Skip to main content

Ko-Q Februari 2020 Volume 3

Page 1

Volume 3

Februari 2020

PELAYAR UMT MENYINAR DI LANGKAWI oleh : Noor Hidayah Mat Isa

Pada 6 - 11 Januari 2020, Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menyertai 18th Belt & Road Royal Langkawi International Regatta (RLIR 2020) di Pulau Langkawi, Kedah. RLIR 2020 adalah penyertaan ketiga bagi UMT dan seramai 6 orang peserta telah mewakili UMT bagi RLIR 2020 iaitu Izhar Bin Mohd Mustaat, Y.M. Ku Anas Ku Zamil, Mohd Saifullah Bin Mohd Esa, Tuan Ahmad Shami Bin Tuan Zainuddin, Muhammad Nabihan Bin Nor Wandi

dan Muhammad Amirul Aziq Bin Muhd Asril. UMT telah menyertai kejohanan bagi kategori Sport Boat dan telah mendapat tempat ketiga dengan kutipan mata sebanyak 28 point. Manakala dua (2) pelajar UMT telah diserap masuk bagi mewakili Pasukan Kapal Layar Dash bagi kategori White Sail dan telah mendapat tempat pertama dengan kutipan mata sebanyak 11 point. Pelajar tersebut ialah Nur Ayuni Binti Md Amin dan Ahmad Ali Bin Ahmad Hishamuddin.


Volume 3

Februari 2020

ALUMNI UMT BERSAMA ORANG ASLI ROYAL BELUM oleh : Noorullaily binti Saffain

16-18 Januari 2020, telah diadakan Program Pemindahan Ilmu Dan Ikatan Ukhwah Alumni UMT Bersama Komuniti Masyarakat Orang Asli Royal Belum anjuran Pusat Alumni UMT dengan kerjasama Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) serta Persatuan Alumni UMT (PAUMT) juga melibatkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan Bahagian Keselamatan. Majoriti peserta yang terlibat merupakan Alumni UMT iaitu seramai 11 orang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Alumni UMT sebagai agen perubahan berkaitan masyarakat orang asli suku Kaum Jahai bertempat di Kampung Sungai Klewang, Royal Belum, Perak dengan

pengetahuan berkenaan pemindahan ilmu, pendidikan, kebersihan, pemeriksaan kesihatan selain memberi sumbangan kepada mereka bagi menunjukkan keperihatinan Alumni UMT kepada komuniti. Melalui program ini, Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin Abdul Hamid, Pengarah, Pusat Alumni UMT telah menyampaikan sumbangan makanan keperluan dan juga pakaian kepada 30 keluarga (penduduk seramai 106 orang) suku kaum orang asli Jahai. Melalui kepakaran dan pengalaman Alumni UMT, program ini akan menyumbang dan memfokuskan kepada aspek pemindahan ilmu selain menyuntik kesedaran kesihatan dan pendidikan kepada komuniti orang asli.


Volume 3

Februari 2020

UMT TUAI 1 PERAK DAN 1 GANGSA oleh : Amalul Asyraf bin Rosli

Kontigen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya meraih 1 pingat perak menerusi Muhammad Hafizzudin Bin Muhammad Ali dalam acara Silat Olahraga Kelas D Putra. Pesilat yang mengikuti jurusan Sarjana Teknologi Alam Sekitar di UMT ini tewas kepada pesilat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga pesilat pelapis Malaysia dengan kiraan mata 0-5. Menurut jurulatih silat UMT, Hafizudin Mohamad kecederaan lutut yang dialami Muhammad Haffizudin semasa perlawanan separuh menentang pesilat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi punca utama kekalahan pesilatnya di perlawanan akhir.

Manakala untuk acara Karate bagi kategori Kumite Wanita bawah 61kg, Thirthanah Baskaran berjaya menumbangkan pesaingnya dari Universiti Malaya (UM) bagi penentuan pingat gangsa. Thirthanah bermula garang sehingga ke penghujung perlawanan tanpa sempat dibalas pihak lawan dengan kemenangan mutlak 10-0. Kontigen UMT menamatkan saingan Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2020 di UITM Arau, Perlis yang bermula pada 31 Januari sehingga 6 Februari yang lalu dengan menduduki ranking ke 18 daripada 20 universiti awam yang bertanding.


Volume 3

Februari 2020

BENGKEL KEUSAHAWANAN NATURE GUIDE: MARINE TOURISM oleh : Wan Amirul Hafiz bin Wan A Bakar

Pada 4 - 6 Februari 2020, Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), telah mengadakan satu (1) Bengkel Keusahawanan Nature Guide: Marime Tourism bertempat di MYANGKASA AKADEMIK & RESORT, LANGKAWI. Bengkel ini telah melibatkan seramai 22 orang pelajar dan juga 7 orang staf yang berperanan sebagai penasihat kepada program-program dan pakej-pakej yang bakal diketengahkan oleh para pelajar tersebut. Antara objektif program ini adalah untuk melengkapkan diri pelajar yang bakal menjadi Pemandu Pelancong dalam sektor Pelancongan

Marin serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran interpersonal pelajar sebagai duta kecil bagi mempromosikan sektor pelancongan negara. Di akhir program ini, pelajar dapat menyediakan beberapa pakej pelancongan antaranya DHOutdoor Hikers(Hiking), Humphead Tour & Travel (Pulau Bidong), hijau.nyakenyir (tasik Kenyir) dan Setia Setiu Travel Agency (Setiu Wetland) bersesuaian dengan harga yang berpatutan mengikut pasaran semasa.

Slot Strenghthen Your Goal

Sesi Pembentangan

Sesi Perbincangan


Volume 3

Februari 2020

MUDAPRENEUR@HE: PITCHING BERSAMA VENTURE CAPITAL oleh : Muhammad Hafiz bin Mohd Dee

Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA telah mengadakan program MUDApreneur@HE: Pitching bersama Venture Capital yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), HEPA pada 9 Februari 2020. Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar dalam bidang teknousahawan serta memperaktikan ilmu yang dipelajari dalam konteks pembangunan perniagaan yang sebenar. Sebanyak enam (6) syarikat pelajar telah berentap untuk membentangkan modul dan strategi perniagaan mereka

kepada empat (4) orang juri yang terdiri daripada wakil industri iaitu En. Rosman Zamri, Pengarah SME Corp Terengganu, En. Zamir Bin Mohamad Ghazali, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, En. Mohd Riduan Musa,Founder, Ledakan Digital dan Pn. Damaiyanti Binti Mohd Nawi Ketua, Pejabat Wilayah pantai Timur, PUNB. Hasil daripada penjurian sebanyak lima (5) syarikat pelajar telah dipilih mewakili UMT ke Simposium yang akan diadakan pada April 2020 bertempat di Kuala Lumpur.

Sesi Bergambar Bersama Peserta Dan Panel Juri

Sesi Pembentangan Projek Syarikat Pelajar

Sesi Taklimat kepada Panel Juri


Volume 3

Februari 2020

UMT VOLLEY BERSEDIA KE MASUM DAN SUKIPT 2020

oleh : Amalul Asyraf bin Rosli

Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Universiti Malaysia Terengganu atau lebih dikenali dengan UMT Volley telah mendapat naib johan dalam Terengganu Association Qber Cup 2020 Volleyball Tournament yang berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di sini pada 14-15 Februari yang lalu. UMT Volley terpaksa akur kepada pasukan Mario bagi kategori lelaki dan wanita yang dibarisi pemain-pemain pelapis Malaysia dengan skor set 1-2.

Menurut jurulatih pasukan UMT Volley wanita, Encik Ahmad Riedhaudden Razak kejohanan ini adalah sebagai persiapan pasukan untuk Karnival Sukan MASUM Fasa 2 dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang akan berlangsung pada Julai (UiTM Shah Alam) dan Ogos (UPSI). Kejohanan yang dianjurkan oleh Alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang, Terengganu ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan seluruh penggiat bola tampar Malaysia dengan jumlah penyertaan sebanyak 32 pasukan.


Volume 3

Februari 2020

PASUKAN DART, GOLF DAN BOLA JARING UMT CEMERLANG DIKEJOHANAN MAKSAK oleh : Siti Zainab binti Mat Zin

TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Golf UMT yang dibarisi oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Aziz bin Deraman, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin Abdul Hamid, En. Zolarman bin Muhamad dan En. Fadli bin Mamat yang telah merangkul tempat ke 3 dalam acara berpasukan manakala kemenangan cemerlang individu dirangkul oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Aziz bin Deraman di tempat ke 5 daripada 109 peserta. Kejohanan Golf MAKSAK Terengganu 2020 telah berlangsung pada 15 Februari 2020 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Dengan skor keseluruhan 2 di bawah par, UMT terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Pendidikan di tempat pertama dan PDRM di tempat ke dua. Kedua-dua pasukan tersebut juga mencatat skor 2 di bawah par. Penentuan pemenang terpaksa ditentukan menerusi keputusan OCB.

Sementara itu pujian juga diberikan kepada pasukan Bola Jaring Staf UMT yang berjaya merangkul tempat ke-3 semasa Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu. Mengalahkan pasukan Setiausaha Kerajaan Terenggganu (SUK) pada peringkat separuh akhir dengan jaringan 29-19, Pasukan Bola Jaring UMT pulang dengan pingat gangsa. Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Terengganu 2020 telah berlangsung pada 17 Januari 2020 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak menyaksikan penyertaan pasukan pada kali ini adalah sebanyak 11 pasukan

Pasukan Bola Sepak Staf UMT pula telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Terengganu 2020 pada 19 hingga 21 Februari 2020 bertempat di Padang Bola Sepak Lagun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Walaubagaimanapun perjuangan pasukan bola sepak UMT berakhir di pusingan ke 2 sahaja apabila tewas kepada pasukan MBKT.


Volume 3

Februari 2020

Setiap tahun atlet staf Dart UMT pasti akan pulang dengan kejayaan di Kejohanan MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu. Kejayaan awal bagi tahun 2020 untuk Dart UMT adalah melalui saudari Nur Alya binti Mamat yang menyertai acara individu dan telah merangkul tempat kedua dalam acara tersebut, sekaligus melayakkan Alya mewakili Pasukan Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti.

Di kejohanan kali ini, UMT telah menghantar 4 pasukan bagi kategori lelaki dan 6 wanita bagi kategori individu. Sebanyak 38 pasukan dari pelbagai agensi telah menyertai kejohanan pada kali ini. Untuk kategori pasukan, UMT berada di kedudukan Top 32.


Volume 3

Februari 2020

GANGGUAN MISTIK MELALUI RAWATAN ISLAM

oleh : Hazniyati binti Hassan

Felo Kolej Kediaman telah menganjurkan Kursus Pengendalian Rawatan Islam pada 22 Februari 2020 bertempat di Dewan Al-Irfan Kolej Kediaman. Kursus ini telah diadakan dengan kerjasama Pengamal Perubatan Islam, Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussyifa’, Terengganu. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengendalian kes-kes gangguan mistik yang

sering berlaku di Kolej Kediaman. Kursus sehari ini telah dihadiri oleh 54 orang peserta yang terdiri daripada sukarelawan blok, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Felo Kolej Kediaman. Kursus ini terbahagi kepada dua sesi iaitu pengenalan rawatan Islam dan sesi praktikal. Diharap program ini mampu membantu para peserta bagi mengendalikan kes-kes gangguan mistik di Kolej Kediaman dengan lebih baik.


Volume 3

Februari 2020

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN ALUMNI oleh : Noorullaily binti Saffain

24-25 Februari 2020, Pusat Alumni UMT telah menyertai Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Alumni bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Seminar ini merupakan anjuran dari 4 buah universiti iaitu USIM, UPSI, UNIMAP dan UTEM. Penyertaan seramai 9 orang di kalangan staf Pusat Alumni, Persatuan Alumni dan Penyelaras Alumni. Seminar ini merupakan platform terbaik bagi perkongsian amalan pengurusan alumni. Selain itu, seminar ini dapat memperkasakan peranan Pusat Alumni dan menjenamakan Alumni universiti dengan melihat isu dan cabaran pengurusan alumni di universiti. Melalui seminar ini, beberapa cadangan resolusi telah dikemukakan antaranya adalah sepertimana berikut ; a) Bersetuju mewujudkan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia sebagai nadi penggerak pengurusan alumni Universiti Awam (UA). b) Memohon peruntukan khas tahunan dari pihak KPM untuk disalurkan kepada Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia bagi menggerakkan aktiviti tahunan alumni. c) Menyediakan satu ruang dan peluang kepada alumni untuk turut serta dalam menentukan halatuju universiti melalui lantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

d) Majlis Alumni UA bertanggungjawab sebagai penggubal dasar dan halatuju Pusat Alumni UA berlandaskan hasrat KPM. e) Memperkukuhkan peranan pusat alumni sebagai satu pusat yang penting dan mendapat perhatian sewajarnya dari sudut peruntukan kewangan, sumber manusia dan kemudahan lain-lain dalam eko-sistem pengurusan universiti. f) Menyediakan insentif kepada pihak yang menyokong usaha kolaborasi dengan pihak Alumni Universiti.


Volume 3

Februari 2020

HSBC BUSINESS CASE COMPETITION 2020 DI HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR oleh : Zaizulhizma binti Salleh

25 - 26 Februari 2020, Hotel Istana Kuala Lumpur – Pasukan Enactus (Entrepreneurial Action Us) )Universiti Malaysia Terengganu telah berjaya menyertai semi final bagi pertandingan HSBC Business Case Competiton 2020 dengan mengalahkan pasukan daripada IPTA dan IPTS dengan kedudukan di nombor ke - 7 daripada 12 pasukan. Pasukan UMT telah diwakili oleh empat pelajar iaitu saudara Premkumar A/L Genasen (Sarjana Muda Perakaunan Tahun 2), Mohammad Iskandar Daniel Bin Md Faris (Sarjana Muda Marine Biology Tahun 1),Saudari Kirtanac A/P Genason (Sarjana Muda Perakaunan Tahun 2) Dan Ow Suk Theng (Sarjana Muda Perakaunan Tahun 1). Pertandingan ini merupakan platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran perniagaan bagi menyelesaikan case study seperti isu dalam perniagaan, cabaran dalam organisasi, menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah. Turut hadir bagi memberi sokongan kepada pelajar pada pertandingan itu, iaitu YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Hassan Bin Che Haat dan YBrs.Dr. Mohd. Shaari bin Abd Rahman sebagai mentor kepada pasukan UMT. Walaubagaimanapun pihak UMT tidak dapat meneruskan perjuangan ke final dan hanya berpuasa hati di tempat kedua dalam kategori kumpulan A.

Peserta Bersama Mentor

Salah Seorang Peserta Saudari Kirtanac A/P Genason Sedang Beraksi.

Peserta bersama Pengerusi Enactus Malaysia


Volume 3

Februari 2020

MENGASAH KEMAHIRAN PENULISAN MEDIA SUKAN oleh : Mohd Fadzli Badaudin

UMT, 26 Feb - Kursus Media Sukan yang dijalankan selama 2 hari bermula 25 – 26 Mac 2020 berjaya mengumpulkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada warga staf UMT. Kursus ini disampaikan oleh Dr.Pekan Ramli, Ketua Unit Sukan Cawangan Operasi Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Kursus ini diadakan di Bilik Seminar Ibnu Rusyd, Kompleks Siswazah UMT. Para peserta adalah terdiri

daripada staf Bahagian Sukan dan Rekreasi UMT, Atlet Staf dan juga jurulatih sukan UMT. Kursus ini berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kemahiran jurulatih,pengurus, pentadbir sukan mempromosikan sukan melalui media massa dan juga mengasah kemahiran penulisan, penyampaian dan fotografi sukan.


Volume 3

Februari 2020

“CEGAH EKSTREMISME” oleh : Shafie bin Umardi@Kamarol Bahrin

Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Timur diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) anjuran bersama Hal Ehwal pelajar dan Alumni (HEPA) pada 27-29 Februari 2020. Matlamat penganjuran konvensyen ini adalah untuk memberikan kesedaran awal mengenai isu radikalisme, ekstremisme dan terorisme kepada golongan belia. Pengetahuan, pendedahan, panduan awal daripada pelbagai agensi terhadap pencegahan fahaman radikalisme dan ekstremisme dalam kalangan belia harus disebarkan secara meluas dan terperinci supaya mereka mempunyai ketahanan diri yang kuat dan tidak menjadi golongan belia yang lemah apabila disogok dengan ancaman fahaman tersebut. Youth Power Club (YPC) akan berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) demi menjayakan Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ektremisme Peringkat Zon Timur: Kelantan, Terengganu dan Pahang di UMT. Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Mahkamah Persekutuan Malaysia,

Jabatan Mufti Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Majlis Belia Malaysia (MBM), Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Kolej Komuniti dan Politeknik, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan IMAN Research. Selain itu, Konvensyen ini memberikan pendedahan awal kepada golongan belia akan impak penglibatan radikalisme, ekstremisme dan terorisme terhadap diri, keluarga, bangsa dan keselamatan negara. Turut hadir ke Konvensyen ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr Hafiz bin Zakariya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT serta memberi ceramah bertajuk “Kemunculan Terorisme Agama Dalam Dunia Moden”. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dr. Zainah binti Sharif, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).


Volume 3

Februari 2020

PENCARIAN BAKAT IBNU BATUTAH oleh : Noor Hidayah Mat Isa

Pada 27 - 29 Februari 2020: Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan program My Try Layar Siri 1/2020 bertempat di Duyong Marina Resort, Terengganu. Program ini merupakan program tahunan yang memperkenalkan aktiviti pelayaran untuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat IPT bertujuan untuk mencari dan mengasah

bakat atlet pelayaran bagi melahirkan atlet yang mampu untuk membawa cabaran negeri dalam kejohanan dalam dan luar negeri terutamanya untuk kejohanan SUKMA dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Seramai 15 orang telah menyertai program My Try Layar Siri 1/2020 dan para peserta telah didedahkan kepada pengenalan asas pelayaran, demonstrasi dan praktikal membawa bot Optimist.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Ko-Q Februari 2020 Volume 3 by Penerbit UMT - Issuu