
1 minute read
LAWATAN PENANDA ARAS SPESIFIKASI TERKINI LAWATAN PENANDA ARAS SPESIFIKASI
Terkini
Ambulans Di Bawah Kementerian Kesihatan Ambulans Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia
Advertisement

Oleh: Dr. Mas Aida binti Zaiton
KUALA NERUS: Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik kepada warga universiti, terutamanya perkhidmatan rawatan kes kecemasan dan ambulans.
Perkhidmatan ambulans yang disediakan merangkumi panggilan kecemasan ke lokasi (ambulance call), rujukan pesakit ke hospital dan perkhidmatan tunggu sedia (medical standby) di lokasi bagi program-program rasmi universiti
Seiring dengan kemajuan penyampaian perkhidmatan perubatan masa kini, jumlah pesakit yang sentiasa bertambah saban tahun, maka keperluan bagi penggunaan perkhidmatan ambulans dalam kalangan warga UMT didapati turut semakin meningkat. Justeru, bagi menaik taraf mutu perkhidmatan yang disampaikan, PKU dengan kerjasama dari Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) berusaha bagi mendapatkan sebuah ambulans baru untuk menampung keperluan perkhidmatan ambulans sedia ada di universiti
Menjadikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan utama, serta kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), PKU telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Spesifikasi Terkini Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Manir.
Tujuan utama lawatan ini adalah sebagai penanda aras bagi melihat dan membincangkan spesifikasi terkini ambulans yang digunakan oleh KKM, sebagai persediaan bagi proses perolehan ambulans di UMT Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PKU, Dr Arnie A Rahim, wakil PKU serta PPH. Manakala JKNT diwakili oleh Dr. Wan Nor Azleen, Ketua Pegawai Perubatan Primer dan staf perubatan JKNT serta Klinik Kesihatan Manir.



