1 minute read

0 PENGENALAN…………………...................................... 1

PENGENALAN

Peristiwa tragis di Kampung Memali, Mukim Siong, Daerah Baling di Negeri Kedah pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 nyawa termasuk 4 anggota polis telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan orang kampung Memali. Hal ini turut menjadikan peristiwa ini sebagai sebuah sejarah Malaysia. Tragedi ini mendatangkan kesan negatif terhadap imej negara yang dikecapi sejak sekian lama. Insiden di luar jangkaan akibat tindakan di luar skop demokrasi membuatkan kita semua terpinga-pinga dengan tindakan sekumpulan masyarakat yang berani mencabar dan mengetepikan prinsip serta keluhuran undang-undang negara ini. Kerajaan telah pun memberi amaran mengenai risiko dan kesusahan yang akan dilakukan oleh pelampau agama, akan tetapi mereka tetap teguh dengan pendirian mereka dalam meneruskan aktiviti mereka. Mereka melakukannya tanpa memikirkan kesan buruk yang akan mengakibatkan ketenteraman awam dan keselamatan negara terancam. Kumpulan ekstremis ini juga menggalakkan semangat "jihad" dan "syahid" yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara, bergantung kepada pemahaman dan kepentingan politik individu. Taktik ini telah berjaya mempengaruhi dan meyakinkan segelintir pihak bahawa menentang kerajaan yang "dikafirkan oleh golongan ini" adalah "jihad" dan jika mati dalam perjuangan ia dianggap sebagai "mati syahid". Akibat pengaruh dan ideologi individu mahupun sesebuah kumpulan itu, satu kejadian berlaku di Kampung Memali.

Advertisement