
2 minute read
PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian. Idea piramid makanan ini bermula sejak lewat 70an dan mula popular pada awal 90-an. Ia dikelurakan oleh US Department of Agriculture (USDA). Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan.Piramid makanan memberi panduan untuk gizi yang seimbang yang merangkumi pelbagai jenis makanan untuk memberi nutrisi yang cukup untuk badan.
Advertisement
PERPADUAN HARI INI
Penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha bentuk Bnagsa Malaysia yang bersatu padu. Detik-detik perpaduan seperti ini dan dapat mengekalkan semangat patriotisme dan perpaduan yang sama dalam apa juga jenis sukan dan aktiviti riadah yang lain. mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah dan patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. Malaysia perlukan hari ini bukan wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati, kedamaian dan keharmonian.Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan Malaysia berdasarkan nilai murni diajar semua agama dan kaum dan bukannya mengamalkan dan mengeksploitasi sentimen etnik.

CABARAN DALAM PERPADUAN
• Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan system pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya wujud sekolah tamil dan cina yang mengasingkan pelajar india dan cina. • Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara ini. Contohnya
Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa
India . • Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum. Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

• Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet . • Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan