
1 minute read
15. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEPIMPINAN K005
KEPIMPINAN
KLUSTER KOMPETENSI KEPIMPINAN KOD: K005
Advertisement
NAMA KOMPETENSI KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
DEFINISI KOMPETENSI Kebolehan memahami, merancang, melaksana dan menganalisis kaedah dan pendekatan yang berkesan, tepat, dan berkualiti bagi menghasilkan keputusan terbaik untuk mencapai kecemerlangan organisasi.
ASAS
•Melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan bagi memahami keperluan penyelesaian. •Menguruskan maklumat dari pelbagai sumber bagi meningkatkan keberkesanan proses membuat keputusan. •Memahami proses dan kaedah dalam membuat keputusan yang tepat dan berkualiti. •Memberi idea berpandukan
“pro and cons” setiap pilihan yang ada bagi memudahkan proses membuat keputusan. •Mengongsi amalan terbaik secara berkesan dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. •Mengkoordinasi pasukan pembuat keputusan dan senarai tugasan dalam proses membuat keputusan bagi meningkatkan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan. •Meneliti punca kerumitan mengikut kelemahan dan kekuatan pasukan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan. •Melaksanakan keputusan yang jelas, telus, tepat pada masanya; supaya selaras dengan matlamat organisasi dan jabatan. •Memantapkan pembangunan dan penggunaan sistem atau aplikasi teknologi bagi membantu proses membuat keputusan dengan lebih sistematik dan berkualiti. •Memperkenalkan pendekatan baharu dalam proses membuat keputusan bagi menghasilkan output yang terbaik. •Menganalisis keberkesanan di dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kesan dan kualiti. •Menambahbaik proses dan kaedah membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan kelancaran sistem perkhidmatan. •Menggariskan dasar, strategi dan pendekatan proaktif yang perlu diikuti bagi menghasilkan keputusan yang cekap dan berkesan. •Mengambil pendekatan di luar kotak untuk membuat keputusan dalam situasi yang jarang ditemui atau kompleks. •Memantau pelaksanaan dan pencapaian kualiti dan keberkesanan proses pembuatan keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi. •Memperkasakan pendekatan baharu dalam membuat keputusan untuk menjayakan strategi serta mencapai matlamat Universiti.
CEKAP MAHIR PAKAR
Kamus Kompetensi UTM | 34