



Mesej dari Hassan Rmaile
Di MCC, budaya kami dibina berasaskan nilai dan perilaku. Rakan sekerja kami berbangga merangkumkan idea ini, yang dicerminkan dalam tindakan seharian mereka.
Warna Sebenar MCC adalah lima perilaku yang menjadi kunci kejayaan kami. Ia adalah tindakan yang diharap dapat ditunjukkan oleh semua pekerja di MCC - cara kami melayan satu sama lain, berinteraksi dengan pelanggan, mencipta peluang dan menghadapi cabaran. Warna Sebenar kami merangkumi budaya MCC yang terbaik dan merupakan batu loncatan bagaimana kami mencapai hasil yang melangkaui langkah kewangan atau perniagaan yang ketat. Untuk lebih tepat, jangkaan kami SEMUA rakan sekerja MCC harus mengamalkan KESEMUA lima perilaku sekurangkurangnya setiap masa, kerana tiada siapa yang sempurna.
Di dalam panduan ini, anda akan menemui penerangan dan contoh setiap perilaku serta idea untuk memberi inspirasi kepada anda untuk mengamalkan Warna Sebenar kami setiap hari. Mulai tahun 2024, kami akan menggunakan
Warna Sebenar sebagai panduan untuk kami mengambil pekerja, menilai bakat dan prestasi kerja serta menentukan peluang pembangunan untuk rakan sekerja kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus anda atau wakil HR anda.
Terima kasih di atas semua yang anda lakukan dalam menyumbang terhadap kejayaan MCC.
Hassan
Melaksanakanapayang kamikatakankami akan lakukandengankomitmenperibadi sehinggahasil tercapai
Mengambil inisiatif dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu.
Kesediaan dipertanggungjawabkan dalam semua pekara untuk standard yang lebih tinggi.
Menunjukkan daya tahan dan membantu orang lain melalui waktu yang mencabar.
Mengakui kesilapan dan menggunakannya sebagai peluang.
Berfikir dan bertindak seumpama pemilik.
Ditunjukkan
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugasnya serta hasil keseluruhan projek; sentiasa berkomitmen dan/atau melaraskan tarikh akhir dengan sewajarnya; bertanggungjawab terhadap cara perubahan komitmen memberi kesan kepada orang lain; tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu melalui saluran rasmi dan rangkaian tidak rasmi.
Hanya melakukan apa yang disuruh; gagal mematuhi komitmen; memberikan hasil yang tidak konsisten; hilang tanggungjawab - sesuatu sentiasa menghalang (cth., masalah peribadi, kegagalan untuk menetapkan keutamaan, meremehkan tempoh masa, menghadapi rintangan, dll.)
Keterlaluan
Mencapai keputusan dalam semua pekara tanpa kebimbangan wajar terhadap orang, pasukan, proses dan/ atau etika; berterusan hilang punca tindakan dalam usaha memenuhi komitmen; percaya sumbangannya adalah yang paling penting; gagal mengiktiraf dan mengakui sumbangan orang lain.
Tidakhenti-hentimemberitumpuankepadapencapaian
Tindakan yang Boleh
Diperhatikan
Sentiasa mendesak dan responsif terhadap kerja.
Memberi keutamaan dengan berkesan.
Membuat keputusan berdasarkan fakta.
Tabah menghadapi cabaran bagi memastikan penghantaran tepat pada masanya dan memenuhi bajet.
Ditunjukkan
Didorong oleh kejayaan dan bersemangat untuk bekerja dan mencapai keputusan yang lebih tinggi. Berterusan menyelesaikan tugas / tanggungjawab, walaupun menghadapi kesukaran, optimis dan gigih sepanjang masa. Beroperasi seumpama hak milik sendiri dan mencari jalan dan cara untuk meningkatkanprestasisepanjangmasa.menunjukkankomitmen yang kuat dalam membuat peningkatan prestasi dan keazaman untuk mencapai hasil yang positif untuk syarikat.
Tidak Ditunjukkan
Tidak memberikan hasil secara konsisten; tidak menyelesaikan sesuatu tepat pada masanya; membuang masa dan sumber mengejar bukan keperluan, menangguhkan apa sahaja yang menghalangnya; tidak berusaha keras untuk menyelesaikan tugas; bersederhana untuk mendapatkan sesuatu.
Keterlaluan
Mencapai keputusan dalam semua pekara tanpa kebimbangan wajar terhadap orang, pasukan, kerana proses atau berkemungkinan sudah terbiasa dengan norma dan etika; sangat mementingkan diri sendiri.
Memenuhidanmelebihikeperluanpelanggan (luarandandalaman)
Tindakan yang Boleh
Diperhatikan
Mengutamakan pelanggan dalam membuat sebarang keputusan.
Melibatkan pihak berkepentingan dalam membuat keputusan.
Mendengar untuk belajar; prihatin terhadap keperluan dan peluang baru.
Dapat melaraskan terhadap keperluan yang berubah-ubah.
Berdedikasi untuk memenuhi jangkaan dan keperluan pelanggan dalaman dan luaran; menjangka keperluan pelanggan sebelum disuarakan; mendengar pelanggan; bertindak dengan mengutamakan pelanggan; secara proaktif mencari peluang untuk memperbaiki proses, prosedur, produk; memberi hasil yang tepat pada masanya dan berkualiti tinggi kepada pelanggannya.
Hanya memenuhi jangkaan pelanggan yang minimum; tidak menawarkan kepada pelanggan sebarang pilihan alternatif atau tidak mempertimbangkan yang mungkin lebih sesuai dan/atau bermanfaat; tidak mendengar dengan baik kepada pelanggan; tidak memikirkan pelanggan terlebih dahulu; tidak mencari pengetahuan yang boleh membantunya membuat cadangan tentang cara memperbaiki proses, prosedur dan produk.
Terlalumemenuhipermintaanpelangganyangtidakmunasabah, sehingga menjejaskan syarikat; gagal memberikan pelanggan tahap maklumat yang sesuai; cuba mengubah proses, prosedur tanpa memahami sepenuhnya gambaran yang lebih besar; membuat terlalu banyak pengecualian dan tidak mempuyai dasar, amalan dan proses yang konsisten untuk dipelajari dan diikuti oleh orang lain.
Sentiasaberusahauntuk
pembaharuan dan lebih baik dalam semua yang kami lakukan
Diperhatikan
Berani bertindak diluar kebiasaan.
Menunjukkan rasa ingin tahu dan kesediaan untuk meneroka penyelesaian yang baru.
Belajar daripada kejayaan masa lalu untuk mencipta peluang baharu.
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk kejayaan dan kegagalan.
Ditunjukkan
Mengambil sebarang risiko; menjana idea yang baru ‘di luar kotak’; menunjukkan fleksibiliti dan cuba melakukan perkara di luar zon selesanya; bertindak positif terhadap perubahan dan tidak mengeluh; menawarkan persekitaran yang selamat dan menyokong yang membolehkan orang lain merasa selesa untuk berkongsi idea baru.
Mengambil risiko tanpa memgambil kira kebaikan dan keburukan; tidak menawarkan idea atau perspektif baru; mengekalkan cara tersendiri dalam berfikir dan melakukan sesuatu pekara; menunjukkan ketidakselesaan yang jelas atau mempunyai sikap negatif apabila kebiasaannya terganggu; sering mengadu tentang perubahan; bertindak atau bercakap negatif terhadap mereka yang memberi idea baru; mempunyai mentaliti 'cara saya'.
Keterlaluan
Membuang masa untuk idea yang sedikit produktif; terlibat dalam terlalu banyak perkara sekaligus; sentiasa mengubah pandangan dan/atau gagal untuk mengikutinya (ini boleh menyebabkan orang lain menganggap individutersebut tidak jujur atau tidak boleh dipercayai); tidak berkaitan baik dengan mereka yang kurang kreatif; dilihat sebagai mencabar demi mencabar dan/atau membuat perubahan demi kepentingan atau membuat perubahan.
Bekerjasamaberkongsimatlamatpasukan dansalingbergantungantarasatusamalain
Tindakan yang Boleh
Diperhatikan
Beretika dalam membuat keputusan dan berinteraksi.
Mempercayai orang lain untuk melakukan kerja mereka, tetapi bersedia membantu apabila perlu.
Berkomunikasi mengikut masa dan cara yang sesuai.
Menunjukkan keberanian yang penuh
hormat—baik hati, hormat, dan rendah hati.
Menggalakkan persekitaran inklusif untuk semua orang.
Memberi tumpuan kepada aktiviti dan/atau perbincangan yang dibincangkan berbanding menjadi perhatian atau memberi perhatian kepada orang lain; bebas menyuarakan idea; memulakan perbualan penting; bertanya soalan yang relevan bagi membantu pasukan bergerak ke arah yang positif; sebagai mentor dan mengiktiraf orang lain; dilihat sebagai kerja berpasukan dan bekerjasama; mudah mendapat kepercayaan dan sokongan rakan sekerja; terbuka kepada pendapat yang membina; sukarela dalam tugas; bekerjasama dengan semua orang.
Tidak membantu memupuk pertumbuhan dan perkembangan ahli pasukan lain; tidak mempunyai fikiran yang baik; menghalang moral dan semangat berpasukan; tidak menjadi pendengar yang baik; tidak belajar bernteraksi dengan orang lain; gagal memahami apa yang rakan sekerja jangkakan dan/atau perlukan; sangat menumpukan pada hasil sehingga gagal membina persefahaman; menahan maklumat dan/atau sumber daripada orang lain dalam usaha untuk menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau promosi.
Menguasai mesyuarat dan aktiviti lain pasukan; memberitahu orang lain bagaimana perkara itu harus dilakukan daripada membiarkan mereka menemui dan membangunkan kaedah mereka sendiri; terlalu bergantung kepada ahli pasukan lain daripada mengambil tindakan individu; terlalu prihatin untuk membuatkan orang lain gembira; memberikan terlalu banyak maklum balas negatif dan terlalu sedikit maklum balas positif.
Menyelaraskan perilaku dengan kehidupan kerja seharian anda
Dari Niat Kepada Tindakan: Mencipta strategi untuk memastikan diri anda bertanggungjawab untuk membangunkan perilaku.
Jadilah Perubahan: Mencari peluang di mana perilaku mungkin diperlukan.
Kuasa Untuk Berdialog Positif Diri: Mengalakkan
diri anda untuk meneruskan kerja yang baik dan meraikan kemajuan anda.
Mengalakkan Maklum Balas: Jika anda melihat rakan sekerja mempamerkan perilaku sebaliknya, cari jalan untuk menegur mereka.
Berinspirasikan Kecemerlangan: Bertindak sebagai juara perilaku dan membimbing rakan sekerja melalui bimbingan dan pembimbing.
Menilai perilaku anda
Ditunjukkan: Rakan sekerja mengamalkan perilaku apabila peluang muncul dan/atau secara aktif mencari peluang untuk melibatkan diri dan menunjukkan perilaku secara berkesan.
Tidak Ditunjukkan: Rakan sekerja tidak mengamalkan perilaku apabila terdapat peluang. Ini boleh menimbulkan hasil negatif sekiranya tidak diperbetulkan.
Keterlaluan: Rakan sekerja mengamalkan perilaku secara melampau dan mungkin kurang kesedaran diri bagaimana ia memberi kesan terhadap rakan sekerja yang lain. Kekuatan mereka mungkin boleh menjadi satu kelemahan. Perilaku yang berlebihan mudah untuk diperbetulkan.
Akauntabiliti: Melaksanakan apa yang kami
katakan kami akan lakukan dengan komitmen peribadi sehingga hasil tercapai.
Berorientasikan Pencapaian: Tidak henti-henti memberi tumpuan kepada pencapaian
FokusPelanggan: Memenuhi dan melebihi keperluan pelanggan (luaran dan dalaman).
Berinovasi: Sentiasa berusaha untuk pembaharuan dan lebih baik dalam semua yang kami lakukan.
Kerja Berpasukan: Bekerjasama berkongsi matlamat pasukan dan saling bergantung antara satu sama lain.