Skip to main content

Buku 2 Membuat Keputusan

Page 1

K mi

Prihatin

membuat

keputusan Membimbing anda

dalam rawatan kanser

Sebuah Edisi Khas oleh

untuk Penjagaan Kanser


Kata alu-aluan daripada MAKNA

Dengan kerjasama daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan CCM Pharmaceuticals, HealthToday amat berbesar hati untuk membawa kepada anda KAMI PRIHATIN, risalah bersiri ekslusif yang berfungsi sebagai sumber penting mengenai kanser dan mengandungi nasihat praktikal untuk menangani kanser dengan berkesan. Matlamat risalah bersiri ini adalah untuk menggalakkan kesedaran awam tentang kanser, sekaligus meningkatkan kualiti penjagaan kanser di kalangan pesakit dan penjaga.

Di dalam situasi kanser mahupun penyakit-penyakit lain, sebuah kerjasama yang dipadu oleh individu-individu daripada segenap lapisan masyarakat sering kali menjadi elemen yang penting dalam mengharunginya. Sebagai sebuah masyarakat, perjuangan kita dalam melawan kanser memerlukan usaha bersepadu di mana individu-individu dan organisasiorganisasi yang berbeza menyumbangkan kepakaran dan kapasiti masing-masing. Melalui cara ini, sumber-sumber yang diperolehi dapat digunakan secara efektif dalam menangani cabaran kanser bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Siri maklumat kanser ini adalah hasil kerjasama di antara HealthToday, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd dan MAKNA. Ia adalah satu contoh baik di mana kepakaran individu disumbang untuk menangani permasalahan yang jauh lebih besar.

Selepas risalah pertama yang bertajuk ‘Membimbing anda menjalani kehidupan selepas diagnosis kanser’, siri yang kedua adalah “Membimbing anda membuat keputusan dalam rawatan kanser’, yang menyediakan maklumat tentang rawatan kanser yang berlainan jenis dan isu-isu kebiasaan yang dihadapi semasa dalam rawatan. Kami berharap risalah ini akan menjadi suatu rujukan yang berguna untuk individu-individu yang merancang untuk mendapatkan rawatan dan tidak ketinggalan juga bagi mereka yang sedang menjalani rawatan. Seperti risalah yang pertama, pada bahagian akhir risalah ini anda juga boleh mengetahui bagaimana individu-individu lain yang mengalami kanser melalui perjalanan melawan kanser mereka. Ingatan dan doa-doa kami adalah bersama anda atau insan tersayang anda di dalam perjalanan kepada pemulihan ini. Kami juga berharap anda akan mendapatkan risalah ketiga dan merupakan risalah terakhir dalam siri ini pada masa akan datang, di mana ianya berguna untuk anda. Chai Pui Fun Penyunting

Rakan Kongsi: Penerbit Yasunobu Sakai

Ketua Pemasaran Violet Lew

Penasihat Editorial Lim Teck Choon Mok Shi-Lynn

Ketua Kumpulan Perniagaan Choong Miew Ling

Penyunting Chai Pui Fun

Pengurus Perniagaan Sharlyn Tan

Pereka Ho Kan Keong Penyelaras Pengeluaran Pramila Lingam Ho Kan Keong

diterbitkan oleh MIMS.

PP9626/12/2012 (031440) (Malaysia)

Sepanjang dua dekad menangani kanser, MAKNA telah bekerjasama dengan ramai pesakit kanser, pejuang kanser, keluarga, penjaga, hospital, badan kerajaan, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, individu, penyelidik dan orang awam. Pendekatan yang kami guna berfokus kepada perjalinan perkongsian dengan segenap lapisan masyarakat untuk memberi sumbangan terbaik terhadap punca penyakit kanser dari sudut yang berlainan. Terdapat beberapa program yang dianjurkan oleh MAKNA hasil kerjasama dengan organisasi lain. Ini termasuklah pusat kanser yang kami uruskan secara kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Program Bursari MAKNA yang menerima rujukan dari 92 buah hospital kerajaan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Kejayaan setiap program ini bergantung kepada keteguhan kerjasama antara MAKNA dan rakan kongsi sebagai sebuah pasukan. Bak kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Walaupun sokongan daripada MAKNA amat membantu, namun kami hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada jumlah kanser yang ada di dalam negara. Kita bertuah kerana masih terdapat banyak lagi organisasi lain yang turut menyokong perjuangan menentang kanser. Namun begitu, terdapat ramai lagi pesakit kanser yang bertarung bersendirian tanpa menyedari akan kewujudan bantuan sokongan yang ada. Oleh itu, peningkatan kesedaran dan khidmat bantuan masih menjadi satu cabaran. untuk kita di Malaysia. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, para pembaca, kerana telah mengambil langkah yang signifikan dalam memilih risalah ini dan membuat keputusan untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut tentang kanser. Usaha anda dalam meningkatkan kesedaran diri dan menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam risalah ini kepada sesiapa yang memerlukannya boleh memberikan pengaruh yang besar kepada pesakit kanser di Malaysia.

DATO’ MOHD FARID ARIFFIN Pengasas dan Presiden

1

Kata alu-aluan daripada MAKNA

Para Pembaca,


jururawat) boleh membimbing dan membantu anda melalui perjalanan rawatan kanser anda. Jadi, jangan segan untuk memaklumkan bagaimana mereka boleh membantu anda. Berikut adalah beberapa persoalan yang anda mungkin mahu bangkitkan kepada doktor dan/ atau pasukan penjagaan kanser anda: • Adakah saya perlu menjalani ujianujian lain sebelum memutuskan pelan rawatan?

pelan rawatan Memahami

M

eskipun terdapat berbagai jenis rawatan kanser yang disediakan, namun doktor anda akan memerlukan sedikit masa untuk merancang perawatan anda dan memastikan anda boleh mendapatkan hasil rawatan yang terbaik. Anda boleh menggunakan masa ini untuk mempelajari lebih mendalam tentang kanser anda.

Bagaimana rawatan anda dirancang? Doktor anda akan menentukan pelan rawatan anda berdasarkan faktor-faktor berikut: • Jenis kanser anda • Peringkat kanser anda • Umur, kesihatan keseluruhan, gaya hidup, situasi kewangan dan kecenderungan peribadi

anda

Matlamat rawatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa diagnosis kanser dan program rawatan direka untuk menyembuhkan atau memanjangkan hayat pesakit serta memastikan kualiti hidup yang dapat diperolehi adalah sebaik yang mungkin. Anda perlu bertanya pada doktor anda tentang matlamat rawatan anda sebelum memulakan sebarang pelan rawatan. Tanya doktor sekiranya rawatan adalah bertujuan untuk menyembuhkan kanser, mengawalnya atau merawat punca kanser tersebut. Maklumat ini akan membantu anda untuk membuat keputusan lanjut .Matlamat rawatan kanser anda mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Tahu apa yang perlu ditanya kepada penyedia penjagaan kesihatan anda Doktor anda dan ahli professional penjagaan kesihatan yang lain (contohnya,

• Berapa kerapkah anda merawat kanser jenis ini?

• Berapakan lama setelah permulaan rawatan sebelum sel kanser saya akan terbunuh? • Apakah rawatan susulan yang saya perlukan dan berapa kerapkah ia perlu dijalani? • Apa yang akan berlaku sekiranya saya ketinggalan satu rawatan? • Apakah jenis perubahan fizikal yang perlu saya jangka semasa dan selepas rawatan dijalankan?

• Adakah saya akan meninggal dunia?

• Adakah saya akan memerlukan sebarang ubat-ubatan atau rawatan lain, selain rawatan yang dicadangkan?

• Apakah rawatan yang anda cadangkan dan mengapa?

• Bagaimana anda menilai sekiranya rawatan ini berkesan?

• Apakah kelebihan dan kelemahan rawatan yang anda cadangkan?

• Apakah peluang untuk sembuh selepas menjalani rawatan ini dan adakah kanser akankembali semula pada masa akan datang?

• Apakah matlamat rawatan saya? • Siapa lagi yang akan terlibat dalam pelan rawatan kanser saya? • Adakah terdapat rawatan lain yang perlu saya pertimbangkan? • Seawal mana rawatan akan dimulakan? • Apa yang perlu saya lakukan untuk bersedia menjalani rawatan? • Adakah saya perlu tinggal di hospital semasa rawatan? • Apakah risiko dan kesan samping yang saya hadapisemasa rawatan? • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya mengalami kesan sampingan yang luar biasa? • Bagaimana saya boleh mengendali kesan sampingan? • Berapakah tempoh and kos rawatan saya?

• Adakah sebarang jenis makanan atau gaya hidup yang perlu saya had/ubah selepas rawatan saya bermula? • Bagaimana saya boleh menghubungi anda atau pegawai penjagaan kesihatan yang lain pada waktu yang luar daripada temujanji perubatan. • Berapa lama kesan sampingan akan berlanjutan? • Berapa lama kesan sampingan akan berlanjutan selepas rawatan berakhir? Selain daripada persoalan-persoalan ini, mungkin juga akan terdapat persoalan baru yang akan timbul sepanjang perjalanan penjagaan rawatan anda. Jangan ragu-ragu untuk bertanya. Cuba fahami dan ingati butir-butir berkenaan kanser dan rawatan anda. Catatkan nota, bawa bersama ahli keluarga atau rakan, dan/atau rekodkan perbualan sekiranya perlu.

Bersedia untuk rawatan

3

Bersedia untuk rawatan

2


5

Pembedahan P

embedahan adalah sebuah prosedur yang dilakukan di bawah bius untuk membuang tumor, sebahagian tisu normal sekeliling kanser, dan kadangkala, kelenjar limfa yang paling berhampiran dengan kanser. Tisu-tisu yang dibuang akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjutan, and keputusan pemeriksaan ini akan menbantu doktor anda menetukan sekiranya anda memerlukan sebarang rawatan lanjutan (contohnya, kemoterapi, radioterapi) untuk mengurangkan risiko kanser daripada berulang semula.

Pembedahan mungkin menyembuhkan kanser yang masih terkandung di tempat asal dan belum merebak ke bahagian tubuh badan lain.

Risiko pembedahan yang mungkin terjadi

• Pendarahan. Pendarahan boleh berlaku di dalam atau di luar tubuh badan apabila salur darah tidak ditutup semasa pembedahan atau sekiranya luka terbuka semula. Pendarahan biasanya boleh dikawal.

• Pembekuan darah.

• Kerosakan tisu-tisu atau organ-organ yang berhampiran. • Tindak balas ubat-ubatan. Perkara ini boleh berlaku jika tubuh badan tidak mampu bertahan selepas pengunaan bius atau ubat-ubat lain semasa pembedahan. Walau bagaimanapun, doktor anda akan memantau kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan sebarang petanda organorgan utama untuk mengelakkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada tindak balas ubat-ubatan. • Sakit. Kesakitan mungkin berlaku selepas pembedahan, namun ia boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. • Jangkitan pada insisi. Risiko boleh dikurangkan dengan penjagaan luka. Sekiranya berlaku jangkitan, doktor anda boleh menawarkan antibiotic untuk mengatasinya. • Pemulihan yang perlahan bagi fungsi badan yang lain (contohnya, membuang air). Risiko ini boleh dikurangkan dengan cuba untuk bergerak-gerak ke persekitaran secepat yang mungkin selepas pembedahan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

R

Terapi Radiasi

awatan ini menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser dan mengecutkan tumor. Terdapat dua jenis rawatan ini: • Radioterapi luaran, di mana mesin memancarkan radiasi pada bahagian tubuh badan yang terlibat dari berbagai arah. • Radioterapi dalaman, di mana ia diberikan dalam bentuk cecair minuman yang akan diserap oleh sel-sel kanser. Terapi radiasi tidak akan membunuh sel kanser secara sekaligus, ia mungkin memerlukan rawatan selama berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum sel-sel kanser mula mati. Sel-sel kanser akan terus mati dalam tempoh beberapa minggu atau

bulan selepas terapi tamat. Radioterapi juga mampu membunuh sel-sel normal, namun sel-sel normal ini mampu memperbaiki selselnya sendiri berbanding sel-sel kanser. Kebiasaannya radioterapi diberikan dalam dos yang kecil untuk lima hari seminggu, dalam jangka masa beberapa minggu. Rawatan ini mungkin sesuai sekiranya kanser telah merebak. Segelintir individu mungkin memerlukan terapi radiasi sahaja, manakala individu lain mungkin memerlukan rawatan lanjutan, seperti pembedahan and kemotherapi. Hadiri rawatan susulan bersama doktor anda untuk meninjau perkembangan dan ambil ubat yang diberikan untuk mengurangkan kesakitan anda. Banyakkan berehat supaya tubuh badan anda akan pulih.

Kesan sampingan yang mungkin terjadi Muncul Secara Mendadak • Loya dan muntah • Masalah pencernaan • Bengkak • Ulser mulut

Muncul Lewat • Kekeringan pada mata dan mulut. • Fibrosis • Kemelesetan pada keupayaan kognitif (terutamanya di kalangan kanak-kanak) • Keguguran rambut • Sakit jantung • Kemandulan

Menangani Isu-Isu Rawatan

Menangani Isu-Isu Rawatan

4


Kemoterapi

K

emoterapi boleh dijalani untuk menyembuhkan kanser, mengurangkan peluang kanser daripada berulang semula, atau menghentikan atau merencatkan pertumbuhannya. Kemoterapi juga boleh dijalani selepas pembedahan/ terapi radiasi untuk membunuh sebarang sel-sel kanser yang masih tertinggal, ataupun sebelum pembedahan/terapi radiasi untuk mengecilkan tumor. Ia mungkin melibatkan hanya sejenis ubat-ubatan sahaja (monoterapi) atau lebih kerap, pelbagai ubat-ubatan (terapi kombinasi). Dalam terapi kombinasi, ubatubatan yang berlainan jenis digunakan bersama untuk membunuh lebih banyak sel-sel kanser. Terapi kombinasi juga membantu mengurangkan peluang sel kanser untuk membina ketahanan terhadap ubat-ubatan yang digunakan. Doktor anda akan menjadualkan rawatan anda pada selang masa yang tetap yang dikenali sebagai kitaran. Sebuah kitaran mungkin melibatkan satu dos ubat atau ubat-ubatan, diikuti dengan tempoh masa

berehat supaya tubuh badan anda dapat pulih daripada kesan sampingan rawatan. Jadual rawatan mungkin berbeza mengikut individu; doktor anda akan menentukan sebuah jadual rawatan mengikut keperluan anda. Adalah penting untuk anda terus kekal dalam jadual rawatan, supaya anda akan dapat dos penuh dan kemoterapi menyeluruh. Dengan ini, anda mempunyai peluang tinggi untuk memperoleh manfaat maksima daripada rawatan. Kesan sampingan yang mungkin terjadi Kemoterapi adalah berkesan untuk melawan kanser, namun ia juga boleh merosakkan sel-sel yang sihat dan mengakibatkan kesan sampingan seperti kelesuan, keguguran rambut, kudis mulut, loya dan muntah. Namun tiada apayang perlu dibimbangkan kerana kesan sampingan seringkali bertambah baik setelah rawatan tawat. Jika anda mengalami kelesuan, mintalah bantuan orang lain untuk memandu anda pergi balik ke tempat rawatan. Anda juga perlu merancang untuk berehat dengan sebaik-baiknya pada hari kemoterapi dan hari keesokannya.

Terapi sasaran

T

erapi sasaran merawat kanser dengan mengganggu protein khusus yang membantu tumbesaran dan penyebaran tumor ke seluruh tubuh badan. Terapi sasaran bertindak mengikut sebarang satu daripada cara-cara berikut: • Menghalang atau mematikan isyarat kimia yang menyebabkan sel-sel kanser membesar atau membahagi. • Mengubah protein di dalam sel-sel kanser untul membunuh mereka. • Menghentikan penghasilan salur darah baru yang membekalkan nutrisi kepada sel-sel kanser. • Mencetuskan sistem imunisasi badan, supaya sistem imunisasi boleh membunuh sel-sel kanser. • Mengangkut toksin secara langsung ke sel-sel kanser untuk membunuh mereka. Dua jenis terapi sasaran yang utama ialah antibodi monoklon, yang diberikan melalui saluran drip air, dan ubat molekul kecil (small-molecule drugs) yang diambil secara oral. Terapi sasaran boleh digunakan sebagai rawatan utama bagi sesetengah

kanser, namun dalam kebanyakan kes ianya digabungkan bersama rawatanrawatan lain seperti kemoterapi, pembedahan, dan/atau terapi radiasi. Terapi sasaran adalah rumit dan peluang hasil keberkesanannya boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Oleh itu, amat penting untuk anda memahami bahawa: • Terapi sasaran mungkin tidak berkesan bagi sesetengah individu kerana tidak semua tumor mempunyai sasaran yang sama. Justeru, tisu tumor mungkin perlu diuji dahulu untuk memastikan kewujudan sasaran yang sesuai. • Tumor anda tidak semestinya akan bertindakbalas terhadap rawatan meskipun sasaran itu wujud. • Ada kemungkinan bahawa keberkesanan ubat akan berhenti selepas seketika waktu. Kesan sampingan yang mungkin terjadi Terapi sasaran mempunyai kurang kesan sampingan berbanding kemoterapi. Namun kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk cirit-birit dan masalah yang berkaitan dengan hati, kulit, rambut, kuku dan/atau mata.

Menangani Isu-Isu Rawatan

7

Menangani Isu-Isu Rawatan

6


Imunoterapi

S

Pemindahan sel stem

el stem adalah sel darah yang belum matang di dalam sumsum tulang. Bagi individu yang sihat, sel stem ini akan berkembang kepada salah satu daripada tiga jenis sel darah berikut: • Sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. • Sel darah putih yang merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi dan membantu badan melawan jangkitan. • Platlet yang membantu dalam pembekuan darah. Pemindahan sel stem adalah rawatan pilihan yang sering kali digunakan untuk kanser yang menjejaskan darah atau sistem imunisasi, seperti leukemia, limfoma atau myeloma berbilang. Ia juga membantu memulihkan keupayaan badan untuk menghasilkan sel stem selepas rawatan yang melibatkan dos terapi radiasi dan/atau kimoterapi yang sangat tinggi. Dalam pemindahan sel stem membentuk darah yang sihat akan diberikan melalui saluran intravena (menyerupai pemindahan darah). Sel stem yang sihat ini boleh diambil daripada sumsum tulang, aliran

darah atau tali pusat daripada individu yang sama, penderma yang mempunyai Setelah dimasukkan ke dalam aliran darah, sel stem akan menuju ke sumsum tulang untuk menggantikan sel-sel yang telah dimusnahkan semasa rawatan. Selepas pemindahan, doktor akan memantau anda sekiranya terdapat sebarang petandapetanda kanser atau komplikasi daripada pemindahan tersebut. Kesan sampingan yang mungkin terjadi Jika anda menerima sel stem daripada orang lain (bukan kembar seiras), anda mungkin mengalami risiko penyakit graf melawan perumah, yang boleh terjadi apabila sel darah putih daripada penderma (graf) telah mengenalpasti sel di dalam badan (perumah) sebagai sel asing dan menyerangnya, mengakibatkan kerosakan pada kulit, hati, usus dan organ-organ lain. Penyakit graf melawan perumah bolehberlaku beberapa minggu selepas pemindahan (kadangkala lebih lambat), dan ia boleh dirawat dengan steroid atau ubat lain yang menahan sistem imunisasi. Namun potensi mendapat penyakit graf melawan perumah akan berkurangan. sekiranya sel stem penderma amat hampir berpadanan dengan sel stem penerima.

I

munoterapi merangsang keupayaan sistem imunisasi tubuh badan untuk melawan kanser.

Terdapat beberapa jenis imunoterapi: • Antibodi monoklon, iaitu ubat yang terikat pada sasaran khusus di dalam tubuh badan. Antibodi monoklon boleh mencetus respon imunisasi untuk memusnahkan selsel kanser. • Imunoterapi tidak khusus/rawatan sitokin, membantu merangsang sistem imunisasimenggunakan sitokin seperti interleukin dan interferon. • Vaksin kanser, merangsang respon sistem imunisasi kepada sel kanser. Vaksin kebiasaannya diperbuat daripada sel tumor seseorang individu itu sendiri atau daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh sel tumor. • Terapi sel T. Melalui kaedah ini, sesetengah sel T (sejenis darah putih) dikumpul daripada darah dan diubahsuai secara genetik untuk Semasa terikat kepada sel kanser, sel-sel T yang diubahsuai diaktifkan dan kemudian akan memusnahkan sel-sel kanser. Buat masa ini, terapi sel T cuma boleh didapati di percubaan klinikal. • Terapi virus onkolitik. Ini adalah jenis imunoterapi yang terbaru yang menggunakan virus yang diubahsuai secara genetic untuk membunuh sel-sel kanser. Ia mulanya telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi merawat melanoma (sejenis kanser kulit) pada tahun 2015.

Imunoterapi mungkin diberikan dalam cara yang berbeza-beza – intravena (terus masuk ke dalam vena), mulut, topikal (yang digosok ke atas kulit anda; mungkin digunakan pada peringkat amat awal bagi kanser kulit), intravesikel (terus masuk ke dalam pundi) atau suntikan – bergantung pada jenis terapi yang akan diterima oleh seseorang individu. Imunoterapi mungkin diberikan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, atau secara kitaran (contoh: suatu tempoh masa rawatan diikuti oleh suatu tempoh masa rehat), bergantung pada jenis dan peringkat kanser, jenis imunoterapi yang anda terima, dan respon badan anda terhadap rawatan. Serupa dengan rawatan kanser yang lain, rawatan boleh melibatkan imunoterapi sahaja atau digabungkan dengan rawatan yang lain. Imunoterapi masih tidak boleh didapati di Malaysia, namun penyelidikan secara meluas telah dijalankan oleh institut-institut penyelidikan tempatan. Kesan sampingan yang mungkin terjadi Kesan sampingan yang paling biasa adalah tindak balas kulit pada tapak jarum. Segelintir individu mungkin juga mengalami gejala-gejala seakan influenza. Kesan-kesan sampingan yang lain termasuklah bengkak, pertambahan berat badan, degupan jantung, kesesakan sinus, cirit birit dan jangkitan. Tindak balas alergi yang teruk juga mungkin boleh terjadi, namun hal ini jarang berlaku.

Menangani Isu-Isu Rawatan

9

Menangani Isu-Isu Rawatan

8


11

Menangani Isu-Isu Rawatan

Menangani Isu-Isu Rawatan

10

Terapi Pelengkap dan Alternatif

T

erapi pelengkap dan alternatif adalah rawatan yang menggunakan sebarang jenis produk, amalan-amalan, dan sistem-sistem yang tidak termaktub dalam penjagaan menangani kanser yang standard. Terapi pelengkap digunakan bersama rawatan perubatan lazim bagi membantu melegakan gejala-gejala dan menambah baik kualiti hidup semasa rawatan kanser. Contohnya aromaterapi, akupuntur, ubatan herba, terapi urutan dan pembayangan. Terapi alternatif pula adalah penggunaan bagi sebarang kaedah yang belum terbukti (contoh: diet khas, ekstrak buah-buahan, peralatan elektronik khas). Secara umum, kaedah-kaedah ini masih belum dibuktikan secara saintifik sama ada ia berkesan untuk pengendalian kanser. Secara lazimnya, terapi pelengkap dan alternatif digunakan bagi sebab-sebab yang berikut: • Untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser • Untuk meredakan kebimbangan dan tekanan yang berkaitan dengan rawatan kanser. • Untuk menambahbaik tahap kesihatan dan kesejahteraan. • Pilihan peribadi.

Walaupun penggunaan terapi pelengkap dan alternatif adalah pilihan peribadi anda, adalah penting untuk berunding dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang terapi ini. Ini bagi memastikan rawatan ini tidak memudaratkan anda. Menghentikan rawatan kanser tetap dan menggunakan kaedah-kaedah alternatif adalah sangat tidak digalakkan.

Hidup Bersama Rawatan

K

anser dan rawatan kanser dua-duanya boleh mengakibatkan kesan-kesan sampingan; namun kesan-kesan sampingan ini adalah berbeza mengikut individu, kerana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis rawatan, umur dan tahap kesihatan tubuh badan yang lain. Walaupun jenis rawatan yang diberi adalah sama, segelintir individu masih boleh mengalami sedikit kesan sampingan, sementara yang lainnya mengalami kesan sampingan yang banyak. Jangan bimbang, kerana sering terdapat cara-cara untuk menangani kesan-kesan sampingan ini (sekiranya berlaku). Anemia adalah keadaan di mana tubuh badan mempunyai sel darah merah pada tahap yang rendah dan abnormal. Anda mungkin akan terasa lemah badan atau letih. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan memakan banyak makanan yang mengandungi zat besi (contoh: badam, daging merah, kekacangdan legum, kismis) atau asid folik (contoh: asparagus, bayam,

kacang lima). Makanan seperti brokoli, roti diperkaya dan bijirin mengandungi zat besi dan asid folik yang tinggi. Doktor anda juga mungkin mempreskripsikan ubat-ubatan atau supplemen vitamin/mineral. Sekiranya anda mengalami anemia yang parah, doktor anda mungkin akan mencadangkan pemindahan darah. Hilang selera makan (boleh menyebabkan berat badan berkurang) Anda mungkin tiada keinginan untuk makan, namunadalah penting untuk anda memperoleh zat makanan yang baik untuk pulih semula. Cuba yang berikut: • Makan beberapa hidangan kecil dalam sehari. • Makan snek bernutrisi, sebaiknya tinggi nilai kalori dan protein (contoh: buah kering, kacang dan mentega kacang, yogurt, keju, telur, susu kocak, aiskrim, bijirin, pudding, bar protein, bar granola.


•

•

•

•

Minum minuman yang bernutrisi atau atau mengenyangkan. (Contohnya susu, susus kocak bernutrisi, smoothies.) Tambahkan kepedasan dalam makanan dengan rempah-rempah atau perasa. Makanan anda akan menjadi bertambah enak berperisa. Cuba makan makanan yang sejuk atau bersuhu bilik, kerana bau atau rasa yang menyebabkan anda loya boleh berkurangan. Cuba beberapa senaman ringan sejam sebelum makan untuk merangsang selera makan (rundingkan hal ini dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman)

Masalah ingatan atau penumpuan Selain daripada ubat atau terapi kognitif yang telah dipreskripsikan oleh doktor anda, anda juga boleh menggunakan strategi berikut untuk membantu mengatasi masalah kesukaran menumpukan perhatian, pemikiran dan ingatan: • Catatkan nota, buat senarai perkara yang perlu dilakukan dan set peringatan (boleh menggunakan calendar, diari perancangan harian atau nota tampal). • Elakkan tugasan berbilang dan gangguan tumpuan. • Bersedia awal untuk tugasan-tugasan akan datang. • Lakukan aktiviti kesukaan anda (contoh: berjalan, berenang, berkebun, yoga, meditasi) untuk membantu anda berasa santai dan memperbaiki kepekaan mental. • Cuba menyelesaikan silang kata atau teka teki, melukis, bermain alat muzik atau mempelajari perkara baru. Aktiviti-aktiviti ini boleh membantu memperbaiki fungsi kognitif anda. • Letakkan barang di tempat yang sama supaya ia senang dicari. • Dapatkan lebih waktu rehat dan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Sekiranya anda memerlukan rehat pada siang hari, ambil tidur singkat (kurang daripada sejam). Elakkan tidur terlalu lama kerana ia akan menyukarkan anda untuk tidur malam.

Loya dan muntah Sekiranya anda mengalami loya atau muntah, doktor anda mungkin mempreskripsikan ubat untuk mengawalnya. Anda juga mungkin mahu mencuba perkaraperkara berikut: •

Minum cecair jernih (contoh: air halia, jus epal, sup, teh) yang dihidang sejuk dan hirup perlahan-lahan.

•

Cuba makan makanan masam atau ambil dalam jumlah sedikit makanan tinggi kalori yang mudah dimakan (contoh: pudding, aiskrim, sorbet, yogurt, susu kocak) beberapa kali sehari.

•

Hisap gula-gula keras yang berbau enak, seperti lemon atau pudina.

•

Elakkan makanan-makanan yang berlemak, bergoreng, pedas atu sangat manis.

•

Selepas setiap waktu makan, rehat dengan tenang sambil duduk menegak sekurang-kurangnya selama sejam.

•

Alihkan tumpuan anda dengan mendengar muzik lembut atau menonton rancangan kegemaran.

Masalah mulut Rawatan kanser boleh menyebabkan masalah gigi, mulut dan tekak. Sekiranya perkara ini berlaku, anda boleh mengendalikannya dengan: • Memilih makanan yang lembut, basah dan senang ditelan. • Elakkan makanan dan minuman yang boleh merengsakan mulut seperti makanan rangup, masin, pedas atau manis. • Bilas mulut atau berkumur dengan larutan air garam dan soda penaik. Sesetengah ubat cuci mulut mungkin membantu. Sila bertanya pada doktor anda. • Cuci mulut dengan lembut. Kesakitan Doktor anda mungkin mempreskripsikan ubat mengatasi kesakitan pada anda; ambil mengikut arahan doktor dan maklumkan doktor sekiranya kesakitan anda tidak lega. Doktor anda boleh mencadangkan pendekatan lain untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan anda.

Kehilangan rambut kepala Meskipun keguguran rambut merupakan salah satu kesan sampingan yang membimbangkan, terutamanya dalam kalangan wanita, kebiasaannya ia adalah sementara dan rambut akan tumbuh semula selepas rawatan berakhir. Jangan berasa tertekan. Dalam pada waktu ini, anda masih boleh bergaya dan kelihatan cantik dengan: •

Memakai rambut palsu yang sesuai (penggaya rambut boleh membuat rambut palsu yang sesuai dengan anda).

•

Potong rambut pendek (atau cukur rambut anda).

•

Memakai topi atau selendang (anda mungkin akan tampak hebat juga).

Tambahan pula, terdapat cara untuk melindungi kulit kepala anda, seperti: •

Memakai jaring rambut pada waktu malam.

•

Mengalun lembut rambut anda. Gunakan sikat bergigi besar dan elakkan terlampau kerap menyikat atau menarik rambut.

•

Pakailah topi untuk melindungi kulit kepala daripada cahaya matahari.

Perubahan kulit dan kuku Kulit yang kering dan gatal boleh ditangani dengan pelembap. Doktor anda mungkin mempreskripsikan ubat untuk anda sekiranya keadaan teruk. Keadaan kuku anda juga mungkin boleh terjejas, menyebabkan ia patah. Jadi, lebih baik sekiranya kuku anda pendek dan bersih. Anda juga boleh memakai sarung tangan untuk melindungi kuku anda. Elakkan rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure). Bolehkah anda bekerja semasa menjalani rawatan? Kemampuan anda untuk bekerja semasa rawatan bergantung kepada banyak factor, termasuklah jenis pekerjaan anda, jenis dan peringkat kanser anda, protokol rawatan dan kesan-kesan sampingannya.Dalam kebanyakan kes,

memang boleh untuk terus bekerja semasa dalam rawatan, namun ini adalah keputusan peribadi bergantung kepada seberapa jauh sokongan dan fleksibiliti majikan anda. Jika majikan anda menamatkan perkhidmatan anda kerana apa yang sedang anda lalui, pastikan anda bawakan kes anda kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Ada undangundang yang boleh melindungi anda daripada pemecatan yang tidak adil. Bolehkah anda bersenam semasa rawatan? Kekal aktif secara fizikal telah terbukti untuk membantu pesakit kanser mengurangkan kesan-kesan sampingan seperti kelesuan. Ia juga boleh meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti sendi, memperbaiki tahap kesihatan dan fungsi kardiovaskular, melindungi tulang, menaikkan mood, melegakan perasaan tertekan, mengawal berat badan dan banyak lagi. Oleh itu, sila bertanya pada doktor anda tentang jenis senaman yang boleh ditambah dalam rutin seharian anda pada lawatan hospital/klinik akan datang. Keinginan seksual dan kesuburan semasa rawatan Rawatan kanser boleh menyebabkan anda merasa tidak menarik di mata pasangan atau mengurangkan keinginan untuk melakukan hubungan intim. Namun isu ini kadang kala cua dalam tempoh masa pendek sahaja dan akan semulajadi hilang setelah rawatan tamat. Doktor anda boleh menasihati anda tentang perkaraperkara berkaitan hubungan mesra, manakala kaunselor keluarga akan mampu membantu jika anda dan pasangan perlu bercakap dengan seseorang dan meminta nasihat berkenaan tekanan dalam hubungan anda yang berpunca daripada kanser anda.

13

Menangani Isu-Isu Rawatan

Menangani Isu-Isu Rawatan

12


Kisah Benar

Tabah Berdiri Dalam

Mengharungi Kanser

Didiagnosis dengan kanser mungkin terasa menyesakkan, terutamanya jika ia berlaku pada usia muda. Siti Umira Othman, seorang gadis yang didiagnosis dengan kanser dubur pada usia 26 tahun, berkongsi tentang perjalanan melawan kansernya dengan kami.

darah merungkai bahawa beliau mempunyai tahap antigen karsinoembrionik (CEA) yang tinggi, satu petanda untuk kanser. Kansernya disahkan selepas keputusan kolonoskopi dan biopsi menunjukkan bahawa kansernya berada di tahap 2. “Ibu saya meninggal dunia sepuluh tahun lepas disebabkan oleh kanser yang sama. Kansernya merebak dengan cepat kerana dia memilih rawatan tradisional yang tidak berkesan. Ayah saya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, jadi dia menggalakkan saya untuk meneruskan rawatan yang dicadangkan oleh doktor,” Umira mengimbau semula kisahnya. “Tumor itu agak besar. Kajian kedua oleh pakar bedah kolorektal di Hospital Kuala Lumpur tidak mengesyorkan silang alik bagi keseluruhan rektum saya, kerana akibatnya saya perlu memakai beg kolostomi untuk seumur hidup,” kata Umira. “Sebaliknya, saya dirujuk ke Hospital Selayang untuk silang alik pada bahagian yang mengandungi tumor sahaja. Sebelum menjalani pembedahan, saya mempunyai kolostomi sementara dan saya menerima 25 kitaran radioterapi, lima kali seminggu selama lima minggu, untuk mengecilkan tumor.” Selepas tumornya dibuang, Umira dirujuk semula ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan berikutnya.

S

ama seperti kebanyakan individu dewasa muda, Umira teruja untuk memulakan fasa baru dalam hidupnya selepas menyempurnakan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA. Namun keterujaannya hancur apabila beliau didiagnosis dengan kanser dubur pada tahun 2013. “Saya mula berasa tidak sihat semasa tahun akhir pembelajaran saya. Saya mengalami berat badan berkurang, kelesuan dan

“Saya diberi rawatan kemoterapi oral untuk enam kitaran pada tahun 2014. Namun tidak lama selepas rawatan saya lengkap, kanser saya telah didapati merebak ke nodus limfa yang berhampiran.” terdapat darah dalam najis saya.Saya mencari nasihat perubatan, dan saya diberitahu yang saya mengalami anemia kerana jumlah hemoglobin saya sangat rendah. Saya rasa seperti sesuatu yang tidak kena apabila muncul pula gejalagejala lain. Saya mengalami usus tak lawas dan cirit birit yang mengganggu aktiviti harian saya selama hampir dua bulan,” Umira menyampaikan kepada kami. Beliau kemudian mendapatkan rundingan doktor di Hospital Kuala Lumpur. Ujian

Memandangkan pembedahan untuk membuang nodus limfa tidak disyorkan kerana ada risiko najis tidak lawas untuk jangka masa panjang, beliau terpaksa melalui rejim kemoterapi yang berbeza: lapan kitaran pada tahun 2015, tujuh kitaran pada tahun 2016 dan tambahan 16 kitaran lagi sehingga Januari lepas. “Saya bernasib baik saya tidak megalami sebarang kesan sampingan yang buruk hasil daripada kemoterapi. Selain keletihan

dan pening kepala, yang kebiasaannya akan hilang dalam masa dua hari selepas rawatan, kesan sampingan lain yang dialami adalah kebas jari. Namun, ia tidak mengganggu keupayaan saya untuk menulis atau melakukan tugasan harian,” kata Umira. “Saya juga bersyukur saya masih mampu menjaga diri sendiri dan makan seperti biasa. Saya elakkan memakan daging merah dan makanan laut, dalam pada itu saya menambah pengambilan sayur, buah, dan jus buah.” Pada masa ini, tapak di mana kanser tersebut mula menapak telah pun semakin baik, walaupun terdapat lecetlecet kecil di dalam paru-paru dan di atas jantung. Umira dan pasukan penjagaan kanser bekerjasama untuk memantau kesihatannya, mengekalkan harapan di sepanjang perjalanannya. “Perjalanan melawan kanser sememangnya tidak mudah, namun saya tahu saya perlu tabahkan hati. Saya mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih banyak tentang kanser saya dan rawatannya melalui internet, dan tetap dalam fikiran saya bahawa rawatan yang sama mungkin bertindakbalas secara berbeza pada individu-individu berbeza,” katanya. “Saya sangat bersyukur kepada keluarga saya, terutamanya ayah saya, rakan-rakan dan ahli-ahli pasukan penjagaan kanser saya. Merekalah insan-insan yang memberi motivasi kepada saya untuk meneruskan rawatan, selain sangat membantu dan menyokong saya. Saya juga bersyukur dengan sokongan daripada MAKNA, sebuah organisasi yang telah banyak mengambil berat dan memberi galakan. Kerana merekalah saya tahu saya tidak menempuh cabaran ini sendirian.” “Saya memang sedar bahawa hal ini pastu akan menjadi perjuangan yang sukar untuk saya, namun saya takkan putus asa. Saya percaya saya boleh mecapai kejayaan dalam perjuangan ini dan boleh meneruskan hidup seperti biasa,” Umira menamatkan perbualan dengan senyuman yang optimistik.

15

Di sebalik kejayaan

Di sebalik kejayaan

14


Pesanan Harapan

Pada lewat tahun 2016, CCM Farmaseutikal menjemput tetamu menghadiri pelancaran Kempen Reben Lavender untuk meninggalkan pesanan-pesanan berinspirasi kepada pesakit kanser dan mereka yang terselamat daripadanya.Disini adalah sebahagian daripada pesanan-pesanan tersebut.

“Walau apa yang terjadi sekarang, SENTIASA INGAT bahawa anda adalah mereka yang terselamat, bukannya mangsa.”

Pela nc Reb aran K e en L aven mpen der

“Hidup bukannya tentang menunggu ribut berlalu pergi, ianya tentang bagaimana kita menghadapinya.”

“Tiada kesangsian bahawa anda akan melawan kanser dengan keazaman membara serupa seperti anda menghadapi cabaran lain dalam hidup anda. Saya tahu dengan kekuatan anda yang hebat pasti anda mampu mengatasinya.”


Rujukan: 1. American Cancer Society. Available at www.cancer.org. 2. National Comprehensive Cancer Network. Available at www.nccn.org. 3. Mayo Clinic. Cancer. Available at www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cancer/in-depth/ cancer-diagnosis/art-20044544. 4. Cancer Research UK. Available at www.cancerresearchuk.org. 5. National Cancer Institute. Available at www.cancer.gov.

Bahan editorial yang terkandung adalah sebagai informasi sahaja. Pembaca diingatkan supaya tidak menggunakan informasi ini sebagai pengganti kepada penjagaan kesihatan dan perundingan profesional yang sedia ada. Walaupun segala penelitian telah diambil dalam proses penyusunan dan pemeriksaan informasi yang terkandung di dalam penerbitan ini, pihak penerbit, penulis, penasihat dan agen tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara atas penggunaan berterusan informasi atau atas apa-apa kesilapan, pengenepian atau ketidaktepatan dalam penerbitan ini sama ada berpunca daripada kelalaian atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekalipun, atau atas apa-apa akibat yang berpunca daripadanya. Perangkuman atau pengecualian mana-mana produk tidak bermaksud bahawa penerbit mengesyorkan atau menolak penggunaannya sama ada secara umum atau dalam apa-apa bidang atau bidang-bidang tertentu. Pengiklanan adalah tertakluk kepada persetujuan editorial dan langsung tidak mempengaruhi kandungan atau persembahan editorial. Penerbit, penulis, penasihat, dan agen tidak memberi jaminan, secara langsung atau tidak langsung, akan kualiti atau keberkesanan apa-apa produk atau servis yang dinyatakan dalam iklan atau bahan lain yang bersifat komersial. Hak cipta: Š2017 Tiada bahagian di dalam penerbitan ini boleh dihasilkan semula dalam mana-mana bahasa, disimpan atau diperkenalkan dalam sistem perolehan kembali, atau disiarkan, dijual semula, diagihkan semula, dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara elektronik, elektrostatik, pita magnetik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. MY-CCM-093


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Buku 2 Membuat Keputusan by MAKNAcancer - Issuu