Imran Zaki
Diterbitkan oleh:
www.imanpublication.com
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1 TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2 43000 KAJANG, SELANGOR
Penyelaras Penerbitan Editor Editor Naskhah Penulis Pengurus Kreatif Ketua Unit Visual Buku Pereka Letak
No. Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com Facebook: www.fb.com/imanpublication
: Faizah Hamid : Khubaib Muhamad Asmadi : O-lit Kineahkis : Imran Zaki : Akmar Hisham Zulkefli : Husna Ab Rahman : Haziq Razack
MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
Cetakan Pertama Oktober 2021
Dicetak oleh: Printzilla House 38, Jalan Cyber Valley 1b/1, Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Dengkil, Selangor
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga reviu) boleh terus ke pautan ini: https://imanpublication.com/ feedback-imranzaki
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.
Bahagian 1
MENANGIS ITU MANUSIAWI
Sepanjang hidup, kita melalui hari-hari yang tidak dapat diduga warnanya. Sekali-sekala kita tertawa sepanjang hari, namun ada waktunya kita berdiam sedih. Ada ketika senyuman yang kita ukir itu tanda ketenangan dan kegembiraan, tetapi ada ketikanya senyuman itu menyimpan rahsia – boleh jadi ia menyimpan gelora ombak yang menghempas pantai atau ribut yang mampu mencabut bangunan dari tanah ia berdiri. Memang dalam hidup ini ada banyak hal yang rumit. Antara hal yang rumit itu tentulah yang berkaitan perasaan. Inilah kita yang diciptakan dengan pelbagai jenis emosi. Emosi yang aman setenang bayu di sawah, juga emosi yang meracau sederas air pasang: Gembira, sedih, gementar, takut, risau, malu, tidak selamat (insecure), tenang, cemburu, rasa bersalah, cinta, benci dan sebagainya. Penuh kepelbagaian. Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan manusia ini daif, iaitu lemah. Manusia suka berkeluh-kesah, berangan, dan kadangkala tertipu serta lupa. Begitu juga para nabi yang mulia. Mereka yang merupakan manusia terbaik juga melalui hari-hari cerah dan gelap. Mereka juga mempunyai emosi yang pelbagai. Mereka juga merasai kehilangan dan kesedihan. Saya sentiasa ingat kisah tahun kesedihan buat insan bernama Muhammad bin Abdullah (SAW). Baginda SAW kehilangan teman yang cukup akrab; isterinya, teman berbualnya, teman luahan isi hatinya, teman penasihat yang bijaksana – Khadijah binti Khuwailid RA. Sudah tentu seorang manusia yang
10 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
melalui hari-hari sukar di Mekah, yang menjalani episod-episod pemulauan dan pemboikotan, yang dibenci dan dibuang keluarga sendiri, akan amat dirundung kesedihan atas kehilangan yang cukup besar ini. Bahkan tidak lama selepas itu, satu lagi kehilangan menyusul, lantaran bapa saudara Baginda SAW, Abu Talib jatuh sakit dan pergi meninggalkan Baginda SAW. Keadaan di Mekah pada masa itu amat sukar. Apabila Nabi SAW membuat keputusan untuk menyampaikan dakwah di Thaif, Baginda SAW “diraikan” pula dengan lontaran batu sehingga berdarah tubuh Baginda SAW. Nabi sedih? Ya, nabi juga manusia. Apabila kita menyelak surah Yusuf, kita akan bertemu kisah seorang nabi yang menanggung sedih berpanjangan sehingga putih matanya. Para ulama mentafsirkan putih mata itu sebagai buta. Bagaimana seorang nabi boleh menangis sebegitu rupa? Adakah imannya berkurang setelah kehilangan anak? Adakah imannya lemah kerana melihat konflik berlaku dalam rumah tangga sendiri? Bukankah Baginda yang digelar oleh Allah SWT sebagai insan yang mempunyai kualiti sabrun jamil – kesabaran yang cantik dan indah? Bagaimanakah al-Quran menjelaskan semua ini?
IMRAN ZAKI | 11
Al-Quran Itu Penyembuh Tiada kata-kata yang lebih benar daripada al-Quran. Tiada yang lebih indah, membangunkan perasaan dan menguatkan jiwa seseorang berbanding al-Quran. Hakikatnya, Tuhanlah yang paling memahami apa yang dilalui oleh kita. Allah SWT berfirman dalam ayat yang cukup indah:
ُ ّمِن َّر ّبِك ۡم َ ّل ِۡل ُم ۡؤ ِمن ِني
َ َ ٞ َ ۡ َّ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ُ َّ ُّ َ يـٰٓأيها ٱنلاس قد جاء تكم موعِظة ٞ َۡ َ َ ُٗ ُّ ل ّ َِما فَٞوش َِفآء ٱلص ُدورِ َوهدى و رحة ِ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakitpenyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta sebagai rahmat bagi orang yang beriman. (Surah Yunus: 57)
Ayat ini menjelaskan bagaimana al-Quran memberikan kesan kepada manusia. Ia cukup indah dan menakjubkan. Allah ٌ َ َّ SWT menyatakan bahawa kalam-Nya adalah maw’izah (۬)م ۡوعِظة, َٓ ٌَۡ َ ُ syifa’ ( )شِفا ٌء, huda ()ه ًد ى, dan rahmah (۬حة )ر. Mari kita perhatikan satu per satu maksud setiap istilah ini.
12 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
1.
Maw’izah (Pengajaran) Kalimah maw’izah bermaksud perincian sesuatu hal yang menyebabkan hati seseorang itu lembut dan mudah menerima. Ia menyebabkan seseorang mula berpaut kepada Tuhannya. Al-Quran merupakan ucapan yang terbaik dalam memberikan nasihat dan bimbingan. Pada setiap nasihat yang berbentuk pujukan, cerita, perintah, tegahan, ganjaran, azab, kejayaan dan kegagalan di dunia serta akhirat – semuanya ialah nasihat yang paling baik buat umat manusia. Ia diulang dalam pelbagai ayat, lalu membuatkan hati yang keras jadi lembut dan mampu menyerap mesej dengan baik. Ditegaskan bahawa maw’izah ini datang daripada Rabb, sebagai ketinggian statusnya.
2.
Syifa’ (Penawar) Kalimah syifa’ bermaksud penyingkiran daripada penyakit. ُّ yang mengikutinya pula Manakala kalimah as-sudur ( ِ)ٱلص ُدور bermaksud jiwa dalaman kita. Al-Quran ialah ubat paling mujarab untuk menyelesaikan masalah yang ada pada hati kita. Allah SWT memberikan preskripsi yang cukup jelas dalam pelbagai bentuk untuk menyembuhkan jiwa kita daripada badai – sama ada dari sudut emosi seperti rasa sunyi, rasa takut, rasa tidak disayangi, rasa tidak didengari, dan rasa ditinggalkan, atau dari sudut sifat yang merosakkan seperti sikap sombong, narsisistik, penting diri, dan sebagainya. Allah SWT peduli dengan apa yang ada dalam jiwa manusia. Seorang ibu mungkin sangat akrab dengan anaknya, namun
IMRAN ZAKI | 13
boleh jadi dia tidak mengetahui tentang gelora yang sedang melanggar hati anaknya itu. Hal ini kerana anaknya lebih suka berdiam diri dan memilih untuk memendam. Akan tetapi Allah SWT sentiasa tahu akan apa yang anak itu lalui, dan Dialah yang akan menyembuhkannya.
3.
Huda (Petunjuk) Kalimah huda bermaksud petunjuk. Al-Quran ialah kitab petunjuk yang menunjukkan kepada kita jalan yang benar dan jelas. Ia menunjukkan apa yang sepatutnya kita utamakan dan apa yang sepatutnya kita ketepikan, serta mengajar kita menapis mana yang betul dan mana yang tersasar. Ia juga mengajarkan kita tentang keseimbangan antara adab dan kritik. Al-Quran bukan hanya menyentuh hati, tetapi melorongkan kita kepada sesuatu yang benar bersama cara yang benar.
4.
Rahmah (Rahmat) Rahmah bermaksud kasih sayang. Allah SWT bukan sahaja membimbing, menyembuhkan dan menunjukkan jalan, bahkan Allah SWT memberitahu bahawa setiap yang diberikan-Nya itu datang bersama kasih sayang yang tiada tandingan. Ketika kita bertemu dengan doktor untuk penyembuhan, doktor pastinya akan memberikan nasihat yang terbaik dengan segala kearifannya, berserta preskripsi dan cadangan-cadangan yang sepatutnya. Akan tetapi pada kebanyakan masa, doktor tidak dapat meletakkan kasih
14 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
sayangnya kepada kita. Para doktor mempunyai waktu yang singkat dengan pesakit yang sangat ramai, jadi bagaimana mereka ingin berikan sepenuh perhatian kepada kita? Kita akan peroleh sisi kasih sayang itu daripada keluarga kita. Keluargalah yang akan kerap bertanya soal kesihatan dan perkembangan terkini kita. Walau bagaimanapun, pada ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawasanya Dia memberikan segala-galanya dengan penuh kasih sayang. Sukar untuk kita menggambarkan betapa besarnya kasih sayang Allah SWT, kerana ia terlalu besar sehingga tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Cinta Allah SWT tidak memihak dan tidak bersyarat. Walau apa pun keadaan kita dan walau siapa pun kita, kita berhak untuk mendapatkan cinta-Nya. Inilah kesan al-Quran. Ia membangunkan rasa bahagia yang sebenar. Ramai orang yang tidak dapat merasai makna
kebahagiaan
yang
sebenar.
Mereka
hanya
melarikan diri daripada kesakitan dan keperitan dalam hidup melalui hiburan semata-mata. Mereka mendengar lawak jenaka daripada rancangan-rancangan jenaka untuk menghiburkan hati. Mereka sangka jiwa mereka sudah bahagia, tetapi rupa-rupanya mereka hanya gembira sebentar. Jiwa mereka masih sakit. Kadangkala hubungan kita dengan al-Quran hanya terbatas pada tajwid atau taranum. Perkara ini tidaklah salah, namun jangan sampai kita meninggalkan makna-maknanya. Sentiasalah tingkatkan diri untuk membina hubungan yang lebih akrab dan mendalam dengan al-Quran.
IMRAN ZAKI | 15
Cerita al-Quran, Cerita yang Manusiawi Apabila memerhati dan membaca kisah-kisah dalam al-Quran sejak kecil, saya merasakan ada perkara yang “hilang” ketika membacanya. Hal ini kerana kita kerap membaca al-Quran sebagai kisah orang lama tanpa sebarang makna. Kita biasa mendengarkan kisah ibu Nabi Musa AS yang menghanyutkan anaknya di sungai Nil, tetapi mungkin kita tidak memahami bahawa ibu tersebut melepaskan anaknya dengan tawakal yang sangat tinggi. Cerita-cerita dalam al-Quran bukanlah cerita biasa. Ia cerita yang sentiasa berkait dengan kita. Ada sebab yang besar dan utama apabila Allah SWT mengekalkan kisah-kisah orang yang terdahulu sehingga kiamat. Figura yang disebutkan mungkin telah pergi, tetapi watak dan plot ceritanya sentiasa berulang dalam kehidupan kita. Bagaimanakah mereka bergelut dengan keadaan luar kawalan dan menguruskannya? Latar tempat dan zaman mereka berbeza, tetapi kisah mereka mewujudkan perasaan dan sikap yang sama dengan kita. Daripada kisah-kisah ini, kita dapat melihat sunnah mereka menghadapi badai tersebut. Sunnah dari sudut bahasa bermaksud tatacara, gaya, jalan, dan teladan. Sunnah yang dimaksudkan di sini ialah cara mereka bersikap dalam mengharungi ujian-ujian yang cukup mencabar. Bagaimana sikap seorang bapa yang kehilangan anaknya lantaran pengkhianatan daripada anak-anaknya yang lain?
16 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
Bagaimana sikap seorang ibu apabila anaknya yang baru lahir terpaksa ditinggalkan? Bagaimana sikap seorang anak tatkala menghadapi bapa yang kerap mendera mentalnya? Bagaimana sikap seorang suami apabila kematian isteri yang dicintainya sepenuh hati? Bagaimana sikap seorang anak yang lahir tanpa ibu bapa di sisi? Semua ini adalah antara badai yang dilalui oleh mereka yang dikisahkan dalam al-Quran. Keluarga ialah tempat kita berlindung. Keluargalah “rumah” yang terindah. Seorang bapa yang pulang keletihan terus tenang apabila mendengar teriakan gembira anak-anak yang menyambut. Keluargalah ruang yang paling dekat dan utama untuk meraih kebahagiaan. Hilanglah apa pun dalam hidup, semua itu tetap boleh dilalui dengan keluarga yang sentiasa mendukung. Namun, penderitaan yang paling mengesankan jiwa adalah daripada keluarga jua. Kata orang, apabila disakiti oleh orang yang paling dicintai, itulah penderitaan yang paling berbekas. Kita menangis; Yaakub AS juga menangis. Bahkan sehingga buta. Dalam beberapa ayat menunjukkan Baginda tetap tidak mampu melupakan walaupun peristiwa yang melukakan jiwanya sudah berlalu dalam tempoh yang cukup lama. Kita pernah rasa dibuang; Yusuf AS juga begitu. Bahkan abang-abangnya meletakkan cadangan untuk membunuh Yusuf AS sebagai perancangan awal. IMRAN ZAKI | 17
Kita pernah melalui konflik rumah tangga dan pergaduhan adik-beradik; keluarga Yaakub AS juga begitu. Kita pernah merasai dikhianati teman yang paling akrab; Lut AS juga begitu. Kita pernah merasai keadaan tidak mahu hidup lagi dan tidak mahu dikenali sesiapa; Maryam AS juga pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian. Saya tidak berniat memperkecilkan musibah yang menimpa diri kita semua dengan hanya meletakkan kenyataan, “Alah, nabi dulu lagi teruk. Sabarlah.” Sudah tentu setiap musibah itu ada nilai dan beban yang tidak mudah kita fahami. Akan tetapi, yang ingin saya bawakan adalah tentang kebersamaan kita dengan mereka, insan-insan yang mulia ini. Kita melalui hari-hari yang menggugah emosi seperti mereka. Ia hal yang manusiawi. Ia tidak sepatutnya diletakkan sebagai tanda lemahnya iman. Al-Quran ialah kalamullah, kata-kata Allah SWT. Allah SWT yang menciptakan kita, yang mengetahui serba-serbi tentang diri kita, dan Allah SWT menurunkan al-Quran sebagai penyembuh buat luka-luka kita. Allah SWT memberitahu kita bahawa kalamNya bersifat al-mubin, yang bermaksud jelas lagi terang dari segi lafaz dan makna-maknanya. Kata al-Sa’di, seluruh kejelasan dan keterangan al-Quran ini bertujuan “la’allakum ta’qilun” – supaya kamu memikirkan dan memahaminya. Akal kita bertambah matang melalui pengulangan makna-makna yang mulia lagi luhur ini, sehingga akhirnya kita akan berada dalam perubahan yang lebih sempurna dan baik.
18 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
Ahsanal Qasas َ َ َ َۡ َُ َۡ َ َۡ َٓۡ َ َۡ ٓ َ لك ن ُن نق ُّص َعل ۡيك أ ۡح َس َن ٱلق َص ِص بِما أ وحينا ِإ َ َ ۡ ُۡ َ َٰ َ نت مِن َق ۡبلِهِۦ لَم َن ۡٱل َغ ٰـفل َ ان ِإَون ُك ِني هـذ ا ٱلقرء ِ ِ Kami menceritakan kepadamu (wahai Muhammad) sebaik-baik cerita dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu sedangkan sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu ini, termasuk dalam kalangan orang yang tidak mengetahui. (Surah Yusuf: 3)
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mengorientasikan cara fikir kita apabila berhadapan dengan kisah-kisah alQuran. Kita perlu memahami bahawa cerita ini ialah cerita yang disampaikan oleh Allah SWT, dan ia bukan asatirul awwalin (kisah-kisah dongeng). Kisah dalam al-Quran mengajarkan kita tentang bagaimana dunia ini berfungsi, dan bagaimana kehidupan ini berputar. Dalam semua kisah itu, Allah SWT juga tunjukkan bagaimana orang yang dikurniakan hidayah menjalani kehidupannya, dan bagaimana pula orang yang terpesong menjalani kehidupannya. َ Allah SWT menggunakan istilah qasas ( )ق َص ِصsebagai cerita dalam al-Quran.
IMRAN ZAKI | 19
Apakah maksud qasas? Kalimah yang hadir daripada kata akar qassa ini rupa-rupanya bukan hanya membawa maksud cerita atau catatan sejarah. Sebilangan ahli bahasa seperti Ibn Faris dan al-Raghib mendefinisikannya sebagai naratif yang menjejak langkah demi langkah. Kalimah qassa ini juga digunakan oleh ibu Nabi Musa AS ketika menyuruh anak perempuannya mengikuti Musa AS yang ditinggalkan di dalam bakul yang menelusuri Sungai Nil.
ُ ۡ ُ ۡ َ ََ ۡ َ ُ ََ ّ ۡت بهِۦ َعن ُج ُنب َو ُهم ِ وقالت ِلختِهِۦ ق ِصيهِۖ فبص ٖ ۡ َ َ ل يَش ُع ُر ون Dia berkata kepada kakak Musa, “Pergilah cari beritanya.” Lalu dia melihatnya dari jauh sedangkan orang ramai tidak menyedarinya. (Surah al-Qasas: 11)
“Qussihi! Ikutilah dia wahai anakku!” arah ibu Musa AS kepada anak perempuannya dengan wajah penuh kerisauan. Daripada ayat ini, kita dapat memahami tentang konsep qasas yang bukan hanya menyampaikan cerita atau naratif sejarah, tetapi membawa kita mengikuti jejak satu per satu. Penyampai cerita menyatakan apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu, lalu diikuti dengan ceritanya, dan kemudian penyampai menjejaki babak yang tertentu. Penyampai juga memutuskan karakter mana yang perlu diperkenalkan pada babak awal dan karakter mana yang perlu dikemudiankan.
20 | MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN
Penyusunan cerita secara langkah demi langkah ini sangat penting supaya pendengar dan pembaca dapat menjiwainya dengan jalan yang terbaik. Misalnya, cara orang menyampaikan jenaka. Kita tahu siapakah yang pandai berjenaka selepas menonton caranya menyampaikan lawak jenaka. Dia bijak dalam menyimpan modal dan menyampaikan “punch line” tepat pada waktunya. Kita juga pernah menonton seseorang yang tidak pandai menyampaikan jenaka. Belum sempat kata-kata diungkap, dia terlebih dahulu sudah ketawa terbahak-bahak kerana geli hati dengan jenaka yang bermain dalam fikirannya. Pendengar pula tidak memahami apa-apa. Inilah seni dalam menyampaikan cerita (storytelling). Seseorang yang bijak akan mengetahui di mana dia harus panjangkan perbahasannya, di mana dia perlu langkau cerita, dan di mana dia perlu hidupkan tanda tanya serta misteri.
IMRAN ZAKI | 21
Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:
www.imanpublication.com
@imanpublication
Kak Iman https://t.me/KakIman