1 minute read

Coretan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya Buku Panduan Pelajar (Student’s Handbook) ini berjaya dihasilkan atas kerjasama semua kakitangan yang telah memberi informasi mengenai program dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Arau. Buku panduan Pelajar ini adalah ibarat buku rujukan bagi semua pelajar khususnya pelajar baharu Kolej Komuniti Arau bagi mendapat maklumat dan gambaran berkenaan program yang ditawarkan di sini. Tujuan buku panduan ini dihasilkan adalah untuk memuatnaik informasi berkaitan program dalam bentuk e-buku yang boleh dikongsi bersama tanpa perlu merujuk kepada pelbagai pihak secara berasingan.

Sehubungan dengan itu, saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan e-buku ini. Semoga dengan penghasilan buku panduan ini tidak hanya berfungsi sebagai panduan kepada pelajar sahaja malahan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang berhajat untuk mendapatkan maklumat berkaitan program di Kolej Komuniti Arau. Melalui e-buku ini, segala maklumat asas berkaitan program dan aspek pengurusan sesuatu jabatan dapat diperincikan bagi keperluan pihak-pihak yang berkepentingan. Oleh itu besar harapan saya supaya e-buku ini dapat menjadi panduan kepada semua dan sekaligus sebagai batu loncatan dalam meningkatkan pengurusan organisasi Kolej Komuniti Arau. Sekian , terima kasih.

Advertisement
This article is from: