Skip to main content

First Hundred Days

Page 1

KANDUNGAN 100 HARI PERTAMA - PENCAPAIAN & ASPIRASI

1-2

1- MENYELAMI SUARA HATI PASUKAN DAN MEMBINA STAIL PENGURUSAN

3

2- MENDEKATI MAHASISWA DAN MEMBIMBING TANGAN

4

3 -STAIL PENGURUSAN BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN

5-9

4 - MENGGILAP DAN MENJULANG BAKAT

10-12

5 - MELEBARKAN SAYAP KOLABORASI

13-14

6 - MEMBUDAYAKAN INOVASI DAN PENAMBAHBAIKKAN BERTERUSAN

15

7 - PENJANAAN DAN PENDANAAN

15

8 - MEMBANGUNKAN PUSAT KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN ATAU AKADEMI

15

9 - MENAMBAHBAIK FASILITI DAN ASET RIADAH

16-17

10 - MENGANGKAT SUARA MAHASISWA MELALUI SU-PARMA

18-20

11- MENINGKATKAN KETERLIHATAN, MEMBINA REPUTASI MELALUI E-NEWSLETTER KO-Q

21

PENGHARGAAN

22


100 HARI PERTAMA - PENCAPAIAN & ASPIRASI 9 November 2019 genaplah 100 hari saya bertugas sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum UMT. Dalam 100 hari pertama ini saya telah menggarapkan beberapa pencapaian dan aspirasi untuk membawa pasukan saya mendepani cabaran masa depan PPHK. Penempatan baharu ini telah mengimbau kembali sejarah awal kerjaya saya bersama sebuah Universiti, samada di fajar kerjaya 3 dekad lalu di UPM Kampus Bintulu, mahupun 2 dekad lalu apabila dipindah untuk berbakti di Pusat Hal Ehwal Kemahiswaan KUT/KUSTEM. Itu lah fitrah kehidupan, kadang ia berakhir seperti mana ia bermula. Tidak hanya memanfaatkan pengalaman lampau dalam hal ehwal kemahasiswaan, saya juga memanfaatkan segala pengalaman dan rangkaian strategik 3 dekad pengurusan dan pentadbiran organisasi. PPHK merupakan pusat yang baharu ditubuhkan pada 1 Ogos 2019 berikutan penjajaran struktur organisasi UMT. Ia merupakan PTJ yang ke 13 dalam sejarah hampir 3 dekad saya menyemai bakti dan menuai budi di sebuah institusi bernama Universiti. Dalam

1

100 hari pertama ini saya telah mengambil beberapa tindakan bagi memperkemaskan PPHK mendepani cabaran masa depan. Tindakan yang diambil bukanlah tindakan perseorangan semata-semata, tetapi ia juga adalah hasil dari input dan maklumbalas dari pasukan saya yang terdiri daripada 3 bahagian utama, Bahagian Sukan dan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar serta Bahagian Kebudayaan dan Kesenian. PPHK mewakili separuh dari kekuatan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan 40 orang staf berbagai kategori. Aktiviti di PPHK adalah penyumbang utama kepada mencorak warna warni kehidupan kampus di UMT. Bersesuaian dengan bulan November sebagai bulan genap 100 hari pertama, saya juga menyenaraikan 11 aspirasi dan pencapaian saya bersama PPHK seperti berikut;


2


1

MENYELAMI SUARA HATI PASUKAN DAN MEMBINA STAIL PENGURUSAN Siapalah pemimpin tanpa pengikut, tanpa pengikut tiadalah pemimpin. Pada pendapat saya, antara tugas utama kepimpinan saya ialah Visioning, Positioning, Strategising and Synergising. Pemimpin mesti tahu mencipta wawasan dan mengembeling semua entiti untuk bersama-sama menterjemahkan wawasan ke dalam bentuk tindakan dan hasil. Saya memperkenalkan sesi perjumpaan bersama semua lapisan staf PPHK. Sesi pertama saya hanya banyak mendengar dan mencatat, sesi kedua saya menyatakan hasrat dan memperkenalkan gaya kepimpinan yang akan saya terapkan. Matlamat dan impian kadang serupa, tetapi gayalah yang membezakan seseorang pemimpin dengan pemimpin yang lain. Saya juga memperkenalkan sesi lestari di mana semua ahli pasukan pengurusan akan berjumpa sekurang-kurang sebulan sekali untuk berkongsi maklumat, fakta dan data. Saya perhatikan banyak perkara tidak terkongsi dan menyebabkan ahli bekerja in-silo. Perjumpaan sebegini telah berjaya memecahkan tembok komunikasi dan berjaya mencipta sinergi. Perjumpaan yang sama juga saya lakukan bersama staf sokongan. Saya kagum dengan sebahagian mereka yang mampu memberikan idea yang bernas yang melebihi kedudukan mereka dalam carta organisasi. Antaranya idea pengkomersialan ruang dan perkhidmatan serta anugerah kecemerlangan pelajar. Perjumpaan berkala ini tidak hanya berlaku dalam bentuk yang formal tetapi juga dalam bentuk yang tidak formal melalui sesi makan pagi bersama staf. Saya agak tersentuh apabila salah seorang staf sokongan secara terbuka melahirkan rasa terhormat apabila dalam kumpulan WhatsApp, saya menulis yang saya kosongkan jadual saya pada sekian waktu dan menjemput sesiapa sahaja boleh datang berjumpa saya untuk berbincang apa sahaja. Beliau mengatakan ini pertama kali beliau menerima mesej seperti ini dari seorang ketua sepanjang berkhidmat di UMT. Dasar pintu terbuka bukanlah perkara baharu, tetapi ia perlu dilihat mesra dan benar-benar dilihat terbuka oleh semua lapisan staf. Sebagai ketua, cukup menjadi seorang pendengar yang baik walaupun kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah. Mendengar adalah sebahagian daripada penyelesaian. Di dalam sesi Lestari, saya akan tetapkan seseorang untuk membuka sesi dengan suatu suntikan ilmiah selama 10 minit. Sesi ini tidak akan lebih dari 1 jam dan berlangsung dalam suasana dan persekitaran yang santai. Ringkas tetapi amat berkesan dalam mengatasi masalah communication breakdown.

3


2

MENDEKATI MAHASISWA DAN MEMBIMBING TANGAN Antara peranan yang paling besar yang perlu dimainkan oleh PPHK ialah memberikan inspirasi, membimbing dan memudahcara mahasiswa dalam menterjemahkan idealisma mereka dalam bentuk tindakan dan aktiviti. Usaha mendekati mahasiswa saya ambil dengan mengadakan perjumpaan dengan sebahagian daripada 130 Pengerusi dan Setiausaha kelab pelajar. Kelab terawal yang saya jumpa ialah kelab-kelab akademik kerana memandangkan ia adalah kelab utama yang akan melengkapkan sisi ko-kurikulum melalui aktiviti di luar medan syarahan. Kelab-kelab lain bakal menyusul selepas ini memandangkan sekarang mereka sedang mengalami proses perubahan barisan kepimpinan kelab. Dalam perjumpaan, saya menekankan agar semua kelab merancang aktiviti dengan lebih awal dan mengoptimakan sumbangan dana yang diperuntukkan oleh HEPA kepada semua kelab. Bukan mudah untuk mendidik mereka menjadi perancang yang baik kerana jika gagal merancang, mereka sebenarnya merancang untuk gagal. Membangunkan senarai semak pengurusan projek adalah antara perkara utama yang saya bangunkan bersama pelajar. Peranan senarai semak amat penting terutamanya kepada pengurus amatur seperti pelajar. Idea yang besar mesti diterjemahkan dalam bentuk aktiviti atau projek dan dilaksanakan dengan tersusun dan teratur. Di sinilah peranan senarai semak yang selalu dipandang remeh. Kepada warga PPHK saya menekankan peranan kita di PPHK adalah sebagai pencetus inspirasi untuk para pelajar melahirkan idea yang besar dan bernas serta dalam masa yang sama kita akan berperanan sebagai pembimbing dan pemudahcara. Peranan memudahcara dalam perlaksanaan projek tidaklah semudah yang kita sangka lantaran terdapat peraturan-peraturan dalaman yang tidak boleh diambil mudah. Berinspirasi dengan idea yang besar, menterjemah dalam bentuk tindakan, dibimbing dan dimudahcara perlu berjalan seiring bagi melahirkan graduan holistik berkualiti tinggi yang memiliki jiwa pemimpin, berminda pengurus (soul of a leaders, mind of a managers).

4


3

STAIL PENGURUSAN BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN Menyambut arus penjajaran UMT, saya juga membuat penjajaran yang diperlukan di peringkat PPHK. Penjajaran dibuat secara berhemah dengan mengelakkan perubahan yang boleh menjejaskan perjalanan organisasi. Penjajaran kepada struktur organisasi dibuat dengan mengambilkira tuntutan semasa dan pusingan kerja yang perlu dilalui oleh seseorang staf. Lapisan pertama dan lapisan kedua dielakkan dari bertukar secara serentak kerana ia tidak harmoni dan tidak organik. Gaya pengurusan berorientasikan pencapaian diterjemahkan melalui pemurnian kepada Petunjuk Prestasi Utama dan Petunjuk Prestasi Bahagian/Seksyen. Kriteria umum petunjuk prestasi mestilah seberapa boleh mempunyai ciri-ciri SMART (Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Timeliness). Ia akan menjadi asas kepada pengukuran. Saya juga menggalakkan staf untuk menggandakan petunjuk prestasi agar ia mampu melonjakkan pencapaian PPHK dan UMT. Yang amat membanggakan, staf PPHK sanggup menerima cabaran yang lebih tinggi dan cuba berfikir di luar kotak serta meneroka lautan biru bagi mencapai matlamat yang lebih mencabar. Bagi meningkatkan kebersamaan, berbagai staf dijemput dalam sesi libat urus. Senarai penuh KPI dan PI, ketiga-tiga bahagian di bawah PPHK adalah seperti di Lampiran 1.

“Perfomance Indicator” di Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum BAHAGIAN SUKAN DAN REKREASI

• Mengurusetiakan mesyuarat jawatankuasa pembangunan sukan 2 kali setahun • Melaksanakan 2 seminar/kursus kepimpinan sukan untuk kelab sukan • Menyelaras majlis sukan pelajar dan kelab sukan pelajar • Memastikan Laporan My-mohes 95% lengkap • Mengemaskini laman Sosial dan laporan Kejayaan Program sukan Setiap bulan 0-1 TAHUN - padang bola sepak - trek balapan - resurface lantai permukaan dewan - kolam renang - outdoor court - gelanggang boling padang 2-3 TAHUN - padang bola sepak @ tukar sintetik - kolam renang 4-5 TAHUN - padang bola sepak - trek balapan - resurface lantai permukaan dewan - kolam renang - outdoor court - gelanggang boling padang • Penganjuran kejohanan sukan untuk warga setiap tahun (KeSurga & ISSF) • Pelaksanan bagi progam SLPW tanpa berlakunya kemalangan (zero accident) • Penglibatan seramai 100 orang pelajar dalam program kesukarelawan sukan. • Penganjuran 1 program sukan dan rekreasi melibatkan komuniti dan warga.

5


PELAJAR • Sekurang-kurangnya 3 pingat emas dalam kejohanan MASUM • Sekurang-kurangnya menduduki tangga ke-10 dalam kejohanan MASUM • Sekurang-kurangnya 1 pingat dalam kejohanan SUKIPT • Mencalonkan 1 Ikon Sukan Universiti (pelajar) dalam setahun STAF • 4 pingat emas untuk MAKSAK Negeri dalam setahun • Sekurang-kurangnya menduduki tangga ke-5 dalam kejohanan SUKUM • Sekurang-kurangnya 1 pingat dalam kejohanan SUKANUN • Mencalonkan 1 Ikon Sukan Universiti (pelajar/staf) dalam setahun • Melaksanakan dua program pembangunan sukan kepegawaian dan kejurulatihan sukan spesifik dilaksanakan dalam tahun semasa • Menghantar 40 orang warga dalam kursus secara berkala dalam kursus kepegawaian dan kejurulatihan sukan di peringkat kebangsaan. • Memperkembangkan program csr atau usr ke komuniti setempat atau luar daerah sekali dalam setahun • Pelantikan seorang karyawan tamu sukan bertaraf dunia • Mempromosikan sekurang kurangnya 2 warga dalam program sangkutan warga dalam setahun semasa. • Menandatangani satu Lol / MoU / MoA dan membuat jaringan antarabangsa dengan agensi atau universiti di luar malaysia dalam masa dua tahun. • Memastikan sekurang-kurangnya 5 warga ke bengkel, konferen atau seminar pembangunan sukan dalam masa setahun. • Menubuhkan satu pusat akademi sukan dilaksanakan.

BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

• Mengemaskini laman Sosial dan laporan Kejayaan Program seni dan budaya pada setiap 1 hari bulan • Menyelaras 14 buah kelab seni dan budaya • Memastikan setiap acara dijalankan mengikut konsep dan protokol • Penganjuran seminar/kursus kepimpinan dan khidmat nasihat • Sasaran geran sebanyak 50,000.00 setahun 0-1 TAHUN - Lantai ruang latihan dan karpet - Penghawa dingin - Pintu dan grill studio - Cermin studio 2-3 TAHUN - Peralatan system audio - Peralatan muzik (band,gamelan,dikir barat) - Prop dan busana - Siaran radio UMT.fm ke seluruh UMT dan kawasan sekitar 4-5 TAHUN - Studio kedap bunyi (sound proof) - Mini panggung - CCTV - Studio rakaman - VIP lounge

6


• Pelantikan seorang Karyawan Tamu dalam setahun • Melahirkan seorang Tokoh Siswa dalam setahun • Menerbit sebuah buku bagi tempoh 2 tahun sekali • Gamelan sebagai silibus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) • Menandatangani satu Letter Of Intent (LOI) atau MOA/MOU dan membuat jaringan antarabangsa dengan agensi atau universiti di luar Malaysia dalam masa 1 tahun • Melaksanakan 3 bengkel/seminar dalam setahun • Sekurang-kurangnya seorang staf dihantar menghadiri kursus kemahiran berkaitan kepakaran masing-masing • Terlibat dalam persembahan di Majlis Konvokesyen, Majlis Santapan Malam, Pesta Konvo, Majlis Anugerah Tahunan dan MJM tanpa gagal • 5% warga UMT yang berminat untuk mengembangkan bakat tanpa syarat • Setahun sekali penyelenggaraan berkala peralatan muzik, audio visual, props dan busana dibuat.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN KAUNSELING PELAJAR

7

• Perlaksanaan sekurang-kurangnya 2 program peringkat Antarabangsa dan 2 program peringkat Kebangsaan • Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 kursus latihan kepimpinan setahun • Pendanaan RM100K geran aktiviti pelajar • Melaksanakan sekurang-kurangnya 1 kursus pengurusan organisasi • Memastikan semua kelab menghantar takwim tahunan kelab • Melaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar • Menyertai 3 pertandingan inovasi • Melaksanakan sekurang-kurangnya 1 kursus sistem aktiviti pelajar • Menyediakan 1 ruang yang kondusif dan teraputik bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling • 100% kerahsiaan sesi kaunseling terjamin • Keberkesanan sesi kaunseling pada tahap 4 dan ke atas • Menambah 4 kemudahan baru mesra OKU • Memproses 100% permohonan keperluan khas pelajar OKU • 80% kemudahan untuk pelaksanaan OKU disediakan • 4 program turun padang (out reach) • 4 program pengukuhan akademik • 4 program pembangunan sahsiah.


8


9


4

MENGGILAP DAN MENJULANG BAKAT PPHK merupakan nadi kegiatan mahasiswa di bawah payung Hal Ehwal Pelajar. Adalah penting untuk membangunkan bakat-bakat di PPHK agar mereka mampu menjadi jurulatih dan pakar rujuk dalam bidang kepakaran yang dipilih. Saya menggalakkan agar semua warga PPHK memilih bidang kepakaran yang ingin dijuarai dan mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran setinggi mungkin dalam bidang tersebut serta menjadikan mereka sebagai subject matter expert (SME). Merupakan satu kebanggan apabila sebahagian mereka telah mendapat pengiktirafan dari agensi atau badan-badan tertentu atau memiliki sijil-sjil profesional dan kelayakan tertentu. Lebih membanggakan lagi sebahagian mereka adalah terdiri daripada Pegawai Sokongan. Antara hero PPHK adalah seperti di Lampiran 2.

10


En. Badruhisham bin Darus (B48) Juri Festival Teater Of Pattern peringkat Kebangsaan

En. Muhammad Shahrul Azmi bin Hassan (B29) penerima anugerah Adi Guru Gamelan Tradisional daripada Kerajaan Negeri Terengganu

En. Mohd Shukur bin Saad (S19) pemain tenis utama MAKSAK Terengganu

En. Mohd Zulhilmi bin Azhar (S29) pemain tenis utama MAKSAK Terengganu

En. Mohd Rostam bin Yusof @ Othman (S29) dilantik sebagai General Co-ordinator KPM di Liga Bolasepak IPT 2019/2020

En. Abdul Jalal bin Wahid (N11) dilantik sebagai Jurulatih pasukan Terengganu FC IV

En. Muhammad Aiman bin Aziz (S41) dilantik 11 sebagai Jurulatih pasukan Rowing negeri Terengganu ke Kejohanan Pesta Air Putrajaya 2019

En. Amalul Asyraf bin Rosli (S44) dilantik menjadi Jurulatih pasukan bola tampar wanita Universiti Malaysia ke Kejohanan SUKMALINDO 2019 di universitas Pendidikan Indonesia bandung


Mohd Syafiq Aizat bin Abdul Aziz (S41) dilantik sebagai Jurulatih Pasukan Futsal Terengganu FC 2019

En. Mohd Shareezad Abdul Satad (B32) jurulatih seni budaya negara

En. Hafizudin bin Mohamad (S19) Referee-Juri International Class III Silat

En. Helmi bin Khalil (H11) International Life Saver (International life Saving Federation)

En. Kamal bin Talib (S44) Hakim Final Lelaki, Kejohanan Memanah Kebangsaan kali ke 35

En. Mohd Nizam bin Mohd Zain (S22) mewakili Terengganu dalam Sukan Bolasepak MAKSAK Kebangsaan

En. Mohd Fadzli bin Badaudin (S29) Pengarah C&T Kejurulatihan Persatuan Badminton Terengganu

En. Mohd Nadzim bin Nasir (S19) Open Water Scuba Diving Instructor

En. Harmi bin Hassin (H11) International Life Saver (International life Saving Federation)

En. Mohd Anuar bin Ali (H11) Kayak Star 2

Pn. Siti Zainab bin Mat Zin (S32) Jurulatih renang

12


5

MELEBARKAN SAYAP KOLABORASI Untuk melonjak prestasi PPHK, usaha perlu diambil untuk berkolaborasi dengan agensi keserakanan dan mampu bekerjasama dalam situasi menang-menang. Beberapa agensi telah dikenalpasti untuk PPHK berkolaborasi. Dalam 100 hari pertama kami berjaya menandatangi Letter of Intent (LoI) / Surat niat bersama Institut Sukan Negara Malaysia (ISN), Universitas Negri Jakarta (UNJ), Universitas Negri Yogjakarta (UNY) dan Universitas Negri Malang (UNM), Republik Indonesia. Tandatangan bersama 3 universiti ini akan diadakan pada bulan Disember 2019, InsyaAllah. Pada dasarnya mereka sudah bersetuju dan hanya menunggu masa untuk ditandatangi. Lebih jauh dari itu, sebahagian mereka bersedia untuk menandatangi MoU agar kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan antara UMT dan mereka. Kandungan LoI adalah seperti di Lampiran 3.

Dalam konteks Seni dan Budaya, kami juga telah mengenalpasti institusi yang seiras seperti ASWARA dan Balai Seni & Budaya. Kolaborasi akan dijalinkan selepas daripada ini. Bahkan saya menetapkan sebahagian daripada KPI atau PI bahagian mesti menetapkan institusi yang dikenalpasti untuk kami berkolaborasi dengan lebih rapat melalui LoI atau MoU. Ia bukan semata-mata tandatangan tetapi disusuli dengan pengisian aktiviti yang akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Di samping kerjasama dengan institusi, saya juga bertekad untuk mengenalpasti tokoh untuk dibawa bersama membangunkan PPHK. Dalam tempoh 100 hari pertama ini saya mensasarkan seorang Karyawan Tamu Pelawat (Sukan) dapat dibawa ke UMT. Nama yang disasarkan ialah The Pocket Rocket Man, En. Azizul Hasni Awang atau Dato Lee Chong Wei. Kehadiran mereka mampu merangsang minat dan memberikan suntikan motivasi kepada warga UMT. Dari aspek budaya dan seni saya mensasarkan untuk menjemput En. Eman Manan sebagai Karyawan Tamu Pelawat (Budaya) PPHK.

13


14


6

MEMBUDAYAKAN INOVASI DAN PENAMBAHBAIKKAN BERTERUSAN Sebagai pencinta dunia inovasi dan kualiti, saya selalu memberikan inspirasi kepada warga PPHK untuk menerapkan elemen inovasi dan penambahbaikkan berterusan dalam setiap aktiviti dan inisiatif yang diambil. Kualiti dan inovasi mesti dibina di dalam paradigma pemikiran staf. Saya meminta agar semua inisiatif yang diambil sentiasa ada cadangan penambahbaikkan walaupun sedikit. Sebagai contoh, program yang akan diketengahkan sebagai program flagship PPHK dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu iaitu program Sound of Terengganu. Untuk tahun ini sedikit inovasi disuntik untuk menambah elemen citarasa Terengganu menjadikan program ini sebagai Sound and Taste of Terengganu yang akan diadakan pada 28 November hingga 1 Disember 2019. Elemen citarasa ditambah untuk memperkenalkan sebahagian citarasa tradisional yang tular di Negeri Terengganu. Agenda penambahbaikkan akan sentiasa diterapkan dalam semua aktiviti PPHK dan bila tiba masanya ia mungkin akan menjadi keseluruhannya baharu (totally new). Inovasi dan penambahbaikkan adalah berkaitan dengan caragaya berfikir dan ia boleh dilatih serta dipertajamkan.

7

PENJANAAN DAN PENDANAAN Memanfaatkan pengalaman yang ada semasa menjadi Pengarah Pusat Penjanaan Pendapatan dan bersama UMTJaya Holding Sdn. Bhd, agenda penjanaan dan pendanaan adalah menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi PPHK. Saya bangga punyai pasukan yang bersedia menyahut cabaran apabila saya lontarkan agar kita berusaha untuk menjana sekali ganda daripada apa yang dijana sebelum daripada ini. Dalam masa yang sama juga kami membuat penilaian terhadap kadar sewa fasiliti yang terdapat di PPHK yang sudah 10 tahun tidak pernah dibuat semakan semula. Saya mencadangkan agar kenaikkan kadar sewa dibuat antara 25%-35% daripada kadar sewa yang sedia ada dengan mengambilkira kadar inflasi antara 3-4 peratus setahun. Kadar baru ini dijangka lebih berdayasaing dan mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi. Di samping meningkatkan penjanaan, saya menjadikan geran aktiviti sebagai salah satu petunjuk prestasi yang mesti diusahakan. Ia merupakan elemen baru dalam pengurusan prestasi PPHK. Saya menetapkan sasaran sebanyak RM200,000.00 untuk diusahakan setiap tahun. Usaha ini juga akan menghakis sifat terlalu bergantung kepada pihak UMT dalam penganjuran aktiviti, terutamanya membabitkan para pelajar. Ruang penajaan dan pendanaan dari agensi awam dan swasta akan diusahakan. Kerjasama dan perbincangan dengan pihak swasta dan korporat diatur untuk mengkomersialkan ruang iklan yang terdapat di PPHK. Setakat ini perbincangan melibatkan pihak Al-Ehsan. Cadangan untuk endowmen atau mewakafkan sebahagian aspek penyelenggaraan fasiliti sukan juga dikemukakan kepada pihak AmBank melalui Pejabat Bendahari.

8

MEMBANGUNKAN PUSAT KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN ATAU AKADEMI Saya telah memberi cabaran dan impian kepada Bahagian Sukan dan Rekreasi (BSR) untuk membina pusat kecemerlangan perkhidmatan atau akademi dalam bidang kesukanan atau rekreasi. Langkah awal yang perlu diambil ialah memperkasa bakat dalaman BSR dan memperbanyakkan rangkaian strategik yang boleh berkolaborasi dalam situasi menang-menang. Pada saya kita tidak perlu tunggu untuk kita memiliki semua pakar dan semua peralatan baharulah kita menubuhkan pusat kecemerlangan perkhidmatan atau akademi. Dengan rangkaian strategik yang kita bina ia akan mempercepatkan proses penubuhan pusat atau akademi tersebut. Dalam tempoh 5 tahun akan datang PPHK akan usahakan untuk menubuhkan pusat atau akademi berkenaan. Antara bidang yang boleh diketengahkan ialah sport massage, memanah, badminton, boling padang, bola tampar atau renang dan keselamatan air. Sport massage sebagai contohnya tidak memerlukan pembelian peralatan yang canggih kerana ia banyak menfaatkan kecanggihan insani yang sedia ada pada seorang tukang urut yang terlatih. Ini adalah penerokaan lautan biru jika UMT boleh menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan sport massage, bahkan kepakaran ini boleh diakademikkan melalui penawaran kursus berkredit sport massage.

15


9

MENAMBAHBAIK FASILITI DAN ASET RIADAH Saya merasa bertuah kerana telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) dalam kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti di PPHK. Secara kebetulan sebahagian kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti telah pun bermula sebelum saya dipindahkan ke PPHK dan siap diselenggara semasa saya sudah berada di PPHK. Antara fasiliti yang telah berjaya diselenggara dengan baik adalah melibatkan permukaan gelanggang tenis, lampu limpah gelanggang tenis, lampu limpah kolam renang, penyelenggaraan garisan di gelanggang bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail (KSTMI), kebocoran bumbung dan talang air hujan Dewan Serbaguna KSTMI. Apabila berpindah ke PPHK, saya memohon semua bahagian menyenaraikan kesemua peralatan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan diberikan kepada warga UMT. Alhamdulillah selepas beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, satu senarai lengkap peralatan telah dapat disiapkan. Senarai ini telah saya panjangkan kepada pihak pengurusan. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan melalui Pejabat Bendahari yang telah meluluskan sedikit dana bagi menambah peralatan riadhah. Peralatan yang diluluskan ialah pembelian treadmill, kabin peralatan memanah dan meja ping pong. Baki peruntukan aset yang sedikit tidak dapat memenuhi semua peralatan yang kami senaraikan. Senarai ini akan kami panjangkan untuk tahun hadapan.

16


17


10

MENGANGKAT SUARA MAHASISWA MELALUI SU-PARMA Sesuai dengan hasrat KPM untuk mengangkat suara mahasiswa, kami di PPHK dan HEPA bersama-sama MPP telah membina kerangka Student Union (SU) dan Parlimen Mahasiswa (PARMA). SU-PARMA merupakan platform rasmi untuk memberikan lebih kebebasan dan empowerment kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan projek dan pembuat keputusan. Kami telah membangunkan kerangka SU-PARMA dan telah memanjangkan kepada pihak KPM dan telah menerima maklumbalas yang positif dari segi keboleksanaan dan realistik. Adalah menjadi harapan bersama agar kita mampu melahirkan para graduan yang matang dan holistik melalui pentas SU-PARMA. Prof. Dr Ts Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, TNC HEPA UMT, barisan MPP dan sebahagian staf PPHK telah memberikan sumbangan yang besar kepada kerangka SU-PARMA. Kerangka SU-PARMA yang dicadangkan adalah seperti yang di Lampiran 4.

AHLI PARMA

MAJLIS TERTINGGI STUDENT UNION

MAJLIS EKSEKUTIF STUDENT UNION

PRESIDEN AKADEMIK

AHLI LANTIKAN

NOTA PENTING

1. Lantikan Urusetia Parlimen Mahasiswa UMT

• Lantikan urusetia Parlimen Mahasiswa UMT adalah dibawah tanggungjawab Student Union. • Urusetia Parlimen Mahasiswa mestilah dalam kalangan staf UMT kerana ahli Parlimen Mahasiswa akan berubah setiap tahun tetapi pentadbiran/urusetia tidak perlu berubah. (diberi kontrak, e.g: 3 tahun kontrak untuk menjadi urusetia Parlimen Mahasiswa UMT) • Urusetia Parlimen Mahasiswa terdiri daripada: - Yang di-Pertua Speaker - Setiausaha Dewan - Penjaga masa - Bentara - Jawatankuasa dewan - Jawatankuasa kira-kira - Jawatankuasa hak dan kebebasan - Jawatankuasa peraturan mesyuarat - Jawatankuasa penilai usul (ahli JK penilai usul mestilah terdiri daripada seorang Majlis Tertinggi Student Union untuk menilai usul yang mungkin telah diusulkan atau telah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat)

18


2. Usul

• Usul boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Parlimen Mahasiswa • Usul yang hendak dicadangkan perlulah diserahkan kepada urusetia Parlimen Mahasiswa 14 hari sebelum Parlimen Mahasiswa bersidang. • Usul yang dicadangkan akan ditapis oleh JK Penilai Usul. • Ahli dewan yang mencadangkan usul akan dimaklumkan bahawa usul yang telah dicadangkan akan diterima ataupun tidak. Sekiranya usul yang dicadangkan tidak diterima, satu surat penerangan kenapa usul tidak dibahaskan akan dikeluarkan. • Sebarang usul yang akan dibahaskan dalam Parlimen Mahasiswa adalah usul yang telah dinilai oleh JK Penilai Usul. Selain usul yang telah dinilai tidak akan dibahaskan. • Jenis-jenis usul yang boleh dicadang dan dibahas adalah: - Usul yang boleh menyebabkan perubahan dan penggubalan dasar Universiti Malaysia Terengganu. - Hal-hal yang menyebabkan kepentingan semua pelajar. - Kelulusan program yang melibatkan jumlah RM10,000 dan ke atas. (Student Union perlu membawa kertas kerja program tersebut ke dalam Parlimen Mahasiswa untuk mendapatkan kelulusan daripada semua ahli Parlimen Mahasiswa)

3. Ahli lantikan

• Ahli lantikan mestilah terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang berkaliber dan mempunyai banyak pengalaman. • Ahli lantikan mestilah tidak menyebelahi mana-mana pihak. • Ahli lantikan mestilah dilantik oleh Student Union.

4. Persidangan

• Waktu Parlimen Mahasiswa bersidang mestilah sekurang-kurangnya sekali setiap semester • Jika timbul isu-isu yang besar dan perlu dibincangkan dengan segera, Parlimen Mahasiswa Khas perlu bersidang. • Persidangan seterusnya perlulah membentangkan status isu yang berbangkit pada persidangan sebelumnya. • Student Union perlu memberi makluman tentang program-program atau perkara yang telah dijalankan oleh Student Union tanpa perlu dibahaskan.

5. Makluman semula

• Segala usul yang telah dibincangkan di Parlimen Mahasiswa perlulah diminitkan di dimaklumkan tindakan pada persidangan Parlimen Mahasiswa yang seterusnya.

6. Agenda Student Union

• Student Union perlulah mengambil tindakan setiap minit usul yang yang telah bersidang di Parlimen Mahasiswa. • Student Union perlu memaklumkan tindakan usul-usul pada persidangan Parlimen Mahasiswa lepas semasa persidangan Parlimen Mahasiswa terkini. • Dari segi kewangan, kelulusan kewangan untuk dibahagikan kepada setiap jabatan perlulah mendapat kelulusan Parlimen Mahasiswa. Seterusnya, kelulusan untuk program-program kelab hanya memerlukan kelulusan Student Union sekiranya tidak melebihi RM10,000.

19


20


11

MENINGKATKAN KETERLIHATAN, MEMBINA REPUTASI MELALUI E-NEWSLETTER KO-Q Buat pertama kalinya PPHK menerbitkan e-newsletter yang mengguna nama Ko-Q. Nama ini dipilih mewakili berbagai aktiviti dan inisiatif kokurikulum yang dimainkan oleh pihak PPHK yang menjuruskan kepada melahirkan warga UMT yang berkualiti tinggi. Dengan Tagline “A World of Opportunities, An Ocean of Discoveries� (Peluang seluas dunia, terokaan sedalam lautan) menggambarkan luasnya lautannya peluang yang perlu dilayari oleh para pelajar dan juga staf UMT. Untuk terbitan pertama ini saya sendiri terlibat sebagai ketua editor, manakala penyumbang berita datang dari berbagai lapisan staf. Pejabat Komunikasi Korporat dan Penerbit banyak membantu dalam rekabentuk dan susun atur grafik. Setiap tahun beratus-ratus aktiviti dianjurkan di bawah payung PPHK. Kesibukkan merancang dan melaksana program, kadang-kadang begitu menghambat dan menyebabkan para pegawai lupa untuk menulis dan menghebahkan pencapaian dan acara. Ko-Q akan menjadi platform untuk staf berkarya dan menobatkan juara dan pengibar bendera UMT dipersada negeri, negara dan dunia. Bukan mudah untuk merangsang budaya menulis apa lagi di kalangan warga bukan akademik, tetapi bagi saya inilah cabarannya. Alangkah baiknya kalau pihak pengurusan UMT menggalakkan semua PTJ untuk menerbitkan e-newsletter masing-masing dan anugerah akan diberikan kepada yang terbaik dan berkesinambungan.

21


PENGHARGAAN Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada saya sepanjang 100 hari pertama saya di PPHK. Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada PPHK. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Melayari 3 dasawarsa menyemai bakti dan menuai budi di menara gading banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan.

22


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
First Hundred Days by Penerbit UMT - Issuu