Khubaib Akhi
Diterbitkan oleh:
www.imanpublication.com
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1 TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2 43000 KAJANG, SELANGOR
Penyelaras Penerbitan Editor Naskhah Penulis Ketua Unit Visual Buku Pereka Letak
No. Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com Facebook: www.fb.com/imanpublication
: Faizah Hamid : O-lit Kineahkis : Khubaib Akhi : Husna Ab Rahman : Haziq Razack
NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA Cetakan Pertama Oktober 2021
Dicetak oleh: Printzilla House 38, Jalan Cyber Valley 1b/1, Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Dengkil, Selangor
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga reviu) boleh terus ke pautan ini: https://imanpublication.com/ feedback-khubaibakhi
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.
Bahagian 1
Nabi SAW Juga Seorang Manusia
Nabi SAW Bukan Superhero Baginda SAW lahir dalam keadaan bersujud dan dalam keadaan sudah berkhatan, sekali gus memadamkan api suci yang dinyalakan tanpa henti di Istana Putih Kisra Parsi. Kehadiran Baginda SAW ke Banu Sa’d untuk disusukan oleh Halimah asSa’diah telah menggemukkan haiwan ternakan, memenuhkan kantung susu, menyuburkan tanaman dan memberi kekayaan kepada Halimah. Barakah. Bulan terbelah dengan mukjizat Baginda SAW, laksana dadanya yang dibelah dua kali. Bagaimana pula dengan kisah perjalanan semalaman ke Baitul Maqdis, lalu diangkat hingga langit ketujuh, bertemu dengan para nabi, bahkan bertemu dengan Allah SWT? Baginda SAW diperlihatkan hal-hal ghaib, nikmat dan hukuman, serta banyak lagi. Hal ini belum termasuk kisah gagah perkasanya Baginda SAW di medan jihad dengan ditemani malaikat pendamping yang setia. Barangkali kebesaran inilah yang kita harapkan daripada seorang nabi yang dicintai sepenuh hati. Namun hakikatnya terdapat kisah-kisah palsu daripada sebahagian yang tersenarai di atas; digembar-gemburkan buat memuliakan Nabi SAW. Sebahagian lagi memang tercatat dalam khazanah periwayatan. Kisah-kisah yang palsu dan benar itu menjadi popular dan meraih perhatian kerana keajaibannya, lantaran adrenalina manusia segera kagum terhadap sesuatu yang ajaib. Dek besarnya tumpuan manusia terhadap kisah-kisah ajaib ini, maka kita
20 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
menganggap keseluruhan hayat Nabi SAW ialah hayat yang penuh dengan keajaiban, kehebatan dan keagungan. Maka kita sentiasa menganggap Muhammad SAW sebagai “superhero” yang mempunyai kuasa-kuasa mistik dan kehebatan ajaib yang lebih hebat daripada mana-mana adiwira yang pernah lahir dari mana-mana galaksi. Kita fikir, Muhammad SAW adalah definisi superhero yang perkasa; segalanya beres; tidak lut ditusuk senjata, bahkan hidupnya abadi. Akhirnya, yang subur daripada sunnah seorang Nabi SAW dalam kehidupan kebanyakan kita hanyalah yang membawa barakah dan pahala kerana menuruti sunnah jibiliah dan khilqiah, 5 iaitu unsur biologi Baginda SAW, cara berpakaian, aksesoriaksesori, cara berjalan, bersila, makanan-makanan “sunnah”, perubatan-perubatan “sunnah” dan sebagainya. Pameran artifak dan peninggalan Nabi SAW rancak dianjurkan, menandakan besarnya sambutan untuk orang melakukan tabaruk (mengambil barakah) daripada barang-barang peninggalan Baginda SAW. Permintaan
dan
minat
masyarakat
terhadap
acara-acara
sedemikian pula besar. Majlis-majlis selawat juga subur, sebagai tanda puji-pujian kita terhadap Baginda SAW. Jangan salah faham. Kita bersyukur – alhamdulillah – kerana apa yang dilakukan itu tidak salah. Perkara-perkara tersebut ialah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW walaupun terdapat perbahasan bagi setiap kes yang dinyatakan. Setiap usaha untuk membawa orang mencintai Nabi SAW adalah sangat terpuji dan harus terus disokong jika dijalankan secara menepati syariat.
KHUBAIB AKHI | 21
Akan tetapi, timbul persoalan besar di sini – yang menjadi asbab kewujudan karangan ini. Soalan ini juga berlegar-legar dalam akal penulisnya sejak hari pertama membaca buku sirah. Ketika saya rasa teruji, adakah di sana sunnah Nabi SAW? Ketika saya bersedih, di manakah terletaknya sunnah Nabi SAW? Ketika saya tersilap, apakah sunnah yang diajarkan Nabi SAW? Ketika saya menghadapi masalah dalam perhubungan, bagaimanakah cara mengurusnya menurut sunnah Nabi SAW? Ketika saya sakit dan menuju kematian, sunnahnya apa? Semua ini merupakan fitrah dan resam sehari-harian kita sebagai seorang manusia, dan kerap kali tidak ditemukan pada Nabi SAW. Bersihkan semula pandangan dan tanggapan kita terhadap Baginda SAW. Jawapannya akan kita temui jika kita bersedia mengenali semula Muhammad bin Abdullah, SAW. Jawapannya jadi kabur jika yang dilihat selama ini dalam sirah Nabi SAW ialah yang gagah perkasa, ajaib dan hebat-hebat belaka. Cubalah ubah sudut pandang, dengan melihat kehidupan Baginda SAW dari sudut yang lebih jauh. Tumpuan yang keterlaluan terhadap kisah-kisah ajaib tidak dapat benar-benar memperkenalkan kita terhadap biografi dan profil sebenar insan yang paling dicintai ini. Setelah
22 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
mengubah sudut pandang, kita tetap akan mendapati bahawa kisah-kisah ajaib itu wujud, tetapi ia tidak lagi mendominasi dan tidak lagi menjadi definisi tunggal bagi kehidupan Nabi SAW. Kita akan temui juga, kisah dan peristiwa Baginda SAW teruji, bersedih, tersilap, mengalami masalah dan cabaran perhubungan, bahkan Baginda SAW sakit dan akhirnya meninggal dunia – wafat meninggalkan kita.
KHUBAIB AKHI | 23
Nabi SAW Juga Seorang Manusia Mengiktiraf manusiawinya Baginda SAW ialah kunci kepada pintu-pintu yang selama ini tertutup daripada perhatian kita. Ia bukan suatu inisiatif yang aneh, baharu atau bidaah, bahkan Nabi SAW sendiri yang memulakan inisiatif dan gesaan ini, iaitu agar melihat dirinya sebagai seorang manusia sebagaimana kita.
ُ ُ ٰ َ ٓ َ َّ َ َّ َ ٰٓ َ ُ ۡ ُ ُ ۡ ّ ٞ َ َ ۠ َ َ ٓ َ َّ ۡ ُ ٞك ۡم إ َلٰه قل إِنما أ نا بش مِثلكم يوح إِل أنما إِله ِ ٞ َ ۖو ٰحِد Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku
hanyalah seorang manusia seperti kalian, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu.” (Surah al-Kahfi: 110) Baginda SAW ialah seorang rasul; itu satu kepastian yang memasakkan keimanan kita. Disebabkan Baginda SAW ialah Rasul, kita mencintainya lebih daripada segala-galanya. Kita mengambil kefahaman agama daripada ajaran yang disampaikan oleh Baginda SAW. Baginda SAW ialah seorang manusia; itu juga satu lagi pasak yang mengikat keimanan kita. Disebabkan Baginda SAW ialah manusia, kita dapat memahami segala perilaku dan kata-
24 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
katanya kerana Baginda SAW melakukannya sebagai seorang manusia yang lahir dengan fitrah yang sama seperti kita. Kita boleh masuk ke dalam “alam” Muhammad bin Abdullah, SAW, dan berusaha mendalami pergelutan dan perasaannya. Berada di tengah masyarakat yang serba mistik pada kurun ke-7 Masihi, di tengah padang pasir Hijaz, Musyrikin Makkah meminta keajaiban dijelmakan daripada tangan Nabi SAW. Permintaan ini kedengaran lebih dekat kepada ugutan penuh ego berbanding soalan yang tulus ikhlas, sebagaimana yang diklasifikasikan oleh para ahli tafsir sebagai taubikhi. 6
َۡ َ َ ُ ۡ َ َّ َ َ َ َ ۡ ُّ َ ْ ُ َ َ ٰ وقالوا لن نؤمِن لك ح ِ ج َر لَا مِن ٱل ت تف ۡرض ً ۢنب ُ َي ٩٠ وع Dan mereka berkata, “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami.” (Surah al-Isra’: 90) Kisah pancuran air zamzam yang ditemui secara ajaib oleh datuk Baginda SAW, Abdul Muttalib, masih segar dalam ingatan mereka. Air adalah keajaiban untuk sebuah tanah yang kering kontang. Jika Muhammad benar-benar merupakan seorang nabi, sudah tentu dia mampu buat keajaiban yang jauh lebih besar daripada datuknya. Inilah fikrah masyarakat jahiliah yang bergelumang dengan hal-hal mistik. Oleh sebab itu, nilai kebenaran akan sesuatu perkara pun akan disangkutkan dengan hal yang mistik-mistik belaka.
KHUBAIB AKHI | 25
Tidak
cukup
menyenaraikan
dengan
air
bermacam-macam
pancuran, keajaiban
mereka lain.
turut
Mereka
mencabar jika Nabi SAW mampu menyediakan kebun-kebun serba mewah yang di tengahnya ada sungai mengalir sejuk bak syurga, menggugurkan langit sebagaimana inti risalah Baginda SAW tentang Hari Pembalasan, dan mendatangkan Allah SWT dan malaikat. Di hujungnya, Nabi SAW menegaskan sebagaimana yang diarahkan Allah SWT:
ٗ َ َ ۡ ُ ُۡ ُ ان َر ّب َه ۡل ُك ٗ َ َ نت إ َّل ب شا َّر ُسول قل سبح ِ ِ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha suci Tuhanku, aku ini hanyalah seorang yang (bersifat sebagai) manusia dan Rasul.” (Surah al-Isra’: 93) Gabungan Rasul-manusia ialah ramuan yang paling tepat bagi manusia yang akan menjadi subjek perutusan-Nya sebagai seorang rasul. Hal ini kerana, risalah yang disebarkan kelak adalah untuk kemakmuran manusia seluruhnya. Maka suri teladan atau role model yang akan “melakonkan” dan “memperagakan” rupa manusia menjalankan syariat itu sebaik-baiknya ialah manusia itu sendiri. Hanya manusia yang melalui dan mengalami apa rasanya menjadi manusia dengan segala fitrah kemanusiaannya. Kita perlu bersetuju dengan fakta ini dahulu – bahawa Baginda SAW ialah manusia. Dengan itu, kita juga mempercayai bahawa Baginda SAW sesungguhnya akan mengalami apa yang kita rasai dan alami sebagai seorang manusia.
26 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
Uswah Hasanah Fungsi utama diutusnya seorang rasul adalah untuk menyampaikan risalah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Rasul ialah penjelmaan (embodiment) kepada risalah itu sendiri sebagaimana yang dinyatakan oleh Aisyah RA, isteri Baginda SAW: Akhlaknya ialah al-Quran. (Riwayat al-Bukhari) Dari satu segi, kita kagumi hadis ini kerana yang meriwayatkannya ialah isteri yang serba tahu akan segala baik buruk suaminya. Aisyah RA mengakui dan mengiktiraf bahawa suaminya adalah embodiment kepada al-Quran – bermakna suaminya ialah acuan al-Quran dan berakhlak dengan bentukan akhlak al-Quran. Dalam Kamus Dewan, akhlak membawa makna budi pekerti, tabiat, kelakuan. Makna yang biasa kita ketahui ini selalu mengehadkan makna khuluq yang asli dalam bahasa Arab. Khuluq datang dengan maksud ad-din (taat dan patuh), at-tab’ (tabiat), as-sajiah (perilaku) dan al-muru’ah (adab). 7 Ringkasnya, saya lebih cenderung menggunakan perkataan “embodiment” untuk menggambarkan makna perkataan akhlak atau khuluq; maka Baginda SAW ialah bentuk fizikal dan model hidup kepada alQuran itu sendiri. Dalam kata lain, apa-apa sahaja yang dialami oleh Baginda SAW sehari-harian – termasuk ujian dan cabaran – dijalani oleh Baginda SAW dengan panduan dan acuan oleh al-Quran.
KHUBAIB AKHI | 27
Apakah yang kita selalu terlepas pandang untuk pelajari daripada hadis Aisyah RA ini? Seluruh hayat Baginda SAW adalah pelajaran buat kita. Bukan soal sunnah fiqah ibadat sahaja; bukan soal medan perang sahaja; bukan soal hukum-hakam sahaja. Apa-apa yang kita rasai, alami, dan lalui, seperti dalam masalah peribadi dan masalah perhubungan – segala-galanya – ialah sesuatu yang ada dan perlu diterokai dalam hayat Nabi SAW. Baginda SAW adalah embodiment al-Quran. Seluruh “jasad” Baginda SAW ialah acuan al-Quran.
َ َ َ ّ ٞ َ َ َ ٞ َ ۡ ُ َّ ُ َ َ َ َ َّ لق ۡد كن لك ۡم ِف َر ُسو ِل ٱللِ أ سوة حسنة ل ِمن كن ًٱلل َكثِريا َ َّ ٱلل َو ۡٱلَ ۡو َم ۡٱلَخ َِر َو َذ َك َر َ َّ ْ يَ ۡر ُجوا
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu ‘uswatun hasanah’, bagi mereka yang berharap kepada Allah dan hari akhirat, serta mengingati Allah dengan banyak. (Surah al-Ahzab: 21)
Uswah hasanah; itulah fungsi seorang nabi. Ia dapat diterjemahkan secara mudah sebagai “contoh ikutan yang baik”. Akan tetapi, jika dirungkaikan makna aslinya, ia membawa implikasi yang luar biasa berbanding yang biasa kita fahami. Perkara biasa berlegar-legar dalam sebutan kita ialah qudwah hasanah yang bermakna contoh ikutan yang baik juga.
28 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
Lalu, apakah perbezaan antara uswah ( )أسوةdengan qudwah
( ?)قدوة
Qudwah bermaksud seseorang itu menjadi contoh ikutan pada sudut-sudut kehidupannya yang tertentu. Mark Zuckerberg, Jeff Bezos, Elon Musk dan Bill Gates adalah antara nama-nama terkemuka di dunia dengan kekayaan melimpah-ruah. Tentu sekali ramai dalam kalangan kita yang menjadikan orang-orang seperti ini sebagai contoh ikutan. Akan tetapi, kita tahu bahawa kita hanya ikuti mereka pada sudut-sudut yang tertentu sahaja, bukan pada kesemuanya. Kita teladani kesungguhan mereka dan mengambil pelajaran daripada kreativiti dan inovasi yang dihasilkan oleh mereka dalam bidang masing-masing, tetapi ada garis sempadan yang kita letak dalam sudut-sudut kehidupan yang lain – kepercayaan mereka, pandangan hidup (worldview) mereka, dan barangkali kekeluargaan dan perhubungan mereka. Dari sudut itu, barangkali bukan mereka yang menjadi suri teladan, kerana ada orang lain yang lebih layak. Begitu juga sebaliknya; ada yang bagus dari segi kehidupan berkeluarga tetapi tidak berjaya pula dalam kerjaya dan peranan pada peringkat lain. Uswah pula ialah sebuah perkataan yang besar cakupannya. Ia bermakna seseorang menjadi contoh ikutan pada segenap kehidupannya – semuanya. 8 Daripada cara menguruskan najis, cara makan minum, beribadah, berhubungan dengan keluarga, bersahabat, bermasyarakat, bernegara, hubungan antarabangsa, malah peringkat global. Muhammad SAW menjadi uswah kita.
KHUBAIB AKHI | 29
َ َْ َ َ ُ َ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َّ ُ َّ َ ي ع َم ِل خ َوا ت َِم ُه ي ع ْم ِر ي آخِره وخ اللهم اجعل خ َ َ َ ي أ يَّام يَ ْو َم ألْ َق َ ْ َو َخ اك ِ Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik hayatku adalah di penghujungnya, sebaik-sebaik amalku adalah pada penutupnya, jadikanlah sebaik-baik saat dalam hidupku adalah ketika aku bertemu dengan-Mu.
30 | NABI ` JUGA SEORANG MANUSIA
Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:
www.imanpublication.com
@imanpublication
Kak Iman https://t.me/KakIman