pada majlis itu, Kerajaan Terengganu mengagihkan 30,000 Jalur Gemilang sebagai sambutan kemerdekaan yang bertemakan `1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’

untuk diedarkan ke seluruh daerah dan perlu dikibarkan bermula dari Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 27 Julai hingga 16 September ini. Sementara itu, Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata satu majlis kesyukuran dan tahlil akan diadakan pada malam sambutan kemerdekaan berikutan sambutan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadan selain sambutan yang bakal dijalankan serentak di seluruh negara pada 16 September bersempena dengan Hari Penubuhan Malaysia. “Saya mengharapkan semua lapisan masyarakat dapat menyemarakkan lagi sambutan dan pertingkatkan rasa cinta terhadap negara, melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat pembangunan serta keamanan yang dikecapi kini,” katanya.

Semangat kemerdekaan perlu ditanam di setiap jiwa rakyat Malaysia. Ini dibuktikan pada Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Program Kafa didik generasi kecil cintai al-Quran - Haji Md Kamaru Al-Amin Seramai 73,300 pelajar sedang mendalami ilmu al-Quran di bawah Program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) membabitkan 3,105 orang guru di seluruh negeri. “Program ini dijalankan di 410 premis membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR), masjid, surau dan balai raya,” kata Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail (gambar).

Katanya, program Kafa berkonsepkan pendidikan agama peringkat rendah bagi menyokong dan memperkukuhkan pendidikan Islam yang dilaksanakan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. “Pelajar diberi penekanan dan tumpuan kepada amali serta kemahiran membaca al-Quran mengikut tajwid dan fadru ain di samping kemahiran dalam penulisan dan pembacaan jawi,” katanya.

Serap nilai agama bentuk sahsiah anak-anak Penerapan nilai-nilai agama pada peringkat awal menjadi teras utama dalam aspek pendidikan anak-anak dan mampu membesar dalam suasana penuh ketertiban dan hormatkan ibu bapa serta orang sekeliling. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat berkata peranan ibu bapa penting dalam membentuk sahsiah generasi hari ini. “Kerajaan hanya membantu dari segi kewangan tetapi dalam soal memberi kasih sayang ibu bapa harus main peranan,” katanya di majlis Anugerah Keluarga Mithali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di Gem Beach Resort, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

YB Haji Khazan bersama penerima anugerah Keluarga Mithali DUN Batu Rakit.

Katanya, hubungan mesra yang ditunjukkan antara ibu bapa dan ahli keluarga yang lain mendorong anakanak membesar sebagai seorang insan yang menghargai keharmonian dalam masyarakat. Majlis anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit.

Hajah Wan Hindun Yusof, 68, dari Kampung Padang Polis menerima Anugerah Ibu Tunggal Terbilang. Manakala seorang nelayan, Encik Che Tom Abdullah, 75 menerima anugerah Keluarga Mithali Terbilang dan Encik Daud Husein, 66, dari Kampung Maras menerima anugerah Bapa Tunggal DUN Batu Rakit (Anugerah Khas).

Katanya, YIT berhasrat program Kafa di laksanakan di semua sekolah di negeri ini dalam usaha kerajaan menyemai benih kesuburan dalam pegangan agama sejak kecil. Menurutnya, kejayaan pelajar Kafa khatam al-Quran terus meningkat dan sasaran tahun ini 18,000 pelajar berbanding tahun lalu (16,929) dan pada masa sama 2,170 pelajar berjaya direkodkan dalam `Malaysia Book of Records’ yang khatam menggunakan

e-Book,” katanya. Katanya, ini membuktikan pelajar berjaya memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah sesuai dengan era kemajuan sains dan teknologi masa kini. “Usaha murni memertabatkan agama sejajar dengan hasrat kerajaan un melahirkan generasi celik al-Quran dengan pendedahan seawal usia ke arah meningkatkan mutu bacaan yang betul, lancar dan bertajwid ,” katanya.

Dun Batu Burok dapat kemudahan infra RM4.3j Kerajaan negeri tetap memberi tumpuan khusus dan mementingkan kehendak rakyat tanpa mengira latar belakang politik serta kawasan penempatan mereka sama ada tinggal di kawasan kerajaan mahupun pembangkang. Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok yang menjadi kubu kuat Pas sejak beberapa penggal lalu juga tidak pernah sepi dan tandus daripada mendapat limpahan pembangunan prasarana dan bantuan kebajikan daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Pegawai Penyelaras DUN, Dato’ Che Mat Jusoh, berkata pihaknya mencadangkan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan dan faedah rakyat di DUN berkenaan sejak dulu dan diteruskan se-

hingga kini. Antara pembangunan prasarana yang sedang dan bakal dibangunkan pada tahun ini termasuk balai raya baru di Pantai Batu Buruk dan Kampung Nibong Hilir, dewan baru di Permint Jaya, masjid di Kampung Bukit Depu dan surau baru di Lot perpindahan Tok Adis Fasa III, Kuala Ibai. Kesemua projek pembangunan itu dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta. “Sebagai wakil kerajaan dan diberi mandat supaya menjaga kepentingan dan memenuhi kehendak penduduk di seluruh DUN (Batu Burok), kita bertanggungjawab menggariskan beberapa projek pembangunan di kawasan ini.


88

15-31 Julai 2011

BN perlu muh Oleh: Kamaruddin Mat Akib Gambar oleh: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengajak parti komponen BN supaya muhasabah diri dan mengetepikan kepentingan diri dan pelbagai aspek berbau perkauman, bagi memastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Beliau yang juga Menteri Besar, berkata amat penting bagi BN memastikan kemenangan mereka pada PRU 13 bukan saja di Terengganu, tetapi seluruh negara bagi memastikan ia

mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. Katanya, kemenangan besar BN pada pilihan raya kali ini penting agar pakatan parti yang membentuk kerajaan Persekutuan itu tidak dihina seperti yang berlaku pada tahun 1969. “Pada tahun 1969 kita menjadi macam ‘kucing kurap’ selepas kalah banyak kerusi kepada parti pembangkang, menyebabkan masyarakat negara ini tidak hormat lagi kepada kerajaan. “Keadaan politik yang tidak stabil pada masa itu akibat kedudukan parti Perikatan yang tidak mendapat sokongan padu rakyat telah menyebabkan berlaku huru hara dalam negara,” katanya ketika berucap merasmikan


15-31 Julai 2011

hasabah diri Konvensyen BN Terengganu 2011 di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Penerangan BN Negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; AhliAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ketua-ketua Umno bahagian, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua parti komponen BN negeri. Dato’ Seri Haji Ahmad meminta parti komponen supaya berganding bahu menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN di Terengganu. “Kita mahu BN menang di Terengganu bukan saja dengan majoriti dua pertiga, tetapi kita dapat merampas semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU

12,” ujar beliau. Beliau meminta komponen BN memberi tumpuan kepada program yang boleh menarik rakyat menyokong kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini. “Kita mahu parti komponen bergerak mulai sekarang dan kita tidak mahu budaya selesa kerana kemenangan dalam pilihan raya lepas masih ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli parti komponen BN,” tambahnya. Pada masa yang sama, beliau turut mengajak pemimpin Umno dan BN supaya melupakan segala perbalahan antara mereka dan memberi tumpuan kepada usaha memperkemaskan jentera pilihan raya BN.

99


10

15-31 Julai 2011

TURUN PADANG Oleh: Fauzi Mohd

Program Kembara Ramadan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Negeri (JPN) Terengganu yang berlangsung selama tujuh hari menjadi platform kepada pemimpin setempat untuk bertemu dengan rakyat di seluruh Terengganu. Pengarahnya, Hajah Azizah Awang, berkata program yang melibatkan seluruh daerah di Terengganu bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 pada tahun ini yang disesuaikan dengan suasana bulan Ramadan. Menurutnya, kembara yang bermula di Besut itu melibatkan 30 buah kenderaan di setiap daerah bagi mengagihkan 3,500 Jalur Gemilang secara percuma di setiap lokasi yang dikunjungi. “Program di bawah aktiviti Semarak Merdeka 2011 itu antara lain mahu mendekatkan Jabatan Penerangan dengan kumpulan sasar kembara ini seperti pelajar, golongan orang kurang upaya, warga emas, belia dan komuniti masjid. “Ia memberi peluang kepada komuniti yang ditemui bersama-sama pemimpin setempat dalam majlis berbuka puasa dan bersahur serta menerima sumbangan ‘touch point’ daripada JPN,” katanya. Hajah Azizah berkata, hari pertama program di Besut bermula di Dataran Ketara, Kampung Gerai dengan di sertai 30 buah kenderaan

SERIKANDI Oleh: Suriati Ali

Setiap kerjaya sama ada membabitkan bidang profesional, perkeranian, kewangan dan jabatan penguatkuasaan, semuanya memerlukan pembelajaran secara berterusan sekiranya serius ingin mencapai matlamat lebih tinggi dalam kerjaya yang diceburi. Prinsip itu sentiasa diamalkan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat dan Pengurusan) Perbendaraan Negeri Terengganu, Puan Norliza Ismail, 31 sejak berada di jabatan kerajaan. Walaupun sesukar mana tugasan yang diarahkan ketua jabatan, beliau berusaha melaksanakannya sebaik mungkin dan penuh dengan ketelitian supaya memenuhi kehendak majikan. Puan Norliza juga lebih gemar bersikap rendah diri untuk menyoal perkara yang tidak ketahui kepada

rencana

Jelajah seluruh negeri sempena Kembara Ramadan Jalur Gemilang

Majlis penyerahan Jalur Gemilang turut dilakukan di samping berbuka puasa bersama masyarakat setempat dalam Program Kembara Ramadan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu yang berlangsung selama tujuh hari bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di seluruh negeri Terengganu.

sebelum menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Padang Luas dan bersahur di Sekolah Menengah Imtiaz. Katanya, pada hari kedua di Setiu, Kembara Ramadan singgah di Masjid Guntung Luar untuk aktiviti pemasangan bendera dan seterusnya bersama masyarakat setempat dalam majlis berbuka puasa dan bersahur. Katanya, penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, YB Haji Abd Halim Jusoh dalam menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di kawasan itu memberi sentuhan bermakna antara pemimpin dengan rakyat. Meneruskan program di Hulu

Terengganu pada hari ketiga katanya, konvoi 30 buah motosikal belia bersama komuniti di Masjid Kampung Matang sebelum ke Akademi Binaan Malaysia di Jenagor bagi program Qiamulail dan bersahur. Tidak melepaskan peluang Adun Telemong, YB Haji Rozi Mamat turut terlibat dalam mengagihkan Jalur Gemilang kepada penduduk di Kampung Tok Lawit bersama 30 belia bermotosikal Komuniti 1Malaysia Hulu Telemong. “Hari seterusnya di Kuala Terengganu, sebelum menyertai majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat di Masjid Tok Jembal, konvoi mengagihkan Jalur Gemilang di Taman Uda Murni, Teluk Ketapang.

“Program disertai Adun Seberang Takir, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman turut memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Teluk Ketapang,” katanya. Pada hari kelima di Marang bermula dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di Stesen Minyak Caltex Pulau Kerangga sebelum menyampaikan sumbangan dan berbuka puasa kepada penghuni Taman Rahmat. Sejurus itu katanya, program sumbangan kepada anak-anak yatim diteruskan ke Asrama Darul Falah, Bukit Payong, serentak dengan sahur. Meneruskan kembara di Dungun pada keesokkan harinya, Hajah Azizah

Puan Norliza miliki sifat gemar belajar kakitangan bawahan dan lebih berusia. Cara kerja yang diamalkan itu nyata membuahkan hasil apabila beliau kini memiliki kerjaya yang selesa dan disegani ramai walaupun baru mencecah usia awal 30-an. Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) itu pernah bergelar guru sandaran tidak terlatih sebaik tamat pengajian pada 2004. Dia kemudiannya ditawarkan bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Dungun. Komitmen tinggi terhadap tugas membuatkan Puan Norliza dinaikkan pangkat ke jawatan lebih selesa iaitu sebagai Penolong Pengarah (Galian) Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu pada Januari 2009. Selepas menyandang jawatan itu selama dua tahun empat bulan, beliau dinaikkan pangkat lagi kepada jawatan lebih tinggi iaitu jawatan yang

disandang sekarang sebagai Ketua Penolong Kewangan Negeri (Khidmat dan Pengurusan). “Tidak rugi seseorang itu menuntut ilmu walau setinggi mana pun, lagi banyak mereka meneroka ilmu, lebih mendalam sesuatu aspek dapat diketahui terutama berkaitan kerjaya yang dimiliki. “Saya cukup gemar mempelajari sesuatu perkara terutama berkaitan kerja yang sukar dilaksanakan, perkara itu cuba diselsaikan dengan teliti supaya dapat memenuhui kehendak majikan atau ketuan jabatan,” katanya yang berasal dari Kampung Gelugor Kedai, Kuala Terengganu. Katanya, lebih tinggi jawatan yang dipertanggungjawabkan, lebih besar komitmen wajar dilaksanakan seseorang pekerja itu termasuk terpaksa bertugas di luar kawasan dan melebihi masa. “Jutaan terima kasih kepada sua-

mi Zaifulnizam Zakaria yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana memahami tugasan saya malah pada masa sama memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,” katanya Norliza yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Cawangan Terengganu (Puspanita) berkata dia turut terlibat menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan Puspanita.

memberitahu, di samping aktiviti memasang bendera di 15 buah rumah penduduk, program di Masjid Seberang Pintasan. Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, YB Matulidi Jusoh yang menyampaikan sumbangan kepada individu yang lahir pada 31 Ogos dan bersahur di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun. “Hari terakhir di Kemaman, perarakan 30 pembawa hidangan berbuka puasa berlangsung di Masjid Paya Berenjut yang turut disertai ADUN Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera. “Sebelum itu, Adun Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar turut serta dalam program di Institut Pengajian Islam Marpa untuk program Qiamullail dan sahur,” ujarnya.


15-31 Julai 2011

rencana

MIMBAR

11

BISNES

‫كاءيستيميواءن فمباخ القرءان‬ ‫دسيسي اهلل سبحانه وتعالى‬ ‫القرءان اياله كتاب اهلل ترأخير يغ دتورونكن‬ ‫كفد نبي محمد صلى اهلل عليه وسلم دان‬ ‫ اوبت يغ فاليغ‬،‫مروفاكن سنجات فاليغ مجرب‬ ‫مستجب دالم مثلسايكن سضاال فرمسئلهن‬ ‫ رحمة‬،‫ ددالمث فنوه دغن نور هدايه‬.‫كهيدوفن‬ ‫ سباضاي كتاب‬.‫ سرتا فندوان‬۲‫دان ذكر‬ ‫وحي يغ دفنوهي معجزة دان كاضوغن يغ‬ ‫ يغ الين مك‬۲‫تياد تولق بنديغث دغن كتاب‬ ‫ اياث‬،‫باضي مغكلكنث دالم كهيدوفن كيت‬ ‫فرلو دجاض دغن سنتياس ممباخ دان مغحافل‬ ‫سرتا ممهمي ايسي كندوغنث اضر برادا‬ ‫ فرمان‬.‫ددالم جيوا دان هاتي ستياف مسلم‬ 9 ‫اهلل سبحانه وتعالى دالم سورة الهجر ايات‬

Kak Ani berjaya bersama emas dan berlian

‫`سسوغضوهثكاميلهيغمنورونكن‬:‫مقصودث‬ ‫ دان كاميله يغ ممليهارا دان منجاضث‬،‫القرءان‬ ‫رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم مغضسا أومتث‬ ‫اضر سنتياس ممباخ القرءان دان مندالمي دري‬ ‫ أبو زر رضى اهلل عنه فرنه‬.‫سضي باخاءنث‬ ‫بركات بهاوا بلياو ممينتا رسول اهلل صلى اهلل‬ ‫ رسول‬،‫عليه وسلم ممبري فسانن يغ برفنجاغن‬ ‫ سمايكنله‬:‫اهلل صلى اهلل عليه وسلم برسبدا‬ ‫فراساءن تقوى كفد اهلل كران اي اداله سومبر‬ ‫ اكو ممينتا سوفاي بضيندا‬.‫باءيق‬۲‫كفد عمالن‬ ‫ تتفكنله ممباخ القرءان كران اي‬،‫منمبه الضي‬ ‫اداله نور اونتوق كهيدوفن اين دان بكلن اونتوق‬ ‫ كيت دافتي فارا صحابة رضى اهلل عنه‬.‫أخيرة‬ ‫ أوبى‬،‫ إبن مسعود‬،‫ زيد بن ثابت‬،‫سفرتي عثمان‬ ‫ مريك اين سنتياس‬،‫ الضي‬۲‫بن كعب دان الين‬ ‫ختمكنث ستياف هاري‬-‫ممباخ القرءان دان مغ‬ ‫ بضيتو جوض عمالن تراديسي اورغ‬.‫جمعة‬ ‫توا كيت داهولو جوض مواجبكن فنديديقن‬۲ ‫تيدق دبنركن كلوار‬۲‫ انق‬.۲‫القرءان كفد انق‬ ‫رومه سالضي تيدق ممباخ القرءان دان‬ ‫مريك مغعملكن فمباخاءن القرءان ستياف‬ -‫مالم سلفس وقتو مغرب سخارا براماءي‬ ‫ اين ممبوقتيكن مريك ساغت مغمبيل‬.‫راماي‬ ‫برت تنتغ فمباخاءن دان فنديديقن القرءان‬. ‫يغ منجلسكن كاءيستيميواءن‬۲‫باثق حديث‬ ‫مريك يغ سنتياس ممباخ القرءان بضيتو‬ ‫تيغضي دان موليا دسيسي اهلل سبحانه وتعالى‬

Puan Mahani atau Kak Ani kini berjaya selepas membuka Kedai Emas dan Permata Batu Enam sejak tahun 1986 lagi.

Oleh: Suriati Ali

Kedai Emas dan Permata Batu Enam (KEPBE) yang menawarkan perkhidmatan menjual, menerima tempahan barangan kemas dan berlian asli sememangnya tersohor di kalangan pembeli sejak 25 tahun lalu. Pelanggan yang datang sama ada untuk membeli atau sebaliknya dilayan mesra dan penuh berhemah oleh pemiliknya, Puan Mahani Mohamed atau dikenali sebagai kak Ani bersama empat pembantu kedai yang lain. Tiada petua istimewa dan jalan pintas untuk maju serta kekal dalam perniagaan melainkan perlu memiliki ilmu yang tinggi dan bijak memikat hati pelanggan. “Setiap pelanggan perlu dilayan mesra walaupun ada di antara mereka hanya datang sekadar melihat dan membuat perbandingan harga,” katanya yang merupakan bekas guru Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terenggganu. Beliau yang memiliki sepasang cahaya mata hasil pengkongsian hidup

Kak Ani kini memasang impian untuk membuka cawangan kedai emasnya. bersama suami, Wan Mohd Noor Wan Endut berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), selain memiliki Ijazah Perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Diploma Pendidikan Institut Bahasa. Puan Mahani nekad melepaskan jawatan tetap sebagai guru dan memberanikan diri menceburi bidang perniagaan pada 1986 berikutan berasa diri tercabar dengan kejayaan kaum lain yang maju dalam perniagaan berasaskan barangan kemas. Katanya, dia mengakui bukan mudah untuk dirinya berada di tahap sekarang kerana pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa dilalui termasuk kurang mendapat kepercayaan pelanggan sewaktu tahun pertama memu-

lakan perniagaan. “Pada ketika itu, pelanggan lebih mempercayai kaum lain yang banyak membuka kedai emas berbanding pengusaha Melayu. “Kesukaran itu dilaluinya dengan tabah dan penuh kesabaran dan menganggap sebagai pengalaman serta persaingan sihat antara peniaga,” katanya yang mempunyai kedai emas beralamat No 16 Rumah Kedai S.E.D.C, Batu 8, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Menurutnya, dia mengakui semakin ramai kaum Melayu kini mula berani menceburkan diri dalam bidang itu terutama di kawasan bandar raya Kuala Terengganu. “Saya gembira dengan perkembangan sihat ini kerana membuktikan kaum Melayu mampu berjaya berbanding sekitar 1980-an dulu di mana cukup sukar mendapatkan barangan kemas di premis milik peniaga Melayu “Kebanyakan pelanggan yang mengunjungi KEPBE adalah pelanggan tetap serta terdiri pelbagai golongan dan peringkat umur,” katanya yang mempunyai impian menambah cawangan KEPBE. Kak Ani berkata, lebih membanggakan sebahagian besar pelanggannya adalah di kalangan mereka yang setia mengunjungi premisnya sejak dari awal memulakan perniagaan lagi dan kemudiannya mempromosi kelebihan produk itu kepada anak-anak, saudara dan sahabat handai yang lain. “Tidak ketinggalan, To’ Puan Seri Aishahtun Fadzullah Suhami iaitu isteri mantan Menteri Besar Terengganu, pemimpin masyarakat, isteri Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan isteri wakil-waki rakyat turut berminat membeli pelbagai jenis barangan kemas dan berlian yang digemari,” katanya.


12

15-31 Julai 2011

IKON Oleh: Aida Abd Rahman

ATLET yang lahir tanggal 13 Julai 1990 ini bukan berasal dari keluarga yang dilimpahi kesenangan. Namun segalanya berubah dan tuah memihak kepada Nurul Farahim Wahab (gambar) apabila daripada sekadar suka-suka menceburi sukan kanu, akhirnya acara itu juga menngubah hidup serta mengeluarkannya dari belenggu kemiskinan. Anak kedua daripada empat beradik mula berjinak-jinak dengan acara itu selepas diperkenalkan oleh Kelab Kanu Terengganu yang mencari bakat muda di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, kira-kira enam tahun lalu. Bermula dari detik itu, minat anak kelahiran Kampung Kijing, Marang terhadap acara itu kian mekar, malah hasrat mewakili Terengganu buat kali pertama di temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008, diikuti Sukma 2010 dan terbaru, Sukma Kuala Lumpur 2011 turut menjadi kenyataan. Komitmen dan disiplin yang tidak berbelah bagi terhadap profesion baru itu bukan sahaja memahat namanya selaku atlet yang paling banyak memenangi pingat emas dalam Sukma 2010 dan 2011, malah menjadi penerima insentif tertinggi dalam kedua-dua temasya berkenaan dan turut berkongsi tuah itu dengan rakan seangkatan, Siti Rajiah Ali. Jika dalam Sukma 2010, Nurul Farahim menggondol enam emas dan menerima insentif wang tunai RM30,000, manakala Siti Ra-

BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah

Setiap inci tanah kosong akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung yang percaya jika berbudi pada tanah akan mendapat pulangan melimpah. Sikap yang diwarisi nenek moyang terdahulu itu telah sebati dalam diri golongan pertengahan dan juga belia hari ini selaku pewaris untuk meneruskan aktiviti bertani dan menternak sebagai mengisi masa lapang. Kampung Beladau Kepong, Alor Limbat, Marang sebuah perkampungan dalam dusun dengan setiap rumah di kelilingi pokok duku yang memberikan suasana redup dan nya-

rencana

Kanu beri tuah kepada Nurul Farahim jiah yang berkelebihan satu emas membawa pulang RM35,000, sekaligus meletakkan rakan sebayanya itu sebagai penerima ganjaran tertinggi daripada Kerajaan Terengganu. Namun penyertaan di Sukma tahun ini giliran Nurul Farahim pula

mendominasi tangga teratas, selaku atlet gemilang yang membawa pulang insentif tertinggi dengan meraih lima pingat emas dan mengumpul RM32,000, berbeza RM2,000 berbanding Siti Rajiah hasil kejayaan memecah dua rekod baru temasya melalui 500M (meter) K2 dan 200M K2. “Sebagaimana rakan lain, saya juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas dan gementar ketika beraksi, namun melihat sokongan moral daripada rakan sebaya serta pegawai sukan yang sentiasa men-

giringi setiap persaingan membuatkan saya dan rakan bertambah yakin untuk meraih kejayaan demi kejayaan. “Memang sasaran setiap perlawanan adalah pingat emas dan Alhamdulillah saya dan rakan sepasukan berjaya melaksanakannya

sekaligus menghadiahkan setiap kemenangan itu untuk memastikan Terengganu selaku johan Sukma buat kali ketiga berturut-turut,” katanya. Episod manis kejayaan yang diraihnya sehingga kini juga banyak didorong oleh keluarga, terutama bapa serta ibunya, Wahab Othman, 48, dan Faidah Awang, 46, yang sentiasa memberi sokongan dan katakata perangsang supaya dia sentiasa memberi tumpuan kepada kayuhan sekaligus mengenepikan lawan di gelanggang pertarungan.

“Memang sasaran setiap perlawanan adalah pingat emas dan Alhamdulillah saya dan rakan sepasukan berjaya melaksanakannya sekaligus menghadiahkan setiap kemenangan itu untuk memastikan Terengganu selaku johan Sukma buat kali ketiga berturut-turut.” Kini, bekas murid Sekolah kebangsaan Rhu Rendang itu sedang memerah keringat dan masa untuk mengharumkan nama Malaysia dalam acara kanu di pentas antarabangsa pula bergandingan dengan tiga lagi rakan seperjuangan yang juga atlet kelahiran Terengganu. Mereka giat menjalani latihan dan mentapkan stamina sebagai persiapan ke kejohanan Asia itu. Malah, dalam bulan Ramadan, pasukan kanu kebangsaan tetap meneruskan latihan di bawah kendalian jurulatih negara, Encik Wan Roslan Wan Ramli, sebaik selesai menunaikan solat sunat terawih bermula jam 9.30 malam dan tamat sejam kemudian bertempat di

sungai Kampung Paya, Marang. Penyertaan di Sukan Sea penghujung tahun ini menjadi detik paling bermakna buat Nurul Farahim selepas mengutip pengalaman bersaing di luar negara buat kali pertama di `South East Asia Championship Singapura 2008’ dan diikuti kejohanan yang sama di Thailand tahun lalu. Gadis yang lebih aktif dalam badan beruniform berbanding sukan ketika zaman persekolahan, selain berhasrat menjadi polis suatu masa nanti, dia juga tekad untuk memastikan Malaysia mampu mengutip sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam kejohanan Sukan Sea Indonesia nanti. Berkongsi pengalaman manis sepanjang penglibatan dalam arena itu, selain berkeupayaan meledakkan emas paling banyak dalam kejohanan Sukma dua kali berturut-turut, insentif yang cukup berbaloi diterimanya juga menjadi hadiah yang paling bernilai dan sukar digambarkan dengan ungkapan. “Insentif yang saya terima bukan sahaja mengubah sisi hidup saya yang selama ini hidup cukup sederhana dan serba kekurangan, memandangkan bapa hanya bekerja buruh dengan dibantu ibu sebagai tukang masak di asrama sekolah berdekatan tempat tinggal kami. “Kini, saya dapat memiliki apa yang saya impikan ketika zaman sekolah dulu, tanpa membebani ibu bapa lagi, malah turut membantu meringankan tanggungan mereka. Saya juga mampu membeli sendiri sebuah motosikal idaman saya,” katanya.

Beladau Kepong: Kampung dalam dusun man. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Encik Hasshim Abdullah, 52, berkata selain pokok duku, penduduk kampung turut menceburi kegiatan ekonomi lain. Geografi kampung yang terletak di pinggir sungai memberi ruang kepada 20 penduduk sepakat mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar selain menanam jagung dan sayuran. “Ternakan juga menarik perhatian di mana 10 peserta turut menternak lembu di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya. Encik Hasshim menjadi ketua kampung sejak 12 tahun lalu tidak

pernah membezakan setiap penduduk dan bantuan yang sampai akan diagih sama rata tanpa mengira fahaman politik. Sepanjang tempoh itu, pel-bagai program dilaksanakan demi memupuk perpaduan di kalangan penduduk termasuk gotong- royong. JKKK turut bertanggungjawab mewujudkan Unik Kawalan Kampung (UKK) juga melibatkan golongan muda bagi mengekang masalah sosial serta mengawal kampung. Penduduk kampung juga bekerjasama dengan guru sekolah dalam operasi mencegah pelajar ponteng dan memberi kerjasama menyalur maklumat kepada pihak polis serta Agensi Dadah Kebangsaan (ADK).

Dari segi aktiviti riadah, dewan futsal menjadi tumpuan pemuda di kampung berkenaan terutama pada waktu malam, selain tiga pintu ruang perkedaian menjadi sumber JKKK menjana pendapatan Wanita dan Puteri menyusun agenda tersendiri dan antara aktivitinya menganjurkan majlis bacaan Surah Yasin dan usrah serta aktiviti yang disusun bagi dimanfaatkan golongan belia yang digerakkan menerusi Persatuan Belia Fajar Menyinsing. Beladau Kepong didiami 1,050 penduduk melibatkankan 200 keluarga. Usaha terbaru adalah menubuhkan Kawasan Rukun tetangga (KRT) yang memberi lebih ruang

HASHIM ABDULLAH

bagi merancang program untuk kemaslahatan penduduk setempat lantaran badan berkenaan menyediakan geran tahunan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. “Apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan kepada penduduk kampug saya akan usahakan sehingga berjaya,” katanya.


rencana

DESTINASI

Pulau Perhentian memukau pandangan

Oleh: Suriati Ali

Pulau Perhentian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Pekan Besut, berkemungkinan wujud hasil daripada gabungan Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil yang terdapat di pulau tercantik di Malaysia itu. Kedua-dua pulau atau dikenali sebagai pulau berkembar itu dilitupi rimbunan hutan simpan, di celah-celahnya pula terdapat beberapa laluan pintas untuk menuju ke beberapa kawasan perairan pantai berdekatan benar-benar memukau pandangan. Destinasi yang sememangnya tersohor dengan kecantikan terumbu karang; keaslian dan keindahan alam semula jadi di lautan dan daratan itu kerap kali menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara untuk berbulan madu dan bercuti bersama keluarga atau sahabat handai. Tidak rugi, sekiranya menghabiskan masa di Pulau Perhentian kerana destinasi impian itu pasti menjanjikan kedamaian dan kepuasan dengan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, menyelam, menjelajah hutan dan bebeku. Sekiranya pelancong berminat untuk bermalam, terdapat lebih kurang 1,000 bilik penginapan yang ditawarkan 42 pengusaha rumah panjang, chalet dan resort. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu serendah RM10 hingga RM200 semalam. Sekiranya berkemampuan dan inginkan keselesaan, mereka boleh menginap di resort bertaraf empat bintang yang dilengkapi penghawa dingin. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,

15-31 Julai 2011

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Katanya, kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin yang masih cantik dan terpelihara menjadikan ia antara destinasi pelancongan terbaik di antara pulau di Malaysia. “Seiring dengan keindahan pulau itu sendiri, ia juga turut popular dengan aktiviti-aktiviti seperti bersnorkel, menaiki bot, perkhemahan dan melihat penyu bertelur. “Selain itu, ia juga turut menjadi tumpuan pelancong yang ingin melakukan aktiviti menyelam skuba melalui sijil bertauliah yang diiktiraf di peringkat dunia sahaja,” katanya. Dato’ Abdul Rahin berkata, aktiviti seperti menjelajah hutan dan juga penyelidikan tumbuhan semula jadi juga boleh dilakukan di Pulau Perhentian.

“Kerajaan negeri berusaha memajukan dan memperkenalkan lagi Pulau Perhentian ini sebagai destinasi pelacongan dengan mengawal pembangunan supaya mengekalkan ciri-ciri alam semula jadi. “Dalam usaha untuk memperkenalkan lagi Pulau Perhentian sebagai destinasi perlancongan yang menarik, kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Besut telah mengadakan pesta kebudayaan di pulau pada setiap tahun,” katanya. Pesta ini dikenali sebagai Perhentian Discovery dan dimasukkan dalam ke dalam kalender aktiviti tahunan pelancongan negeri.

13


14

15-31 Julai 2011

am

Maidam sedia RM15j untuk bantuan Aidilfitri Oleh: Esah Abdullah

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM15 juta bantuan zakat untuk diagihkan kepada 30,000 orang fakir miskin di seluruh negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan

Wan Sulaiman, berkata pengagihan bantuan berkenaan sedang berjalan dan dijangka selesai sebelum puasa. “Tahun ini kita percepatkan pengagihan bagi memberi peluang golongan fakir miskin dapat membuat persiapan menyambut ketibaan Ramadan dan Hari Raya Puasa,” katanya kepada

pemberita pada sidang media di Pejabat Maidam, baru-baru ini. Katanya, terdapat dua skim pengagihan yang dibuat Maidam iaitu golongan miskin terdiri daripada mereka yang pendapatan isi rumah kurang RM750, manakala fakir pula pendapatan isi rumah kurang daripada

Dato’ Senara Muda, Dato’ Haji Mazlan Hashim menunjukkan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri ini untuk tahun 1432H/2011M.

Kadar fitrah RM5, RM7 dan RM8 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi negeri Terengganu tahun 1432H/2011M adalah RM8, RM7 dan RM5 seorang. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Senara Muda, Dato’ Haji Mazlan Hashim berkata, setelah mendapat perkenan daripada Pemangku Raja Terengganu,Tengku Muhammad Ismail, kadar ini dikekalkan sama seperti tahun lepas. “Masyarakat Islam di negeri ini boleh membayar Fitrah secara tunai dengan kadar di atas atau di bayar dengan beras dengan kadar tim-

bangan 2.70 kilogram atau 2.97 cupak,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Maidam, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Wan Sulaiman dan Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Harta) Encik Idham Mustafa. Katanya, Maidam telah melantik 1,200 amil dan akan beroperasi di setiap masjid dan surau seluruh negeri bagi mengutip zakat fitrah dan

harta bagi tahun ini. “Orang r a m a i juga boleh membuat bayaran Fitrah dan zakat Harta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi pelanggan Celcom dan Maxis,” katanya. Menurut Dato’ Mazlan, sehingga ini sejumlah RM19,000 berjaya dikumpul bagi pembayaran melalui SMS oleh umat Islam di negeri ini. “Maidam mensasarkan kutipan Fitrah tahun ini sekitar RM5.8 juta berbanding ta-

Haji wan harujan

hun lalu RM5.5 juta dan ini menyumbang kepada tujuh peratus dari jumlah kutipan zakat keseluruhan RM76.4 juta,” katanya. Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar membuat bayaran Fitrah dan zakat kepada amil yang dilantik Maidam dan menjadi kesalahan sekiranya pembayaran dibuat melalui orang tengah atau amil swasta. Katanya, mereka yang enggan atau sengaja tidak membuat bayaran kepada amil yang dilantik, boleh disabitkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebih dua tahun atau keduanya sekali. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar dapat menunaikan Zakat Fitrah seawal mungkin bermula satu Ramadan bagi mengelak kesukaran terutama pada waktu akhir wajib pembayaran iaitu sebelum solat Aidilfitri. Dato’ Haji Mazlan kemudiannya turut melancarkan dua buku bertajuk ‘Risalah Ramadan dan Azan dan Iqamah Fadilat Pelbagai Hukum’ untuk panduan umat Islam menjalani kehidupan harian.

RM450 sebulan. “Bagi yang mempunyai tanggungan empat orang dan ke atas menerima RM450 manakala mereka mempunyai tanggungan tiga orang ke bawah akan menerima RM350,” katanya. Haji Wan Harujan kemudianya mengingatkan kepada mereka yang tidak layak

jangan sekali-kali menerima bantuan zakat raya ini kerana maklumat yang diterima oleh Maidam kadang-kadang tidak bertepatan dengan situasi sebenar taraf hidup pemohon. Katanya, tahun lepas seramai 3,000 penerima yang tersenarai telah menolak dari menerima bantuan zakat raya yang disediakan Maidam.

NGO terima suntikan pentadbiran RM250,000 Kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan pentadbiran permulaan berjumlah RM250,000 kepada Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) melalui Majlis Panel Perundingan (MPP) NGO bagi tujuan pengurusan pentadbiran. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pemberian itu dapat menyemarakkan lagi kegiatan dan aktiviti NGO di negeri ini ke arah membangunkan masyarakat seluruhnya. “Kerajaan negeri dan Persekutuan akan terus menyokong sebarang usaha ke arah meningkatkan kemahiran dan perhubungan kesukarelaan dengan menghantar mereka mengikuti kursus dan latihan kemahiran,” katanya di majlis penutup Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu kepada Pemimpin NGO di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Teks ucapan Menteri Besar dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa , Kesihatan, Perpaduan dan hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A. Rahman Mokhtar. Hadir sama, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Haji Mohd Zulkifli Muda; Yang Dipertua Persatuan Bekas Pegawai Tadbir Negeri (TCS), Dato’ Haji Salleh Ismail dan Timbalan Pengerusi MPP, Haji Razali Idris. Menteri Besar berkata, Majlis Perunding NGO merupakan badan induk kepada NGO yang ada di seluruh negeri dan kerajaan bersedia membantu dalam bentuk nasihat, tunjuk ajar dan juga kewangan. Sehubungan itu , apa juga aktiviti perlu seimbang dengan mengambil kira penyertaan pelbagai kaum kerana melalui kekuatan perpaduan kalangan rakyat menjadi teras utama dalam mempertahankan negara yang kita cintai ini. “Melalui aktiviti NGO juga dapat membantu kerajaan menjayakan program pembangunan modal insan dan sekaligus memudahkan proses penyaluran maklumat hingga ke akar umbi,” katanya. Menteri Besar kemudianya melahirkan rasa yakin dengan kekuatan semangat dan minat mendalam ahli NGO akan menjadi penentu kesinambungan dan survival negara.

`Mesej dari penjara’ mengumpas pengelibatan masyarakat dengan banduan - Dato’ Haji Mazlan Program mesej dari penjara merupakan medan untuk mengupas pentingnya penglibatan masyarakat dalam membantu golongan tersasar kembali ke landasan yang betul apabila dibebaskan kelak. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan

Ngah, berkata pemulihan banduan merupakan satu ‘core-business’ bagi Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan ia bukan perkara mudah. “Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapi, justeru ia bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata

sebaliknya tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama,” katanya di majlis perasmian Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur di Kompleks Penjara Marang. Katanya, program bertemakan ‘Memasyarakatkan Penjara’ amat bertepatan

dengan usaha JPM untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Selain itu katanya, kerajaan bersedia memberi segala sokongan dan kerjasama yang diperlukan oleh JPM untuk menjayakan program pemulihan. Katanya, sokongan ma-

syarakat akan memberi kekuatan kepada mereka yang telah dibebaskan tidak rasa tersisih dan dipinggirkan serta membina keyakinan untuk memberi khidmat sama ada melalui Badan Bukan Kerajaan (Ngo) dan sebagainya. “Saya bangga ramai

bekas penghuni penjara berjaya membina kerjaya masing-masing selepas keluar dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawan di samping menawarkan khidmat bakti kepada Jabatan Penjara bagi membantu rakan yang berada dalam pemulihan,” katanya.


15-31 Julai 2011

am

15

CCTV di Taska YPKT Pegawai kanan dan juga Exco kerajaan negeri menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Dato’. Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kehormatan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Exco, pegawai kanan kerajaan negeri terima gelaran Dato’

Oleh: Suriati Ali

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan empat pegawai kanan kerajaan negeri menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin 20 Julai lalu. Mereka ialah Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu, YB Encik Noorbahri Baharuddin manakala tiga Exco terdiri daripada YB Haji Yahya Khatib Mohamad, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said

dan YB Encik Toh Chin Yaw. Penerima lain ialah Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Tuan Mamat Tuan Ngah; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustofa Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda. Turut menerima D.P.M.T ialah dua ketua jabatan Persekutuan iaitu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Haji Hamzah Ngah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan. Istiadat pengurniaan dar-

jah kebesaran dan pingat kehormatan itu berlangsung di Istanah Maziah pagi ini dan disempurnakan oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail; semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Terengganu terus taja Syahadah Kerajaan Terengganu bersedia untuk meneruskan penajaan Program Dokumentari Syahadah yang diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada musim keempat tahun depan berikutan sambutan menggalakkan penonton terhadap rancangan itu di seluruh negara. Program yang sudah memasuki musim ketujuh dan kali ketiga dilancarkan di Terengganu sempena Ramadan ini merekod rating lebih sejuta penonton setiap hari. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri bersedia untuk memberi komitmen bagi meneruskan penajaan program itu pada musim akan datang dengan memilih negara yang sesuai untuk diketengahkan dalam setiap penerbitannya.

“Program Syahadah ini merupakan kali ketiga Yayasan Islam Terengganu (YIT) bekerjasama dengan RTM dan dipertontonkan menerusi TV1 dan TV2 bermula Ramadan ini. “Tahun ini kita ke Morocco dan Sepanyol yang merupakan sumbangan kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Terengganu bertujuan memberi pendedahan mengenai perkembangan, kejatuhan dan kebangkitan Islam untuk dihayati seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Ihya’ Ramadan peringkat negeri Terengganu dan Dokumentari Syahadah Musim Ke-7, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato’

Nohyati Ismail, berkata faktor jumlah penonton yang memberangsangkan pada musim lalu mendorong siri berkenaan diteruskan. “Pada musim sebelum ini, siaran sebelah petang iaitu sebelum buka puasa mencatat tontonan hampir 600,000 manakala siaran ulangan pada waktu sahur menarik kira-kira 500,000 penonton dan jika dikumpul sehari mampu menarik kira-kira satu juta penonton. “Sebab itu kita meneruskan lagi program ini dan selaras dengan peranan RTM untuk menyebar luaskan apa juga maklumat dan pendidikan,” katanya. Menurutnya, dokumentari berbahasa Melayu yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan bahasa Inggeris menerusi saluran TV2 seme-

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam usaha menjaga keselamatan Taman Asuhan KanakKanak (Taska) di bawah kelolaannya. Pengarah YPKT, Encik Mohd Sharuddin Mustaffa, (gambar) berkata setakat ini pihaknya memasang 16 Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis Taska di pusatpusat bandar. “Setiap premis Taska YPKT berada dalam kawasan berpagar dan sentiasa berkunci beserta pintu premis yang dipasang besi penghadang serta sentiasa berkunci,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan agar setiap taman asuhan perlu ada pengawal keselamatan bagi menjamin ke-selamatan penghuninya berikutan insiden pencerobohan sebuah Taska di Selangor baru-baru ini. Encik Mohd Shafaruddin berkata, sehingga ini YPKT mempunyai 66 buah Taska seluruh negeri dan belum bercadang untuk meng-

gunakan khidmat pegawal keselamatan di setiap premis berkenaan. “Dengan apa yang telah kita lakukan seperti memasang CCTV, pasang besi penghadang setiap pintu dan tingkap serta setiap premis dilengkapi pagar, saya harap tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya. Selain itu katanya, kadar yang dikenakan terhadap ibu bapa bagi seorang anak hanya RM180 sebulan di mana kadar ini sangat rendah berbanding apa yang terdapat di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya. Beliau tidak mengenepikan cadangan sesetengah pihak agar ada Pengawal Keselamatan di setiap Taska di negara ini kerana keadaan dan suasana yang tidak dijangkakan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Majlis penajaan waktu siaran Dokumentari Syahadah Musim Ke-7 disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kepada Dato’ Nohyati disaksikan YB Haji Khazan.

mangnya mempunyai pengikut tersendiri. Katanya, dokumentari dalam dua bahasa turut dibeli beberapa negara Arab, Brunei dan juga Singapura, selain `menjual’ nama Yayasan Islam Terengganu dalam setiap siri penerbitannya. Sementara itu, Syahadah kali ini memaparkan sejarah awal kedatangan Islam ke

setiap negeri, peninggalan manuskrip dan kitab-kitab lama, peranan ulama dan tokoh agama, yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di Malaysia. Program musim ini turut menjalankan penggambaran kesan-kesan peninggalan kerajaan Andalusia sekaligus membongkar kedatangan Islam, kesannya kepada ko-

muniti setempat dan global di Maghribi dan Sepanyol. Sebanyak 33 episod dokumentari Syahadah serta satu episode khas `Di sebalik tabir syahadah’ yang berdurasi selama 30 minit bakal menemui penonton pada setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada 5.30 pagi di TV1.


sukan Bil. 45 (15-31 Julai 2011) http://teganukita.blogspot.com

Ganjaran RM2.3j untuk atlet cemerlang Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM2.3 juta sebagai insentif dan biasiswa kepada atlet pelajar, Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 serta pemain bola sepak Terengganu berikutan pencapaian membanggakan yang dihasilkan sepanjang tahun ini. Daripada jumlah itu, kira-kira RM600, 000 diperuntukkan sebagai bayaran awal skim biasiswa kepada atlet pelajar di sekolah sukan termasuk Sekolah Sukan Bukit Nenas (Setiu), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin dan SMK Sultan Sulaiman melibatkan lebih 200 pelajar yang belum mendapat sebarang penajaan lain. Sementara itu, kira-kira RM900,000 diagihkan sebagai insentif kemenangan Sukma Ke-14 Kuala Lumpur 2011 , manakala peruntukan kira-kira RM800,000 sebagai hadiah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Terengganu berikutan kejayaan menjulang Piala FA musim ini. “Tahniah kepada atlet Sukma Ke-14. Tahniah juga kepada pemain bola sepak ke-

Atlet Sukma serta pemain dan pegawai pasukan bola sepak Terengganu gembira bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenamgan Sukan Malaysia Ke-14 dan Piala FA 2011 di Wisma Darul Iman.

rana menjuarai Piala FA dan memenanginya dalam keadaan dramatik sekali. Begitu juga, ucapan terima kasih kepada atlet muda dan bakat baru yang masih belajar di mana kerajaan bersedia memberikan biasiswa kepada mereka bermula 1 Jun . “Ini merupakan antara usaha-usaha kerajaan Terengganu bagi memartabatkan atlet anak Terengganu dalam bidang sukan, sebagaimana yang saya sebutkan sejak kali

pertama Terengganu menjuarai Sukma (2008), Insya-Allah Terengganu menjadi kuasa baru sukan negara kita,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Malaysia Ke-14 dan Piala FA 2011, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Penasihat Undang-Un-

dang negeri, Dato’ Noorbahri Baharuddin; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Zolkples Embong dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Zainal Abidin Hussin. Menteri Besar berkata, kejayaan itu juga menyebabkan ada segelintir pihak luar Terengganu mengiktiraf kehebatan dan kemajuan Terengganu dengan menyatakan hasrat supaya pelajar bukan berasal dari Terengganu memasuki sekolah di negeri ini agar turut cemerlang dalam bidang sukan. “Justeru itu, kerajaan negeri tidak pernah lokek untuk memberi sebarang pengiktirafan kepada atlet kita yang berjaya. Hari ini kita berbangga dengan Azizulhasni Awang, Fatehah Mustafa dalam acara berbasikal serta seorang atlet memanah yang juga anak Terengganu kerana bakal membawa cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik London 2012,” katanya.

Tiga atlet negara terima A.M.T Oleh: Suriati Ali

Tiga atlet negara (gambar) yang juga anak watan Terengganu yang menerima Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) menyifatkan anugerah yang mereka terima sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 20 Julai lalu sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang mengharum nama negara dan Terengganu di

persada dunia. Mereka yang juga atlet berbasikal negara Mohd Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah Mustafa turut berazam menggandakan usaha supaya terus cemerlang dalam beberapa kejohanan yang bakal disertai dalam tempoh terdekat. Mohd Azizulhasni, 23, berkata dia terharu dan bangga kerana Terengganu menghargai jasa dan keringatnya sebagai pelumba basikal dengan menga-

nugerahan A.M.T. “Saya berjanji akan melakukan yang terbaik supaya nama Terengganu dan negara sentiasa menjadi perhatian pihak luar dengan pelbagai kejayaan membanggakan terutama apabila menyertai Sukan Olimpik 2012 di London nanti,” katanya. Manakala Fatehah, 22, berkata, tiada apa yang ingin diucapkan melainkan jutaan terima kasih di atas penganugerahan yang terima ini.


teganukita 45