B/CCAR/1026/013/V1
Bacaan tekanan darah akan diambil secara selang pada masa yang tertentu sepanjang hari. Biasanya ia akan dicatat pada setiap 15 minit pada waktu siang dari jam 7 pagi - 10 malam manakala setiap 30 minit pada waktu malam dari jam 10 malam - 7 pagi. Anda perlu memakai alat ini sepanjang masa.
Ujian ini memerlukan cuff tekanan darah dipakai selama 24 jam. Pesakit perlu hadir ke klinik untuk pemasangan alat dan kembali pada keesokan hari untuk menanggalkannya. Alat ini ringan dan boleh dipakai di lengan atas semasa menjalankan aktiviti harian sepanjang 24 jam.