
8 minute read
SURAT ARAHAN & AKU JANJI
SURAT ARAHAN DAN SURAT AKU JANJI
Kepada semua guru dan AKP
Advertisement
Tuan/Puan
ARAHAN PENGETUA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022
1.0. Pakaian Bertugas
1.1. Pakaian adalah cerminan keperibadian seseorang. Oleh itu sentiasalah berpakaian yang melambangkan kita sebagai seorang pendidik dan penjawat awam. 1.2. Penjawat awam hendaklah berpakaian sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1985 dan Peraturan Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5/2018. 1.3. Tanda nama hendaklah dipakai sepanjang masa bertugas. (SPA Bil. 8/1985) 1.4. Guru hendaklah memakai pakaian Unit Beruniform lengkap pada Perhimpunan Bulanan Koko dan pada setiap perjumpaan Unit Beruniform pada hari Rabu.
2.0. Keberadaan Guru
2.1. Semua guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah sebelum 7.15 pagi dan pulang pada 2.30 petang. 2.2. Semua guru dikehendaki mengimbas jari tanda hadir semasa tiba di sekolah dan semasa meninggalkan kawasan sekolah setelah selesai bertugas. 2.3. Guru yang terlibat dengan urusan tugas rasmi di luar sekolah, tidak dapat hadir atau datang lewat, hendaklah memaklumkan kepada pihak pengetua sebelum 7.00 pagi agar pihak pengurusan dapat menyediakan senarai guru ganti sebelum kelas pertama bermula. 2.4. Guru yang perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk urusan tertentu, hendaklah mendapatkan kebenaran pihak Pengetua serta merekodkannya ke dalam borang yang disediakan sebelum meninggalkan kawasan sekolah. 2.5. LDP, PLC, mesyuarat, perhimpunan dan bengkel-bengkel adalah strategi yang telah di tetapkan oleh KPM bagi meningkatkan prestasi sekolah. Oleh itu, semua guru hendaklah menghadiri setiap program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. 2.6. Guru mesti berada di dalam kelas mengikut jadual waktu PdPc bukan jadual penilaian sumatif yang dikeluarkan. 2.7. Guru dan guru ganti adalah bertanggungjawab terhadap apa jua yang berlaku di dalam kelas semasa jadual waktu guru tersebut.
3.0. Perhimpunan Harian
3.1. Perhimpunan rasmi hari Ahad dan perhimpunan harian yang bertempat di Dewan Sri Mersing bermula jam 7.15 pagi yang dikelolakan oleh Guru Bertugas Mingguan. 3.2. Perhimpunan Bulanan Koko akan dikelolakan oleh Guru Penasihat Unit Beruniform yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual Perhimpunan Bulanan Koko). Perhimpunan Koko pada Hari Selasa dan Rabu akan dikelolakan oleh setiap Penyelaras Kelab/ Persatuan Akademik , Unit Beruniform dan Kelab Sukan Permainan masing-masing. 3.3. Semua guru wajib menghadiri perhimpunan yang diadakan dan berada di tempat/kerusi yang disediakan. 3.4. Untuk semua perhimpunan, guru yang mengajar waktu pertama hendaklah beredar bersama murid ke kelas mengikut kelas PdPc masing-masing. 3.5. Untuk semua perhimpunan, guru kelas hendaklah mengambil kehadiran murid pada jam 7.15 pagi dan mengisi menggunakan e-kehadiran APDM. 3.6. Semua guru kelas melengkapkan kehadiran dalam e-kehadiran sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari. 3.7. Berdasarkan situasi semasa, perhimpunan murid-murid adalah mengikut SOP yang telah disediakan dan akan dilaksanakan mengikut keperluan. Sebarang makluman akan dimaklumkan dengan segera.
4.1. Semua guru hendaklah menyediakan rancangan pengajaran dengan merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999. 4.2. FRP hendaklah disediakan setiap hari dan dihantar untuk disemak pada hari Khamis setiap minggu. 4.3. Semua maklumat seperti maklumat peribadi, Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Takwim, jadual waktu, nama murid, markah dan head-count, hendaklah dicatat masuk dalam FRP. 4.4. Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah rancangan pelajaran bagi tahun semasa. Jika difailkan perlu dibuat catatan dan boleh ditunjukkan jika diminta. 4.5. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian hendaklah menggunakan format terkini sesuai dengan Pembelajaran Abad Ke 21. 4.6. Refleksi hendaklah dilengkapkan selepas proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan bertulis tangan dengan menggunakan warna pen yang berbeza. 4.7. Semua guru wajib membawa FRP semasa PdPc. 4.8. FRP merupakan dokumen penilaian yang akan dinilai dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Kegagalan guru untuk menyediakan dan menghantar BRP untuk dibuat semakan, akan menjejaskan markah penilaian tersebut. 4.9. Semua guru hendaklah bertanggungjawab terhadap FRP masing-masing.
5.0. Waktu Instruksional
5.1. Pengurusan masa yang cekap, berkesan dan berkualiti adalah faktor penting kejayaan organisasi. 5.2. Semua guru perlu memastikan mereka sentiasa berada di dalam kelas mengikut jadual waktu yang disediakan. Laksanakanlah peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai, dan memastikan murid sebagai pembelajar aktif. 5.3. Sebelum memulakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), guru hendaklah memastikan perkara berikut: 5.3.1. Semua murid berdiri dan guru memberi salam atau ucapan selamat. Setelah duduk semua murid-murid akan membaca doa mengikut kelaziman kelas masing-masing. 5.3.2. Suasana dalam bilik darjah hendaklah bersih, selamat dan kondusif untuk pembelajaran 5.3.3. Murid mengutip sampah, jika ada, dan membuang ke dalam bakul sampah 5.3.4. Susunatur kerusi dan meja murid teratur 5.3.5. Murid sudah bersedia untuk menerima input guru 5.3.6. Menyelesaikan sebarang isu yang timbul dengan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut prosedur dan garis panduan sedia ada.
5.4. Melaksanakan PdPc seperti yang dirancang 5.5. Jika PdPc dilaksanakan di bilik-bilik khas atau ruangan di luar bilik darjah, guru hendaklah memastikan elemen dan prosedur keselamatan dipatuhi dan diberikan penekanan sebelum, semasa dan selepas PdPc dilaksanakan. 5.6. Pastikan tiada murid yang dibenarkan masuk ke dalam makmal dan bilik-bilik khas tanpa pengawasan guru. 5.7. Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah atau Buku Rekod Penggunaan Bilik-Bilik Khas hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan. 5.8. Tidak dibenarkan pihak luar selain daripada warga SMKSM berada di dalam kelas semasa ketiadaan guru kecuali personel yang terlibat dalam program SDK (Sukarelawan Dalam Kelas)
6.1. Semua guru dikehendaki mengisi dan melengkapkan serta menandatangani Buku Rekod Kawalan Kelas setiap kali sebelum sesi PdPc juga semasa penilaian sumatif diadakan. 6.2. Jika PdPc dilaksanakan di luar kelas atau di bilik-bilik khas, Ketua Kelas hendaklah membawa buku berkenaan ke lokasi dan guru berkaitan hendaklah melengkapkan buku tersebut. 6.3. Sebarang maklumat yang perlu dikongsi bersama dengan guru-guru lain bolehlah dipindahkan melalui media sosial (Whatsapp, Telegram) dan lain-lain yang akan disediakan dalam buku Rekod Kawalan Kelas. 6.4. Buku ini adalah dibawah tanggungjawab GPK HEM sepenuhnya dan perlu diberikan jagaan untuk tujuan rekod disiplin.
7.0. Pergerakan Keluar Murid
7.1. Guru Kelas perlu memastikan keberadaan murid di dalam kelas setiap masa PdPc berlangsung. 7.2. Guru Kelas bertanggungjawab kepada murid yang keluar untuk pemeriksaan doktor adalah di bawah tanggungjawab guru bertugas mingguan. 7.3. Murid yang dibawa balik oleh ibu bapa, guru bertugas mingguan perlu mengisi slip kebenaran keluar. Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil murid di pejabat sekolah.
8.0. Pemeriksaan Buku Latihan Murid
8.1. Semua guru hendaklah menyediakan nota pengajaran dan nota pembelajaran murid. 8.2. Sebarang latihan yang diberikan, guru hendaklah memastikan semua murid melaksanakan latihan tersebut dan bertanggungjawab untuk menilai hasil kerja murid berkenaan dengan kadar segera. 8.3. Guru juga hendaklah memulangkan kembali buku latihan berkenaan dalam tempoh 7 hari dan memastikan murid membuat penambahbaikan jika perlu. 8.4. Semua guru dikehendaki menghantar buku nota dan buku latihan murid mengikut jadual yang disediakan kepada pentadbir untuk disemak. 8.5. Laporan semakan dan pemeriksaan hasil kerja murid hendaklah disediakan dalam borang yang disediakan.
9.0 Urusan reso/fotostat bahan di pejabat
9.1 Kerja-kerja fotostat tidak dibenarkan dibuat sendiri oleh guru 9.2 Setiap fotostat dokumen persendirian hendaklah dibayar RM0.10 untuk satu muka surat. 9.3 Guru hendaklah melabelkan nama guru, bilangan bahan yang hendak direso/ fotostat dan muka surat buku yang hendak direso/ fotostat. 9.4 Guru hendaklah merekodkan maklumat bahan fotostat dalam buku khas yang disediakan. 9.5 Bahan yang hendak direso/ fotostat hendaklah diserahkan seminggu awal sebelum tarikh dikehendaki. Termasuklah musim peperiksaan dan ujian sumatif. Kelewatan mendapat bahan reso/ fotostat adalah tanggungjawab guru sendiri. 9.6 Urusan percetakan adalah mengikut giliran menghantar.
10.0 Urusan di makmal sains
10.1 Memastikan guru melengkapkan Buku Rekod Penggunaan Makmal setiap kali ke makmal 10.2 Memastikan guru memberitahu Pembantu Makmal tentang penyediaan radas dan bahan amali lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum amali dibuat. 10.3 Guru hendaklah memberi nasihat dan mengawal tingkah laku murid semasa amali dijalankan supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan murid dan radas makmal pecah. 10.4 Guru hendaklah memastikan murid menggantikan radas yang pecah jika ianya adalah kecuaian murid itu sendiri.
11.1 Semua guru dan AKP yang namanya tercatat dalam buku pengurusan di bawah tugasan Jawatankuasa dan tugasan tertentu dianggap telah dilantik untuk menerima dan melaksanakan arahan, tugasan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Pengurusan SMK Sri Mersing 2022/2023. 11.2 Oleh itu, mereka hendaklah bertanggungjawab terhadap tugasan dan peranan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk melaksanakan beserta strategi dan sasaran yang ditetapkan.
“Kualiti sesuatu sistem sekolah tidak boleh melebihi kualiti gurunya”
Sekian, terima kasih.
……………………………………………
KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN
Pengetua, SMK Sri Mersing

SURAT AKU JANJI
Saya, …………………………………………………………, No. Kad Pengenalan ……………………………..
beralamat di…………………………………………………………………………………………………………….
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:
i. akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
ii. akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
iii. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
iv. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya;
v. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;
vi. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;
vii. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;
viii. tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan
ix. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Di hadapan saya
(Tandatangan Pegawai)
Saya ………………………………………No. KP ………………………….
Beralamat di ……….………………………………………………………….
KOMITED MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DENGAN MEMENUHI CIRI-CIRI:
1. Bermatlamat melahirkan ‘Global Player’/Modal Insan
Bertaraf Dunia. 2. Melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 yang Konsisten. 3. Melaksanakan Pengurusan yang berkualiti yang menyokong
Pembelajaran Abad ke 21. 4. Mempunyai Ekosistem, Fizikal dan Sosial yang Kondusif untuk
Pembelajaran Abad ke 21. 5. Bertindak sebagai Pemudahcara dan Pembimbing dalam
Bilik Darjah dengan Pedagogi Abad ke 21. 6. Bertindak sebagai ‘Key Player’ dan Pemimpin Pembelajaran
Abad ke 21 untuk Mendepani Perubahan. 7. Melibatkan Ibu Bapa dan Komuniti, PIBK untuk Menyokong
Pembelajaran Abad ke 21 dan Kemajuan Pembelajaran
Murid.
SAYA DENGAN INI BERIKRAR MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMBINA MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.
“MERSING HEBAT”.
.…………………………… (Jawatan )
Di hadapan saya,
……………………………………………… (KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN) PENGETUA SMK SRI MERSING MERSING, JOHOR