Skip to main content

Komik Gaza Mini #7 | Saat Bermulanya Langkah Melindungi Palestin oleh IF Moses

Page 1

AH YA LANGK N A L U M R BE #7 SAAT PALESTIN I G N U D IN MEL

Terbitan:

www.imanpublication.com


Diterbitkan oleh: Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman web: www.imanpublication.com Facebook: www.fb.com/imanpublication

IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1 TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 43200 KAJANG, SELANGOR.

Penyelaras Penerbitan Editor Editor Naskhah Penulis & Pelukis Komik Pembantu Pelukis Pengurus Kreatif Reka Bentuk Infografik & Logo Reka Bentuk Kulit Reka Letak

: Faizah Hamid : Syahira Hozami : O-lit Kineahkis : IF Moses : Maryam Najeh : Akmar Hisham Zulkefli : Paeh Design : IF Moses & Ain Lavendra : Haziq Razack

KOMIK GAZA MINI 7: SAAT BERMULANYA LANGKAH MELINDUNGI PALESTIN Cetakan Pertama Ogos 2021

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

IF Moses, 1992 KOMiK GAZA MINI. #7, SAAT BERMULANYA LANGKAH MELINDUNGI PALESTIN / IF MOSES ; Editor : Syahira Hozami. ISBN 978-967-2459-26-2 1. Comic books, strips, etc. 2. Comic books and teenagers. 3. Arab-Israeli conflict--Comic books, strips, etc. I. Syahira Hozami. II. Judul. 741.5

Dicetak oleh : Firdaus Press Sdn Bhd 26-28, Jalan PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga reviu) boleh terus ke pautan ini: tiny.cc/sirikomikgaza

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Iman Publication Sdn Bhd.


13 35 48 67 74 92 124 153

31

3

33

5

61

9

64

165 167

122

169 171 174

151

3


Rindunya dengan rumah… Rindunya roti tabun… Berapa lama dah ya aku duduk di hospital?

Ahhh… Maaf! Saya tak sengaja!

Oh, tak apa, cik. Jangan risau. Saya okey je.

Jaga diri ya. Maaf sekali lagi.

Baik, cik.

Kenapa… cik tu… macam biasa nampak, eh?


Alamak... dia dah hilang. Surat apa ya? Eh, surat?

Cik, ini surat cik tercicir tadi!

EH, NI BUKAN SURAT!

Kenapa cik tu simpan poster WANTED ni?

6


Itu! Dekat sana! Ada apa ni?

Jom cepat!

7


Saya mengundang semua saudara Muslim saya di seluruh Palestin untuk menyertai jihad untuk Allah...

...untuk mempertahankan Islam dan tanah-tanahnya terhadap musuh kita,…

...British!

Dan Yahudi Zionis! British telah mencuba merampas tanah Muslim-Arab ini.

Sesiapa yang tahu sejarah Timur, di mana-mana pun, kau akan lihat…

...adanya tangan British yang bekerja untuk memusnahkan Empayar Uthmaniyah dan membahagi-bahagikan negaranegara Arab.

8


British telah menggulingkan Empayar Uthmaniyah,

menghancurkan pemerintahan Muslim di India, mereka menghalang kebangkitan Mesir, menjajah Mesir selama setengah abad.

Palestin yang sepatutnya dijanjikan British untuk diserahkan kepada Sharif Hussein,

Bukti yang paling jelas kita boleh lihat ialah Palestin sendiri.

akhirnya diserahkan kepada Yahudi Zionis!

Di Palestin, British telah melakukan kezaliman dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Apakah kebenciannya terhadap Islam terlalu kuat sehingga mengisytiharkan secara terbuka bahawa al-Quran ialah musuh manusia?!

Perdana Menteri Britain, Gladstone ada mengatakan kepada Parlimen bahawa dunia tidak akan aman selagi al-Quran masih wujud. 9


Oleh itu, saya menjemput kamu semua wahai saudara, untuk menyertai jihad di jalan Allah untuk memelihara Islam, kemerdekaan dan tanah kita daripada pencerobohan British.

10


GAZA!

J- Jerusalem?!

Dari tadi aku perhati kau. Tapi aku mati-mati macam tak percaya kau ada dekat sini.

Macam mana dengan luka kau?

Jangan risau. Aku dah sembuh. Alhamdulillah… Aku risau betul.

11

Siapa dia tu?


Itulah ‘pak cik’ yang aku selalu jumpa dekat Masjid al-Aqsa dulu! Dia Mufti Besar Baitul Maqdis.

Kau berminat tak untuk sertai gerakan mujahidin Palestin?

‘Pak cik… yang kau minat tu?! Wow.

Kau dengar kan semua tadi? Fatwa baru yang mewajibkan rakyat Palestin berjihad dengan senjata. M- maksudnya… k-kau di sini… kau dah daftar...

Haah betul.

12


Kau baru je bebas dari penjara. Sepatutnya kau balik rumah dan jumpa keluarga kita. Mereka sangat risau pasal kau!

Jerusalem, nanti dulu! Apa yang berlaku ni?

Abang Safad, lpergi ke Turki semata-mata nak dapatkan sokongan khalifah untuk selamatkan kau!

Aku tak boleh balik ke rumah, Gaza. Bukan sekarang.

AKU TAK BOLEH! Maafkan aku.

Walaupun aku sangat rindukan keluarga kita. Aku tak nak bahayakan semua orang. Aku sedang diperhatikan.

Beersheba? Di hospital?!

Sekurang-kurangnya kau lawatlah Beersheba di hospital.

Cis! Tak guna punya British! Mereka tipu dan permainkan aku!

Dalam wad. Kak Jinin yang rawat dia sekarang.

13


Maaf Gaza, aku betul-betul tak boleh balik. Apaapa pun, aku lega dengar berita tu.

Sekarang aku lebih tenang untuk sertai gerakan mujahidin ni.

Assalamualaikum, Gaza.

KAU! APA KAU BUAT DI SINI?!!

14


Gaza, aku…

Ulza dah lama berubah. Sekarang dia bersama kita. Dia pun sertai gerakan mujahidin macam aku.

Tenang Gaza. Maksudnya? Kau dah maafkan si pengkhianat ni?

Kau pun tahu yang gerakan Revolusi Arab dah gagal.

Gaza, aku faham. Kau mesti susah nak terima aku. Tapi aku betulbetul menyesal.

Kami ditipu oleh kerajaan British.

Semua perjuangan tu sia-sia. Aku dah nampak semuanya sekarang.

15


DAH TERLAMBAT!

Ulza, kau jangan lupa apa yang kau pernah buat dulu.

Jangan lupa yang kau pernah hunus pisau pada kakak aku, kau cederakan adik aku dan kau khianati persahabatan kita.

Dan yang paling teruk sekali, kau khianati khalifah Islam. Kau yang jatuhkan khalifah kita!

16


Berhenti, Gaza! Tu semua benda yang dah lepas! Sekarang kita semua nak sama-sama perjuangkan kemerdekaan Palestin.

Kau rasa kenapa dia sertai gerakan mujahidin ni? Sebab suka-suka ke?

Kau sendiri pun sepatutnya sertai kami!

Tak! Dia nak tebus semula kesalahan lama dia! Dan bekerjasama dengan si pengkhianat ni? Tak, aku takkan!

Gaza, kau dah lupa ke janji kita malam tu? Untuk sama-sama pertahankan Palestin?

17


Tak. Aku tak pernah lupa janji yang kita buat atas bumbung tu. Tapi…

18


…mungkin definisi ‘melindungi Palestin’ aku berbeza dengan kau.

Gaza, kalau betul kau nak lindungi Palestin, kau perlu lihat pada gambaran yang lebih besar.

Selagi British dan Yahudi Zionis belum tumpas, selagi itulah kita semua akan teraniaya!

Aku takkan tinggalkan keluarga aku macam yang kau tengah buat sekarang, Jerusalem.

Bagi aku, keluarga adalah segala-galanya! Merekalah ‘Palestin’ bagi aku!

Baiklah, aku takkan paksa kau.

Aku amanahkan keluarga kita untuk kau. Jaga dan lindungi mereka betul-betul. 19


Dan ‘barang amanah’ tu,…

…jangan sampai ia jatuh ke tangan pihak musuh.

Bacalah buku tebal tu, kalau kau ada masa.

Bila kau dah sampai di penghujung dan kau tak boleh nak masuk pintu terakhir, cari jalan untuk buka. Cari kuncinya.

20


21


Ingin membaca lagi? Dapatkan di siri Komik Gaza di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Untuk ikuti perkembangan komik #KomikGaza ini, ikuti akaun:

@if_moses dan @imanpublication

t.me/komikgaza


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook