Aidil Ghazali
Terbitan:
www.imanpublication.com
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
No. Tel.: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman web: www.imanpublication.com
Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12, JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Perolehan Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Reka Bentuk Kulit Reka Letak
No. Tel: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com
: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Syahira Hozami : Auni Zainal : Maryam Jamilah : Fira : Safiyah Shaik Farid : Aidil Ghazali : Husna Ab Rahman : Hani Raimi Ramli : Haziq Razack
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? Cetakan Pertama Februari 2024 ISBN 978-629-7665-01-6
Dicetak oleh : Mihas Grafik Sdn Bhd No. 9 Jalan SR 4/19, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.
2 Dahlia menjeling cermin pandang sisi. Tiada kenderaan lain. Pendikit minyak skuternya dipulas. Pemegang skuter dikilas ke kanan sebelum membelok naik ke arah bukit menuju ke Fakulti Sains Gunaan. Enjin skuter yang ditunggang itu menderam ketika mendaki bukit. Tayar skuternya menggelek laluan aspal menuju ke kawasan parkir. Dia mengemudi dengan berhati-hati supaya tidak terlanggar madgad motosikal pelajar lain. “Fuh!”
Nafasnya
dihembus.
Lega.
Dahlia
mengerling jam di tangan. Nampaknya hari ini satu rekod baharu berjaya dicatat. Hanya sebelas minit diperlukan untuk perjalanan dari rumahnya ke fakulti. Dia menggeserkan telapak tangan tanda berpuas hati. Nampaknya skil tunggangannya sudah semakin baik.
16 | AIDIL GHAZALI
Dahlia
mengesat
bahagian
kepala
skuternya
yang sedikit berdebu. Awal-awal semasa bapanya menghadiahkan skuter ini, dia ambil masa selama setengah jam untuk sampai ke kampus. Takut punya pasal. Dia akan pastikan skuternya berada di bahagian paling kiri di atas jalan raya. Tidak berani untuk berada di tengah-tengah jalan. Pernah sekali dahulu nyarisnyaris skuternya masuk ke dalam longkang kerana dia terlalu berhati-hati tidak bertempat. Itu cerita lama. Sekarang, Dahlia sudah yakin dengan skil tunggangan sendiri. Setakat jalan-jalan di sekitar Shah Alam, semuanya sudah berada di dalam tapak tangannya. Leher Dahlia terjengah-jengah mencari tapak yang kosong. Parkir agak padat. Maklum sahajalah hari Isnin, ramai pensyarah yang gemar mengadakan kelas pada jam lapan. Ada satu petak kosong tidak jauh di hadapan. Dahlia memerah pendikit untuk lebih laju ke hadapan. Belum sempat roda skuternya mencecah ke petak yang kosong itu, sebuah motosikal tiba-tiba mencelah masuk. Dahlia segera menarik tuas brek. Skrett!
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 17
Tayar skuternya terseret akibat tindakan membrek secara mengejut. Roda hadapan sudah berhenti berpusing tetapi momentum menyebabkan bahagian belakang skuternya terjongket. Jika kurang cekap, sudah tentu Dahlia akan tertonggeng. “Hoi, apa ni?” Dahlia menjerit marah. “Bawa motor macam apa entah?” Penunggang motosikal di hadapannya membuka visor. Wajahnya terlihat dengan jelas. “Ehsan?” “Apa hal menjerit pagi-pagi ni?” rungut Ehsan, tidak puas hati. Kakinya menolak turun tongkat. Kunci diputar dan enjin motosikalnya serta-merta senyap. “Kau lagi, kau lagi.” “Apa pasal aku pula?” Kening Ehsan menjongket. Dahlia mula meradang. Tahap kesabarannya yang tadinya suam kini berubah mencapai takat didih. “Kenapa nak masuk tak tengok kiri kanan dulu? Nasib baik aku tak langgar tadi.” “Kau yang tak peka.” “Lagi satu, aku yang nak masuk petak kosong ni dulu. Ikut suka hati kau aje kan ambil tempat orang? Lain kali tengoklah dulu betul-betul.” 18 | AIDIL GHAZALI
Ehsan menjengah ke kiri dan ke kanan. Kemudian, dia turun dari pelana motosikalnya dan mengamati kawasan sekitar tapak parkir itu. “Mana?” “Mana apa?” “Nama kau,” jawab Ehsan acuh tak acuh. “Hah?” “Yalah, tadi kau kata aku ambil tempat orang, kan. Sebab tu aku cuba cari tadi. Nak tengok kalau ada nama kau kat sini. Sekarang ni, mana bukti yang petak ni kau punya?” Dahlia menepuk dahi. Dia menggeleng-geleng tidak percaya. Tapak tangannya memegang dada. Nafas panjang ditarik sebelum dihembus perlahan-lahan. Dia cuba bertenang. Nafsunya mahu marah, tetapi hatinya cuba bersabar. “Tak ada, kan?” “Tadi aku sampai sini dulu, Ehsan. Kau yang tibatiba masuk menyondol dengan motor rempit kau ni.” “First come, first served.” “Apa susah sangat? Undurkan ajelah motor kau. Parkir kat tempat lain.”
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 19
Ehsan tersenyum sinis. “Tak nak.” “Aku cakap elok-elok ni.” “Samalah,” balas Ehsan selamba. “Aku pun cakap elok-elok juga. Siapa dulu, dia dapat. Yang lambat melepas.” “Hesy, kau ni kan ... jenis tak nak mengalah kenapa eh?” “Banyak petak lain yang kosong kat sana.” Ehsan mengisyaratkan ke arah petak di hujung tapak yang masih lapang. Kunci motosikalnya ditarik, lalu dia berjalan meninggalkan tapak parkir itu. “Ya Allah, petty gila kau ni!” tempik Dahlia. Tahap kesabarannya sudah berada di hujung-hujung. Kalau bukan kerana mengenangkan ada orang lain di sini, tentu sudah lama dia mengamuk. Ehsan
langsung
tidak
peduli.
Dia
hanya
memekakkan telinga. Hati Dahlia bertukar sebal. Walaupun mereka berdua sekelas tetapi bagi Dahlia mereka seperti daripada kursus yang berlainan. Sedangkan pelajar lelaki lain yang sekursus dengannya semuanya okey. Bercakap dengan perempuan pun lemah lembut.
20 | AIDIL GHAZALI
Bukannya seperti Ehsan. Kasar, tidak ramah dan menjengkelkan. Entah kenapa. Bagi Dahlia, Ehsan seperti tipikal lelaki yang berlagak macho, jual mahal dan tidak mahu dilihat rapat dengan perempuan. Lelaki alpha konon-kononnya. Dahlia mengetap geraham. Dia perlu tenang, dia perlu sabar. Tidak elok untuknya beremosi pagi-pagi begini. Dahlia tidak ada pilihan lain, jadi terpaksalah dia meletakkan skuternya di kawasan tapak paling hujung. Sudah tentulah lebih jauh. Semasa kakinya menapak ke dewan kuliah, dia masih terkenangkan insiden menyakitkan hati semasa merebut tapak parkir tadi. Tunggulah. Sampai masa nanti mesti dia akan balas sikap Ehsan yang terlampau menjengkelkan itu. ***
Belum sempat Ehsan melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, telinganya disambut suasana riuh-rendah seperti di tapak pesta pora. Dari luar lagi sudah terdengar soraksorai rakan-rakan sekelasnya. Ehsan tidak pasti apa yang sedang berlaku. Mungkin mereka mendapat berita tentang kelas dibatalkan. Boleh jadi. Ehsan menyeluk telefon dari
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 21
saku. Apabila disemak dalam grup WhatsApp, tidak ada pula sebarang notis daripada pensyarahnya. Sebaik sahaja kaki Ehsan menjejak masuk dari pintu utama, dia melihat Kuchai mengangkat tangan, melambai-lambai kepadanya. “Sini, Ehsan ... sini!” Suara Kuchai separuh melaung kerana mahu menggamit perhatian rakannya. Pemilik nama sebenar ialah Tengku Syaihan Tengku Syafie atau lebih mesra dengan gelaran Kuchai itu, mengisyaratkan ada kerusi kosong di sebelahnya. Ahmad Benjamin bin Rasul atau nama glamornya, Aben, sedang duduk di kerusi paling hujung. Seperti selalu, Aben kurang mengendahkan keadaan sekeliling dan leka mengetik skrin telefon. Ehsan segera mendapatkan rakan-rakannya. “Bisingnya. Kalah pasar malam.” Ehsan menyapa Kuchai sebelum menghenyak punggung di atas kerusi. “Sejak bila budak kelas kita ni reti senyap?” Ehsan hanya menjuihkan bibir. “Lambat sampai? Biasanya kau yang paling awal,” tanya Kuchai pula. “Ada pengacau tengah jalan tadi.” “Pengacau? Siapa?” 22 | AIDIL GHAZALI
“Siapa lagi?” “Dahlia?” “Perempuan
senget
tu
la.”
Kening
Ehsan
menjongket tanda mengiakan. Ton suaranya kedengaran kurang senang, seolah-olah baru berdepan dengan kejadian paling sueh dalam hidupnya. Kuchai ketawa kecil. “Kenapa kau gelak?” “Korang ni tak habis-habis bercakar.” “Dia yang cari pasal dulu.” “Pula dah.” “Hilang mood aku pagi-pagi ni menghadap muka sememeh dia tu,” gerutu Ehsan, menarik muka cemberut. Antara ramai-ramai siswi yang ada di fakulti ini, dia tidak faham kenapa mesti Dahlia juga yang menyemak masuk dalam hidupnya. Geram betul. Lagilagi tentang hal-hal remeh. Contohnya seperti kejadian di tapak parkir kenderaan tadi. Dahlia sengaja mahu berebut petak motosikal yang sama, sedangkan masih banyak lagi petak yang masih kosong. Bengkek hatinya. Yang lebih menyebalkan, ini bukan kali pertama Dahlia buat begitu. Sudah banyak kali. Bukan hari ini sahaja. Setiap kali JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 23
terserempak memang akan ada sahaja perkara yang Dahlia sengaja lakukan untuk menyakitkan hatinya. Selagi belum cari pasal dengan Ehsan, hidup Dahlia seolah-olah tidak lengkap untuk hari itu. Tidak sempurna agaknya. Ehsan sendiri tidak faham. Bagi Ehsan, Dahlia ibarat seketul jerawat yang tumbuh di hujung hidung ketika dia perlu menghadiri majlis penting untuk keesokan harinya. Mahu dipicit, terasa sakit pula. Jika dibiarkan, akan menjadi cela di wajah. Kewujudannya cuma sekadar untuk menyakitkan hati. Begitulah ibaratnya seorang Dahlia kepada Ehsan. Tidak lebih, tidak kurang. “Nenek aku kata, jangan benci seseorang tu lebihlebih,” kata Kuchai lagi. “Kenapa pula?” “Lama-lama nanti jadi sayang.” “Isy, minta jauh!” Ehsan tiba-tiba bertempik. Suaranya itu menyebabkan rakan-rakan sekelas yang lain memandang ke arahnya. “Kau jangan, San. Mulut aku ni masin tau.” Bibir Ehsan mencemik. Telunjuknya menjolok anak tekak, mempamerkan gelagat ingin termuntah.
24 | AIDIL GHAZALI
Kuchai ketawa geli hati. Seronok dapat menyakat Ehsan. Semasa Ehsan dan Kuchai sedang bergurau senda sesama sendiri, Aben datang kepada mereka berdua. Aben tersengih-sengih, keningnya pula terangkat-angkat seperti mahu menyampaikan sesuatu. “Ada berita pasal kau, San.” “Pasal aku?” Jari telunjuk Ehsan menuding ke arah dirinya sendiri. “Kenapa dengan dia?” Kuchai mula menyibuk. “Sebabnya ... congrats! Nama kau tersenarai sebagai calon MPP fakulti kita. Yeay!” Aben memberitahu dengan teruja sambil memperlihatkan skrin telefonnya. Ehsan hanya selamba. Berita itu langsung tidak memeranjatkan. Sebabnya dia sendiri yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan wakil di Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam pilihan raya kampus. Dia cuma tenang. Lagipun, dia sudah awal-awal menjangka akan tersenarai sebagai calon. Saingan tidak terlalu sengit. Tidak ramai siswa yang sanggup menyumbang tenaga dan berminat mahu melibatkan diri dengan aktiviti kepimpinan di universiti. “Nak tahu siapa lawan kau nanti?” Aben belum habis menyampaikan berita. JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 25
“Siapa?” Belum sempat Aben buka mulut, dua orang siswi jalan beriringan masuk ke dalam dewan kuliah. “Panjang umur dia.” Aben memuncungkan bibir ke hadapan dewan. “Fatini?” “Bukan dia.” Aben geleng menafikan. “Kalau bukan, jadi mesti orang di sebelah Fatini. Takkanlah ... Dahlia?” Kuchai menghadap Aben. Matanya berkelip-kelip beberapa kali kerana mahu penjelasan. Aben hanya tersenyum licik. “Dahlia?” tanya Ehsan pula. Aben angguk tanda mengiakan. “Dahlia Mat Daud.” Aben menyebut sepatah demi sepatah perkataan seperti mahu mengejek. “Calon dari fakulti ini yang akan bertanding jawatan sama dengan kau nanti.” Ehsan menepuk dahi. Kuchai di sebelahnya pula ketawa berdekah-dekah. “Betul kan kata aku? Namanya pun jodoh, memang tak ke mana, San.” Kuchai lebih galak mengusik.
26 | AIDIL GHAZALI
Ehsan hanya mampu menggeleng. Hilang katakata mahu bercakap. Bingung dia. Terpaksa bertanding menentang Dahlia lagi. Macam tidak ada orang lain. Antara semua siswi dalam semua kursus yang ada di fakulti ini, kenapa perlu rakan sekelasnya juga yang mencalonkan diri? Tidak mungkin tiada siswi lain yang lebih berketerampilan dan berminat mahu mengasah bakat kepimpinan mereka? Kenapa mesti Dahlia juga? Kenapa? Pourquoi? Por qué? Why? “Ada harapan untuk menang tak?” Soalan Aben seperti mahu mencabar. “Boleh.” Kuchai dan Aben saling menjeling. “Yakinnya kamu,” bidas Kuchai. “Aku kena menang. Mana nak letak muka kalau kalah dengan Dahlia? Tak boleh, tak boleh. Mesti kena menang. Wajib.” Ehsan memanjangkan harakat pada ayat yang terakhir sebagai tanda tekad. “Inilah semangat yang kita nak.” Kuchai bertepuk tangan seperti anjing laut membuat persembahan di Sunway Lagoon. Entah mahu beri semangat atau sengaja mahu melaga-lagakan.
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 27
Perbualan
mereka
terhenti
apabila
melihat
pensyarah sudah masuk ke dalam dewan kuliah. Sepanjang kelas berlangsung, hanya telinga Ehsan yang mendengar tetapi fokusnya merayau-rayau ke tempat lain. Yang ada dalam fikiran Ehsan sekarang cuma satu; cari jalan supaya jawatan ahli jawatankuasa MPP Fakulti Sains Gunaan tidak terlepas ke tangan Dahlia. Mana dia hendak sorok muka kalau kalah dengan Dahlia? Malu besar. Biarlah orang lain yang menang jawatan itu. Tidak apa. Sedikit pun Ehsan tidak cemburu, malah dia juga sanggup menggembleng tenaga membantu calon lain yang terpilih untuk mendapatkan jawatan itu. Asalkan bukan ‘orang’ itu. Asalkan bukan Dahlia.
28 | AIDIL GHAZALI
6 Jadual harian Ehsan hanya akan lapang pada hujung minggu. Tidak begitu padat berbanding hari biasa. Dia boleh fokus dengan latihan Muay Thai bersama Deng di hujung minggu. Kuliah bagi mata pelajaran yang diambil olehnya hanya berlangsung dari hari Isnin hingga Jumaat. Tiada kelas pada hari Sabtu dan Ahad. Rakan-rakan lain kebanyakannya akan mengisi masa berlibur, yang tinggal di kolej mungkin pulang ke rumah ibu bapa masingmasing, yang banyak duit akan cafe hunting, atau hanya duduk santai di kolej kediaman atau rumah sewa bermain game. Bagi Kuchai dan Aben, kedua-duanya sibuk dengan aktiviti masing-masing.
70 | AIDIL GHAZALI
Kuchai sebagai pemain ragbi tujuh sebelah UiTM Lions, sedang menyertai Kejohanan Jonah Jones yang berlangsung di Putrajaya. Aben pula sibuk dengan kerja sambilan mengajar anak-anak sekolah yang menghadiri klinik badminton. Mulut Ehsan menganga seluas-luasnya. Niatnya mahu lelap sepicing sahaja selepas makan tengah hari tadi, tetapi tidak sangka terlajak pula sampai waktu asar. Dia berguling-guling di atas karpet. Tubuh terasa lesu selepas tidur lama. Seisi rumahnya sunyi. Selepas minum air di dapur, dia mencari-cari Mak Misnah. Selepas terpusing-pusing mencari ibunya, barulah dia nampak kelibat Mak Misnah di belakang dapur. Rimbunan pokok serai yang ditanam di tepi rumah bergerak-gerak kerana bahagian perdunya sedang dipangkas oleh Mak Misnah. “Ibu buat apa?” Mak Misnah berdiri daripada mencangkung apabila
mendengar
namanya
dipanggil.
Mulutnya
mengaduh. Lututnya sudah tidak sekuat dahulu. Baru bertinggung sekejap pun sudah terasa lenguh. “Tengah bersihkan rumpun serai ni,” sahut Mak Misnah sebelum mencekak pinggang. “Bila adik bangun?”
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 71
“Baru aje.” “Adik tak pergi training petang ni?” “Kejap lagi,” jawab Ehsan, sebelum menggeliat dan menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Pipinya juga nampak lesu. Ehsan
hanya
memerhatikan
Mak
Misnah
mencantas tumbuh-tumbuhan dapur. Sambil memotong daun, tangan Mak Misnah cekatan mencabut rumpai dan menggemburkan tanah. “Hari Sabtu minggu depan adik sibuk tak?” tanya Mak Misnah tiba-tiba. “Sabtu?”
Ehsan
menggosok
hidung
yang
tersumbat. Semasa bersoksek-soksek beberapa kali, dia cuba mengingat semula jadual latihannya. Meskipun tiada kelas akademik pada hujung minggu, dia tetap perlu ke Dewan Tempur di Kompleks Sukan SUKSES untuk latihan Muay Thai bersama jurulatihnya. “Sibuk tak?” “Kenapa ibu tanya?” Pergerakan tangan Mak Misnah terhenti. Dia memandang anaknya. “Kawan-kawan sekolah ibu ada buat reunion.” “Jadinya?”
72 | AIDIL GHAZALI
“Cadangnya nak suruh adik hantarkan.” “Ibu nak pergi?” “Eh, mestilah.” Mak Misnah menjegilkan mata. “Kalau tak nak pergi buat apa ibu tanya?” Ehsan ketawa mengekeh, terhibur dengan reaksi Mak Misnah yang jengkel dengan soalan bodohnya itu. Dia menepuk pipi sendiri. Nampaknya dia masih mamai lagi selepas baru bangun dari tidur petang. “Boleh tak?” Ehsan menggeleng. “Tak sempatlah orang nak hantar ibu. Sabtu minggu depan Deng ada buat latihan sparring.” Mak Misnah tidak bersuara lagi selepas itu. Dia kembali dengan tugas merumpai yang tertangguh. “Suruhlah abah hantar.” Mak Misnah geleng. “Ibu dah cakap,” adunya dengan mulut yang memuncung. Nadanya kedengaran hampa. “Tapi abah adik kena hantar penumpang tetap dia pergi KLIA. Malaslah ibu nak susahkan dia.” “Habis tu?” “Apa?” “Ibu tak jadilah pergi reunion tu?”
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 73
Mak Misnah mengherotkan bibirnya. Berfikir sebentar. “Tengoklah nanti,” gumam Mak Misnah tidak lama kemudian. “Kalau ada orang yang hantar, ibu pergi. Tak ada orang hantar, malaslah nak pergi.” “Macam tu pula. Itu kan reunion kawan-kawan ibu. Bila lagi? Lagipun ibu ni manalah ada kawan sangat. Selain pekerja di bakeri dan mak cik-mak cik di surau, siapa lagi kawan ibu?” Mak Misnah pura-pura tidak mendengar sindiran anaknya. Semasa mendapat kad undangan untuk hadir ke majlis pertemuan pelajar-pelajar tua sekolahnya, dia sudah menetapkan pendirian. Dia hanya akan hadir jika ada orang yang menghantar. Suaminya sendiri sibuk, anak lelakinya pula tidak lapang. Lebih baik untuknya tidak hadir. “Tak apalah, biar orang drive.” “Latihan Muay Thai adik nanti?” Ekor mata Mak Misnah menjeling. “Pandai-pandailah orang beri alasan.” “Eh, mana boleh,” tegas Mak Misnah. “Pula dah.”
74 | AIDIL GHAZALI
“Hari pertandingan dah dekat. Ibu tak nak ganggu latihan adik.” “Reunion ibu?” “Tahun depan ada lagi,” kata Mak Misnah, bibirnya menguntumkan senyuman tawar. Sengaja dia buat begitu supaya Ehsan tidak akan mendesak lagi. “Ibu yakin boleh datang tahun depan? Mana tahu ....” “Kenapa?” Mak Misnah hairan. “Mana tahu tahun depan ibu dah tak ada.” “Budak ini!” Mak Misnah menjerit geram. Mak Misnah melompat keluar dari rimbunan daun-daun serai untuk menarik pipi anak lelakinya. Geram kerana Ehsan suka bercakap ikut sedap mulut. Ehsan pula merengek seperti anak kecil kerana sakit akibat diketil oleh kuku ibunya. ***
Ehsan hampir tergeletak di atas lantai kerana bosan sendirian di Perpustakaan Tun Abdul Razak atau lebih dikenali dengan gelaran glamornya, PTAR. Tambahtambah pula pada pagi hari Isnin. Rasa malasnya semakin menjadi-jadi.
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 75
Apatah lagi kerana kawan-kawan rapatnya belum datang ke kampus. Kuchai tidak hadir ke kelas pagi tadi. Alasannya, sakit otot selepas baru selesai menyertai kejohanan ragbi. Apabila Aben dapat tahu Kuchai tidak datang kelas sesi pagi, dia pun mengada-ada juga mahu masuk lambat. Aben hanya akan hadir pada kelas jam dua nanti. Akhirnya, cuma Ehsan yang datang ke kuliah pertama tadi. Sudahlah jumlah pelajar lelaki dalam kursusnya tidak ramai. Nisbah pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelasnya sebanyak 1:4. Tanpa perlu bergantung kepada bancian pun dia pasti bilangan siswi di fakultinya jauh lebih ramai berbanding bilangan siswa. Bukan di kampusnya sahaja, di mana-mana universiti tempatan pun memang wujud jurang jantina yang besar. Sedikit masa lagi, orang lelaki yang menyambung pelajaran ke peringkat menara gading mungkin hampirhampir pupus. Tetapi dalam tidak berapa ramai itu pun, Ehsan terpaksa akui dia tidak rapat dengan semua pelajar lelaki. Bukan sebab sombong, tetapi susah hendak berjumpa dengan rakan yang sekepala.
76 | AIDIL GHAZALI
Clique-nya di kampus ini hanya Kuchai dan Aben. Alasannya mudah. Mereka atlet yang aktif mewakili universiti. Kuchai sudah menjadi pemain scrum-half tetap dalam ragbi tujuh dan lima belas sebelah. Kadangkadang sepuluh sebelah kalau ada kejohanan jemputan. Aben, si kurus keding itu pula bekas juara badminton peringkat negeri Sarawak. Malah mereka bertiga juga yang selalu ‘tuang’ kelas kerana komitmen latihan dan juga menyertai pasukan sebagai wakil universiti. Ehsan menyelak satu per satu halaman buku rujukan. Dagunya dipanggung di atas meja. Dia cuba mencatat nota ulang kaji tetapi susah untuk fokus. Fikirannya hanya terbayang-bayang suasana di kejohanan Sukan Malaysia yang bakal disertainya nanti. Tangannya bergerak-gerak melakukan gerakan shadow boxing atau istilah dalam bahasa Thai disebut sebagai dtoi lom. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu bergasak di atas gelanggang nanti. Cuma berbaki beberapa hari lagi sebelum dia akan naik ke podium dan menerima kalungan pingat emas di lehernya. ***
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 77
Dua jam berada di perpustakaan berlalu dengan sia-sia. Sepatutnya Ehsan menggunakan masa itu untuk ulang kaji, tetapi sebaliknya dia lebih banyak berangan. Menjelang tengah hari, barulah Ehsan terasa lapar. Kakinya melangkah lincah keluar dari perpustakaan untuk makan dan solat zuhur kerana tidak mahu terlambat untuk menghadiri kelas sesi petangnya. Ketika menuruni tangga di depan study room, Ehsan terserempak Prof. Zulkifli, salah seorang pensyarah kanan di fakulti. Dia mengenali dengan rapat pensyarah itu kerana mereka selalu bertembung ketika bersenam di Pusat Sukan. Malah pensyarah yang berotot kekar itu juga yang tidak lokek mengajarnya cara melakukan strength training yang betul di gim. Seperti yang biasa dilakukan semasa bertemu Prof. Zulkifli, Ehsan tunduk hormat dan suaranya lembut menyapa. “Selamat pagi, prof ....” “Pagi kata awak?” Prof. Zulkifli terkejut. “Er ....” “Sekarang dah tengah hari, Ehsan.” “Yalah,
kan?”
Ehsan
ketawa
menyedari kedunguan diri sendiri. “Awak nak pergi mana?”
78 | AIDIL GHAZALI
kecil
selepas
“Pergi Kafe Menara, prof .... Lapar pula lepas sejuk-sejuk study dalam PTAR tadi.” Tangan Ehsan spontan mengusap perutnya yang leper. “Kebetulan,
saya
baru
lepas
makan,”
kata
pensyarah lelaki itu lagi sebelum berseloroh, “Kalau tak saya boleh belanja awak.” Ehsan sekadar tersengih-sengih. Mereka berdua terus jalan beriringan dengan menaiki tangga. “Saya nampak nama awak ada dalam senarai calon MPP fakulti kita. Tak sangka saya. Jarang-jarang ada atlet dari fakulti yang berminat dengan organisasi kepimpinan kampus.” “Biasa-biasa aje, prof.” “Bagus-bagus, saya sokong. Saya kena puji sebab awak berani nak mencuba.” Ehsan jadi tersipu-sipu malu. “Tapi kenapa awak bercadang nak batalkan pencalonan pula?” Ehsan berhenti melangkah. Prof. Zulkifli juga begitu. “Batalkan pencalonan?” “Saya dengar awak nak tarik diri.”
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 79
Ehsan
bingkas
menggeleng.
Tangannya
juga
terikut-ikut sekali menafikan. “Tarik diri? Saya tak ada niat nak tarik diri.” Dahi Prof. Zulkifli jadi berkerut. Wajahnya nampak keliru. Seolah-olah siswa di hadapannya itu tidak tahumenahu tentang soal penarikan diri daripada menyertai proses pemilihan itu. “Pelik,” balas Prof. Zulkifli pula. “Saya pun rasa perkara yang sama. Kenapa awak nak tarik diri kalau dah tercalon, kan? Lagipun awak hantar nama secara sukarela.” “Prof. Zul tahu dari mana?” “Saya ada dengar gosip di bilik pensyarah.” Ehsan jadi dua kali lebih hairan. Kenapa pula ada pensyarah lain yang cuba membatalkan pencalonannya? Dia mula curiga. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Atau ada orang yang cuba mensabotaj? “Jadi tak benarlah, ya?” “Khabar angin aje tu, prof.” Ehsan menafikan. Bibirnya cuba menguntumkan senyum hambar. Mereka berdua berpamitan lalu berpisah di hadapan tangga menara utama kerana mengikut haluan
80 | AIDIL GHAZALI
masing-masing. Ehsan mengatur langkah ke arah kafe, sementara Prof. Zulkifli pula menuju ke pejabatnya. Semasa beratur membeli makanan, Ehsan masih tidak dapat melupakan perbualan bersama Prof. Zulkifli tadi. Khabar angin yang diterima itu kurang enak di telinganya. Malah begitu mengejutkannya. Ehsan makan tengah hari dalam keadaan bengang. Hatinya sebal. Isi ayam yang dikunyah terasa tawar. Nasi yang disuap pula terasa seperti berpasir dan tidak mampu untuk ditelan. Separuh pun tidak habis. Dadanya jadi membara. Siapa sangka ada orang lain yang tidak senang dengan dirinya sehingga berani menyebarkan berita palsu. Malah tergamak memfitnah pula. Sedangkan selama ini, dia tidak pernah memusuhi sesiapa pun di fakulti ini. Buat jahat dengan orang lain apatah lagi. Cuma satu persoalan yang mengacah-acah benak Ehsan sekarang. Individu mana yang berhati busuk itu sampai sanggup menyebarkan perkara tidak benar tentang dirinya? Siapakah agaknya orang itu? Siapa?
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 81
7 Bibir Dahlia terketar-ketar saat keluar dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Tangannya diangkat ke hadapan muka. Matanya mula mengamati dengan teliti. Jarijemarinya kecut kerana terlalu lama berada di dalam ruang berpendingin hawa. Dia menggosok-gosokkan tangan beberapa kali lalu berpeluk tubuh supaya haba daripada geseran itu dapat memberi sedikit kehangatan. “Kau dah kenapa, Lia?” Fatini menegur dari belakang. “Sejuk.” “Cita-cita nak sambung master kat Europe, tapi tak tahan sejuk. Apa benda?” Fatini menghulurkan setin kopi yang dibeli dari mesin air.
82 | AIDIL GHAZALI
Dahlia ambil tanpa segan. Orang belanja, rugilah kalau dia menolak rezeki. Tetapi dia terasa seperti direnjat elektrik apabila tangannya menyentuh tin aluminium yang dingin. Hampir-hampir tin itu terlepas daripada genggaman dan jatuh berdenting ke atas lantai. “Isy, clumsy betul kau ni.” Dahlia hanya tersengih-sengih. “Tangan aku kejung. Sejuk sangat air-cond dalam PTAR ni pun. Macam kat Kutub Utara. Sikit lagi aku nak bertukar jadi penguin!” “Aku suruh pakai sweater tak nak.” “Malas aku.” “Itulah kau. Degil. Padan muka sejuk. Siapa suruh pakai baju tipis kalau dah tahu nak duduk lama-lama?” Fatini menjuihkan bibir. Dahlia mencebik. Manalah dia tahu suhu di dalam perpustakaan akan jadi sedingin ini. Sedangkan selalunya biasa-biasa sahaja. Hari-hari lain dia boleh duduk berterusan selama tiga empat jam di dalam perpustakaan ini untuk mengulang kaji pelajaran. Suasana nyaman, belajar pun mudah fokus. Biasanya Dahlia akan menggayakan pakaian yang tidak terlalu tipis dan tidak terlalu tebal. Dia tidak suka
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 83
melaram untuk ke kelas. Pakaiannya cuma baju kurung, blaus atau kemeja dan jean. Tetapi entah kenapa hari ini suhu di dalam perpustakaan terdekat di fakultinya sejuk semacam. Baru duduk dua jam, Dahlia rasa seolah-olah jarinya terkena frost bite. Punyalah sejuk sampai terasa mencucuk ke tulang sulbi. Sudahnya, dia mengajak Fatini untuk balik sebelum masing-masing ‘membeku’ di ruang studi. Mereka berdua duduk di bangku yang menghadap bangunan menara utama. Ada dataran yang dihiasi pancuran air kecil di sana. Malangnya, pancuran air itu sudah lama rosak. “Lepas ni kau nak buat apa?” tanya Fatini sebelum mengoyakkan plastik bungkusan biskut Samlip. Dahlia menyentuh hujung hidung. Kedinginan perpustakaan membuatkan hidungnya mula berair. “Nak sambung study lagi?” “Kau ada apa-apa nak buat ke lepas ni?” Dahlia membalas soalan dengan soalan. Dia menggigit biskut yakgwa yang dibawa Fatini. Biskut tradisional dari Korea yang berbentuk bunga itu terasa manis dan melekit kerana campuran madu. Apabila dikunyah pula terasa seperti ada rasa-rasa bijan. Sedap sangat. Cocok dimakan ketika kesejukan.
84 | AIDIL GHAZALI
“Tak ada plan apa-apa.” “Tak nak joging?” “Esok-esoklah,” balas Fatini sebelum meneguk air kopinya. “Lagipun tak seronok nak lari sorang-sorang. Nak harapkan kau? Jenuh. Lagi penat mengajak daripada penat berlari.” “Aku tak ada kasut yang selesa nak joging.” Dahlia gelak kecil. “Yalah tu.” “Betul.” “Aku dah dengar alasan yang sama sejak dari sem satu lagi.” Fatini sengaja menyindir. “Cakap ajelah yang kau malas. Kan senang.” “Okey, aku malas.” Fatini segera mencucuk jari telunjuknya ke pinggang Dahlia. “Kuat nau loyar buruk.” “Apa ni Atin? Atin, jangan!” Dahlia ketawa kerana terasa geli. Fatini hanya berhenti selepas segan kerana ada orang lain yang melihat. Selepas beberapa minit duduk di luar, tubuhnya tidak lagi menggigil seperti tadi. Hidungnya juga tidak lagi berair. Mereka berdua hanya berborak kosong sambil menghabiskan air dan biskut. JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 85
“Atin, nanti aku nak minta tolong kau, boleh?” “Tolong apa?” “Aku ada tempah poster dengan bunting untuk bahan kempen pilihan raya MPP nanti. Teman aku pergi Seksyen 2, Atin. Kita ambil di kedai printing tu.” “Guna kereta aku?” “Yalah.” Fatini pandang Dahlia lalu menyepetkan matanya. “Ala, nanti aku hulurlah duit minyak sikit.” Fatini mengetik ibu jari. Dia tersengih-sengih. “Itulah yang aku nak dengar tu.” Dahlia menyengirkan hidung. Sambil mengunyah biskut, dia mengomel, “Poster tu banyak. Bunting tu pula besar gedabak. Takkan aku nak angkut naik skuter sorang-sorang. Melayang tengah jalan nanti. Ada kau senang sikit. Nanti kau boleh tolong punggah naik fakulti sekali, kan? Thanks, Atin.” “Amboi, main order aje nampak?” Dahlia ketawa. Kepalanya dilentokkan ke bahu Fatini. “Siapa lagi yang nak tolong aku? Kau ajelah kawan aku yang paling baik hati dari dulu sampai sekarang.”
86 | AIDIL GHAZALI
“Patutlah beria-ia nak bertanding. Memang jenis kaki kipas rupanya!” Dahlia hanya gelak ingkak. Matahari sudah condong di kaki langit. Sayupsayup terdengar azan asar berkumandang dari corong Pusat Islam yang berdekatan. Jadual kuliah mereka hari ini tidak begitu padat dengan kuliah dalam kelas atau praktikal di dalam makmal. Ada waktu lapang pada waktu petang yang boleh digunakan untuk beriadah atau perkara-perkara lain. “Baliklah.” “Jom.” “Baju kotor aku dah menimbun kat rumah sewa tu. Mendobilah aku petang ni,” kata Fatini sebelum menggumpal plastik snek. “Makanan kucing aku pun tinggal sikit. Kebulur pula Sushi tu nanti kalau aku terlupa.” “Jumpa esok, beb.” “Bye-bye, Atin.” Dahlia melambai rakannya. Mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Fatini pergi ke tapak parkir kereta di sebelah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, sementara Dahlia menuju ke arah skuternya yang diletakkan di Fakulti Sains Gunaan.
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 87
***
Ehsan melihat jam. Ada banyak masa lagi sebelum dia perlu menghadiri latihan Muay Thai di Dewan Sukan Tempur di Seksyen 6. Masih sempat untuknya buat sesuatu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Memastikan tidak ada mata yang memerhati. Tangannya mencekak pinggang. Ada satu hal nakal yang melintas dalam fikirannya ketika ini. Buat? Atau tak buat? Selepas beberapa lama berdiri, Ehsan mencangkung di tepi skuter itu. Tubuhnya terlindung daripada pandangan orang. Selepas habis kelas tadi, Ehsan melepak di bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar di Fakulti Sains Gunaan sampai petang. Bukan buat apa sangat pun, cuma bersembang dan menunjukkan muka di depan ahli jawatankuasa. Semasa berjalan ke tapak parkir fakulti, Ehsan ternampak skuter yang sangat menyerlah berbanding motosikal lain. Dia kenal pemilik skuter merah jambu itu. Itu skuter Dahlia. Tanpa dirancang, datang satu idea nakal dalam fikirannya. Ehsan masih sakit hati apabila mengenangkan perbualannya dengan Prof. Zulkifli tempoh hari. Dia
88 | AIDIL GHAZALI
ada bertanya perkara yang sama semasa berada di bilik MPP tadi, tetapi mereka semua tidak pasti siapakah yang menyebarkan berita palsu itu. Tiada siapa yang tahu. Cuma Ehsan ada mengesyaki seseorang. Dia yakin pemilik skuter merah jambu itulah yang menjadi dalangnya. Cuma bukti kukuh belum ditemui lagi. Bibir Ehsan mengukir senyuman keji. “Tayar belakang? Tayar depan ... atau keduaduanya sekali?” Ehsan menggumam sendiri. Tanpa perlu fikir panjang, Ehsan merancang mahu memancitkan tayar belakang skuter merah jambu itu. Padan muka Dahlia. Membayangkan Dahlia terhegehhegeh menolak skuternya yang pancit sahaja sudah cukup lucu. Apatah lagi melihat sendiri di depan mata. Tangannya sudah dekat dengan rim. Hanya tinggal menekan punat untuk mengeluarkan angin. Sampai kempis dia akan kerjakan. Biar Dahlia balik rumah sambil menangis. Ehsan ketawa ingkak seorang diri. Membayangkan sahaja sudah buat dia puas. “Kau buat apa tu?” Ehsan terkedu. Dia kenal sosok pemilik suara itu. “Apa kau buat dekat skuter aku?”
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 89
“Er ...” Tubuh Ehsan membatu. Suaranya terkulum di halkum. Sedar yang dia sudah terperangkap ketika melakukan onar. Entah bila Dahlia sampai pun dia tidak perasan. Tahu-tahu sahaja mangsanya sudah berada di belakang. Otaknya cergas berfikir mencari alasan. “Kau
nak
curi
skuter
aku
ke?!”
Dahlia
menengking. Tangannya segera menyeluk saku beg untuk mengeluarkan telefon bimbit. “Bagi free skuter buruk ni pun aku tak ingin.” “Skuter buruk kau cakap?” Dahlia mula panas. “Nak aku ulang dua kali ke?” “Kalau bukan sebab nak mencuri, kenapa kau dekat-dekat skuter aku? Mana motor kau?” Dahlia sudah menekan butang record sebagai satu langkah berjagajaga. Siapa tahu lelaki di depannya ini akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. “Jangan nak perasan. Duit syiling aku tercicir kat sini tadi.” “Yalah tu.” Ehsan buat muka toya. “Tak percaya sudah.” Dahlia menyepetkan mata. Sangsi dengan jawapan itu. Tidak mungkin Ehsan ada berdekatan skuter itu 90 | AIDIL GHAZALI
semata-mata untuk mendapatkan duit syiling. Dia jadi curiga. “Jauh-jauh sikit eh ... jangan duduk dekat skuter aku,” kata Dahlia lagi, kamera telefonnya dihalakan ke arah Ehsan. Sangkaannya tidak meleset. Apabila diperiksa, penutup punat tayar belakang skuternya terbuka. Dia merakam lebih dekat. “Kau nak pancitkan skuter aku? Tergamak kau kan buat macam tu kat perempuan. Jahat gila!” Nada suara Dahlia naik satu oktaf. “Si ... siapa kata?” “Hah, tengok tu. Kantoi!” Ehsan sedar tindakannya sudah dihidu. Dia perlu segera meloloskan diri. Panjang ceritanya nanti kalau Dahlia tahu perkara sebenar. “Malas aku layan kau.” Ehsan mengorak langkah. “Hah, nak pergi mana tu?” “Balik. Tak kuasa aku nak layan perempuan senget petang-petang ni.” Dahlia seperti gunung berapi yang sudah lama dorman dan hanya menanti masa untuk meluahkan lahar. Kali ini benar-benar mahu meletus. Bukti sudah ada di JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 91
depan mata. Masalahnya orang yang disyaki pula tidak mahu mengaku. Dia tidak peduli. Apa yang akan jadi, maka jadilah. Kamera telefonnya juga masih merakam supaya video itu boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku apa-apa nanti. “Apa pasal kau ikut aku ni?” “Kau yang buat hal dulu.” Dahlia belum mahu mengalah. Ehsan mahu memakai topi keledar tetapi tangan Dahlia lebih cepat merampasnya. “Ya Tuhan, apa kau nak ni Dahlia oi? Rimas tau tak? Tak ada siapa nak pancitkan tayar skuter cabuk kau tu.” “Aku record ni ... aku record.” “Suka hati kaulah.” “Aku viral-kan dalam grup fakulti.” Kali ini Dahlia main ugut-ugut pula. Ehsan menghembus nafas. Nampaknya tidak akan selesai dengan cara semudah ini. “Okey, apa kau nak sebenarnya?” “Confession kau.” “Pasal apa?”
92 | AIDIL GHAZALI
“Mengaku yang kau berniat nak pancitkan tayar skuter aku.” “Ya, memang aku yang buat. Puas hati?” Ehsan terpaksa mengalah kerana sudah malas mahu melayani kerenah Dahlia. Boleh miring otaknya menghadap perempuan senget ini. “Salah kau juga. Siapa suruh bawa mulut dengan lecturer, sebarkan berita tak betul pasal aku.” “Bawa mulut? Siapa?” “Kaulah.” “Sejak bila ... nanti dulu ... aku cakap apa?” Dahlia menuding dirinya sendiri. “Hah, tak mengaku.” “Nak buat apa mengaku? Bukan aku yang buat. Sorry sikit, bukan level aku nak burukkan orang. Aku tak buat, buat apa nak mengaku. Lainlah macam kau.” Ehsan sangsi dengan penafian itu. Biasalah. Adat orang buat salah. Mesti Dahlia mahu jaga air muka sendiri. Mustahil Dahlia mengaku. Dia tahu yang perbualan dengan Dahlia ini tidak akan ke mana-mana dan hanya membuang masa.
JANGAN KACAU AKU BOLEH TAK? | 93
“Tak ada kerja aku nak layan kau. Lagi bagus aku pergi training.” Ehsan segera menyarung topi keledar ke kepala. “Sama. Not worth my time!” sahut Dahlia pula. Yang penting sekarang, Dahlia sudah dapat video pengakuan daripada tuan punya badan sendiri. Barulah dia puas hati. Jika Ehsan buat lagi nanti, tahulah dia hendak buat apa. Bukan setakat di fakulti, di semua platform media sosial dia akan hebahkan biar satu Malaysia tahu perangai sebenar Ehsan. Biar Ehsan malu sampai terpaksa pergi ke mana-mana pakai topeng. Dahlia kembali memeriksa skuter pemberian bapanya. Tidak ada sebarang goresan pada cover set, kedua-dua tayar masih banyak angin dan cermin sisi juga masih utuh. Naluri kewanitaannya tidak tersalah. Mujur dia terdetik mahu pulang segera. Terlambat sikit, tentu dia terpaksa pulang dengan tayar yang pancit. Motosikal yang ditunggang Ehsan keluar dari kawasan parkir. Ekzosnya menderam-deram kerana Ehsan sengaja memerah pendikit. Dahlia menyengir. Geram dan sakit hati saling mengacak-acak diri. ‘Dasar perangai rempit!’ gerutu hati Dahlia lagi.
94 | AIDIL GHAZALI
Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:
www.imanpublication.com
@imanpublication
https://t.me/KakIman