1 minute read

MENDEPANI CABARAN KESELAMATAN LUAR MENDEPANI CABARAN KESELAMATAN LUAR KAMPUS KAMPUS

Kampus Bukit Kor merupakan pemberian oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada UMT pada tahun 2012. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian subur yang terletak di Marang, Terengganu iaitu kira-kira 32 kilometer dari kampus utama Universiti Malaysia

Terengganu. Dengan keluasan kira-kira 600 ekar, kampus kini mula dibangunkan dengan terbinanya bangunan asrama, Taman Herba, Taman Penyelidikan Kelulut dan terkini bangunan Kompleks Insaniah yang bakal menempatkan aktiviti pasukan-pasukan beruniform UMT.

Advertisement

Selari dengan perkembangan tersebut, bermula pada 2 Januari 2022 Seksyen Kawalan

Luar, Bahagian Keselamatan telah memulakan operasi di Kampus Pertanian Bukit Kor dengan kekuatan enam (6) anggota bagi memastikan keselamatan harta benda universiti terjaga dengan baik. Bidang tugas seksyen ini juga termasuk membuat pemantauan ke atas kawalan keselamatan swasta yang beroperasi di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK), Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland), Stesen Penyelidikan

Alami Marin Pulau Bidong dan Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang.

Seksyen Kawalan Luar, Bahagian Keselamatan dengan kerjasama rapat Fakulti Pertanian & Sains Makanan (FPSM) sentiasa menerima kunjungan dari beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) UMT untuk mengadakan aktiviti lestari, mendaki selain mengambil peluang mendekati alam semulajadi di Bukit Kor Pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan keselamatan semua peserta terjaga terutamanya melibatkan aktiviti lasak yang berkemungkinan terdedah kepada kecederaan dan serangan binatang buas.

Taman Penyelidikan Kelulut yang merupakan antara aset penting UMT juga sentiasa terdedah kepada ancaman beruang yang memusnahkan koloni kelulut bagi mendapatkan madu Usaha sentiasa dibuat dengan kerjasama dari pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu dengan pemerhatian dan pemantauan perangkap oleh anggota Seksyen Kawalan Luar.

Terdapat pelbagai kekangan buat masa ini dalam memastikan operasi dan tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, antaranya adalah:

Laluan tikus melalui kebun lama yang boleh dimasuki motosikal dan pejalan kaki bagi tujuan akses ke dalam kawasan kampus.

Laluan rondaan yang tidak sempurna untuk akses ke Taman Herba dan Taman Penyelidikan Kelulut.

Kekurangan alat bantu tugas seperti senjata api, alatan mempertahan diri dan kenderaan sesuai bagi tujuan rondaan dan pemantauan aktiviti.

Tiada penempatan sesuai bagi tujuan operasi dan kawalan fizikal Seksyen Kawalan Luar, Bahagian Keselamatan.

Kekangan anggota bagi memenuhi semua tugasan yang perlu dilaksanakan bagi setiap shif tugas.

Walaupun demikian, anggota bertugas sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memberikan perkhidmatan terbaik buat warga Universiti Malaysia Terengganu yang hadir dan menjalankan aktiviti di sini.

This article is from: