WARTA UNIVERSITI WARTA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
BIL. 8
OGOS 2010
ISSN 1985-2932
Majlis Konvokesyen Kali Ke-8 Universiti Malaysia Terengganu Ahad dan Isnin, 25-26 Julai 2010 Majlis Konvokesyen Kali Ke-8 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung pada 25 hingga 26 Julai 2010 bersamaan 13 dan 14 Syaaban 1431 H. Majlis konvokesyen kali ini telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Sultan Mizan. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT telah sudi mencemar Duli menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-8 UMT. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut sudi mencemar Duli bersama-sama memeriahkan Majlis Konvokesyen Kali Ke-8 UMT. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT telah sudi mengisytiharkan pelantikan Y. Bhg. Tan Sri Samsudin Osman sebagai Pro-Canselor UMT. Beliau adalah Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Presiden Perbadanan Putrajaya dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Holdings Berhad (BHB). Baginda juga telah menyampaikan anugerah Profesor Emeritus kepada mantan Naib Canselor UMT, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera) kepada Faizal Miskam, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim), Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) kepada Wong Shu Kuan, graduan Sarjana Muda Sains (Biologi Marin), Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Nor Faizah Ismail, graduan Sarjana Muda Kaunseling dan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah (bidang Sains) kepada Wan Mohd. Amir Fazamin Wan Hamzah, graduan Sarjana Sains (Komputer) serta Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah (bidang Sains Sosial) kepada Nor Azman Mat Ali@Salim, graduan Doktor Falsafah (Pemasaran). Majlis konvokesyen Sesi Kedua (petang 25 Julai 2010) dan Sesi Ketiga (pagi 26 Julai 2010) telah disempurnakan oleh Pro-Canselor UMT, Y. Bhg. Tan Sri Samsudin Osman. Turut hadir di majlis konvokesyen tersebut ialah YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Y. Bhg. Tan Sri. Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Naib Canselor UMT, Y. Bhg. Prof. Dr. Aziz Deraman, Naib Canselor, Rektor dan wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pegawai-pegawai Utama UMT, dif-dif jemputan dan juga ibu bapa para graduan. Seramai 1539 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing iaitu 83 orang menerima diploma, 1375 orang penerima ijazah sarjana muda, sementara 72 orang penerima ijazah sarjana dan 9 orang penerima ijazah doktor falsafah.
WARTA UMT 2010.indd 1
8/19/10 3:29 PM