
8 minute read
1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
1.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
Maksud kesusasteraan adalah penyampaian melalui bahasa dalam satu bentuk hasil karya seni. Kemudian, dapat dikatakan dalam perkataan Sanskrit, kesusasteraan dikenali sebagai susastera yang bermakna buku yang cantik atau huruf manakala dari sudut maksud secara umum sastera dikenali sebagai penggunaan bahasa dalam kitab -kitab. Seterusnya, menurut Kamus Dewan
Advertisement
Edisi Keempat, kesusasteraan bermakna mempunyai sifat -sifat yang istimewa melalui karya tulisan atau hasil seni dalam bentuk puisi ataupun prosa. Namun begitu, bahan-bahan sastera yang telah dikarang dalam bentuk puisi dan prosa dikenali sebagai seni kesusasteraan. Kemudian, kesusasteraan dalam bahasa
Inggeris adalah literatur yang mempunyai sama maksud dalam bahasa
Melayu. Selepas itu, kata asal bagi perkataan literature adalah literate yang mempunyai makna abjad atau huruf manakala literature didefinasikan sebagai puisi dan tatabahasa. Penggunaan bahasa Melayu dalam istilah kesusasteraan adalah berasal daripada perkataan Sanskrit yang dikenali sebagai sastra. Kemudian, memberi, mengajar, atau mengarahkan merupakan kata dasar bagi sas - manakala perkataan alat adalah kata dasar bagi -tra. Selepas itu, mengajar menggunakan alat merupakan maksud sastra. Selain itu, dari sudut pendidikan dapat dikatakan kesusasteraan Melayu merupakan penulisan dalam bahasa Melayu melalui karya asal yang mempunyai unsur kehalusan dan keindahan seperti dalam novel, drama, puisi tradisional, cerpen, prosa tradisional, dan sajak supaya dapat mengimbangkan dari aspek rohani, jasmani, intelek serta emosi agar dapat menunjukkan sifat kemanusiaan serta imej masyarakat.
1.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI

Kesusasteraan mempunyai jenis dan ciri dalam pelbagai cara diseb abkan oleh setiap daripadanya mempunyai bahagian -bahagian yang tertentu supaya dapat membentuk pola secara berlainan bagi tujuan yang telah ditetapkan. Kemudian, Kesusateraan Melayu dari sudut jenis dan bentuknya dapat dikategorikan kepada puisi tradisiona l, puisi moden, prosa tradisional dan prosa moden.
1.2.1 Prosa Tradisional
Maksud tradisional ialah bersungguh -sungguh dan abadi nilainya, mempunyai mutu yang tinggi serta menjadi penanda aras kepada yang lain, memiliki gaya yang sederhana, unsur-unsur yang kerap berlaku serta tiada perubahan mengikut masa.
1. Cerita Rakyat Definisi cerita rakyat adalah dalam bentuk prosa serta sesuatu perkara tidak dikatakan pernah berlaku. Kemudian, fungsi-fungsinya ialah bagi memberikan moral atau telada n yang menunjukkan tentang kesahihan sesuatu cerita rakyat. Misalnya, Sang Arnab dan Kura-kura, Bawang Merah Bawang Putih serta lain-lain lagi.
2. Cerita Lagenda Lagenda bermaksud sesuatu cerita yang dianggap benar-benar terjadi namun tidak mengganggap ianya suci. Ciri-ciri lagenda ialah latar masa dan sejarahnya bukan hanya pada zaman dahulu kala, sejenis interaksi secara lisan yang berkenaan dengan cerita tentang cerita-cerita pahlawan atau tokoh serta mempunyai kaitan dengan zaman sekarang disebabkan percaya pada keramat, misalnya Perigi Hang Tuah.
3. Cerita Mitos Definisi bagi mitos adalah menganggap sesuatu cerita itu benar berlaku dan pemilik cerita menganggapnya suci serta telah mendapat sokongan daripada masyarakat. Ciri-ciri mitos ialah sesuatu perkara benar telah berlaku, kejadian yang pelik tetapi penting, dianggap sebagai keramat, masyarakat menerima impak serta terjadi pada zaman dahulu kala. Contohcontoh cerita mitos ialah pelangi, duyung,naga tasik Chini, penciptaan Nabi Adam dan lain-lain lagi.
Selepas tahun 1800 Masihi penggolongan hasil karya sastera masih tetap dalam sastera moden, menurut Annas Hj Ahmad (1988:152). Namun begitu, terdapat beberapa kategori yang telah dilaksanakan dengan tujuan agar dapat faham dalam memahami unsur dan bentuk perbezaan dalam sastera Melayu

Cerpen Singkatan cerpen adalah gabungan bagi cerita pendek yang merupakan cerita benar ataupun rekaan semata-mata Ciri-ciri cerpen ialah s etiap cerpen mempunyai 500 sehingga 20000 patah perkataan sahaja, wataknya adalah sedikit dan jalan ceritanya adalah secara mendalam dan padat. Misalnya, cerpen Banjir Di Mata Emak.
Novel Novel merupakan sebuah jalan cerita yang Panjang yang mempunyai tema dan juga pe rsoalan. Selalunya di dalam novel mengisahkan tentang keadilan yang perlu ditegakkan , tentang alam sekitar dan masalah antara manusia, tentang tuhan serta terdapat juga imaginasi. Contoh novel ialah 1511 H [ KOMBAT ].

Drama Maksud drama adalah penceritaan tentang sesuatu kisah yang dilakonkan oleh para pelakon berdasarkan watak yang telah disandang serta terdapat juga diolog dan skrip yang telah dikemaskini dengan rapi sebelum lakonan bermula. Misalnya, drama 30 Pesanan Suara.

1.2.3 Puisi Tradisional
Definisi puisi adalah jenis sastera paling awal untuk semua bangsa di dunia. Tambahan pula, puisi bagi masyarakat Melayu adalah pantun dan mereka sangat menghargainya. Kemudian, terdapat empat jenis puisi tradisional iaitu, pantun, gurindam, seloka dan syair.
Pantun Definisi pantun adalah milik masyarakat Melayu dan juga mempunyai cara rangkap yang paling tua. Selain itu, pada zaman dahulu masyarakat Melayu boleh berbalas pantun dengan mudah sebelum adanya surat menyurat. Kemudian, terdapat banyak penciptaan pantun seperti dua rangkap, empat rangkap, pantun berkait dan lain -lain lagi. Selepas itu, dalam pantun terdapat pembayang maksud serta maksud.
Gurindam Gurindam merupakan salah satu bentuk puisi tradisional yang dimana pada tah un 1846 telah diwujudkan oleh Raja Ali haji dalam ‘Gurindan Dua Belas’. Kemudian, bentuk gurindam adalah teikat yang dimana satu rangkap mempunyai dua baris dan mempunyai patah perkataan dari tiga hingga enam sahaja. Tambahan pula, unsur yang terdapat dala m gurindam ialah berkaitan dengan pengajaran, nasihat dan sebagainya.
Seloka Definisi bagi seloka merupakan perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ iaitu menyindir, berseloroh atau berjenaka, menurut Harun Mat Piah (1989). Kemudian, seloka mula terkenal di Tanah Melayu ketika kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. Tambahan pula, seloka merupakan satu bentuk puisi tradisional yang mempunyai rangkap seperti karangan atau bahasa yang berirama. Namun begitu, seloka juga turut mempunyai unsur perump amaan, pepatah atau bidalan dan juga ejekan, sindiran serta lain-lain lagi. Contohnya, seloka Pak Kaduk.
Syair Syair berasal dari Parsi yang merupakan sejenis puisi yang mempunyai lagu. Kemudian, syair ini telah dibawa bersama-sama dengan agama Islam ke Nusantara. Namun begitu, pengubahsuaian syair telah berlaku mengikut keserasian dengan bahasa Melayu Klasik pada masa itu. Tambahan pula, bentuk syair Melayu mestilah mengandungi empat baris dalam satu rangkap, mempunyai rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’ dan setiap baris mempunyai 4 hingg a 5 patah perkataan serta 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris.
Hanya terdapat satu sahaja genre bagi puisi moden iaitu sajak. Kemudian, dapat dikatakan sajak lebih bebas dan tidak terikat kepada suatu perkara yang tetap.
Sajak Sajak merupakan puisi moden yang dimana terikat mengikut pola tertentu yang lebih bebas namun ia juga mempunyai fungsi-fungsi seperti rima, matra dan rentak. Tambahan pula, sajak tidak terikat dengan mana-mana dalam membuat pilihan diksi ataupun kata, baris, rima akhir seperti puisi tradisional dan pembentukan rangkap.
2.0 FUNGSI SASTERA MELAYU
2.1
Para pedagang ini menterjemahkan pengalaman -pengalaman dari ceritacerita yang telah mereka tulis dengan dalamnya merangkumi banyak bidang ilmu iaitu, politik, ekonomi, agama dan sosiologi. Tambahan pula, mereka menjadikan pengalaman sebagai puisi atau prosa dan kemudian menggabungkan dengan perkara -perkara seperti moral, ilmu pengetahuan atau pengajaran yang mempunyai nilai yang tinggi dengan itu pembaca atau pendengar boleh mengambil perkara tersebut sebagai suatu pendidikan. Hal ini jelaslah bahawa kesusasteraan membawa banyak kebaikan dalam pendidikan sebagai rujukan bagi masyarakat. Contoh -contoh pendidikan ialah prosa tradisional seperti peng lipurlara dan cerita rakyat serta puisi tradisional seperti syair.
Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam dakwah ialah bagi menjadikan pendapat sastera seperti mempunyai nilai ijabiyah iaitu perkara yang positif dan waqi’iyah yang bermaksud realistik supaya dapat mengetahui secara terperinci Tambahan pula, sastera dalam Islam hendaklah terang dengan mempunyai unsur waqi’iy dan realistik. Selepas itu, sastera dalam Islam di Alam Melayu telah membentukkan satu gerakkan melalui ajaran dakwah yang diterima serta peluasan orang yang beragama Islam pada abad 13 hingga 16 Masihi. Contoh-contoh dakwah ialah sajak, syair dagang, kisah nabi dan sebagainya.
2.3 HIBURAN
Hiburan telah menjadikan sesuatu karya sastera mempunyai unsur -unsur yang menyeronokkan yang me mbawa kepada keindahan. Kemudian, pengungkapan kata-kata yang indah, rentak dan irama yang seronok serta susunan yang betul dengan itu terhasilnya hiburan. Hal ini menyebabkan, dapat menarik perhatian pendengar atau pembaca dari sudut emosi, ia merupakan kehebatan karya sastera. Tambahan pula, hiburan juga terdapat unsur yang lucu, kelakar dan lain -lain lagi. Selain itu, faedah fungsi hiburan membuatkan karya sastera. Misalnya, masyarakat pada ketika dahulu dapat menerima cerita penglipurlara bagi karya yang digemari dan disukai. Contohcontoh hiburan seperti pantun, cerita jenaka dan drama.
2.4 KRITIKAN SOSIAL
Kritikan sosial bermaksud mencari secara terperinci atau mendalam tentang gambaran suatu kehidupan manusia yang dimana dapat dilihat dari segi pendapat mahupun dimensi. Tambahan pula, perkara yang terdapat dalam sastera merupakan sesuatu kejadian yang pernah berlaku dalam kehidupan seseorang. Seterusnya, dapat dikatakan ketiga -tiga unsur ini saling mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu b erdasarkan pertimbangan dalam karya sastera telah menupukan perhatian terhadap kehidupan, manusia mahupun masyarakat. Namun begitu, ia juga dipengaruhi oleh gerak geri dan tingkah laku ketika ingin mengkritik, menyampaikan sesuatu perkara serta menegur. Contoh-contoh kritikan sosial adalah dari potongan novel seperti novel Harga Sebuah Maruah yang berkisahkan tentang menegakkan suatu keadilan yang waras berdasarkan pemikiran.
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PUISI TRADISIONAL
3.1 PANTUN
Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berguna lagi, Sudah dapat ganding bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

3.1.1 Pemikiran
Masyarakat pada zaman dahulu tidak tahu menghargai sesuatu perkara atau benda yang telah diberikan dan hanya mengambil mudah.
3.1.2 Perlakuan
Tingkah laku masyarakat pada zaman dahulu senang untuk melupakan sesuatu perkara yang telah memberikan banyak manfaat kepada mereka.
3.1.3 Gaya Hidup
Masyarakat pada zaman dahulu, apabila telah mendapat sesuatu yang baru maka mereka akan mudah melupakan sesuatu perkara atau benda yang lama.
3.2 SYAIR
Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan oang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka -sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gemparseperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, ”Gempar ini apakah kurang.”
“Syair Dagang” karya Hamzah Al-Fansuri.

3.2.1 Pemikiran
Penyair memberitahu bahawa masyarakat dahulu mudah berputus asa dalam menyandang sesuatu jawatan. Misalnya, raja pada zaman itu tidak berfikir panjang ketika menurunkan takhta akibat daripada baginda dalam keadaan yang sedih.
3.3
Penyair memberitahu masyarakat dahulu bertindak secara pantas dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Contohnya, raja pada zaman dahulu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyatnya.
SELOKA
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung

Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan
3.3.1 Pemikiran
Masyarakat pada zaman dahulu tidak dapat berfikir secara jernih sebelum melakukan sesuatu tindakan. Misalnya, Pak Pandir tidak berfikir sebelum melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah dirinya.
3.3.2
Perlakuan
Masyarakat pada zaman dahulu lebih mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan keluarga mereka. Tamsilnya, Pak Pandir melakukan perkara yang kejam iaitu menyakiti anaknya sendiri.
3.3.3
Kehidupan masyarakat dahulu adalah lebih mengambil berat tentang orang luar berbanding dengan keluarga sendiri. Hal ini kerana Pak Pandir ingin dianggap dirinya baik dimata orang sedangkan sebaliknya.
3.4 GURINDAM
Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan.
Gurindam Fasal yang Keenam “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji.
3.4.1 Pemikiran
Pengarang menyatakan kita hendaklah berfikir dalam memutuskan sesuatu keputusan dan juga berhati-hati dalam apa jua keadaan.
3.4.2 Perlakuan
Pengarang menyatakan kita perlu mencari guru yang bagus agar tidak menyembunyikan perkara -perkara yang tidak baik untuk diri kita. Selain itu, pengarang memberitahu juga bahawa kita perlulah pandai dalam memilih kawan agar sentiasa berada disisi kita dalam apa jua keadaan.Seterusnya, pengarang menyatakan bagi memili ki sebuah rumah tangga yang baik kita perlulah memilih calon isteri yang patuh kepada suami serta bertanggungjawab.
4.0 KESIMPULAN
Intihanya, kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah menghargai setiap karya yang telah dihasilkan oleh masyarakat dahulu. Hal ini demikian kerana karya sastera yang telah dihasilkan merupakan satu lambang bagi negara kita iaitu Malaysia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjaga karya sastera agar tidak lapuk dimakan zaman kerana setiap karya mempunyai kisah atau unsur yang tersendiri.