
1 minute read
UMT BERJAYA MERAIH TEMPAT KE-2 DALAM UMT BERJAYA MERAIH TEMPAT KE-2 DALAM
KOLOKIUM AKEPT 2022 “TALENT DEVELOPMENT AND KOLOKIUM AKEPT 2022 “TALENT DEVELOPMENT AND MANAGEMENT” MANAGEMENT”

Advertisement
Oleh: Norhafizah binti Mohd Suib
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melalui Pusat Pemprofilan Kepimpinan julung kalinya telah menganjurkan Program Kolokium AKEPT 2022 “Talent Development and Management” pada 15 hingga 17 November 2022 di Hotel Eastin, Kuala Lumpur dengan bertemakan “Ad Meliora” yang bermaksud “Towards Better Things”. Kolokium ini merupakan platform AKEPT bersama kelompok bakat kepimpinan pentadbir universiti awam dan swasta, pakar bidang sumber manusia serta pengamal bidang sumber manusia untuk perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran pengetahuan dan amalan baik yang boleh dimanfaatkan antara satu sama lain
Usaha ini adalah selari dengan inisiatif dan tanggungjawab AKEPT selaku peneraju utama dalam agenda pemerkasaan kelompok kepimpinan bagi memastikan peranan universiti awam negara diperkasakan terutamanya dalam bidang pengurusan dan pembangunan bakat kepimpinan pendidikan tinggi sebagaimana yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi). Objektif penganjuran kolokium ini adalah untuk menyediakan platform kepada Universiti Awam untuk mendapatkan pendedahan dalam menangani cabaran terkini di samping meneroka perspektif baharu tentang pengurusan bakat

Seramai 17 pembentang dari 17 universiti awam telah bersama-sama berkongsi idea dan pandangan berkaitan amalan baik pengurusan sumber manusia, kompetensi dan kepimpinan. UMT melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) juga tidak melepaskan peluang menyertai kolokium ini dengan perkongsian bertajuk Proses Penilaian Bakat Kepimpinan UMT Berasaskan Kompetensi. Hasil pembentangan yang mantap oleh Dr. Shahreza Md Sheriff selaku Pengarah PPBI, UMT telah memenangi tempat kedua dalam kolokium tersebut.
Semoga perkongsian oleh Universiti Awam yang terlibat dapat memberikan manfaat dan memberi sudut pandang yang baru di dalam pengurusan sumber manusia ke arah yang lebih baik serta dapat mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan dan proses kerja melibatkan pengurusan bakat kepimpinan institusi pendidikan tinggi negara Sekalung tahniah pada pihak AKEPT dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menjadi rakan kolaborasi strategik AKEPT yang telah merealisasikan dan menjayakan program kolokium ini.