Skip to main content

Kenapa Kerja Tak Habis-Habis

Page 1

Dr Amir Syahir Fakhrur Radzi

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

No. Tel.: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com

Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG,SELANGOR.

Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Pereka Ilustrasi Pereka Sampul Buku Pereka Letak

No. Tel.: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com

: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Fakhrur Radzi Ahmad Fuad : Auni Zainal : Umairah Shafei : Ahmad Muziru Idham Adnan : : Amir Syahir Fakhrur Radzi : Husna Ab Rahman : Aqilah Ng : Husna Ab Rahman : Haziq Razack

SESAK

Cetakan Pertama November 2023 ISBN 978-967-

Dicetak oleh: Mihas Graf ik Sdn Bhd No 8, Jalan SR 4/18, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.


Bab 1

Semua Orang Berjaya, Kecuali Aku

10 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Mungkin kita tidak pernah sedar bahawa seluruh kehidupan kita ini adalah diukur. Semasa bayi, setiap bulan ketinggian kita perlu diukur dan ditimbang berat demi memastikan agar kita membesar dengan sihat. Ibu bapa kita akan merasa sangat bimbang jika tumbesaran kita tidak normal seperti bayi lain. Pada dua atau tiga tahun kemudian, kita mula diukur dengan kepetahan bercakap, keupayaan berjalan, ketangkasan berlari, dan kemampuan melompat. Semua ibu bapa akan sangat teruja melihat pencapaian ini. Lihat sahaja suapan di Instagram rakan-rakan kita yang baru menimang cahaya mata. Apabila masuk ke alam persekolahan, kebijaksanaan kita diukur dengan markah yang diperoleh pada kertas peperiksaan. Begitulah seterusnya di alam universiti pula, di mana gred purata dan penilaian aktiviti kokurikulum menjadi “jurucakap” kepada kebolehan dan potensi kita semasa temu duga kerja.

SESAK | 11


Hari ini? Sebagai seorang dewasa, kita diukur dengan tangga gaji, prestasi di tempat kerja, dan kedudukan sosial dalam masyarakat. Siapakah yang mengukur semua ini? Kebanyakan masanya adalah diri kita sendiri. Ya, tidak dinafikan bahawa ia bermula dengan penilaian orang luar terhadap diri kita. Tetapi, lama-kelamaan ia telah membentuk cara fikir kita. Kita ini hanya bernilai apabila kita mencapai sesuatu. Pada tahun ini, saya melepasi tahun pertama dalam dekad ketiga usia saya. Apa yang saya rasakan? Uncomplishment. Tidak berjaya. Masih banyak yang perlu dikejar. Jauh lagi saya perlu menapak untuk sekurang-kurangnya mampu berdiri setaraf bukan sahaja dengan rakan-rakan sekelas dan rakan sepengajian dahulu, bahkan dengan kenalan hari ini.

12 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Mungkin saya tidaklah sampai ke tahap merasakan bahawa diri ini gagal, tidak berguna, atau langsung tidak bernilai kepada orang-orang di sekeliling. Saya cuma merasakan bahawa saya masih belum berjaya. Saya masih belum berjaya jika dibandingkan dengan kawankawan yang sudah selesa membantu keluarga besar mereka pada saat diri saya sendiri masih terkebil-kebil melunaskan bil dan komitmen keluarga kecil saya. Mereka sudah memiliki rumah sendiri, tetapi saya masih menyewa dan sentiasa merasa tinggal di dalam rumah orang lain. Mereka sudah memandu kereta baharu dan berjenama, sedangkan saya pada saat ini hanya mampu memandu sebuah kereta lama yang sentiasa perlukan perhatian, kasih sayang dan kunjungan ke bengkel hampir beberapa bulan sekali.

SESAK | 13


Lelah Berlari Dalam Gelung Tikus

Sepanjang 10 tahun tersebut, saya hidup dalam keadaan mengejar perkara yang saya sendiri tidak sedar akan kepentingannya buat diri saya. Keadaan inilah yang selalunya dirujuk sebagai rat race. Kita seolah-olah sedang berlari dalam roda tikus. Larilah selaju mana sekalipun, namun kita masih tidak berganjak ke hadapan. Kita berlari dalam tempat yang sama. Penat, namun hasilnya tiada.

SESAK | 47


Pernahkah anda berasa penat mengejar sesuatu yang pada hari ini apabila difikirkan semula, “Apakah sebenarnya tujuan aku mengejar semua hal tersebut?” Kebiasaannya, perkara tersebut adalah melibatkan kepuasan atau kebahagiaan dalam mengecapi penghargaan luaran (the pleasure of external validation). Kita sangat mahu atau perlukan pengiktirafan orang akan kepentingan keberadaan diri kita. Kita mahu orang memperakui kejayaan, kecerdasan, dan kekayaan kita atau sekurang-kurangnya kewujudan kita. Kita inginkan kehadiran kita adalah bermakna dalam hidup mereka. Jika saya mencari identiti diri dan pengiktirafan dalam dunia akademik dengan mengejar anugerah, anda juga mungkin ada bentuk pengiktirafan lain yang dikejar. Kita ingin membuktikan kepada dunia bahawa diri kita ini bernilai. Tetapi percayalah, sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam dunia banding-membanding ini, kita akan terus berlari dalam gelung tikus. Kita berlari bagai hendak tercabut kaki demi mendapatkan penghargaan luaran tersebut.

48 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Berdasarkan pengalaman saya sendiri, penghargaan luaran ini mempunyai tarikh luput yang sangat singkat. Hari ini kita mungkin seronok kerana diiktiraf, menjadi tumpuan manusia, dan diangkat sebagai pempengaruh di media sosial. Tetapi, esok atau lusa kita sendiri sudah tiada rasa apa-apa yang signifikan terhadap pengiktirafan tersebut. Sebagai contoh, tesis PhD saya di Jepun ketika 10 tahun lalu telah dinobatkan sebagai tesis terbaik untuk tahun tersebut. Saya menerima Anugerah Kamata Izumi dari Tokyo Institue of Technology. Pada ketika itu, sudah tentulah ia merupakan perkara yang membuatkan saya merasa sangat gembira. Namun begitu, selang beberapa bulan selepas itu, sesudah melapor diri untuk mula bekerja sebagai pensyarah buat pertama kalinya, tesis terbaik itu hampir tidak bernilai langsung untuk membantu saya dalam melalui tahun-tahun awal bekerja. Hustle saya berubah pula untuk bersaing dengan rakan-rakan pensyarah lain. Saya masih rasa tidak cukup berjaya.

SESAK | 49


Jika difikirkan semula, rupanya keseronokan menerima pengiktirafan anugerah PhD terbaik itu hanyalah bertahan beberapa bulan sahaja. Jadi, perlu bagi kita untuk sentiasa mempersoalkan kembali setiap usaha dan kerja keras yang kita lakukan pada hari ini, “Akhirnya apa yang aku mahukan daripadanya?” Adakah pencapaian atau pengiktirafan ini adalah bersifat asli (substantial) atau hanyalah palsu (artificial)?

50 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Mengejar Pencapaian Palsu Untuk membincangkan perkara ini, saya suka penjelasan daripada Stephen Covey apabila beliau mengemukakan konsep pencapaian utama (primary greatness) dan pencapaian sampingan (secondary greatness).

SESAK | 51


Di Rumah Pun Fikir Pasal Kerja

Kita semua sedia maklum akan pentingnya untuk memisahkan diri daripada urusan kerja di luar waktu pejabat supaya kita lebih bertenaga dan bersedia untuk memulakan kerja pada keesokan harinya.

SESAK | 65


Kita tahu dan faham, tetapi tetap tidak mudah untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi sebagai pekerja intelektual. Kita sudah berada di rumah pun masih akan membaca satu ke dua e-mel ataupun mesej dari WhatsApp dan Telegram berkaitan kerja. Paling tidak, otak masih ligat berfikir tentang kerja. Tubuh badan ada di rumah, tetapi minda dan fikiran seolaholah kembali “terbang” ke pejabat. Inilah contoh ruang berfikir yang tidak sihat. Apabila keadaan mental kita tidak betul-betul berehat sesudah waktu kerja, maka keesokan harinya kita tidak berupaya untuk menjadi produktif sepenuhnya di tempat kerja. Pernahkah anda duduk seharian di pejabat, tetapi rasa semacam tidak menyiapkan apa-apa tugasan pun pada hari tersebut? Atau kerja yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam tempoh satu jam, namun akhirnya anda perlukan tiga hingga empat jam untuk menyiapkannya? Mungkin inilah salah satu puncanya. Otak kita sudah letih.

66 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Asyik Teringatkan Kerja Yang Belum Siap Pernahkah sewaktu bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba terfikir pula pasal kerja yang belum diselesaikan pada siang tadi? Semakin kita cuba untuk melupakan kerja tersebut, semakin ligat pula otak berfikir tentangnya. Ia menjadikan kita semakin sukar untuk lelap. Jika bernasib baik, lama-kelamaan mungkin akhirnya kita terlelap sendiri. Tetapi, ada masanya kita terpaksa bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur, lalu seterusnya mencapai komputer riba dan menyiapkan apa-apa tugasan yang belum selesai. Kemudian, kita baru boleh masuk tidur semula. Fenomena ini dikenali sebagai Kesan Zeigarnik (Zeigarnik Effect) yang menggambarkan keadaan diri terganggu apabila masih ada tugasan yang belum diselesaikan sehingga mendorong si pelaku untuk kembali menyudahkannya.

SESAK | 67


Hal ini demikian kerana minda kita cenderung untuk mengingati tugas yang belum siap dan merasa terdesak untuk menyelesaikannya. Ia boleh menjadi penyebab rasa tertekan atau tidak puas hati jika kita tidak memberi perhatian kepada kerja yang belum selesai. Jadi, penting untuk menguruskan kerja yang tidak selesai dengan bijak supaya ia tidak menghalang kita daripada menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan. Kalau tidak, hal-hal seperti inilah yang sering terjadi: Apabila sedang memandu, tiba-tiba teringatkan lampu di rumah yang tidak ditutup sebelum keluar; ketika bersiap-siap untuk tidur, baru teringatkan sinki dapur yang bocor dan perlu dibaiki segera.

68 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Bagi mengatasi keadaan terganggu oleh tugasan-tugasan yang tidak selesai, mungkin boleh dicuba beberapa penyelesaian yang saya rasakan praktikal ini. 1. Membuat senarai tugasan (To-do-list) Cara paling klasik adalah dengan menyenaraikan tugasan yang perlu dibuat, yang akan dibuat, dan yang belum selesai dibuat. Ia boleh ditulis sama ada di atas kertas atau menggunakan apa-apa aplikasi di telefon pintar. Dengan cara ini, anda boleh melihat dengan jelas tugasan yang perlu diselesaikan dan merancang cara untuk menyelesaikannya. Setiap kali usai menyelesaikan sesuatu tugasan, tandakan ia sebagai isyarat tugasan tersebut telah disiapkan. Proses ini akan memberikan anda suatu pencapaian dan mengurangkan perasaan terganggu oleh tugasan yang belum selesai. Senarai tugasan ini boleh dibuat sebelum tidur atau semasa awal pagi. Ia dapat membantu produktiviti kita sepanjang hari.

SESAK | 69


Atau anda boleh juga sentiasa bersedia dengan templat senarai tugasan, justeru ia memudahkan anda apabila teringat akan sesuatu tugasan pada masa-masa tertentu. Cara ini juga lebih praktikal. 2. Tetapkan masa dan tempat tertentu Masalah dengan kebanyakan senarai tugasan adalah kita menyenaraikannya tanpa perincian. Sebagai contoh: •

Membuang sampah. Ini adalah contoh tugasan yang terlalu umum. Misalnya sebelum keluar ke tempat kerja pagi tadi, anda sepatutnya mengambil sampah di dapur dan membuangnya ke tempat pembuangan sampah di luar, tetapi anda terlupa untuk melakukannya. Jadi, dalam senarai tersebut, ia lebih baik dicatat begini:

•

Selepas pulang ke rumah dari pejabat, saya akan membuang sampah di dapur sebelum masuk ke bilik untuk mandi.

70 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Dengan menyediakan masa tetap untuk sesuatu tugasan yang belum selesai, maka anda dapat memberi sepenuh perhatian kepadanya dan mengurangkan kecenderungan untuk terganggu pada waktu lain. 3. Jika tugasan itu hanya perlukan dua minit untuk diselesaikan, maka bertindaklah sekarang Hal ini demikian kerana kebiasaannya tugas-tugas kecil yang ditangguhkan itulah yang membuatkan kita asyik terfikir dan terganggu. Jadi, jika tugasan itu boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada lima minit, maka lebih baiklah ia terus dilakukan sekarang. Sebagai contoh, membalas e-mel atau mesej kerja yang tidak formal. Tetapi jika sudah berada di luar waktu kerja, maka tiada masalah untuk membalasnya pada keesokan harinya. Tugas-tugas kecil ini jika dihimpunkan akan menjadi besar dan lebih sukar disiapkan dalam tempoh masa yang sepatutnya.

SESAK | 71


Terganggu Dengan Kemahuan Bukan Keperluan Satu lagi masalah yang timbul pada hari ini adalah salah sangka terhadap produktiviti. Bayangkan anda sedang melakukan tugasan kerja di pejabat. Ketika membuat kajian tentang satu pembentangan usul yang perlu disiapkan hari ini, anda terjumpa satu dokumentari atau audio siar yang anda rasakan bermanfaat untuk ditonton dan didengar.

mungkin akan membantu “ Kandungannya ” aku siapkan slaid. Tanpa sedar, sudah hampir satu jam anda menonton dokumentari atau mendengar audio siar tersebut. Kerja masih juga belum siap. Begitu juga keadaannya di rumah. Anda berniat mahu membasuh pinggan dan mangkuk di dalam sinki. Tiba-tiba anda

126 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


teringat pula paip air di dalam bilik air yang bocor. Pantas dikeluarkan sepana dan peralatan lain yang diperlukan untuk membaiki paip air tersebut sehingga dilupakan terus pinggan dan mangkuk di dapur yang masih belum dicuci. Situasi ini biasa terjadi disebabkan oleh dua faktor: 1. Kita memang mudah terganggu (distracted). 2. Kita lebih suka buat tugasan yang kita suka sehingga terlepas pandang tugasan yang patut kita buat. Berbanding membuat slaid untuk urusan kerja, anda lebih suka mendengar audio siar. Anda merasakan bahawa mendengar kandungan sebegitu lebih bermanfaat dan ada masanya dirasakan lebih produktif.

mengalihkan perhatian dengan perkara yang kita suka “ Kita ” buat untuk meneruskan perkara yang kita patut selesaikan. Situasi ini normal untuk semua orang. Tetapi apabila sudah ada tugasan atau urusan yang sepatutnya dilaksanakan, kita sebagai orang dewasa sepatutnya lebih sedar tentang keutamaan kita pada waktu itu.

SESAK | 127


Sebagai cadangan penyelesaian, mungkin dalam situasi ini kita boleh menggabungkan beberapa tugasan dalam satu masa. Misalnya, sambil membasuh pinggan dan mangkuk (aktiviti yang menggunakan daya berfikir dan kognitif otak yang minimum), kita juga boleh mendengar audio siar yang dirasakan bermanfaat tersebut. Tugasan yang tidak memerlukan ketinggian daya berfikir adalah tidak bermasalah untuk dijadikan sebagai berbilang tugas. Sebaliknya, jika tugasan itu sangat kritikal dan menuntut daya tumpuan kita, maka pada ketika ini berbilang tugas sama sekali tidak akan menjadikan kita lebih produktif. Pada ketika inilah, kita memerlukan deep work.

128 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Fokus Dan Deep Work Untuk Menyelesaikan Tugasan Pernahkah anda mendengar tentang deep work? Ada satu buku yang saya sarankan anda baca mengenai deep work ini. Tajuknya sendiri ialah Deep Work: Rules For Focused Success In A Distracted World yang ditulis oleh Cal Newport, iaitu seorang profesor sains komputer di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Deep work ini secara mudahnya bermaksud kita duduk dan fokus menghabiskan sesuatu tugasan tanpa apa-apa gangguan, seperti telefon. Kalaupun ada tugasan lain yang perlu dibuat dalam masa yang sama, fokus kita masih tertumpu pada tugasan yang perlu disiapkan sekarang. Mungkin tugasan tersebut mengambil masa selama 10 minit, setengah jam, satu jam atau sehinggalah tugasan itu selesai. Dalam era yang penuh dengan gangguan – dari bunyi getaran telefon pintar hinggalah ke garis masa di Facebook atau media sosial yang lain – anda sentiasa menginginkan agar ia dikemas kini pada setiap masa. Maka, terdapat keperluan penting untuk kembali mengasah seni fokus yang mendalam.

SESAK | 129


Deep work, menurut Cal Newport, adalah proses mewujudkan penghayatan pada sesuatu tugas tanpa gangguan bagi membolehkan seseorang mencapai tahap yang dipanggil sebagai flow, iaitu suatu keadaan di mana anda rasa bersemangat dan gembira ketika bekerja apabila idea datang. Ia dicapai melalui kedalaman kognitif untuk menghasilkan kerja yang bernilai dan berkualiti. Pendek kata, kita berada dalam keadaan parasimpatetik seperti yang dibahaskan dalam bab sebelum ini. Hasil kerja yang berkualiti tidak akan dapat diperoleh dalam keadaan fokus yang cetek dan terpecah-pecah. Sebabnya, potensi intelektual kita tidak sepenuhnya digunakan pada ketika itu.

work bukanlah hanya tentang fokus dan produktiviti, ” “ Deep tetapi juga tentang hasil kerja yang bermakna. Ia selaras dengan keinginan manusia untuk menguasai kemahiran dan menghasilkan output yang lebih baik selain memberikan rasa kepuasan, tujuan, dan kesejahteraan kepada dirinya.

130 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Terhadnya Masa Ibu Bapa Dengan Anak-anak Membaca laporan kaji selidik yang dibuat oleh Our World in Data1 tentang masa yang diluangkan oleh rakyat Amerika Syarikat sedikit sebanyak memberi kejutan kepada saya sendiri. Setidak-tidaknya, saya lebih sedar bahawa saya sebenarnya tidak mempunyai banyak masa. Ia merupakan sesuatu yang kita semua telah tahu dan fahami, namun belum betul-betul dimaknai.

1 American Time Use Survey. (2009-2019). Lindberg. (2017). Who Americans Spend Their Time With, By Age. Our World Data. Dipetik daripada https://ourworldindata. org/grapher/time-spent-with-relationships-by-age-us

144 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Kaji selidik ini dijalankan dalam jangka masa lebih 10 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2019. Daripada graf ini, kita dapat lihat penurunan mendadak pada tempoh masa yang anak-anak luangkan bersama ibu bapa dan keluarga. Secara umumnya, masa yang paling banyak ibu bapa ada bersama anak-anak adalah pada fasa mereka kanak-kanak sehinggalah menuju usia remaja.

SESAK | 145


Menjelang usia 17 tahun sehingga dewasa, masa yang mereka luangkan untuk keluarga turun mendadak dan tentunya ia terjadi atas pelbagai faktor. Misalnya, tidak lagi tinggal serumah kerana menyambung pelajaran atau lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan berbanding keluarga serta banyak lagi faktorfaktor yang lain. Walaupun kaji selidik ini dilakukan di Amerika Syarikat, namun hakikatnya situasi ini tidaklah jauh berbeza dengan keadaan kita di Malaysia.

anak-anak sebenarnya adalah “ Masa yang kita ada dengan ” sangat terhad.

146 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Adakah Burnout Petanda Tidak Cukup Rehat? Berehat semata-mata bukanlah jalan keluar untuk burnout. Namun begitu, ia merupakan salah satu cara untuk mengelak dari terus burnout. Jadi, merancang waktu rehat adalah penting. Contohnya, setiap tahun perlu ada rehat tahunan untuk pergi bercuti dengan keluarga atau sahabat handai, misalnya. Setiap tiga bulan, mungkin kita perlu ada rehat dengan keluar pergi ke pantai, hutan, atau ke mana-mana tempat lain bersama keluarga. Jika setiap bulan ada rehat bulanan, bagaimana pula dengan setiap minggu? Ya, kita memiliki dua hari pada setiap minggu sebagai waktu rehat. Tidak hanya itu, setiap malam juga kita memerlukan rehat yang mencukupi.

SESAK | 203


Malah pada waktu siang atau waktu berjaga, kita memerlukan micro-rest paling tidak pada setiap kali waktu solat. Semasa solat, kita perlu khusyuk, bukan? Jadi, pada ketika itulah otak dan badan akan berehat.

Ketika rehat, usahlah biarkan badan dan otak kita bekerja kerana sebenarnya ia masih mempunyai “kerja-kerja pembersihan” yang diperlukan. Secara metaforanya, otak adalah seperti sebuah meja tempat kita bekerja. Apabila kita membuat kerja, meja akan bersepah dengan kertas di merata-rata tempat. Apabila kita berehat, otak secara automatiknya akan mengemaskan meja tersebut. Jadi, jangan menyangka bahawa ketika berehat, bermakna kita tidak melakukan apa-apa. Pada satu sisi, ia adalah benar.

“Tetapi pada sudut yang lain, ketika rehatlah otak dan ” badan kita mula bekerja mengisi (replenishing), membaiki (repairing), dan membuat pendawaian (rewiring) semula.

204 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Contohnya, apabila kita sedang bercuti, tidak perlulah berfikir soal kerja. Pada ketika itu, otak sebenarnya akan bekerja mencari jalan untuk memperbaiki mutu kerja kita selama ini. Jika waktu rehat pun masih fikirkan soal kerja, maka kita sebenarnya masih belum memberi kerehatan kepada minda. Hal sebegitulah yang akan membuatkan diri kita bertambah letih. Tidak kiralah jika bercuti selama seminggu sekalipun, tetapi jika masih berfikir soal kerja, bermakna kita masih belum memberi ruang sepenuhnya kepada diri untuk berehat. Pada saat itu, kita sebenarnya sedang melakukan berbilang tugas. Kita mungkin sedang berehat secara fizikal daripada hal kerja, tetapi fikiran masih berfikir tentang kerja. Ketika rehat, kita kena kosongkan fikiran.

SESAK | 205


Biarkan otak menjalankan fungsinya yang kompleks. Ia akan membantu kita mencari pelbagai penyelesaian kepada banyaknya masalah dalam kehidupan kita. Apabila kita menyebutkan tentang burnout, ia adalah merangkumi psikologi dan fisiologi. Kesan burnout ini membuatkan kita rasa seperti kehabisan tenaga. Ditambah lagi dengan emosi sedih dan kecewa, ia menyebabkan kita berasa putus asa. Perhatikanlah keadaan tubuh badan kita pada ketika itu. Mungkin kita rasa masih bersemangat dengan tenaga yang ada, jadi kita memaksa diri untuk terus gigih bekerja. Hakikatnya, tubuh badan tidak menipu; jika badan sedang penat, otak kita juga begitu.

206 | AMIR SYAHIR & FAKHRUR RADZI


Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:

www.imanpublication.com

@imanpublication

https://t.me/KakIman


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Kenapa Kerja Tak Habis-Habis by imanpublication - Issuu