Issuu on Google+

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA

PERATURAN MAKMAL

261


FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PERATURAN MAKMAL 1.

Pengguna yang berdaftar kursus-kursus di FSKTM sahaja dibenarkan menggunakan makmal.

2.

Mulai 1 April 2006, pengguna diwajibkan memakai tag nama sepanjang masa berada di dalam makmal. Pengguna yang tidak memakai tag nama tidak dibenarkan memasuki makmal. Petugas makmal berhak meminta pengguna meninggalkan makmal dengan segera sekiranya enggan memakai atau terlupa membawa tag nama.

3.

Pengguna hendaklah menggunakan disket yang baik mutunya dan pastikan disket dan data-data di dalamnya bebas daripada virus. Pihak fakulti berhak memeriksa disket sebelum digunakan.

4.

Pengguna dilarang menyalin sebarang perisian di fakulti tanpa pengetahuan kakitangan bertugas.

5.

Pengguna juga dilarang memasukkan sebarang perisian ke dalam cakera liut (hard disk) di dalam makmal tanpa pengetahuan kakitangan bertugas. Pihak fakulti berhak membuang fail-fail tersebut tanpa notis.

6.

Pengguna hendaklah melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada kakitangan bertugas. Pihak fakulti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan akibat kecuaian pengguna.

7.

Pengguna tidak dibenarkan bermain ‘games’, `chat’ dan melayari laman web lucah.

8.

Pengguna tidak dibenarkan membawa kawan atau pelajar dari fakulti lain atau luar universiti ke dalam makmal.

9.

Pengguna tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu pengguna-pengguna lain. Sekiranya pengguna ingin berbincang, pengguna dikehendaki keluar daripada makmal.

10.

Pengguna dilarang keras merokok dan membawa beg, makanan serta minuman ke dalam makmal.

11.

Pengguna mestilah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakasan di dalam makmal termasuk meja, kerusi dan peralatan-peralatan lain.

12.

Pengguna mestilah berpakaian kemas semasa di dalam makmal. Pengguna tidak dibenarkan memakai selipar, berseluar pendek atau berpakaian menjolok mata.

13.

Sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan di atas maka pihak fakulti akan mengenakan tindakan displin ke atas pengguna.

263


PERATURAN MAKMAL KOMPUTER