
2 minute read
Kalam Pendaftar
Terlebih dahulu saya zahirkan rasa kesyukuran atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengurusan Tertinggi UMT untuk saya terus meneraju tampuk kepimpinan Pendaftar pada tahun 2023. Tidak lupa juga sokongan dan dukungan yang telah ditunjukkan oleh barisan kepimpinan kanan dan seluruh warga UMT. Sewajarnya, lanjutan kepercayaan ini diterima dengan penuh rasa keinsafan agar amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Doa dan sokongan berterusan dari rakan dan taulan adalah azimat paling berharga
Peredaran masa dan perubahan zaman menuntut persediaan dan kekuatan luar biasa untuk kita mengharungi cabaran masa depan. Perubahan bukan lagi menjadi suatu pilihan, bahkan suatu kepastian yang perlu dihadapi. Hanya mereka yang tekal melakukan perubahan akan kekal relevan. Mereka yang pasrah akan rebah dan jatuh ditinggalkan.
Advertisement
Mendepani tahun 2023, Pejabat Pendaftar akan melancarkan Pelan Strategik Pengurusan Bakat UMT 2023-2027. Pelan ini bertemakan ‘Menerajui Kegemilangan Sumber Daya Insan’ dengan tujuh teras utama. Model 4Q (Quality) yang mencakupi kekuatan fizikal dan intelektual (quwwah), kemantapan kerohanian (qalb), keluhuran nilai (qiemah) dan kewibawaan kepimpinan (qudwah) akan menjadi tunggak dalam pembangunan sumber daya insan di UMT. Semoga pelan ini akan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelan tindakan untuk manfaat semua warga UMT. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata!
Mengakhiri coretan kali ini, saya ingin melahirkan rasa terhutang budi atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga UMT dalam membantu Pejabat Pendaftar mengemaskini HRMIS Modul MyPortfolio dan Job Description Kejayaan UMT menduduki tangga teratas dalam kalangan semua universiti awam dan hospital universiti dengan pencapaian 99% bagi kedua-dua modul adalah berkat kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi dari semua Pentadbir PTJ dan kerja keras semua warga UMT. Igauan dan mimpi Myportfolio akhirnya menjadi realiti. Tahniah dan terima kasih buat semua!
Kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar warga UMT diberi kekuatan dan kesatuan untuk mendepani tahun 2023 untuk memahat kecemerlangan berterusan buat UMT.
Zukiferee Bin Ibrahim
Pendaftar
Universiti Malaysia Terengganu
Gerak Gempur Pengisian Myportfolio Gerak Gempur Pengisian Myportfolio Hrmis Umt Hrmis Umt
Umum mengetahui bahawa myPortfolio kini menjadi rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugas khususnya di sektor awam sebagai pengganti kepada Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Pemakaian myPortfolio diwartakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Bermula Mac 2021, UMT memulakan inisiatif memperkenalkan myPortfolio kepada seluruh warga melalui beberapa siri taklimat dan bengkel penyediaannya Bermula dengan empat siri bengkel awal yang dikendalikan oleh pakar daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), UMT melalui beberapa orang penyelaras meneruskan kursus dan taklimat secara dalaman kepada semua pusat tanggungjawab dengan menyasarkan semua staf menyelesaikan penyediaan myPortfolio masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022.
Pada September 2022, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengeluarkan arahan supaya semua staf bertaraf tetap di Universiti Awam (UA), Hospital Pengajar (HP) serta agensi di bawah KPT diwajibkan mengisi myPortfolio masing-masing melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan perlu diselesaikan sebelum akhir Februari 2023. Arahan ini memerlukan Pejabat Pendaftar selaku Penyelaras myPortfolio dan Pentadbir sistem HRMIS melipat ganda usaha menyusun strategi seterusnya bertindak sebagai pemudah cara agar semua dapat segera menyelesaikan myPortfolio sebagaimana keperluan PKPA Bil 4 Tahun 2018 seterusnya memastikan staf tetap mengisi myPortfolio masing-masing melalui sistem HRMIS.

Gerak kerja ini dimulakan di peringkat Pentadbir HRMIS UMT dengan menganalisis dan menyusun penempatan staf mengikut keperluan pengisian myPortfolio. Seterusnya, bermula Disember 2022, pasukan Pejabat Pendaftar yang terdiri daripada Pentadbir HRMIS UMT, Penyelaras myPortfolio dan Deskripsi Tugas (JD) serta dibantu oleh Pentadbir PTj yang dilantik berpadu tenaga mengadakan klinik dan bengkel pengisian myPortfolio melalui HRMIS secara hands-on kepada semua PTj. Melalui sesi ini, staf setiap PTj diberi taklimat, dipandu dan

Bagi memastikan pengisian myPortfolio-HRMIS ini mencapai sasaran, pihak KPT mengadakan sesi melibatkan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPT, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan para Pentadbir HRMIS di UA, HP dan agensi lain secara berkala di samping laporan status pengisian secara mingguan yang perlu disediakan Selain itu, isu dan cadangan intervensi berkaitan masalah teknikal Sistem HRMIS turut dikemukakan kepada pihak JPA.

Komitmen, kesungguhan dan kerjasama erat warga UMT akhirnya berbaloi apabila sehingga 26 Februari 2023, UMT telah mencapai kadar 99.8% bagi pengisian MyPortfolio dan 99.9% bagi pengisian JD melalui HRMIS. Lebih membanggakan, peratusan ini juga menempatkan UMT pada tangga paling atas dalam kalangan UA dan Hospital Pengajar
Semoga inisiatif penyediaan myPortfolio ini menjadi panduan warga UMT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sistematik di samping memberi impak positif kepada UMT dari segi pewujudan waran-waran perjawatan baharu.






