1 minute read

KARNIVAL INOVASI@UMT 2022 KARNIVAL INOVASI@UMT 2022

Oleh: Encik Ahmad Nazri binti Abdullah

Pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten mampu membawa kebaikan terhadap produktiviti dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh sesuatu organisasi. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi akan dapat meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan, sekali gus memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi Sehubungan itu, Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital (PED), Pusat Inovasi dan Pengkormersialan (ICC) serta Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Inovasi@UMT 2022 bagi membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga UMT. Karnival Inovasi@UMT 2022 ini telah diadakan pada 5 hingga 8 Disember 2022 secara dalam talian dengan tema "Cakna Inovasi Pemangkin Generasi Lestari".

Advertisement

Karnival ini merupakan salah satu platform bagi pensyarah dan pentadbir meneroka dan berkongsi idea atau inovasi masing-masing selain dapat meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pelaksanaan karnival ini juga adalah sejajar dengan Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 dengan Teras Pertama iaitu Pemerkasaan Bakat. Selain itu, program ini juga sejajar dengan lonjakan kedua yang berfokuskan kepada kecemerlangan bakat dan juga lonjakan keenam iaitu tadbir urus perkasa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Aktiviti utama yang dilaksanakan di dalam karnival ini ialah pertandingan amalan inovasi serta sesi ucaptama perkongsian amalan inovasi yang disampaikan oleh keynote speaker yang dijemput khas oleh penganjur seperti berikut:

Puan Suhana binti Zainudin

Edufluencer KPM dan Cikgu Juara Digital KPM Tahun 2022

YM Raja Shah Erman bin Raja Ariffin

Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UNIMAP merangkap Presiden MASTI

Profesor Madya Dr. Saiful Nizam bin Tajuddin

Pengasas/Pengarah Teknikal Synbion Sdn. Bhd.

Pada kali ini juga, sesi perkongsian berkaitan teknologi telah disampaikan oleh Ts. Steven Cheng daripada Lenovo Teknologi Sdn Bhd

Pada tahun 2022, terdapat empat kategori telah dipertandingkan iaitu Amalan Inovasi

Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP), Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN), Amalan Inovasi

Penyelidikan (AIPY) dan Amalan Inovasi Pelajar (AIPJ) Pertandingan amalan inovasi ini telah disertai oleh peserta dari dalam dan luar UMT. Berikut adalah jumlah penyertaan yang diterima mengikut kategori masing-masing:

Setiap peserta pertandingan amalan inovasi perlu membentangkan hasil inovasi yang dihasilkan kepada panel penilai yang dilantik dalam tempoh 15 minit dan sesi soal jawab oleh panel dalam tempoh 5 minit. Kriteria yang dinilai oleh panel penilai adalah meliputi amalan inovasi dan kebolehgunaan, impak serta persembahan peserta Berikut adalah jumlah pingat yang dimenangi mengikut kategori:

PPBI berharap penganjuran program karnival inovasi yang membawa kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi ini terus mendapat sokongan dan dokongan dari setiap warga UMT Semoga usaha dan sokongan semua pihak membudayakan kreativiti dan inovasi di UMT terus subur dan mekar yang seterusnya memberi impak yang positif bagi memacu UMT ke arah organisasi yang berprestasi tinggi.

This article is from: