5 minute read

UCAPAN YDP PIBG ( MS

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Tuan Ariffin Antikoh, Pegawai SIPARTNER selaku Pemangku Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah Pensiangan, Yang Berusaha En. Joshua Tuah, Pengetua Cemerlang SMK Nabawan II, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, Para penerima anugerah, ibu bapa, dan para pelajar sekalian, Salam sejahtera semua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan. Syukur kerana dalam majlis ini kita dipertemukan walaupun dalam talian. Saya amat berbangga kerana dapat bersama-sama dalam majlis ini, majlis penghargaan SMK Nabawan II dan PIBG kepada murid-murid yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kecemerlangan diri dan sekolah kekal menjadi milik kita warga SMK Nabawan II yang amat kita sayangi ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak Pengetua dan Ahli Jawatankuasa Majlis Hari Kualiti (Q) pada tahun ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang menjadi agenda tahunan ini walaupun dalam keadaan norma baharu kerana sesungguhnya majlis sedemikian pasti sentiasa dinanti-nantikan oleh anakanak yang begitu optimis dengan kecemerlangan diri masing-masing. Seperti yang kita tahu, program ini hanya dapat kita adakan dalam era norma baharu yang telah menetapkan SOP yang wajib dipatuhi demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terjamin. Tuan-tuan dan puan-puan, Selaku ibu bapa yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak sekolah dalam membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan yang dicita-citakan, kami berasa berbangga apabila setiap tahun SMK Nabawan II menunjukkan prestasi cemerlang. Saya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada barisan tenaga pimpinan dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Kami akan terus memberikan sokongan yang padu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Permuafakatan yang baik akan membuahkan hasil yang lumayan. Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Keikhlasan kita dalam usaha yang murni pasti akan mendapat restu daripada Ilahi.

Hadirin sekalian, Semoga kecemerlangan terus menjadi milik SMK Nabawan II. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa serta para pelajar SMK Nabawan II yang mendokong amanah kecemerlangan kita. Sekian.

Advertisement

Yang Berhormat En. Ariffin Antikoh, Pegawai SIPATRNER selaku Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Pensiangan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En. Eppol Talu @ Apat Yang Berbahagia Barisan Penolong Kanan, En. Khairul Akhmal Abdullah, Penolong Kanan I, En. Petrus Andrew Rupin, Penolong Kanan HEM, En. Martin Joseph, Penolong Kanan Ko Kurikulum, Yang Dihormati Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran serta guru-guru, Seterusnya pelajar-pelajar cemerlang yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera..

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dan berhimpun di [agi yang mulia ini bagi meraikan Majlis Hari Kualiti (Q) SMK Nabawan II Tahun 2019 dan 2020. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat En. Ariffin, Pegawai SIPARTNER selaku Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Pensiangan atas kesudian beliau untuk hadir merasmikan program kita pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada para jemputan yang sudi meluangkan masa untuk memenuhi undangan ini. Semoga dengan kehadiran tuan puan ini, perjalanan majlis ini akan bertambah meriah lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan, Program Hari Kualiti (Q) SMK Nabawan II merupakan salah satu program utama yang dijalankan oleh pihak sekolah saban tahun. Saya sangat bersyukur, pada tahun ini, sekali lagi pihak sekolah berjaya menganjurkan program ini pada hari ini. Majlis ini amat bermakna bagi kita apabila anak-anak didik kita diberi anugerah atas kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Acara tahunan ini menunjukkan bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil dan sewajarnya diberi pengiktirafan. Tahniah dan syabas kepada anak-anak Matulai yang berjaya.

Walaupun pada tahun ini kita menghadapi sedikit cabaran bagi melaksanakan majlis seperti ini akibat masalah pandemik yang tidak begitu mengizinkan namun dengan kesungguhan semua pihak, Majlis Hari Kualiti (Q) yang menjadi acara puncak pada tahun ini berjaya juga diadakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh serta rela mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kegiatan dan program sekolah dapat dilaksanakan. Sesungguhnya ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama.

tetapi buat pertama kalinya saya berdiri di atas pentas ini untuk meneruskan kesinambungan pengurusan yang terdahulu mengurus dan memimpin sebuah institusi di sini.

Melihat enrolmen sekolah yang telah menjangkau sebanyak ____

murid iaitu sebanyak 618 murid aliran perdana, iaitu ____ pelajar menengah rendah dan ____ pelajar menengah atas, membuktikan sekolah ini sememangnya diterima baik oleh masyarakat di sini. Sekolah ini turut didokong sebanyak ____ orang warga pendidik sebagai tulang belakang serta dibantu oleh ___ orang staff.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada para pelajar sekolah ini agar menjadikan kejayaan tokoh-tokoh pelajar dan ahli cendikiawan di luar sana sebagai sumber inspirasi bagi kita semua mencipta kejayaan dalam kurikulum mahupun juga dalam aktiviti kokurikulum dan sukan amnya. Jika mereka yang menghadapi pelbagai halangan fizikal mampu mencabar diri sendiri untuk mencipta kejayaan, sudah tentulah kita semua yang sempurna ini juga mampu untuk meraih kejayaan. Namun, perkara yang selalunya menjadi halangan kepada kita semua ialah sikap dan pemikiran yang negative terhadap sesuatu perkara. Jika kita semua dapat mengubah corak pemikiran dan sikap ke arah yang lebih positif, pastinya sedikit demi sedikit kita juga akan mencipta kejayaan peribadi yang seterusnya akan turut menjadi kejayaan dan kebanggaan pihak sekolah.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam akademik pada tahun 2019 & 2020. Walaupun berhadapan dengan cabaran namun masih terdapat segelintir pelajar yang sentiasa konsisten dalam pencapaian akademik dan dalam masa yang sama turut aktif dalam perjumpaan kelab dan persatuan serta unit beruniform serta mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Bagi pelajar-pelajar yang menunjukkan daya kepemimpinan yang tinggi dalam unit-unit kokurikulum yang disertai, pihak sekolah dengan berbesar hati akan memberi penghargaan kepada mereka. Jadikanlah anugerah yang bakal diterima ini sebagai batu loncatan untuk memberi sumbangan yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah atas segala kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang tahun ini. Tanpa sumbanan dan pengorbanan para pelajar dan warga pendidik, amatlah sukar bagi kita untuk memperoleh kejayaan. Semoga segala usaha yang telah kita lakukan ini akan diberkati Tuhan dan lebih banyak lagi kejayaan yang bakal dikecap pada masa-masa yang akan datang. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kita pada hari ini. Sekian.

This article is from: