Melni
Terbitan:
www.imanpublication.com
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
No. Tel.: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman web: www.imanpublication.com
Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12, JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Perolehan Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Reka Bentuk Kulit Reka Letak
No. Tel: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com
: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Syahira Hozami : Auni Zainal : Umairah Shafei : Fahmi Mustaffa : Shamsul Amin : Melni : Husna Ab Rahman : Afiq Asyraf Ariff : Haziq Razack
SENYUM YANG TERSEMBUNYI Cetakan Pertama Februari 2024 ISBN 978-629-7665-02-3
Dicetak oleh : Mihas Grafik Sdn Bhd No. 9 Jalan SR 4/19, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.
Bab 4 Semenjak
Puan
Syidah
menyerahkan
keputusan
peperiksaan pertengahan tahun untuk mata pelajaran Sains tadi, Adlina termenung panjang. Markah yang tertulis menggunakan dakwat merah di hujung atas kertas peperiksaan dipandang, hampa. Angka 84% seolah-olah mengejeknya. “Macam mana markah awak?” Suara Raymond dari belakang menyentak Adlina daripada lamunan. Cepat-cepat dia sumbatkan kertas itu ke bawah meja. Namun belum sempat dia menyorok keputusannya, kertas itu direntap keras oleh Nabila. “Eh, Nab, janganlah!” protes Adlina, dengan suara separa berbisik supaya tidak didengari Puan Syidah. Guru mata pelajaran Sains mereka sedang memanggil
52 | MELNI
nama pelajar-pelajar lain untuk memungut keputusan masing-masing. “Alah kau, acah humble konon tak nak tunjuk. Okey apa keputusan kau,” Nabila mencebik. Dia berpaling ke belakang dan meletakkan kertas Adlina di atas meja Raymond. Raymond tersentak dengan tindakan Nabila. Matanya sempat melirik markah yang tertera. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, Adlina cepat-cepat mengambil kertas itu. Belum sempat dicapai, ia dirampas pula oleh Haziq yang duduk di sebelah Raymond. Mata pelajar lelaki itu membulat. “Bapak ah! Bijak gila kau. Aku fail kut.” Haziq membandingkan markah Adlina dengan dirinya yang hanya memperoleh markah satu digit. Perasaan malu menyelubungi Haziq. Semasa dia di sekolah rendah, Haziq
antara
pelajar
cemerlang.
Namun
begitu,
semenjak menginjak ke sekolah menengah, dia rasa sangat sukar untuk memahami semua subjek, terutama Sains dan Matematik. “Haziq, bagi balik kertas aku,” pinta Adlina, suaranya masih perlahan supaya tidak didengari cikgu di hadapan kelas. Haziq mencebik dan membiarkan Adlina mengambil sendiri kertasnya. Adlina berpusing
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 53
ke hadapan, kertasnya ditelangkup supaya tiada sesiapa lagi yang dapat melihat markahnya. “Tapi, dulu Azlan selalu dapat 100% kan?” Komen Nabila di sebelah dibiarkan tanpa sahutan. Wajah Adlina mencuka apabila nama Azlan disebutsebut. Dia teringat Puan Azura pernah berkata sesuatu lebih kurang serupa dengan Nabila. “Along selalu dapat markah penuh. Kenapa angah tak boleh belajar rajin lagi jadi macam along?” Terngiang-ngiang
suara
Puan
Azura
menceroboh
kepalanya. Ya, memang. Azlan bijak. Sentiasa dapat 100% dalam peperiksaan. Dia disayangi semua cikgu dan merupakan pelajar contoh. Adlina tidak mungkin dapat capai tahap yang sama. Dia belajar siang malam, bersengkang mata mengulang kaji tetapi markah terbaik yang boleh dicapai cuma 84%. Tanpa
disedari,
tangannya
dikepal
menjadi
penumbuk, geraham diketap. ***
Waktu mata pelajaran Sains sudah tamat. Puan Syidah menggunakan masa satu jam kelas itu untuk membincangkan jawapan kertas peperiksaan. Kini
54 | MELNI
Adlina sudah faham akan kelemahannya dan apa yang dia perlu fokus untuk peperiksaan akan datang. Adlina
masih
menulis
dalam
buku
nota,
memuntahkan segala ilmu yang dicurahkan oleh Puan Syidah selagi dia masih ingat. Dia terlalu leka dengan kerjanya sehingga tidak perasan Raymond berdiri di sebelah. “Jom rehat.” Suara Raymond menarik Adlina keluar daripada mod fokus. Matanya terkebil-kebil memandang Raymond yang sudah bersedia dengan mangkuk tingkat di tangan dan botol air yang dikepit di celah ketiak. Dia tersenyum menunjukkan lesung pipit yang menambah manis wajahnya. “Saya tak keluar rehat hari ni. Saya puasa,” jawab Adlina sebelum mengembalikan tumpuan kepada nota. “Saya nak minta maaf.” Raymond masih tidak berganjak. Sekali lagi Adlina berhenti menulis dan memandang Raymond. “Sebab tadi saya tak tolong hentikan Haziq kacau awak.” “Tak ada apalah. Bukan salah awak pun. Haziq memang macam tu. Suka main-main. Dah, cepatlah pergi rehat. Nanti semua meja penuh, susah pula awak nak makan.” Bukan sengaja Adlina hendak bersikap acuh tidak acuh terhadap Raymond. Cuma mindanya sekarang terlalu berat memikirkan tentang keputusan SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 55
ujiannya sebentar tadi. Ketika mendapat keputusan itu, dia sebenarnya gembira sebab mendapat A. Namun, apabila dia terfikirkan reaksi emak, serta-merta rasa teruja itu mati. Raymond dapat merasakan emosi Adlina saat itu kurang baik. Belakang telinga yang tidak gatal digaru. Untuk tidak lagi mengganggu Adlina, Raymond hanya mengangguk dan dia pun bergerak keluar bersama bekal yang dibawa. Setelah
Raymond
meninggalkan
Adlina
berseorangan, gadis itu melepaskan keluhan berat. Buku nota ditutup. Dia membaringkan kepala di atas dua lengan. Kepala ditoleh ke kiri, menghadap tingkap. Kelas mereka terletak di tingkat tiga blok A sekolah. Dengan tingkap yang terbuka, angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut wajah letih Adlina. Adlina penat. “84% je? Kenapa tak 90% ke atas?” Terngiangngiang suara emak dalam kepala. “Along dulu selalu score paling kurang pun 95%. Kau belajar macam mana?” Suara Azlan pula menyahut. Kata-kata Nabila sebentar tadi juga bermain-main dalam minda. Azlan. Azlan. Azlan. 56 | MELNI
Tidak habis-habis mahu samakan dia dengan Azlan. Semua orang hendak dia jadi seperti Azlan! Adlina kembali duduk tegak. Matanya memandang buku nota yang diisi dengan jawapan yang baru dibincang bersama Puan Syidah. Dia kembali teringat semua soalan yang dijawab salah. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas segala kecuaian. Bukannya dia tidak tahu apa-apa, dia sudah ulang kaji topik yang keluar. Namun dia cuai. Masih cuai! Natijahnya, markah ditolak kerana jawapan yang tidak lengkap. Marah Adlina meruap-ruap. Permukaan meja dihentak dengan kedua telapak tangan. “Ah! Bodoh!” dia berteriak. Buku nota dicampak. Nasib baik tiada orang lain di dalam kelas pada waktu rehat. Adlina kini berkelakuan seperti orang hilang akal. “Kau dah gila ke?” Suara Haziq yang muncul tibatiba memeranjatkan Adlina. Dia terus bangun untuk mengutip semula buku yang dicampak tadi. Darah sudah menyerbu ke wajah, seluruh badannya terasa panas. Dadanya turun naik, jantungnya berdegup laju. Haziq memandang gadis itu dengan pandangan pelik tetapi Adlina sengaja buat-buat tidak menghiraukan rakan sekelasnya itu.
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 57
‘Ah! Malu!’ Dengan buku yang masih di tangan, Adlina cepatcepat berjalan keluar dari kelas dengan kepala yang tunduk. Dia bergegas menuju ke perpustakaan sekolah. Tawa Haziq yang kuat berdesing memecah telinganya. Ah! Tentu nanti cerita dia membaling buku dijaja Haziq ke sana sini!
58 | MELNI
Bab 5 Adlina duduk di celahan rak buku perpustakaan sekolah. Kakinya dilipat ke lutut. Pahanya pula dirapatkan ke dada. Dia bersandar pada rak buku. Matanya yang dari tadi terasa panas mula merembeskan cecair jernih. Adlina cepat-cepat menyeka dengan belakang tapak tangan. Suara ejekan Haziq masih terngiang-ngiang di telinga. Walaupun Azlan sudah keluar dari rumah dan menyambung pelajaran di kolej matrikulasi, Adlina masih tidak dapat keluar daripada bayang-bayang abangnya. Kewujudan Haziq juga tidak membantu kerana setiap kali dia melihat Haziq, dia teringatkan Azlan. Sama-sama suka menyakitkan hati, sama-sama buat Adlina rasa tempatnya hanya di tapak kaki. Fikirannya melompat-lompat, daripada Haziq kepada Azlan dan kepada Puan Azura. Semakin lama dia membiarkan
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 59
fikirannya berputar, semakin sesak rasa di dada, dan semakin banyak air mata yang mengalir keluar. Bunyi tapak kaki yang semakin kuat menyebabkan Adlina cepat-cepat mengesat pipi. Derap tapak itu berhenti betul-betul di sebelahnya. Raymond duduk dengan posisi yang sama seperti Adlina, menyandarkan belakang badannya di rak buku, berhadapan dengan tubuhnya. Kehadiran Raymond membawa bersama perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia suka apabila pemuda itu dekat dengannya, tetapi pada masa yang sama, jantungnya seakan-akan berkerja dua kali lebih laju saat mata mereka bertembung. Adlina keliru. Dia tahu rasa sejuk yang tiba-tiba menyelubungi tubuhnya bukannya datang daripada penyaman udara perpustakaan itu. Setiap kali Raymond mendekat, tubuhnya akan terasa sejuk dan bulu romanya mulai meremang. “Awak okey ke?” Raymond bertanya dengan nada separa berbisik supaya tidak mengganggu pelajar lain yang sedang mengulang kaji pelajaran. Dia juga tidak mahu pengawas perpustakaan menghalau mereka keluar kerana bercakap kuat-kuat. “Saya okey,” Adlina menjawab dengan nada yang sama. Dia cuba menyembunyikan getaran gugup dalam suaranya. Harap-harap Raymond tidak perasan.
60 | MELNI
Raymond mengangguk. Matanya masih tidak berganjak daripada wajah gadis di hadapannya itu. Wajah Adlina mula berona merah, segan apabila ditenung sebegitu rupa. Renungan Raymond ibarat panahan yang memancar, menusuk terus ke lubuk hati. “Awak rasa saya overreact ke?” tersipu-sipu Adlina bertanya, teringatkan gelagatnya di dalam kelas tadi ketika kertasnya dirampas Nabila. Malu apabila mengenangkan jika Raymond menganggap dia terlalu mudah mengikut perasaan. Raymond menjungkit bahu, belakang leher digosok perlahan sambil kepalanya mendongak memandang siling. “Awak belum rasa nak share markah awak. I understand that. There must be a reason,” Raymond menjawab dengan nada penuh memahami. “But you know you can always share anything with me?” sambungnya lagi. Pandangannya dikembalikan kepada Adlina. Degup jantung Adlina semakin laju. Entah mengapa ayat Raymond dan pandangan redup pemuda itu membuatkan hatinya terpaut. “Do you really mean it?” Adlina bertanya meminta kepastian. Selama ini, Adlina sering rasa bersendirian. Tiada sesiapa yang mahu betul-betul mendengar isi hatinya. Nabila yang dianggap teman rapat pun tidak SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 61
pernah melayaninya sebegitu. Keberadaan remaja lelaki di hadapannya ini yang tidak lokek memanjangkan tangan dan menghulurkan telinga, membuatkan jiwa Adlina tersentuh. “I was actually proud of myself … with my marks,” Adlina mula membuka bicara. Dagu direhatkan di atas kepala lutut. Jemarinya menguis-nguis permukaan permaidani yang melitupi seluruh lantai perpustakaan itu. “Tapi kejap je. Lepas tu saya rasa sedih sebab bukan markah penuh pun.” Entah kenapa suaranya kedengaran seperti rengekan, seolah-olah dia sedang mengadu. “But it was good enough, kan?” Raymond cuba menyedapkan hati Adlina. “Kalau saya yang score macam tu, saya akan cukup happy dah. The test was not easy.” Adlina menghembuskan nafas, matanya ditutup beberapa saat sebelum dia menggeleng dan membuka mata semula. “Awak tak kenal mak saya. Nothing I do is ever good enough for her.” Nada suara Adlina disulami keperitan yang tiada sesiapa faham. “Awak dengar kan tadi Haziq dengan Nabila asyik sebut nama Azlan? Dia tu abang saya. Mak saya terlalu sayang dengan Azlan tu sampaikan semua yang saya buat tak bagus macam Azlan.”
62 | MELNI
Laju
sahaja
Adlina
mengadu
nasib
kepada
Raymond. Mudah rasanya berkongsi cerita dengan remaja lelaki itu sebab dia membawa satu aura yang menenangkan. Adlina tahu Raymond tidak akan menghakiminya
dan
betul-betul
mendengar
untuk
memahami. Buat pertama kali dalam hidup, Adlina merasakan keberadaannya betul-betul dihargai dan dipeduli. Raymond mengangguk sambil mendengar cerita Adlina. Perlahan-lahan Raymond seperti mula memahami punca Adlina sebegitu keras dengan dirinya sendiri. “Saya tak kenal abang awak, tapi saya kenal awak. Bagi saya awak dah cukup bagus.” Jemari Raymond dilalukan pada permukaan kasar permaidani. “I’ve always been impressed with you. You are good at your studies and you’re super talented and creative too. Abaikan je orang lain tu.” Bibir Adlina menggulung senyum dengan katakata manis Raymond. ***
“Awak nak saya teman awak jalan balik ke?” tanya Raymond sebaik sahaja kelas terakhir mereka pada hari itu tamat. Adlina sedang memasukkan barang-barang ke dalam beg sandang sekolah, berpaling lalu menggeleng. SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 63
“Tak kut. Mak saya ambil,” jawab Adlina dengan senyuman manis menghiasi wajah. Entah kenapa dengan Raymond, mudah sahaja dia tersenyum. Haziq yang duduk bersebelahan Raymond memandang kedua-dua rakan sekelasnya itu dengan pandangan meluat. Kalau dengan dia, jangan harap Adlina akan tersenyum. Soalannya pun belum tentu dijawab. Haziq menggulirkan mata kemudian menggalas beg sekolah di bahu sebelah kiri. Sengaja dia merengus kuat sebelum bangun dan bergegas keluar dari kelas. Adlina tidak mengendahkan Haziq dan terus sahaja mengemas. Dia harus cepat kerana petang itu dia ada kelas tambahan. “Jomlah kita jalan ke depan sama-sama. Awak tunggu depan bus stop tu, kan?” Raymond menggalas begnya dan berdiri di sebelah Adlina sementara menunggu gadis itu selesai. Adlina tidak menjawab, sekadar mengangguk dengan senyuman mekar yang tidak pernah lekang di bibir. Usai Adlina mengemas beg, dia dan Raymond berjalan beriringan keluar dari kelas. Sesekali mata Adlina menjeling ke arah Raymond di sebelah. ‘Eh, jantung ni. Janganlah laju sangat!’ “Panas kan hari ni?” ujaran Raymond menarik Adlina keluar daripada lamunannya. “Merah muka awak.” Raymond menarik beg galasnya ke hadapan
64 | MELNI
tubuh. Dia membawa keluar sekaki payung lipat yang disisipkan di poket sebelah beg. Payung dibuka dan diangkat, meneduhi mereka berdua. ‘Aduh, kenapa Raymond ni sweet sangat?’ Kalau tak diikutkan rasa segan, Adlina mungkin sudah terlompat-lompat bahagia. Cuaca yang panas terik tidak dirasai, cuma nyaman memenuhi jiwa remajanya. Pipi yang merah disentuh dan digosok, kepalanya menunduk supaya Raymond tidak terus melihat wajahnya yang semakin merona. Mereka kembali berjalan beriringan sambil berbual-bual tentang perkara-perkara yang mungkin orang lain anggap remeh, tetapi cukup berharga buat dua hati yang sudah mula bertaut. “So, you and your brother are three years apart?” tanya Raymond apabila teringat perbualan mereka di pusat sumber sekolah beberapa hari lepas. Adlina mengangguk. “Tapi tak rapat?” Adlina menggigit isi dalam pipinya. “Saya nak je rapat dengan abang saya macam orang lain rapat dengan adik-beradik dia orang,” balas Adlina, lipatan tudung yang sedikit senget dibetulkan. “Tapi …?” Raymond meminta penjelasan. Kalau boleh dia mahu ambil tahu segala-galanya tentang gadis yang sedang berjalan di sebelahnya itu. Apa yang membuatkan gadis itu gembira. Apa yang membuatkan SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 65
gadis itu sedih. Kesukaan dan kedukaan Adlina. Semuanya tentang Adlina. Raymond mahu lebih dekat dengan Adlina. Kata hatinya kuat mengatakan Adlina juga memerlukan seseorang untuk mengambil tahu tentang dirinya. “Tapi … entahlah. Every time he achieved something, I got angry. Sebab lepas tu nanti mesti mak akan suruh saya buat benda yang sama.” Adlina melepaskan satu keluhan berat. “Awak ada adikberadik?” Adlina tiba-tiba menukar topik perbualan seolah-olah
tidak
mahu
terus
bercakap
tentang
abangnya. “Saya anak bongsu. Ada dua kakak. Tapi beza umur saya dengan kakak atas saya hampir sembilan tahun. Kakak sulung saya pun dah kahwin. Yang nombor dua baru habis universiti tahun lepas,” jelas Raymond panjang lebar. “Sebenarnya, abang ipar saya Muslim. Sebab tu sekarang ni kat rumah pun mak saya beli barang daripada orang Melayu Islam atau yang memang ada tanda halal. Jadi, senang kalau abang ipar saya datang rumah.” Penuh semangat dia berkongsi. Melebar senyuman di wajah Raymond. ‘Dia ambil tahu juga pasal aku,’ fikir Raymond dalam diam. Seronok jiwa remaja itu apabila tahu ada yang mahu mengenali dirinya dengan lebih dekat.
66 | MELNI
Terangguk-angguk Adlina mendengar perkongsian Raymond. “Jadi lepas ni kalau awak bawa bekal sedap, boleh saya makan juga kan?” gurau Adlina, matanya menyepet gara-gara senyuman yang begitu lebar menghiasi wajah itu. Raymond membalas senyuman Adlina. Berbungabunga hatinya melihat wajah manis Adlina. “Boleh. Nanti saya minta mommy masak lebih. Awak suka makan apa?” teruja Raymond bertanya. “Tom yam putih. Tapi, jarang dapat makan.” Senyuman di wajah Adlina mengendur. “Azlan tak suka tom yam jadi mak jarang masak. Saya tak reti masak sendiri.” Nampak Adlina malu-malu mengakui. “Okey tak apa. Nanti saya minta mommy saya masakkan.” “Eh, tak payahlah! Menyusahkan mommy awak je nanti.” “Taklah. Nanti boleh saya kenalkan awak dengan mommy. Mommy selalu cakap nak jumpa awak.” Terkulat-kulat
Adlina
mendengar
kata-kata
Raymond. Dah kenapa pula mak Raymond mahu bertemu dengannya?
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 67
Seperti dia dapat mengagak apa yang Adlina sedang fikirkan, Raymond menyambung bicara, “Saya selalu cerita dekat mommy pasal awak. Saya beritahu mommy, awak selalu tolong saya study. Jadi, sebab itu jugalah keputusan saya makin bagus.” Adlina tersipusipu mendengar pujian bersahaja daripada Raymond. ‘Ah! Dia ni tahu je nak cakap apa sampai aku blushing!’ Merasakan dirinya seperti sedang diperhati, Adlina mendongak. Mata mereka saling bertentangan. ‘Cerahnya warna anak mata dia.’ Rentak jantung Adlina makin rancak, ibaratkan hampir terkeluar dari ruang dadanya. Nasib baik Raymond tak boleh dengar gelora dalam hatinya. Cepat-cepat Adlina mengalih pandangannya kerana terlalu segan bertentangan mata lama-lama dengan Raymond. ‘Ala, dah nak sampai!’ hati Adlina mendesah apabila dia perasan mereka sudah menghampiri pagar sekolah. Kelihatan kereta Puan Azura sedia menunggu berhampiran tempat menunggu bas seperti selalu. Dia masih belum puas menghabiskan masa bersama pemuda di sebelahnya itu. “Mak saya dah sampai,” kata Adlina, ibu jarinya ditujukan ke arah kereta Puan Azura. Raymond mengangguk. 68 | MELNI
“Should I walk you to the car? Teman awak lintas jalan ke?” Raymond senyum, sekali lagi mempamerkan lesung pipit pemanis wajah. Nada suaranya seolah mengusik. Adlina menggeleng kepala. “Eh, tak apa. Saya pandailah nak lintas jalan,” Adlina menolak walaupun hatinya masih mahu terus berada di sisi Raymond. Raymond tergelak kecil dengan jawapan Adlina. Tidak pun dia berminat untuk memanjangkan lagi tempoh mereka bersama pada hari itu. Payung yang dipegang dihulurkan kepada Adlina. Gadis itu menyambut dengan wajah yang penuh tanda tanya. Zip poket hadapan beg galasnya dibuka, lalu Raymond mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang berlipat dua. Payung kembali bertukar tangan dan Raymond menghulurkan kertas itu kepada Adlina. “Saya ternampak flyer ni di bilik guru tadi. Mungkin awak berminat nak join,” Raymond menjelaskan sebelum sempat Adlina bertanya lebih lanjut. Tatkala Adlina membuka lipatan kertas itu, ia rupa-rupanya pamplet hebahan pertandingan melukis poster yang dianjurkan Kelab Pendidikan Seni. “Saya pasti awak boleh menang!” “Terima kasih,” ucap Adlina, terharu dia dengan keyakinan Raymond terhadap bakatnya walaupun kadang-kadang dia sendiri ragu-ragu. Mereka kini sudah berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Dari SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 69
seberang jalan di hadapan pondok bas, Puan Azura sudah membunyikan hon. “Mak saya dah panggil tu. Kita jumpa esok, ya.” “Okey. Lintas jalan elok-elok,” pesan Raymond. Adlina melemparkan senyuman manis ke arah remaja lelaki itu sebelum mula melintas. Raymond menunggu sehingga Adlina sudah betul-betul selamat masuk ke dalam kereta. Lalu, dia kembali ke dalam kawasan sekolah untuk mengambil basikalnya yang dikunci di kawasan meletak basikal. “Siapa budak tu?” tanya Puan Azura sebaik sahaja Adlina masuk ke dalam kereta. Belum sempat Adlina mengambil nafas, dia disergah dengan macam-macam soalan. “Bukan main seronok lagi kongsi payung.” Tajam nada Puan Azura. Adlina menelan liur, wajah emak yang ketat tidak berani dipandang. “Kawan sekelas angah. Raymond nama dia,” jawab Adlina. Kenapa dia perlu takut-takut? Sedangkan Raymond sendiri tidak teragak-agak untuk menceritakan tentang Adlina kepada emaknya sendiri. Bukannya Adlina ada melakukan perkara yang tidak patut. “Angah tu sekolah lagi. Baru Tingkatan 3. Tak payah sibuk nak bercinta,” bebel Puan Azura sambil dia mula memandu.
70 | MELNI
“Angah tak bercinta dengan dia. Kawan je,” pantas Adlina membidas walaupun jantungnya sudah mula berdegup kencang apabila memikirkan kemungkinan dia dan Raymond mempunyai hubungan istimewa. “Kertas apa yang dia bagi tu? Surat cinta?” Seperti peluru, berdas-das Puan Azura menembak dengan katakata berupa tuduhan tidak berasas. “Bukanlah mak. Ni pamplet pertandingan lukis poster. Raymond share dengan angah tadi kalau-kalau angah nak join. Kalau menang dapat RM100,” Adlina menepis serkap jarang Puan Azura. Sakit hatinya apabila emak sendiri seolah-olah tidak percaya yang dia mampu menjaga dirinya sendiri. “Tak payah masuklah. Mak tak suka angah buang masa untuk benda-benda tak berfaedah macam tu. Exam dah nak dekat, kan? Fokus pada belajar jelah.” Berasap telinga Adlina mendengar suara Puan Azura yang tidak berhenti membebel. ‘Asal benda aku suka buat je, buang masa. Boleh naik gila kalau sepanjang masa nak kena belajar … belajar … belajar …,’ dalam diam Adlina memprotes. Pamplet yang diberi Raymond sebentar tadi digenggam erat. Adlina menahan geram yang sudah menyesakkan dada. Baru dia hendak merasa dingin penyaman udara, tubuhnya sudah kembali membahang. SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 71
“Angah tahulah nak bahagi-bahagikan masa angah,” jawab Adlina acuh tak acuh. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. “Kalau angah tahu bahagi masa, exam Sains hari tu boleh dapat markah penuh. Kenapa 84% je? 90% pun tak sampai.” Berdesing telinga Adlina sebaik sahaja katakata sebegitu meluncur dari mulut Puan Azura. Emak tidak habis-habis mahu mengungkit tentang keputusan peperiksaannya. Kalau dia dapat markah penuh pun, mungkin Puan Azura masih cuba mencari salah Adlina. Adlina mengetap gigi, perasaan marah dan sakit hati sudah mula merajai jiwa. Perjalanan pulang ke rumah diselubungi sunyi dan luka hati. Sebaik sahaja Puan Azura memberhentikan kereta di hadapan rumah, Adlina terus meluru keluar. Pintu kereta sengaja dihempas kuat. Sebaik sampai di hadapan pintu masuk, Adlina mendengus geram melihat pintu gril yang berkunci. Malangnya, dia tidak menyimpan kunci rumah, maka terpaksalah dia menunggu Puan Azura keluar terlebih dahulu. Kening Puan Azura terangkat tatkala dia memandang Adlina dengan pandangan tajam. “Hah, tulah. Konon nak merajuk, tapi pintu rumah pun tak boleh buka,” perli Puan Azura sambil mengeluarkan kunci rumah daripada beg tangannya. Setelah pintu rumah dibuka, Adlina cepat-cepat masuk
72 | MELNI
ke dalam rumah dan terus meluru ke dalam bilik. Tidak betah dia berlama-lama dengan Puan Azura dan terus-menerus mendengar kata-kata emaknya yang menyakitkan hati.
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 73
Bab 6 Adlina duduk bersendirian di kaki lima bangunan bersebelahan padang sekolah. Bayu petang mengibasngibas lembut tudung sekolah yang dipakai. Dia duduk dengan kaki melunjur merentasi longkang kecil yang memisahkan kaki lima itu dengan padang sekolah. Satu papan bersaiz besar sedikit daripada poster A3 diletakkan di atas peha. Sekeping kertas lukisan juga diletakkan di atas papan tersebut. Tiub pelbagai warna bersepah di sebelah kirinya. Tersedia juga satu cawan plastik yang berisi air paip, digunakan untuk merendam beberapa batang berus lukisan. Palet yang digunakan untuk mencampur warna pula diletakkan di sebelah cawan berisi air dan berus itu.
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 75
Jauh di seberang padang, terdapat sekumpulan pelajar lain yang sedang membuat regangan sebelum memulakan latihan ragbi. Pertandingan ragbi peringkat zon akan diadakan dalam masa beberapa minggu lagi, jadi
jurulatih
skuad
ragbi
sekolah
sudah
mula
mengarahkan semua atletnya agar berlatih dengan lebih gigih. Haziq sedang berlatih membaling dan menyambut bola dengan seorang lagi rakan pasukannya, Syafiq. Adlina tidak mengendahkan mereka dan terus leka dengan projek lukisan. Lakaran asas sudah disiapkan dan petang itu, dia mahu fokus untuk mewarna pula. Poster yang bertemakan alam sekitar ini akan dihantar sebagai penyertaan pertandingan melukis poster peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Seni. Sedang dia membancuh warna di dalam palet, tiba-tiba pandangannya meredup. Bayang-bayang tubuh tercorak di atas kertas lukisan. Adlina mendongak dan menyedari Nabila sudah berdiri di hadapannya. Rakannya itu sudah lengkap berpakaian riadah sekolah; baju-T berwarna biru muda berlambang sekolah dan seluar trek berwarna hitam. “Kau buat apa?” tanya Nabila lalu duduk di sebelah kiri Adlina. Hampir sahaja Nabila terlanggar cawan pembersih berus kalau Adlina tidak sempat mengalihnya.
76 | MELNI
“Kau ni, hati-hatilah sikit,” tegur Adlina lembut kemudian meletakkan cawan itu jauh sedikit daripada Nabila. Nabila sekadar mengangkat bahu dengan riak tidak bersalah. “Kau memang saja kan duduk sini sebab nak usyar orang berlatih ragbi?” tuduh Nabila dengan nada tidak puas hati. Adlina terpinga-pinga. Tangannya yang baru hendak mewarnakan ruang putih pada kertas itu terhenti. “Macam tak ada tempat lain kau nak buat kerja seni kau!” “Aku nak udara segar,” jawab Adlina ringkas, tangannya kembali bekerja. Malas dia mahu melayan tuduhan Nabila yang tidak berasas. Nabila mencebik mendengar balasan Adlina. Rumput-rumput mati yang melekat di tepi tapak kasut dibuang satu per satu. “Yalah tu.” Adlina menggeleng tetapi kekal berdiam diri. Biarlah apa pun yang Nabila mahu fikir atau cakap tentangnya. Dia sudah biasa dengan Nabila yang menuduhnya mahu menarik perhatian dengan berpurapura menjadi pendiam. Nabila mendengus keras apabila dirinya tidak dilayan, matanya dilayarkan ke arah pasukan Haziq yang sudah mula berlatih. “Kau rasa, Haziq tu okey tak?” tanya Nabila memecahkan suasana. SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 77
“Hmm?” Adlina acuh tidak acuh melayan Nabila. Fokusnya masih sepenuhnya diberikan kepada poster yang sedang diwarnakan. “Aku tanya ni. Kau rasa Haziq tu okey tak?” Nada suara Nabila seakan-akan membentak, seperti tidak puas hati apabila Adlina tidak mengendahkannya. “Entahlah. Aku rasa dia annoying,” jawab Adlina jujur. Dia tidak akan membiarkan borak kosong Nabila mengganggu tumpuannya. Berus yang sudah dicelup ke dalam warna hijau pucuk pisang dilalukan ke atas kertas. Nabila menggulirkan mata ke atas. “Boleh percaya ke? Aku nampak kau macam suka je bila dia selalu kacau kau,” Nabila menuduh dengan suara yang sengaja ditinggikan. Adlina dipandangnya dengan penuh curiga. “Kau nak apa ni sebenarnya, Nabila? Aku tengah buat kerja ni.” Adlina sudah mula hilang sabar. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan. ‘Perempuan ni macam-macam betul!’ “Aku nak kau jauhkan diri daripada Haziq!” Nabila menengking, pinggangnya dicekak. “Bila masa pula aku dekat dengan dia?” Adlina masih mengawal suaranya. Dia tidak mahu keadaan
78 | MELNI
menjadi semakin tegang. Sudah terang lagi bersuluh, Nabila sedang dikawal emosi. “Kau jangan pura-pura tak tahulah. Takkan kau tak perasan Haziq tu selalu cari alasan nak bercakap dengan kau. Kau memang suka eh buat dia terkejar-kejar kat kau macam tu?” Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Adlina berhenti mewarna dan memasukkan berus ke dalam cawan air. Dia memandang Nabila dengan pandangan tidak percaya. “Kau cakap apa ni, Nabila?” tanya Adlina dengan suara yang sudah mula bergetar. Terluka. Itu sahajalah perkataan yang sesuai untuk menerangkan perasaan Adlina ketika itu. Itukah anggapan Nabila terhadapnya selama ini? Mudahnya dia menyangka Adlina seronok kerana sering dikacau Haziq. Tidak nampakkah dia, Adlina tidak pernah menghiraukan Haziq kerana baginya, lelaki itu terlalu menjengkelkan? Dia ingat sebagai rakan karib, Nabila akan memahami dirinya tetapi ternyata, Adlina tersilap menilai kawan. Nabila mengangkat sebelah kening, senyuman sinis terukir di bibirnya yang dioles pelembap. “Aku bencilah kau buat-buat innocent macam ni. Menyampah, tahu tak? Aku nak beritahu kau ni. Aku
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 79
dengan Haziq sebenarnya dah couple tau.” Dia ketawa mengejek. Terbuntang
mata
Adlina
mendengarkan
pengakuan Nabila. Kenapa dia tidak pernah tahu yang Nabila dan Haziq serapat itu? Memang betul dia tidak pernah menaruh hati langsung terhadap rakan sekelas mereka yang satu itu, tetapi sedikit sebanyak dia agak berkecil hati kerana Nabila tidak pernah menceritakan perkara itu kepadanya. “Oh, tahniah,” ucap Adlina ragu-ragu. Dia tidak pasti reaksi yang diharapkan Nabila daripadanya. Nabila menggulirkan mata mendengar ucapan tahniah Adlina. “Ah! Tak payah nak bermuka-muka. Kau dah ada Raymond, boleh tak kau jangan kacau Haziq? Ataupun kau memang dah miang sangat, jadi semua jantan pun kau nak?” Keras nada Nabila menuduh. Adlina terkedu dengan tuduhan melulu Nabila. Sungguh Adlina rasa seperti dikhianati. Mereka sudah berkawan selama beberapa tahun. Semuanya hanya garagara seorang lelaki. Kalau bukan kerana Haziq, mungkin Nabila tidak akan bertindak sedemikian rupa. “Astaghfirullah, apa benda yang kau merepek ni? Kau rasa aku ni orang macam tu ke?” Adlina tidak betah
80 | MELNI
lagi duduk di situ dan mendengar kata-kata jelik yang keluar daripada mulut seseorang yang dianggap sahabat baik. Papan dengan kertas lukisan yang belum kering diletakkan di atas lantai simen kaki lima di sebelah kanannya, sementara dia mula menutup tiub-tiub warna air yang terbuka. Hilang sudah keinginannya untuk berkarya. Sangkanya kalau melukis di sekolah, dia mungkin akan lebih tenang berbanding duduk di rumah dan mendengar emaknya yang tidak habis-habis bercerita tentang aktiviti-aktiviti Azlan di kolej. Belum sempat Adlina selesai mengemas barangbarang seninya, Nabila sudah terlebih dahulu berdiri. Wajahnya bersulam dengan riak menyampah. Dia menunduk lalu mengambil cawan berisi air yang sudah keruh. Tidak semena-mena, Nabila menterbalikkan cawan tersebut betul-betul di atas kepala Adlina. Titistitis air kotor membasahi tudung dan separuh wajah Adlina. Ada juga yang terpercik sehingga mencemarkan baju kurung sekolahnya yang berwarna putih. “Nabila!” Adlina terjerit kecil, cepat-cepat berdiri. Tangannya digosok-gosokkan pada baju dan tudung yang sudah kotor. Wajahnya diusap beberapa kali. Cawan plastik yang tadinya dipegang Nabila melantunlantun di atas lantai bersimen setelah dicampak kasar. Setiap detak cawan plastik bertemu lantai, sebegitu kuat SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 81
jugalah dengan degupan jantung Adlina pada saat itu. Tubir matanya terasa panas, bibir bawahnya sudah mula bergetar, rahang diketap kuat. “Padan muka,” hambur Nabila sebelum dia berpaling dan meninggalkan Adlina yang masih dalam keadaan terkejut. Adlina mengepal penumbuknya untuk beberapa saat. Nafas dihela dan dihembus beberapa kali untuk menenangkan diri. Setelah dia yakin bahawa dia tidak akan menangis di situ, Adlina kembali tunduk untuk mengemas segala peralatannya. Hatinya remuk apabila ternampak
lukisan
yang
sedang
diusahakan
juga
menerima tempias akibat tumpahan air tadi. Rosak semuanya disebabkan Nabila! Hati Adlina berkecamuk. Rasa terkejut, marah dan sedih bergelojak dalam jiwa. Dia terkejut kerana tidak sangka Nabila tergamak menuduhnya sedemikian. Dia marah kerana Nabila sanggup melupakan persahabatan mereka hanya kerana seorang lelaki. Dia cukup sedih dan terkilan kerana pada saat itu, dia rasa sungguh dikhianati! Longlai
sahaja
Adlina
melangkah
untuk
mengambil cawan yang sudah tergolek beberapa depa dari tempatnya berdiri. Matanya tertancap ke arah sepasang kasut putih. Dipandang tanpa kelip
82 | MELNI
sehinggalah dia tersedar bahawa kasut itu kepunyaan Raymond. Pemuda itu tegak berdiri. Di tangannya, cawan milik Adlina. “Adlina, kenapa ni?” Raymond bertanya, risau. Tidak semena-mena, air mata yang cuba ditahan dari tadi tumpah membasahi pipi. Segala perasaan yang cuba dipendam dalam hati terlerai saat mendengarkan soalan Raymond. Raymond. Raymond yang tempoh perkenalannya jauh lebih singkat berbanding dia dan Nabila, tetapi Raymond seolah-olah lebih memahaminya dan lebih mengambil berat. Kenapa Nabila sanggup bertindak sedemikian? Kenapa Nabila sanggup mengkhianati Adlina sebegitu rupa? Adakah serapuh itu persahabatan mereka? Atau selama ini, dia sahaja yang menganggap mereka bersahabat baik? Mata Raymond membulat, dia tidak menyangka gadis itu tiba-tiba menangis di hadapannya. Tangannya tergapai-gapai, serba salah hendak berbuat apa. Mahu memeluk gadis itu, tidak elok pula. Adlina ialah seorang gadis Muslim yang sungguh menjaga batasan dengan orang yang berlainan jantina. Hendak dipujuk dengan kata-kata, dia pun tidak pasti apa yang dia boleh katakan. Dia tidak tahu cerita sebenar. Sebaik sahaja SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 83
sampai di padang tadi, dia sudah ternampak Nabila membaling cawan itu ke lantai simen kaki lima itu. Akhirnya, Raymond menyeluk poket seluar treknya dan
mengeluarkan
sehelai
sapu
tangan
bercorak
kartun beruang dan dihulurkan ke arah gadis remaja di hadapannya. Bahu Adlina terenjut-enjut menahan sedu. Dalam fikirannya, dia memarahi diri sendiri kerana gagal mengawal air matanya. Dia betul-betul malu kerana tibatiba menangis di hadapan Raymond. Apabila Raymond menghulurkan sapu tangan comel itu, Adlina teragakagak mahu menerima tetapi Raymond tetap menyua kepadanya. “Terima kasih,” ucap Adlina dengan suara serakserak basah. Dia menyapu wajah dengan sapu tangan itu, serta-merta bau wangi sabun pencuci semerbak menerpa hidungnya. Fabrik daripada sapu tangan itu terasa lembut tika menyentuh kulit. Dalam keadaan masih teresakesak, Adlina menghadiahi Raymond satu senyuman. “Terima kasih,” ucapnya sekali lagi. “Sama-sama,” balas Raymond. Jantungnya ibarat gegendang yang dipalu kuat. Kalau diletakkan tangan di dada, boleh rasa jelas setiap degupan. Bibirnya membentuk senyum lebar.
84 | MELNI
Dari kejauhan nun di hujung padang, Haziq memandang dua pelajar yang sedang berdiri menghadap satu sama lain. Satu perasaan sakit yang membirat mula menjalar hatinya. ***
“Ya Allah! Kenapa habis kotor baju angah?” Melengking suara Puan Azura sebaik sahaja Adlina memasuki perut kereta. Seragam sekolah Adlina yang tadi lencun dicurah air oleh Nabila sudah kering tetapi kesan kotoran masih melekat. Tudung dan baju kurung putih yang dipakainya kelihatan bertompok-tompok. Adlina tersentak apabila diherdik sedemikian rupa. Tidak semena-mena, air matanya yang baru sahaja kering selepas dipujuk Raymond seakan-akan mahu merembes semula. “Tadi …” Tidak sempat Adlina menceritakan semua yang terjadi, Puan Azura sudah mula membebel. “Nanti balik rumah terus rendam baju tu dalam Clorox. Ni kesan warna air kan? Tulah mak cakap, angah main dengan warna air tu kesan dia buat kotor baju. Susah nak hilang.” Puan Azura mula memandu sebaik sahaja Adlina menutup pintu kereta. “Takkan nak beli baru. Baru bulan tiga.”
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 85
“Mak tak payah basuh. Angah basuh sendiri,” jawab Adlina dengan nada suara bergetar. ‘Duit dah habis beli barang baharu untuk alonglah tu,’ hatinya bergumam tetapi tidak berani diutarakan secara langsung. Makin naik marah Puan Azura nanti. “Angah ni, bila mak marah, ada je benda nak melawan. Ni semenjak berkawan dengan Raymondlah ni dah belajar nak jadi anak derhaka, ya? Mak tak suka angah berkawan dengan budak tu. Dia ajar angah benda yang bukan-bukan.” Berkerut-kerut dahi Adlina dengan kata-kata Puan Azura. Kenapa tiba-tiba nama Raymond yang dipersalahkan? “Cuba angah berkawan dengan anak Aunty Hajar Si Haziq tu. Baik budaknya. Dengar cakap mak dia. Mak dengar Aunty Hajar cerita Haziq tu dah ambil alih tempat along jadi kapten pasukan ragbi sekolah. Hah! Nampaklah ada masa depan tu.” “Mak ni, suka hati je tuduh Raymond macammacam. Mak bukannya kenal dia pun.” Tidak sanggup dia mendengar emaknya memburukkan Raymond dan memuji Haziq. Memang ternyata Puan Azura tidak tahu apa-apa. Raymond yang begitu baik dan prihatin dikeji, sedangkan Haziq yang sering mendatangkan masalah dan tekanan dalam hidupnya dipuji melambung. 86 | MELNI
“Tengok, melawan lagi tu.” Adlina memuncungkan bibir apabila diherdik oleh Puan Azura. Susah betul untuk dia berbual mesra dengan Puan Azura. Kalau tidak diherdik, ditengking. Kalaupun nada Puan Azura baik, ayat yang dikeluarkan pasti menyakitkan hati. Dia yang cuba untuk mempertahankan kawan sendiri pun dianggap melawan. ‘Aku memang takkan menang kalau bercakap dengan mak ni,’ gumam hatinya geram. Suasana dalam kereta semakin tegang, Adlina sekadar melihat ke luar tingkap. Tidak jadi dia mahu mengadu tentang perlakuan Nabila kepada Puan Azura. Belum apa-apa pun dia sudah dimarahi, tawar hati Adlina untuk berkongsi rasa. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket baju. Sapu tangan pemberian Raymond sebentar tadi digenggam erat. Sedikit sebanyak ia membuat hati Adlina terubat. Kenapa orang luar yang lebih prihatin terhadapnya berbanding keluarga sendiri? Kenapa emaknya sendiri tidak boleh melihat orang yang betulbetul baik dengannya?
SENYUM YANG TERSEMBUNYI | 87
Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:
www.imanpublication.com
@imanpublication
https://t.me/KakIman