Skip to main content

Sehingga Yang Patah Tumbuh oleh Aishah Madadiy

Page 1

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al Aishah Madadiy

Terbitan:

www.imanpublication.com


IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Prolog Lima tahun berlalu.

Yang bertumbuh itu, entah seperti apa. Rumput menjadi lalang.

Lalang menjadi semak samun. Manakala rindu?

6 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Bab 1 Frankfurt mencecah 6 darjah Celsius; cuaca

yang mengujakan Samah, tetapi tidak ibunya.

Tak usahlah kamu bimbang, aku cuma selesema

beberapa minggu ini. Tetap juga mengajar anak-

anak. Kami di sini baik-baik saja. Kamu jaga diri. Sampai nanti aku kirim perkhabaran lagi. - Nadya Hamdi. Februari, 2012.

E-mel pada skrin komputer riba dibiarkan terbuka. Tiada yang lebih disukai untuk ditatap Nawal setiap hari sejak tarikh itu. Lima tahun berlalu terlalu pantas, seperti pejaman kelopak mata — saat dibuka, hari sudah berganti lain. Memeriksa e-mel dengan mengharapkan adanya notifikasi baharu daripada wanita bernama Nadya, sudah menjadi rutin setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Kadang-kadang, setiap petang selepas pulang. Ada ketika, sebelum tidur. Begitu pun, Nawal tidak pernah putus asa untuk cuba menghantar e-mel berkalikali ke alamat yang sama.

AISHAH MADADIY | 7


Di manakah kamu? - Nawal

Saban hari begitulah. Dia masih menerima maklum balas automatik yang sama: Maaf. E-mel tidak sampai kepada penerima.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Jika ada satu perkara yang Nawal sudah penat sekalipun, ia

perihal menulis dengan panjang. Dia pernah mengirimkan e-mel dengan beratus-ratus perkataan yang mengandungi cuma pelbagai soalan:

Mengapa kamu tidak membalas e-melku? Kamu masih di Frankfurt? Apa khabar kamu dan

Samah? Salim menjaga kamu dengan baik? Ke mana kamu pergi dan mendiam?

Sehinggalah kepada soalan yang membuatkan dia tidak lena

tidur:

Adakah kamu masih hidup, Nadya? Bicaralah.

Hidup ini ... Hidup ini memang dipenuhi perkara yang tidak

terjangka - seperti kehilangan orang tersayang pada waktu yang tidak pernah kamu terfikirkan. Atau perasaan yang tiba-tiba tercetus

daripadamu lalu taman hatimu yang menghijau musim ke musim, berubah menjadi padang yang tandus. Atau pertanyaan yang tidak

8 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


berbalas dan kata-katamu yang menyampaikan buah fikir, akhirnya kembali bergulung ke jiwamu sia-sia. Meskipun baik buruk mampu dirancang manusia, tiada yang terkeluar daripada lingkungan takdir. Sentiasa ada sebab dan akibat. Begitulah yang dijelaskan imam dan sufi, Ibn ‘Ata’ Allah al-Iskandari. Tidak menerima ketentuan takdir bererti tidak bertawakkul bahawa ada sebab tertentu Allah meletakkan seseorang itu dalam sesuatu

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

situasi, seperti situasi Nawal sekarang ini. Situasi yang terjadi atas pilihan manusia, tetapi dengan kehendak-Nya.

***

Petang September 2017. Kuala Lumpur hujan setiap hari,

tetapi hari ini lebih lebat daripada biasa. Langit di luar tingkap sana memutih, air yang mencurah-curah dari langit menghentam atap rumah sebelum pecah ke bumi. Ia juga menelan lenyap bunyi hon kenderaan di jalan besar sebelah kawasan perumahan dan turut menenggelamkan irama muzik Mat Kool dari motosikal yang selalunya lalu di kawasan itu untuk menjual aiskrim kepada kanak-kanak yang bermain basikal di sekitarnya. Hujan itu ironi. Kebisingannya mendiamkan kehidupan bumi.

Kucing-kucing lena berteduh di bawah atap rumah penghuni

Setapak Jaya. Nawal juga begitu beberapa jam lalu - berguling di atas katil, menyembunyikan diri di bawah selimut tebal sampai akhirnya dia mendengar azan asar sayup berkumandang lalu bingkas bangun mengerjakan kewajipan. Kipas turut bermalas-malas. Untuk apa ia bekerja, sedangkan angin yang bertiup sekali-sekala kencang di luar sana dan masuk AISHAH MADADIY | 9


melalui tingkap bilik Nawal sudah cukup membuatkan bulu roma Nawal tegak berdiri, kesejukan? Nawal mula melipat baju masuk ke dalam bagasi kulit lembut Giordano 28 inci. Walaupun warna merah bagasi itu sudah seakanakan pudar dan masih bersisa habuk halus pada sisinya, ia masih teguh dan elok untuk digunakan. Sudah lebih lima tahun bagasi itu dilupakan. Kali terakhir ia berkhidmat ialah ketika Nawal pulang dari

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

California. Setelah itu, ia cuma sayu sendirian di ceruk dinding. Hari ini, ia seolah-olah kembali senyum, bersedia meneroka dunia, sekali lagi.

Tap. Tap.

Bunyi pintu rumah dibuka. Pasti Dian telah pulang daripada

kerja.

“Nawal!” “Nawal!”

Dengar tidak dengar sahaja panggilan itu. Nawal bangun dari

katil dan menjengah ke muka pintu bilik. “Kamu panggil aku?”

“Ya.” Suara Dian melawan kebisingan hujan. “Ada apa?”

“ Turun sekejap. Ada orang mahu jumpa dengan kamu.” Dahi Nawal berkerut. Bergurau atau serius Dian ini? “Siapa?” soal Nawal.

10 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


“Aku tak pasti. Tapi lelaki.” Lelaki? Siapa? Dalam hujan begini? Penjual aiskrim Mat Koolkah? Atau baba roti yang daripadanya Nawal membeli sebuku roti pandan kaya setiap Khamis? Banyak persoalan menghentam kotak fikiran Nawal. Dia terus mencampakkan kemeja ke atas katil sebelum mencapai pashmina dan kardigan labuh dari penyidai baju lalu menuruni anak-anak tangga. Dian yang kelihatan kebasahan,

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

menyandarkan kasutnya pada dinding di tepi pintu rumah. Dia menyapu titisan hujan dari wajahnya dengan tapak tangan.

“Awal kamu balik hari ini?” Nawal hairan juga. Kebiasaannya

Dian akan sampai lebih lewat, selepas maghrib atau isyak.

“Ya, aku dari tapak pembinaan tadi. Selesai tugas, terus ke

rumah.” Bekerja sebagai pembantu arkitek, begitulah resamnya.

“Oh.” Nawal mengintai dari celah tingkap sambil melilit

pashmina di kepala. Dia cuma nampak susuk tubuh seseorang di luar pagar. Kurang jelas kerana dikaburi hujan.

“Kasihan dia, basah kuyup tu.” Dian memaksudkan lelaki yang

menanti Nawal di luar rumah.

“Aku naik dulu, belum asar lagi.”

Nawal angguk dan memutar tombol pintu. Dia menarik gril

dan menyarung selipar. Ada payung Dian di luar, dipinjamnya seketika. Sambil membuka payung, dia berjalan menghampiri pagar. Lelaki itu memang kelihatan basah kuyup walaupun memakai baju hujan. Dia mengangkat cermin helmet ketika melihat kemunculan Nawal. ‘Eh.’

AISHAH MADADIY | 11


Nawal memberhentikan langkahnya. Terdiam. Dahinya berkerut. “Nawal ....” Nawal tidak mahu mengambil selangkah lagi ke hadapan. Payung pun tidak mampu menghalang percikan air yang membasahi hujung seluar tidurnya.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Apa yang kamu nak?” soal Nawal.

“Aku nak bercakap dengan kamu.” Lelaki itu turun dari

motosikalnya dan berjalan menghampiri pagar rumah Nawal. “ Tentang apa?” “ Tentang ....”

Belum sempat lelaki itu menghabiskan bicara, Nawal

menyampuk sinis, “Look. Aku tak ada masa untuk ini. Kamu balik

sajalah.” Nawal memalingkan badannya, mahu masuk ke dalam rumah kembali.

“Nawal ... Nawal, dengar apa aku nak katakan. Tolong, dengar

dulu.”

Rayuan itu tidak punya apa-apa makna. Terhapus jua dalam

hujan.

“Kamu balik sajalah,” ujar Nawal sambil menolak gril sepenuhnya sebelum mengunci pintu. Dia memerhati dari sisi tingkap di celahan langsir. Lelaki itu berdiri di pagar beberapa minit dengan wajah sugul, kemudian akhirnya putus asa dan pergi. Nawal tidak merasakan sebarang kekesalan. Meski dalam dingin dan basah

12 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


sebegitu, hatinya sudah lama tandus. Ya, seperti padang pasir, tidak menakung sebarang perasaan yang tersisa. “Sudah?” sapa Dian saat melihat Nawal di muka jendela. Nawal terkejut dengan teguran itu. “Oh, sudah.” “Siapa tu?”

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Kawan.” Dengan payah, Nawal menuturkan perkataan itu, “Kawan

lama.”

“Kawan lama?” soal Dian lagi.

“Ya.” Nawal cepat-cepat menaiki anak tangga. “Nak cakap selamat tinggal?” Nawal angguk.

“Gigih datang dalam hujan begini.” Kata-kata Dian dibiarkan

sahaja tidak disambut.

Nawal kembali ke bilik, menyambung segala yang tertunda.

Seperti partikel-partikel udara, kehadiran lelaki tadi tidak dirasa, apatah lagi perlu difikirkan terutama pada waktu genting seperti ini. Perjalanan lebih enam ribu batu pada hari esok perlu dirancang sebaiknya. Otaknya sudah tidak rencam seperti dahulu. Fokus. Nawal perlu fokus kepada satu-satu perkara. Nawal siap menguruskan bagasi. Dia mengambil tiket dari atas meja tulis.

AISHAH MADADIY | 13


Qatar Airways 9.40am - 8.25pm KUL- 2h 50m in Doha - LHR Dia menyelitkan tiket ke celah pasport dan memasukkan kedua-duanya ke dalam beg galas. Harap dia tidak terlupa apa-apa. Dia sehabis baik memastikan peristiwa tertinggal buku nota penting

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

seperti semasa ke California dahulu, tidak akan berulang lagi. Atau

keciciran kamera SONY Cyber-shot DSC-RX100 di San Francisco

International sebelum menaiki kapal terbang Lufthansa ke Frankfurt; yang mengandungi lebih seribu gambar kenangan sepanjang kembara di sekitar USA setiap kali cuti semester. Amat naif, jika diingati kembali.

Nawal bergerak ke tingkap bilik dan menutupnya. Hujan

sudah semakin reda, tidak seperti beberapa jam lalu. Kini, hanya tinggal rintik-rintik. Ada suluh lampu di tepi jalan. Langit semakin

menghitam menyambut maghrib. Kalau waktu di Malaysia hampir

pukul tujuh malam, di London pula 12 tengah hari. Sudah waktu tengah hari di sana, pasti Nawal tidak akan mengganggu Shalin sekiranya dia mengirimkan pesanan WhatsApp sekarang.

Salam, Lin. Kamu okey kan menjemput

aku di Heathrow esok?

Selang beberapa minit, Nawal menerima balasan. Waalaikumussalam w.b.t. Ya, boleh. Kamu sampai dalam jam 9pm, kan?

14 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


Ya. Begitulah kalau tak ada apa-apa. Amshah sudah benarkan aku menumpang di rumahmu?

Suamiku di US selama dua minggu. Dia okey saja.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Aku menumpang sementara waktu sahaja, aku janji.

Ya, kami tahu itu. Tak usah bimbanglah. Yang penting, kamu selamat sampai esok, ya?

Terima kasih, Lin.

Jika ada pingat untuk diberikan kepada sahabat yang setia,

pastilah Nawal akan menghadiahkannya kepada Shalin. Mungkin benar kata orang, jika persahabatan itu melebihi enam tahun, jalinan itu akan kekal sepanjang hayat. Moga-moga. Shalin ialah temannya daripada program persediaan ke luar negara, kemudian mereka membawa arah masing-masing melanjutkan sarjana muda. Shalin di Frankfurt. Nawal di California. Ajaibnya, persahabatan mereka tidak pernah putus mahupun tersekat di tengah jalan, merentas benua dan masa. Ajaibnya lagi, ketika dalam keadaan terdesak pun, Shalinlah satu-satu temannya yang selalu ada dan sebaliknya. Kamu sudah siap mengemas barang?

AISHAH MADADIY | 15


Usai isyak, Nawal berbaring di atas tilam sambil membaca pesanan Shalin. Siap.

Pasport, tiket semua?

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Sudah aku masukkan ke dalam beg.

Baguslah begitu. Jangan kamu tertinggal apa-apa pula.

Aku sudah periksa semua keperluan,

insya-Allah tak ada yang tertinggal.

Masih ingat kamu tertinggal buku nota pentingmu semasa ke Cali? Kamu kemurungan sebulan dua. Haha.

Haha. Kamu masih ingat?

Nawal senyum sendiri di biliknya mengenangkan peristiwa itu. Tentu. Aku juga boleh senaraikan satu per satu segala kelupaanmu. Seperti di Jerman, kamu lupa ambil roti frankfurter setelah membayarnya.

16 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


Ya, kerana aku sibuk melihat-lihat sekitar. Kemudian, lupa. Esoknya aku ke sana sendirian membeli dua frankfurter gergasi sebagai protes terhadap diriku sendiri.

Nawal masih mengingati gerai Barbecue-Brothers yang menjual hidangan ringan berasaskan frankfurter halal berhampiran

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Stesen Kereta Api Frankfurt am Main Flughafen Fernbahnhof itu. Ah. Time flies. Aku rindu saat itu.

Aku juga.

Kamu pergilah tidur. Esok macam mana kamu ke KLIA?

Aku naik Grab. Baiklah. Aku tidur dulu, ya?

Jumpa kamu esok malam. Hati-hati, ya?

Update kepadaku bila kamu di Doha.

Pasti. Insya-Allah.

Selamat malam, Malaysia.

Selamat petang di sana. AISHAH MADADIY | 17


IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Bab 2 “Kak Nawal dah nak bertolakkah tu?” Suara adik tirinya, Hadi, jelas dalam talian.

“Ya,” jawab Nawal sambil berjalan menuju ke pintu pelepasan

antarabangsa di KLIA.

“Nak saya kejutkan ayah?”

“Eh, tak perlu. Biarlah dia berehat.” Lagipun beberapa minggu

lalu, Nawal sudah pun menyatakan hasratnya mencari Nadya kepada ayahnya melalui telefon.

Lama ayah diam sebelum memberi keizinan, “Pergilah.” Ada

sedikit sebak dirasakan sebelum menyambung kata lagi, “Kalau dia tak bahagia di sana, bawalah dia pulang.” Dengan keizinan ayah, Nawal kumpul kekuatan, mempersiapkan diri untuk perjalanan ini.

“Kak?” Suara Hadi menghapus ingatannya terhadap perbualan dengan ayah.

18 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


Nawal diam seketika sebelum menyambung, “Kamu tolong jagakan ayah baik-baik, ya?” “Jangan risau, kak. Saya sudah anggap ayah seperti ayah sendiri. Percayakan saya. Kak Nawal carilah Kak Nadya sampai jumpa, ya? Kami kirimkan doa dari sini.” “Baik, Hadi. Terima kasih banyak. Kirim salam kepada ayah.”

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Kemudian, lambat-lambat dituturkannya, “Dan mak cik juga.” “Baik. Saya akan sampaikan. Insya-Allah. Selamat jalan, kak.”

Telefon disimpan di dalam poket jaket. Nafas ditariknya

dalam-dalam.

Hatinya berbisik, ‘Tidak ada sebarang jangkaan dalam

fikiranku sekarang. Hanya punya satu lafaz sebagai permulaan. Bismillah.’

***

“Nawal!”

Bahu Nawal dirangkul dan dipeluk erat. Langkah kakinya

menjadi tidak stabil lalu terus diberhentikan. Pemegang bagasi terlepas daripada tangannya. Dia menundukkan bahu sedikit dan membalas pelukan itu.

“Maaf.” Shalin meleraikan lengannya perlahan. “Aku teruja sangat jumpa dengan kamu. Rindu.” Kakinya yang menjinjit sedikit tadi kembali menapak pada lantai sepenuhnya. “ Tak apa.” Nawal senyum. “Aku pun rindu juga.”

AISHAH MADADIY | 19


“Kamu pucat sekali.” “Mungkin

terlalu

sejuk.”

Nawal

mengingati

kembali

pengumuman suhu cuaca London di dalam kapal terbang oleh pramugari tadi, 16 darjah Celsius. “Ah, orang Cali ni.” Shalin berseloroh. “Dah makan?” Nawal melihat jam di tangan, 9.30 malam. “Belum. Aku tak

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

boleh makan berat dalam flight tadi. Tiba-tiba saja pening. Cuma ambil light snack.”

“Oh. Kita makan dulu, ya? Di kawasan rumahku ada Doner

Kebab, mesti kamu suka.”

Nawal mengheret bagasinya sambil berjalan beriringan dengan

Shalin yang menuju ke arah BMW 650i berwarna hitam berkilat melepasi pintu keluar tempat mengambil penumpang. “Sekejap. Kereta ini? Kamu serius?”

Wanita Melayu-Bugis berkulit cerah itu angguk sambil senyum

lebar. “Yalah.”

Seorang lelaki British 40-an yang memakai sut keluar dari

tempat duduk pemandu dan ke bahagian bonet setelah Nawal dan Shalin tiba di situ.

“Hello, ladies. Going to Otter Close?” “Hello, yes,” balas Shalin. “May I?”

20 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


“Sure, thank you.” Membiarkan lelaki itu menguruskan bagasi untuk dimuatkan ke dalam but, Nawal masuk ke dalam perut kereta setelah Shalin. “Selesa, kan?” “ Terlebih selesa ni.” Nawal diam seketika melihat pemandu masuk ke dalam kereta. My Claire De Lune oleh Steve Lawrence berlagu perlahan dari stereo. Kereta itu mula bergerak. “Know what,

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

kalau teksi Hackney biasa itu pun aku sudah selesa, Lin.”

Shalin ketawa. “Ah, bayarannya lebih kurang saja. Jadi lebih

baik aku ambil yang eksekutif ini. Bila lagi mahu berasa jadi kaya, kan?”

Nawal turut ketawa. “Yalah. Suka hati kamu.” Cahaya lampu

yang menyinari lebuh raya sekali-sekala terbias di tingkap. “Adik kamu masih di sini, Lin?” “Syazana?”

Nawal angguk. Seingatnya, Syazana menuntut di University of

East London dalam bidang Sains Biomedik.

“Dia sudah pulang ke Malaysia. Sekarang jadi researcher di

UMMC.”

“Pusat Perubatan Universiti Malaya?” “Ya, di situ.”

“Wah, bagus sekali. Pelajar pintar, baru grad sahaja sudah dapat kerja.”

AISHAH MADADIY | 21


“ Tidak juga. Kamu tahu kelulusannya tidaklah seberapa bagus. Ada ramai pemohon lain yang jauh lagi hebat. Tapi ....” “Itulah namanya rezeki, Lin.” Shalin angguk bersetuju. Lengan dirapatkan, Nawal memeluk tubuhnya sendiri.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Sejuk?” “Ya, jaket aku ini tak terlalu tebal.”

“Suhu makin menurun setiap hari, kamu harus bersedia.”

Shalin senyum, menepuk bahu Nawal.

Nawal terjaga daripada tidur setelah dikejutkan. Dia terkebil-

kebil mengambil sedikit waktu untuk menyedari; siapa di sisinya itu dan di mana dia berada?

“Sudah sampai ni,” ujar Shalin.

Benar, kereta tadi berhenti di sebelah bangunan dengan binaan

batu bata merah.

“Right, here we are, ladies. Otter Close.”

“Otter ... What?” Dalam sedar tidak sedar, Nawal mengajukan

soalan.

“Otter Close,” Shalin menyampuk. “Rumah aku.” “Oh ya.” Nawal menepuk dahinya, “Aku lupa.” Jet-lagged, sudah pasti.

22 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


“Yalah, lima pagi di Malaysia sekarang, kamu sepatutnya sedang nyenyak tidur.” Shalin keluar dari kereta. Pemandu BMW itu telah pun mengangkat keluar bagasi milik Nawal dari but. Pandangan Nawal daripada kabur kembali jelas. “Thank you, sir.” “Eh, bayarannya?” Nawal meraba-raba poket jaketnya.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“ Tak perlu, sudah aku selesaikan.” Shalin mengheret bagasi

empat roda milik Nawal masuk ke bangunan dua tingkat itu. Nawal mengikuti.

“Ya?”

“Ya, semua aku selesaikan secara online.” Shalin terus berjalan.

“Rumah aku di ground floor ini saja. Bersyukurlah kamu tak payah penat lelah naik tangga.”

Tap. Pintu rumah dibuka. Shalin mencabut kasut butnya. “Alamak, babe.”

Nawal berusaha untuk terus membuka matanya. Dia mengunci

kembali pintu setelah masuk ke dalam rumah. “Kenapa?” soal Nawal.

“Kan kita patut singgah di Doner Kebab tadi? Aduh! Kamu

masih belum makan malam. Aku lupa.” “Eh, tak apalah.” “Hah?”

AISHAH MADADIY | 23


“ Tak mengapa. Otakku ni sudah pening, mengantuk. Esok sajalah.” “Ya?” “Ya, please. Aku cuma perlu bantal, kalau tilam tak ada.” Nawal berniat berjenaka dalam keseriusan. Shalin ketawa kecil. Teruk benar keadaan temannya itu.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Benar-benar lemau. Dia bawa Nawal ke bilik yang lengkap dengan almari baju, katil queen berserta alasnya, kipas dan pemanas bilik yang

tidak dihidupkan. Shalin menempatkan bagasi Nawal di tepi dinding. Nawal meletakkan beg galas di atas lantai dan terus sahaja berbaring di atas tilam yang empuk. Seluruh bilik itu berbau lavender, nyaman sekali.

“ Terus tidur? Tak mahu salin pakaian atau buat apa-apa dulu?” Nawal diam, tidak bergerak. “Nawal?”

***

Komputer riba HP 10 inci di hadapan Nawal memaparkan

carian Google Chrome. Nawal menaip sebaris perkataan pada kotak carian beberapa kali dengan menukar susunan.

Nadya Hamdi MA in Political Science, Goethe University Tidak ada penemuan baharu. Google tetap memberikan keputusan carian yang sama, LinkedIn. Ada akaun pengguna dengan nama Nadya Hamdi tetapi tiada gambar profil dan maklumatnya 24 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


cuma satu: Pelajar Goethe University-Frankfurt. LinkedIn Nadya sudah usang. Nawal merengus perlahan. Berjam-jam juga dia melakukan pencarian Internet yang sia-sia. Dia meraup wajah dengan tapak tangan. Bunyi pintu bilik dikuak. Kemudian, kedengaran bunyi pancuran air dari bilik mandi. Selang setengah jam selepas itu,

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

Shalin muncul di ruang tamu yang disekalikan dengan ruang makan. Nawal sedang duduk di meja makan empat kerusi di sisi tingkap yang langsirnya diselak separuh, membiarkan cahaya memasuki segenap ruang.

“Pagi ....”

“Pagi.” Shalin menghampiri meja makan. Dilihatnya pinggan

berisi sosej, kacang panggang, telur mata, mayones dan dua keping roti di atas pinggan berasingan yang telah disapu mentega. “English breakfast untuk kamu.”

Lagu M. Nasir, Mustika kedengaran perlahan daripada

komputer riba Nawal.

“Dah lama kamu bangun?” Shalin membuka peti sejuk dan

menuang segelas susu.

“Lama. Tiga pagi tadi aku dah tak dapat tidur. Sampai sekarang.” “Ah, pagi-pagi macam ni irama Nusantara. Aku nak Rihanna, Selena Gomez. Segala yang kontemporari.”

AISHAH MADADIY | 25


“Nawal ketawa. Kamu tu urban. Aku ni berjiwa lama. Tradisi.” Shalin turut ketawa. Dia melihat sekeliling, kemudian menapak beberapa langkah ke dapur dan kembali ke meja, seterusnya duduk. Dia menarik pinggan berisi English breakfast mendekat. “Kamu kemas semuanya?” “Apa?” soal Nawal sambil jarinya menggerakkan tetikus dan

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

matanya sekali-sekala lari ke skrin komputer riba. “Dalam singki.”

“Ya. Kalau tak, aku boleh jadi miring tau.” Nawal ketawa. Ya,

pertama, miring kerana tidak dapat tidur seawal dinihari. Kedua, miring kerana dia tidak boleh melihat keadaan yang bersepah-sepah.

Shalin turut ketawa. “Tak ada yang berubah pun tentang

kamu, masih rajin melakukan hal-hal seperti itu.”

“Kerana kamu juga tak pernah berubah, masih suka memeram

pinggan mangkuk yang telah diguna.”

“ Tak perlulah sinis. Aku ni wanita berkerjaya, sibuk sepanjang

masa.” Shalin ketawa.

“Yalah.” Nawal beralah. Dari dahulu, kesibukan Shalin itu

tidak pernah berhenti. Meskipun hari minggu sebegini, sibuknya menonton TV atau tidur lagi.

Shalin menikmati hidangan makan paginya. “Masih sejuk?” soalnya sambil melihat baju kait biru tebal tersarung di badan Nawal. “Ya. Kamu hidupkan kipas sepanjang aku tidur ....” “Ya, maaf. Aku cuma takut kalau kamu panas.” 26 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


“ Taklah ... ini kalau Kak Nadya .…” Nawal tidak menghabiskan kata-katanya. Dia terfikirkan Nadya, tentu cepat jatuh sakit dalam cuaca sejuk begini. Diam. “Kak Nadya?” Shalin mengerutkan dahi. Nawal mengalihkan pandangan dari skrin ke wajah Shalin.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Masih tak ada apa-apa berita tentang Kak Nadya?”

Nawal menggeleng. “Tak ada.” Dia mengambil nafas. “Tak ada

langsung tentang dia di mana-mana.” “Pelik.”

“Kamu tahu kan, kali akhir dia kirimkan e-mel kepada aku, dia

masih di Frankfurt.”

“Ya,” Shalin angguk. “Pada tahun itu juga kamu datang ke

Frankfurt dengan niat bertemu dengan dia. Tapi, dia hilang ....” “Sejak tu, dia terus diam tanpa khabar.”

“Memang pekerja di tempat dia pernah bekerja itu tak tahu ke

mana Kak Nadya pergi?”

“Setahu aku, dia cuma bekerja di sebuah tempat, Tadika

KIDS.” “Di Grüneburgpark tu?” “Ya. Kata mereka. Kak Nadya tak datang bekerja selama dua minggu. Kemudian, pengetua menerima surat yang tak beralamat daripada Kak Nadya memaklumkan dia berhenti kerja.” AISHAH MADADIY | 27


“Itu saja?” “Hmmm.” Nawal mengiakan. “Lin?” “Ya.” “Kamu ingat lagi Kak Farah jiran kamu tu?” “Farah Amin? Ingat. Kenapa?” soal Shalin kembali.

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Bukankah dia pernah kata, suaminya mengenali abang ipar

aku, Salim?”

“Ya, tapi katanya kan dia tak begitu kenal. Dia cuma jumpa

abang iparmu itu sekali sahaja waktu beri bantuan ke organisasi

kebajikan .…” Shalin cuba ingat kembali nama organisasi itu. “Nah, cuba kamu cari organisasi kebajikan di Frankfurt yang diuruskan UAE.”

Nawal menaip pada papan kekunci komputer riba. Kemudian

menekan tetikus beberapa kali.

“Al-Maktoum Charity Organisation?”

“Ya! Itulah!” Shalin bersungguh-sungguh. Dia bangun

mencuci pinggan setelah selesai menghabiskan makanan tadi. “Dana yang diberikan tu untuk pembinaan masjid, kalau tak salah.”

Ternyata maklumat seperti itu gagal disimpan dalam otak

Nawal. Padahal, semasa Kak Farah bercerita, dia juga ada bersamasama dengan Shalin, tetapi sesudah lima tahun, seperti pisau yang dibiarkan tanpa diasah pasti akan tumpul, begitulah juga otak manusia. “Kamu masih ada hubungi Kak Farah?”

28 | SEHINGGA YANG PATAH TUMBUH


Shalin geleng. “Sudah lama. Lagipun aku taklah rapat sangat dengan dia.” “Facebook? Instagram? E-mel?” Shalin geleng lagi. “Maaf, Nawal. Tak ada.” “ Tapi kamu masih ingat alamat rumah kamu?”

IM Bu A ka N P nU u nt blic uk at D ion iju al

“Yang di Frankfurt tu?” “Ya.”

“Rasanya. Aku masih simpan beberapa pucuk surat yang

beralamatkan rumah tu.” Shalin menyambung lagi, “Tapi Nawal, kamu tak berniat nak ke sana, kan?”

“Aku tak harus berputus asa mencari Kak Nadya, Lin.”

Shalin kembali duduk di atas kerusi meja makan tadi. Dia

meneguk susu segar dari dalam gelas sampai habis. “Ya, kamu harus. Tapi Nawal, macam mana kalau dia .…” Shalin tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak pasti jika itu benar-benar perlu dikatakan pada waktu itu.

Nawal faham maksud Shalin. “Kalau memang dia dan Samah

sudah tak ada ....” Kata-kata Nawal seolah-olah tersekat di kerongkong, “Aku terima, tapi aku mahu tahu kenapa dan mahu tengok kuburnya. ”

AISHAH MADADIY | 29


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook