
1 minute read
PENGHARGAAN 3
from E folio
PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan memberikan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Ustaz Abdul Fattah Bin Hamden kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan, Mohammad Aiman Nazdrin Bin Kalabak, Ashraf Warren Norman dan Kalaiarasshi A/P Suppiah. Terima kasih atas segala kerjasama dan usaha yang telah diberikan. Walaupun berlainan agama dan bangsa tetapi kami tetap Bersatu hati dalam menjalankan tugasan secara berkumpulan bak kata pepatah “ibarat telur sesangkak pecah sebiji,pecah semua”. Di samping itu, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang sentiasa bertanya dan memberikan peringatan mengenai tugas yang telah diberikan. Sikap begini juga dapat mengeratkan hubungan kami di dalam kelas walaupun berbeza agama dan budaya bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat”.
Advertisement
3 333333567jnb 3