Skip to main content

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran oleh Syaari Ab Rahman

Page 1

Syaari Ab Rahman

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1 TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2 43000 KAJANG, SELANGOR

Penyelaras Penerbitan Editor Editor Naskhah Penulis Pengurus Kreatif Ketua Unit Visual Buku Pereka Letak

No. Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com Facebook: www.fb.com/imanpublication

: Faizah Hamid : Khubaib Muhamad Asmadi : O-lit-kineahkis : Syaari Ab Rahman : Akmar Hisham Zulkefli : Husna Ab Rahman : Haziq Razack

KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Syaari Abdul Rahman, 1982KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN / Syaari Abdul Rahman. ISBN 978-967-2459-21-7 1. Families--Religious aspects--Islam. 2. Religious aspects--Islam. 3. Child rearing--Religious aspects--Islam. I. Judul. 297.577

Dicetak oleh: Printzilla House 38, Jalan Cyber Valley 1b/1, Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Dengkil, Selangor

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga reviu) boleh terus ke pautan ini: tiny.cc/KDAQ2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.


Isi Kandungan Penghargaan................................................................................ 5 Prakata........................................................................................... 7 Nota Editor................................................................................... 11 Memimpin Keluarga Dengan Teladan Para Nabi.. .............. 15 Mendidik Anak Dengan Kisah Nabi Adam AS................... 37 Konflik Dua Beradik Anak Nabi Adam AS.......................... 45 Didik Anak Dengan Sabar, Maaf Dan Syukur. . ................... 57 Nabi Yaakub AS Dan Anak-Anaknya. . .................................. 75 Berakhlak Seperti Akhlak Nabi Yaakub AS........................ 97 Sedamai Jiwa Nabi Yaakub AS. . ............................................. 119 Nabi Ibrahim AS Menjadi Idola Anaknya...........................139 Nabi Zakaria AS Bapa Yang Menginspirasikan................153 Para Nabi Beraktiviti Dengan Anak-Anak.. ........................ 175 Luqman Al-Hakim RA Mendidik Anaknya.........................189 Kebahagiaan Suami Isteri Menurut Al-Quran................. 205 Nabi Ibrahim AS dan Sarah RA............................................219 Pasangan Seuzur Nabi Ayyub AS....................................... 237 Penutup: Jejak Kasih Di Syurga.......................................... 253 Profil Penulis. . ...........................................................................268

4 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


BAHAGIAN 1

Memimpin Keluarga Dengan Teladan Para Nabi


Memimpin Keluarga Dengan Teladan Para Nabi Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling sibuk. Paling kurang, ada empat “jawatan” yang Baginda SAW pikul. Pertama, sebagai Rasul Allah SWT. Wahyu belum berhenti dan masih konsisten diturunkan. Kita perlu faham, apabila ayat alQuran turun, Baginda SAW tidak terus bacakan kepada para sahabat. Baginda SAW akan huraikan sehingga para sahabat memahaminya. Seluruh sahabat perlu mendengar ayat al-Quran yang baru diturunkan. Tugas pertama ini sahaja pun sudah mengambil masa, ibarat tok guru besar. Tugas kedua nabi ialah Perdana Menteri atau ketua negara yang bukan hanya menguruskan kaum Ansar dan Muhajirin tetapi juga Yahudi dan Nasrani dalam Madinah, serta menyantuni duta dari negara asing. Baginda SAW perlu membuat persediaan. Ketiga, Baginda SAW juga komander perang. Dalam mana-mana misi peperangan, Baginda SAW akan mengetuai mesyuarat dan perang itu sendiri. Tambahan lagi, Baginda SAW juga bertugas sebagai imam di Masjid Nabawi dalam setiap solat fardu.

16 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


Rasulullah SAW sibuk tetapi Baginda SAW sangat disayangi oleh para isteri Baginda SAW kerana Baginda SAW menjadi teladan dalam hal-hal berbakti khidmat pada isteri. Hari ini, ada ramai orang ghairah berpolitik tetapi alangkah rugi jika isteri dan anak-anak di rumah tidak dapat merasai kasih sayangnya. Satu ketika, Saffiyah RA, salah seorang isteri Rasulullah SAW mencari Baginda SAW kerana ada masalah yang mahu diluahkan. Didapati Baginda SAW sedang beriktikaf di masjid. Apabila menyedari Saffiyah RA datang, Baginda SAW lapangkan masa untuk mereka berbincang. Selesai perbincangan, Baginda SAW menemani Saffiyah RA pulang ke rumah. Inilah akal budi (common sense) seorang suami yang bertanggungjawab menjaga dan membela isteri. Baginda SAW tidak pula menyuruh isterinya pulang sendiri, supaya dapat terus beriktikaf. Dalam peristiwa lain, Rasulullah SAW menghulurkan lutut untuk dipijak Saffiyah RA yang mahu naik ke atas unta. Isterinya boleh saja naik sendiri, tetapi mengapa Baginda SAW menghulurkan lutut Baginda SAW yang mulia untuk dipijak si isteri? Teladan apakah ini? Gentleman and romantic. Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW tidak menjalani kehidupan seperti maharaja. Baginda SAW menjahit sendiri sepatu Baginda SAW yang terkoyak dan memerah sendiri susu kambing. Baginda SAW menjalani kehidupan seperti manusia biasa sambil membantu isteri-isterinya. Rasulullah SAW boleh memberikan masa di sebalik kesibukan. Lalu alasan apa yang hendak kita berikan jika tidak dapat menjaga keluarga, kononnya kerana sibuk? Sangat jelas cara hidup Islam pada Baginda SAW. SYAARI AB RAHMAN | 17


Apa yang diteladani daripada Rasulullah SAW, semuanya adalah hasil didikan wahyu. Segala yang Baginda SAW lakukan termasuk kepada kanak-kanak dan anak-anak perempuan Baginda SAW, semuanya adalah tafsiran daripada al-Quran. Seperti yang disentuh sebelum ini, lihatlah bagaimana Baginda SAW melayani anak perempuannya, Fatimah RA ketika dia hadir ke majlis Baginda SAW. Baginda SAW akan berhenti seketika untuk menghormati dan mempersilakan kedatangan anakandanya. Dikucup dahi dan dipersilakan duduk di sebelahnya. Ajaib bukan? Apakah yang kita fikirkan saat anak kita dimarahi apabila berlarian atau “mengganggu” saat kita sedang bersama dengan rakan-rakan? Fatimah RA menjadi individu berjiwa besar pada kemudian hari. Beliaulah yang mengusap luka berdarah pada pipi ayahnya dalam

peperangan

Uhud.

Beliau

bersama-sama

dengan

Rasulullah SAW ketika susah dan senang. Baginda SAW pernah dilontarkan najis oleh Uqbah bin Abi Mu’it, Fatimah RA juga yang membersihkan najis tersebut daripada tubuh ayahnya dan memarahi kafir Quraisy pada waktu itu. Fatimah RA menggantikan peranan almarhumah bondanya, Khadijah RA. Rasulullah SAW menyantuni kanak-kanak, tidak seperti orang lain pada zaman itu. Mereka menghina anak perempuan, dan suka membuli anak yatim piatu. Bagaimana pula sikap Nabi SAW kepada anak yatim? Hakikatnya, Rasulullah SAW sendiri pernah menjadi yatim piatu. Oleh sebab itu, cara Baginda SAW memandang yatim,

18 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


tidak sama berbanding mereka yang tidak pernah mengenal keyatiman. Jika kita ingin menjadi pemimpin yang baik, kita harus menjadi pengikut yang baik. Baginda SAW bermula sebagai insan yang pernah merasakan kehilangan ibu ayah. Orang yang kehilangan tempat bergantung dan kediaman, tetapi ada orang mengambil Baginda SAW untuk diberikan perlindungan. Sebab itu Baginda SAW mengasihi anak yatim dan ini mengisyaratkan bagaimana rapatnya Baginda SAW dengan anak yatim di syurga kelak, seandainya anak-anak itu bersabar dengan musibah yang menimpa mereka. Pengajaran buat kita, jangan memandang anak yatim dengan pandangan masyarakat biasa yang menganggap mereka sebagai golongan kurang bernasib baik. Sepatutnya, kita empati dengan apa yang mereka lalui, seolah-olah kita berada di posisi mereka. Kalau hati kita keras, susah untuk punyai perasaan mahu menghulur bantuan, kerana bukan mudah untuk mengambil anak yatim dan menjaga mereka. Itulah hikmah Allah SWT mentakdirkan Baginda SAW menjadi yatim, supaya kelak apabila Baginda SAW mengetuai negara, Baginda SAW tahu bagaimana mahu menyantuni anakanak ini. Kayu ukur negara Islam adalah, cara mereka berinteraksi kepada anak yatim. Kalau mereka terbiar dan harta mereka pula dirampas dengan sesuka hati, itu satu petanda buruk. Walaupun negara itu maju membangun, tetapi sebenarnya ia akan runtuh dalam masa terdekat kerana tidak mengambil berat harta anak yatim (baitulmal) dan tidak pula menjaga kebajikan mereka.

SYAARI AB RAHMAN | 19


Kalimah yang Baik Allah SWT berfirman:

َ َ َ ٗ ٖ ‫َط ّي ِ َبة كشج َر ة‬ ٓ َّ ِ‫ٱلس َما ء‬ Tidakkah

ٗ َ ٗ َ ُ َّ َ َ َ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ‫ٱلل َمثل ك َِمة‬ ‫ألم تر كيف ضب‬ ُ َ ٞ َ َُ ۡ َ َّ َ ‫ت َوف ۡرع َها ِف‬ ِ ‫طيِب ٍة أصلها ثاب‬

engkau

melihat

(wahai

Muhammad)

bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit? (Surah Ibrahim: 24) Ayat ini mengajar kepentingan mendidik anak, proses demi proses. Mulakan mendidik anak dengan kalimah toyyibah (baik). Ibnu Abbas mentafsirkan kalimah toyyibah itu sebagai la ila ha illallah. Anak kita mesti dibesarkan untuk memahami “tidak ada Tuhan selain daripada Allah”. Apa pula selepas itu? Sebatang pokok adalah gambaran kepada proses pendidikan anak. Kita tidak hanya berpada dengan akidah yang merupakan akar, ia mesti berkembang menjadi batang yang kuat sebagai tempat bersandar. Apabila anak sudah faham Allah SWT sebagai ilah, ia tidak hanya cukup sebagai pengetahuan agama, tetapi juga mesti diterjemahkan kepada bentuk komitmen terhadap solat. Anak yang menunaikan solat perlu melalui proses yang seterusnya iaitu, bagaimana akhlak selepas solat?

20 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


Solat bertujuan untuk membentuk akhlak. Dalam solat anak kita diajar untuk tidak bercakap yang bukan-bukan. Hendak baca hadis pun tidak boleh. Mesti ikut apa yang Rasulullah SAW ajarkan dalam solat. Bagaimana kita menterjemah adab ini di luar solat? Maka kita perlu juga selalu memantau perkataan kita. Ketika

solat,

jika

tersalah

sebut

apa-apa,

boleh

menyebabkan solat terbatal. Kita hanya boleh menyebut perkataan tertentu. Di luar solat, anak juga mesti diajar untuk tidak bercakap yang bukan-bukan. Perhatikan pemilihan perkataan mereka. Biar ada rasa bertanggungjawab, dan istighfar atas apa yang telah diucapkan jika ada yang tersalah. Sekiranya proses ini dipatuhi, jadilah anak kita seumpama pohon rendang yang orang boleh datang berteduh. Orang lain dapat lihat keluarga kita sebagai contoh untuk diteladani.

SYAARI AB RAHMAN | 21


Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Rumah tangga yang tidak pernah teruji, barangkali hanyalah mitos. Orang yang benar-benar bertakwa akan faham, ada waktu lebih baik berdiam diri ketika rumah tangga diuji. Apabila kita rujuk sirah, pernah Rasulullah SAW tidak pergi kepada mana-mana isteri Baginda SAW selama sebulan. Sebulan sebelum itu, kesemua isterinya berasa cemburu kerana ada isteri daripada kalangan Ansar yang berharta lebih daripada isteri yang lain. Ada dalam kalangan mereka merasakan Rasulullah SAW juga perlu memberikan mereka harta yang sama. Mereka sudah tidak nampak Baginda SAW sebagai rasul, yang kelihatan ialah “suami aku”. Rasulullah SAW menegaskan Baginda SAW tidak mampu memenuhi harapan tersebut. Baginda SAW bukannya seorang raja yang kaya-raya. Lalu Rasulullah SAW sangat berkecil hati. Inilah situasi “sedangkan lidah lagi tergigit”. Rumah tangga Baginda SAW tentu sekali terdidik oleh panduan wahyu, bukannya rumah tangga yang biasa-biasa meski tidak terlepas daripada asam garamnya. Kemudiannya, Baginda SAW beriktikaf dan mengadu kepada Allah SWT. Selepas satu bulan, Baginda SAW kembali kepada isteri-isterinya dan membacakan ayat yang baru diturunkan.

22 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


َ‫ٱل َي ٰوة‬ َ ۡ ‫تُر ۡد َن‬ ِ ُ ُ ّ َ َ ‫س ۡحك َّن‬ ِ ‫وأ‬

َ ٰ َ ۡ َ ّ ُ ُّ َّ َّ ُ ‫ك إ ن ُك‬ َ ‫ي َأ ُّي‬ ٰٓ َ ‫نت‬ ‫ج‬ ‫و‬ ‫ز‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ب‬ ‫ٱنل‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ِ ِ ِ ِ َُّ ۡ ّ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۡ ُّ ‫ٱدلنيا و زِينتها فتعالي أ متِعكن‬ ٗ َ ٗ َ َ ‫س‬ ‫احا جِيل‬

َّ ُ ‫ِإَون ُك‬ َّ ‫ولۥ َو‬ َ َّ ‫ار ٱٓأۡلخ َِرةَ فَإ َّن‬ َ َّ ‫نت تُر ۡد َن‬ َ ‫ٱدل‬ ُ َ ‫ٱلل َو َر ُس‬ ‫ٱلل‬ ِ ِ ُ َ ۡ ۡ َّ َ َ ٗ ‫ِنك َّن أَ ۡج ًرا َع ِظ‬ ‫يما‬ ‫تم‬ ِ ٰ‫أعد ل ِل ُمحسِن‬ Wahai

Nabi,

katakanlah

kepada

isteri-isterimu:

“Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab: 28-29) Akhirnya,

isteri-isteri

Baginda

SAW

memahami

ia

merupakan peringatan daripada Allah SWT dan mereka menarik semula permintaan mereka. Tidaklah mereka sanggup untuk diceraikan oleh Rasulullah SAW, setelah Allah SWT sendiri yang memberikan solusi itu kepada Baginda SAW. Mereka insaf dan tidak lagi meminta yang bukan-bukan. SYAARI AB RAHMAN | 23


Mengimarahkan Rumah Bagaimanakah caranya mengimarahkan rumah? Pertama sekali, mengharapkan rahmat dan belas kasihan di dalam rumah yang kecil memerlukan kita mengadu dan memohon bantuan Allah SWT. Rahmah ini tidak dapat diperolehi dengan membaca buku. Jika ilmu keibubapaan, mungkin boleh buat begitu. Hendak memperbaiki cara bercakap dengan anak pun, boleh belajar secara dalam talian. Tetapi rahmah memerlukan doa, lebih daripada membaca dan belajar. Sebuah doa yang tulus akan memimpin rahmah daripada Allah SWT masuk ke dalam rumah kita. Allah SWT berfirman:

َ ۡ ٓ َ َّ َ ْ ُ َ َ َ ۡ َ َُۡ ۡ َ ۡ َ َ ‫إِذ أو ى ٱلفِتية إ ِل ٱلكه ِف فقالوا ر بنا ءا ت ِنا مِن‬ ٗ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ ّ َ َ ٗ َ ۡ َ َ ُ َّ ‫ل نك رحة وهيِئ لا مِن أ م ِر نا رشد ا‬ (Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10) Kesan daripada bacaan doa inilah, gua yang sempit pun jadi selesa bagi pemuda al-Kahfi. Rumah yang sempit pun boleh jadi

24 | KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN


sebab untuk rasa tenang dan bahagia. Ada orang yang rumahnya besar, tetapi terasa bagai “neraka”. Nauzubillah, rahmah menuntut kita untuk terus memohon kepada Pemiliknya. Kedua, kita tidak dapat lari daripada teladan nabi-nabi. Sebagai contoh, apabila bercakap tentang surah Ibrahim, Nabi Ibrahim AS miliki teladan yang sangat penting dan para ayah perlu kembalikan karakter itu iaitu mendengar. Baginda diperintahkan untuk menyembelih anak, tetapi Baginda masih sudi mendengar pendapat anaknya. Walaupun itu perintah Allah SWT, tidak memerlukan izin anak pun. Mengapa Baginda merendah diri, dan bersemuka dengan anak? Kebanyakan kita lebih senang biarkan sebarang masalah berlalu begitu sahaja. Berhadapanlah dengan anak, jangan biarkan anak memendam. Kalau kita ambil sikap tidak peduli, anak akan keluar mencari orang yang sudi peduli. Wujudkan sikap empati dan memberi perhatian. Satu perkara yang kita belajar daripada ahli syurga ialah, mereka suka bersembang. Maka, untuk mewujudkan baiti jannati, hendak menjemput syurga masuk ke dalam rumah kita, perlulah ada suasana bersembang. Berinteraksilah, jangan asyik menghadap gadget saja. Masing-masing dengan urusan sendiri. Pastikan ada suasana sembang-sembang semasa makan. Jadikan waktu dan tempat makan, zon bebas gadget. Bentuk budaya bersembang dalam keluarga sejak anak kecil. Jika tidak dipupuk dari kecil, sukarlah hendak mengharapkan anak untuk bersembang ketika dia besar. Apabila anak tidak mahu berkongsi, inilah punca anak menjadi “bom jangka” yang menunggu masa untuk meletup. Rahmah tidak masuk ke rumah, maka jadilah punah-ranah.

SYAARI AB RAHMAN | 25


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran oleh Syaari Ab Rahman by imanpublication - Issuu