Skip to main content

Duduk Sebentar oleh Fakhrul Islam

Page 1

Fakhrul Islam


Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

No. Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com

Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12, JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Pereka Bentuk Sampul Buku Pereka Letak

No. Tel: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com

: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Fakhri Fadzli : Auni Zainal : Umairah Shafei : Ahmad Muziru Idham Adnan : Ilham Nordin : Fakhrul Islam : Husna Ab Rahman : Husna Ab Rahman : Haziq Razack

DUDUK SEBENTAR: BAGAIMANA KHUSYUK DAPAT MEMBERI KELEGAAN DALAM DUNIA SERBA LAJU Cetakan Pertama Januari 2024 ISBN 978-967-2459-99-6

Dicetak oleh: Mihas Graf ik Sdn Bhd No 8, Jalan SR 4/18, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.


Fakhrul Islam

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Bahagian 1

Terganggu dengan Semua Perkara

DUDUK SEBENTAR | 27


Tambah Serabut dengan Teknologi Semua keserabutan dan kesesakan yang kita alami rupa-rupanya tidak terhenti di situ. Kita tersedar bahawa perasaan itu lebih memburuk dengan suasana kehidupan hari ini yang serba-serbi pantas dan cepat, lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial. Pada abad ke-21 ini, kita telah menyaksikan perkembangan dan kemajuan teknologi yang kelihatannya begitu indah mewarnai. Tidak cukup sekadar itu, bahkan begitu banyak urusan harian dapat dipermudah dengan kerancakan perkembangan teknologi ini. Semua ini ternyata memberikan kebaikan dan manfaat yang sangat besar. Jika direnung dan dibandingkan dengan segala kemudahan yang kita nikmati kini, ternyata usaha orang terdahulu dalam bekerja dan menuntut ilmu begitu mencabar. Misalnya, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang sukar dan jauh hanya untuk menuntut ilmu atau mengesahkan kesahihan sesebuah hadis. Kesungguhan ini boleh dilihat ketika membaca kisah dan sirah kehidupan tokoh-tokoh ilmuwan terdahulu.

DUDUK SEBENTAR | 29


Antaranya, kisah perjalanan ulama hadis seperti Imam alBukhari dan Imam Ibn al-Mubarak. Imam Ibn al-Mubarak malah dikenali dengan gelaran al-Saffar, iaitu orang yang sangat banyak mengembara. Beliau berjalan mencari guru dan ilmu dari hujung utara Syam (pada hari ini ialah kawasan Syria, Jordan, dan Palestin) hinggalah ke selatan Yaman. Kesungguhan mereka ini memberikan inspirasi buat kita. Di satu sudut yang lain pula, ia menjadikan kita lebih bersyukur atas kurniaan yang diterima kini. Sebaliknya, berbeza pula dengan keadaannya pada hari ini, di mana kita hanya perlu melayari laman sesawang berkaitan atau membuka aplikasi tertentu dengan menggunakan hujung jari sahaja untuk mempelajari ilmu yang sama. Semuanya dilakukan tanpa perlu merentas wilayah dan daerah, atau melangkah kaki mencecah ribuan batu dan kilometer. Kemudahan ini telah membuka fikiran kita kepada pelbagai cabang ilmu dan permasalahan yang mengatasi zaman. Malah, ia juga menjimatkan masa, wang, dan tenaga. Meskipun begitu, kecanggihan yang dilihat begitu sempurna dan ideal ini juga ada kekurangannya. Kemudahan meneroka begitu banyak perkara dalam satu-satu masa menyebabkan sebahagian daripada kita tidak lagi mempunyai kemampuan fokus yang tinggi. Jika menuntut ilmu, ada yang tidak mahu berlama-lamaan dalam proses tersebut. Kita mahukan semuanya dapat secara

30 | FAKHRUL ISLAM


segera; cepat tetapi sarat. Lebih membimbangkan lagi apabila apa yang dimahukan bukan lagi perkara yang dirasakan berat, sebaliknya perkara yang ringan sahaja. Kita inginkan sesuatu yang tidak perlu menggunakan fikiran secara maksimum atau benda yang sangat mudah dan pantas diperoleh. Apabila kita tidak mampu lagi untuk memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara, maka kita cenderung untuk melompatlompat dari satu perkara kepada perkara yang lain. Misalnya, kita sedang tumpukan kepada perkara A, kemudian kita mahu segera beralih ke perkara B tanpa menyelesaikan dengan baik apa yang kita cari pada perkara A terlebih dahulu. Belum sempat menyelesaikan perkara B, kita sudah berpindah pula kepada perkara C. Akhirnya, fikiran kita mula serabut dan tidak terurus. Kesannya, kita mudah beremosi kerana keserabutan itu seolah-olah telah menghempap kita bertubi-tubi tanpa sempat memberikan kita ruang untuk berfikir dan bertenang. Hakikatnya, inilah algoritma yang dibangunkan di media sosial. Setiap perkara yang dilihat menjadikan kita semakin buntu dan keliru dengan kemahuan dan keperluan diri. Fenomena ini disebut sebagai constant bombardment of message, iaitu satu keadaan di mana seseorang menerima satu bentuk mesej atau agenda yang kuat dan diserang bertubi-tubi tanpa henti supaya seseorang itu

DUDUK SEBENTAR | 31


terkesan atau terpengaruh dengan mesej yang dibawakan. Pada setiap perkara yang kita tonton dan lihat, wujud suatu unsur yang “memaksa” kita untuk mengambil bahagian dan memilih. Malah, dalam sebuah kajian ada menyatakan bahawa orang dewasa dan remaja yang meluangkan lebih banyak masa di media sosial akan lebih cepat terganggu dan hilang fokus1. Simptom ini disebut sebagai online vigilance. Simptom ini bermaksud seseorang yang hanyut dalam dunia atas talian secara berterusan boleh menjadikan diri mereka sukar untuk mengalihkan perhatian daripadanya, termasuklah di media sosial. Kehidupan dalam talian kelihatan lebih menggiurkan daripada realiti di hadapan mata. Situasi ini lebih membimbangkan apabila paparan informasi bertali arus menghidangkan perlumbaan tentang siapa yang patut kita jadi, apakah yang patut kita buat, barang apa yang perlu kita miliki, dan segala tips tentang gaya hidup yang kononnya terbaik dan paling ideal. Akibatnya, ia mengganggu tumpuan kita terhadap perkara yang sepatutnya diutamakan dalam kehidupan seharian. Gangguan demi gangguan ini menyebabkan kita rasa sesak dan serabut, ditambah pula dengan masalah sedia ada yang sudah menghimpit.

1 George Aalbers (2019). Social media and depression symptoms: A network perspective, Media Psychology 2022, VOL. 25, NO. 3, 343–366

32 | FAKHRUL ISLAM


Aku Sahaja yang Belum Berjaya Apabila terlalu asyik membandingkan diri dengan orang lain, kita juga lupa untuk memberi perhatian kepada kejayaan-kejayaan kecil kita. Walhal, setiap langkah kecil atau besar yang kita lakukan pun adalah “gol-gol” yang kita telah berjaya jaringkan. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah terlibat menulis dengan salah satu rumah penerbitan. Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan rumah penerbitan yang lain bermula dari tahun 2021 sehingga 2023. Tetapi, saya tidak nampak apa-apa hasil daripada usaha saya. Kadang-kadang, saya berjaga sampai pukul dua atau tiga pagi semata-mata mahu menulis. Ada satu ketika, saya dijanjikan bahawa buku saya akan diterbitkan semasa pesta buku, namun kemudian akibat kesibukan yang rencam, sehingga kini belum nampak hasilnya.

DUDUK SEBENTAR | 33


Situasi ini menimbulkan luka yang sangat dalam. Kenapa sehingga sekarang tidak dapat hasilnya? Jika tidak dapat bergelar penulis pun, sekurang-kurangnya saya mahu tengok hasilnya setelah bersengkang mata dan berpenat lelah. Adakah saya layak bergelar sebagai seorang penulis? Sebab saya masih belum nampak pun penulisan tersebut. Pada ketika ini, saya mempersoalkan kelayakan saya sebagai penulis. Kalau betul penulis, di manakah hasilnya? Di manakah bukunya? Lebih mengesankan lagi adalah apabila melihat rakan-rakan lain di media sosial yang hebat dengan pencapaian dan kejayaan masing-masing. Ya, tiada salahnya untuk orang lain berkongsi kegembiraan mereka. Cuma saya sahaja yang masih bergelut dengan konflik dalaman peribadi. Ia menjadi gangguan buat saya apabila melihat orang lain berjaya, dan bukannya saya. Apabila melihat kejayaan orang lain, saya mula memperkecilkan segala usaha saya selama ini. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan saya sampai ke tahap yang merasakan bahawa diri sendiri sebagai nilai, tiada makna hidup, dan tidak layak untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Meskipun saya tidaklah sampai ke tahap itu, namun saya juga perlu berwaspada agar tidak terlalu hanyut dengan tanggapan sedemikian. Pada waktu itu, saya cuba memujuk diri sendiri dan mengingatkan bahawa setiap usaha saya itu sebenarnya merupakan satu pencapaian.

34 | FAKHRUL ISLAM


Tidak Tahu Apa yang Aku Mahu Tidak dinafikan bahawa teknologi hari ini adalah sesuatu yang perlu dihargai dan telah banyak memudahkan urusan kita. Namun begitu, keburukannya juga harus diwaspadai. Salah satunya adalah lambakan informasi yang tiada henti-henti hingga memberi kesan terhadap kehidupan penggunanya. Misalnya, kalau dulu hendak makan daging, kita boleh membayangkan sebilangan menu sahaja. Kalau bukan rendang daging, mungkin daging singgang atau dua tiga menu yang lain. Berbeza dengan hari ini, di mana kita ada terlalu banyak pilihan. Sebutlah apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran – daging keju bakar, daging masak ala Korea, daging sambal balado, daging perap sos lada hitam, dan sebagainya. Akhirnya, kita buntu mahu makan apa kerana terlalu banyak pilihan yang ada. Situasi ini turut berlaku dalam urusan atau hal-hal lain. Lambakan informasi yang kita lihat ini seperti memberikan banyak manfaat, tetapi rupa-rupanya ia juga membawa keburukan. Manusia menjadi serba tahu, tetapi ironinya manusia juga semakin tidak tahu apa yang sebenarnya dia perlukan.

DUDUK SEBENTAR | 35


Media sosial menyebabkan kita mengetahui banyak perkara, tetapi tidak semua daripadanya merupakan informasi yang diperlukan. Misalnya gosip-gosip artis, kisah-kisah rumah tangga orang lain, atau isu-isu viral yang tidak berkaitan dengan diri kita. Semua informasi ini ialah informasi yang tidak membantu kita dalam mencapai tujuan utama kehidupan kita. Saya percaya bahawa hal ini merupakan antara gangguan yang kita semua lalui, termasuklah diri saya sendiri meskipun dalam urusan semudah memilih lauk untuk dimakan. Contohnya, hari ini saya makan nasi dengan tomyam kerana terlihat seorang kawan berkongsi di Instagram. Esoknya pula, saya ternampak seorang lagi kawan lain yang berkongsi hidangan berbeza pula, lalu saya pun terikut-ikut untuk memilih menu yang sama. Lambakan informasi ini menyebabkan saya sendiri terganggu dan akhirnya cenderung mengikuti apa-apa sahaja yang saya lihat sehingga saya terlepas pandang tentang keinginan atau keperluan saya. Contoh yang saya bawakan agak mudah, namun cuba renungkan sejenak kehidupan harian kita. Pasti ada sekurangkurangnya satu situasi yang membuktikan bahawa kita membuat keputusan tertentu hanya kerana mengikuti kenalan di media sosial. Malangnya, setelah beberapa tempoh, kita menyesal dengan pilihan tersebut.

36 | FAKHRUL ISLAM


Barry Schwartz, seorang ahli psikologi Amerika yang mengkaji berkenaan psikologi sosial menyebutkan bahawa lambakan pilihan merupakan suatu perkara yang baik kerana ia menggambarkan perkembangan kebijaksanaan manusia. Namun begitu, ia masih memerlukan sempadan. Kesan daripada ketiadaan batasan ini menjadikan manusia hilang kekuatan dalam diri mereka. Hal ini akan menjadikan manusia cenderung membuat keputusan yang lebih lemah.1 Kesannya, lama-kelamaan hidup kita mulai hilang makna. Kita pun hidup dalam keadaan autopilot, atau hanyut dengan mengikut corak kehidupan orang di sekeliling. Sebab

itulah

kita

perlu

faham

bahawa

teknologi

ini hanyalah alat. Alat ini boleh menjadi manfaat ataupun mudarat bergantung kepada manusia yang menggunakannya. Jika tidak digunakan dengan sewajarnya, ia boleh membuatkan kita penat dan terganggu. Kita terlalu banyak berfikir tentang perkara-perkara yang tidak perlu. Kita mulai hilang kawalan terhadap hidup sendiri. Jadi, penting untuk kita membataskan atau menapis informasi yang diterima kepada perkara yang kita benar-benar perlukan sahaja.

1 Barry Schwartz. 2005. The Paradox of Choice: Why More Is Less. New York: Harper Perennial.

DUDUK SEBENTAR | 37


Bahagian 4

Mengurus Gangguan dengan al-Quran

DUDUK SEBENTAR | 127


Membina Fokus Melalui Solat Pernahkah kita melalui satu hari yang menyesakkan? Mungkin ada perkara yang tidak kena di tempat kerja, ada isu dengan klien, bergaduh dengan mak ayah, ada masalah dengan pelajaran dan sebagainya sehinggakan hari yang dilalui terasa amat panjang dan melelahkan. Dalam kepenatan ini, kita mungkin akan pulang ke rumah, bersendirian di dalam bilik, dan merenungi hari yang panjang. Dalam hati, kita mesti ingin mengadu kepada seseorang yang betulbetul kita rapat. Kita ingin meluahkan perasaan dengan harapan ia akan memberi kita kekuatan untuk melalui hari itu dengan lebih positif atau barangkali lebih bersedia untuk hari esok. Kadang-kadang, “dia” yang kita mahu luahkan itu ialah Allah SWT – Pencipta kita sendiri.

150 | FAKHRUL ISLAM


Solat ialah ruang untuk kita bercakap dengan Allah SWT – ruang untuk kita mengadu dan berhenti sejenak daripada hari yang panjang dan melelahkan jiwa. Solat ternyata boleh merehatkan jiwa. Namun begitu, bukan sembarangan solat boleh mengubat jiwa kita. Solat yang betul-betul mampu memberi ketenangan ialah solat yang penuh khusyuk; solat yang betul-betul menjadi penghubung antara kita dengan Allah SWT.

1. Khusyuk menjalani hidup Apabila kita bercakap tentang konsep gangguan, kita sering diberikan jawapan tentang menjadi intentional ataupun mindfulness. Apakah konsep ini ada di dalam Islam? Pernahkah Allah menyebut tentang konsep ini di dalam al-Quran? Dalam al-Quran, Allah SWT telah menyebutkan perihal khusyuk. Apakah maksud khusyuk ini? Firman Allah SWT:

DUDUK SEBENTAR | 151


َ ۡ ۡ ََۡ َ ١ ‫َق ۡ​ۡد َأۡفَل َ​َح ٱۡل ُ​ُمۡؤِم ُُِنوَن‬

َ � ُ َ � ٢ ‫ِيَن ُه ۡ​ۡم ييِف َ​َص اَلاِت ِ ِ​ِه ۡ​ۡم َٰخِٰشِ ُ​ُعوَن‬ ‫ٱِذَّل‬

“Sesungguhnya

berjayalah

orang-orang

yang

beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1-2) Dalam ayat ini dinyatakan tentang orang-orang beriman yang berjaya. Mereka berjaya kerana khusyuk atau memberi tumpuan dalam solat mereka; memberi tumpuan terhadap setiap rukun solat; betul-betul menjaga setiap pergerakan dan ucapan yang dibaca. Sambil membaca bacaan dalam solat, mereka menghayati maksudnya. Solat menjadi ruang penyerahan diri kepada Allah SWT. Mereka berusaha untuk tertib agar tidak melanggar peraturan solat. Misalnya ketika takbiratulihram, mereka betul-betul mengangkat tangan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Inilah yang Allah SWT ingin ajarkan kepada kita melalui solat.

152 | FAKHRUL ISLAM


Khusyuk

ialah

memberi

tumpuan

kepada

setiap

percakapan, pergerakan, dan perbuatan kerana dalam solat kita tidak boleh melakukan sebarang perkara lain. Dalam solat, kita hanya disarankan untuk benar-benar mengingati Allah SWT serta meninggalkan seketika segala hal-hal yang memenuhi fikiran dan hati kita. Demikianlah perkaitan antara khusyuk dan konsep mindfulness sebagaimana yang diamalkan pada hari ini. Ada juga ulama yang mendefinisikan khusyuk sebagai tenang, tunduk, patuh, dan tetap. Ia sangat berkait dengan konsep memberi tumpuan yang berlawanan dengan sifat terganggu. Orang yang mudah terganggu senang beralih ke sana sini dan tidak dapat duduk dengan tenang. Dia sentiasa berasa perlu untuk merespons atau bertindak dalam apa-apa jua keadaan. Konsep khusyuk yang kita belajar daripada solat ini mampu mengesani perbuatan seseorang di luar solat juga. Orang yang memberi tumpuan dalam solat tentunya akan memberi tumpuan juga dalam kehidupannya.

DUDUK SEBENTAR | 153


Dalam solat, kita belajar bahawa hanya perbuatanperbuatan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dilakukan dalam ibadah tersebut. Kalau kita menambah perbuatan, maka solat itu menjadi tidak sah. Jadi, kita akan solat dengan berhati-hati agar solat kita diterima. Begitulah solat mengajar kita untuk berhati-hati dalam hidup. Sebelum atau selepas melakukan sesuatu, kita akan bermuhasabah atau berhenti sejenak untuk berfikir sama ada perbuatan kita itu diredai oleh Allah SWT ataupun tidak. Hasilnya, dia tidak akan mudah terganggu dengan sebarang bentuk gangguan di dunia. Khusyuk dalam solat telah melatihnya untuk memberi tumpuan dan sedar terhadap

setiap

perbuatannya.

Misalnya,

perbuatan

mencarut atau bercakap lucah. Mungkin dalam sesetengah keadaan, kita rasakan bahawa hal ini merupakan perkara biasa sahaja disebabkan budaya di tempat kita atau kita tidak benar-benar memaksudkannya pun. Namun begitu, kalau kita betul-betul sedar dengan perbuatan tersebut, kemudian berhenti dan berfikir panjang, “Allah suka ke? Nabi suka ke?”, mungkin kita akan merasa bersalah mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian.

154 | FAKHRUL ISLAM


Atau

contoh

lain,

seseorang

mungkin

terhanyut

dengan media sosial. Tetapi selepas tersedar, dia boleh menguruskan gangguan tersebut dengan baik. Gangguan itu tidak membuatkan dia leka dan lupa terhadap prinsip dan tujuan hidupnya. Khusyuk akan sentiasa mengikat kita dengan big why hidup kita, iaitu untuk sentiasa beribadah kepada Allah SWT. Inilah antara perkara yang kita boleh belajar daripada konsep khusyuk yang sangat berkait dengan konsep mindfulness.

2. Tamakninah – berhenti sekejap dan bertenang Satu lagi cara untuk kita berlatih memberi tumpuan adalah dengan menghayati rukun tamakninah dalam solat.

Ia

merupakan satu rukun yang jarang diberi perhatian. Rukunnya kelihatan kecil, tetapi besar kesannya dalam kehidupan. Selama ini, kita barangkali sedar bahawa kita menganggap tamakninah sekadar bertujuan menjadikan kita tidak melakukan solat dengan tergesa-gesa. Ya, kefahaman itu betul. Namun begitu, ia tidak sebatas menahan kita daripada melakukannya dalam keadaan yang

DUDUK SEBENTAR | 155


laju dan cepat. Lebih besar daripada itu, ia mengajarkan kita konsep yang sangat penting dalam kehidupan, iaitu jeda (pause). Terlebih dahulu, penting untuk kita memahami apa itu

tamakninah. Tamakninah berasal daripada kalimah ‫إطمأنا‬

(itma’anna), iaitu bertenang atau berhenti seketika. Dalam solat, kita perlu tamakninah, iaitu bertenang sebentar pada satu rukun dalam solat sebelum berpindah kepada satu rukun yang lain. Tamakninah merupakan peluang untuk kita memperlahankan gerakan, memerhati, dan merenungi bacaan dalam solat. Tamakninah mengajar kita untuk betulbetul fokus dan memerhatikan segala gerak-geri kita.

Dengan tamakninah, kita tidak akan solat dalam keadaan tergesa-gesa atau cepat-cepat menyudahkannya. Apabila terbiasa mendidik diri untuk tamakninah dalam solat, maka sifat bertenang inilah yang akan membantu kita untuk mengawal gangguan di luar solat. Dalam dunia yang serba pantas kini, kita cenderung untuk melakukan apa-apa jua pekerjaan dengan cepat sehingga kadang-kadang kita lupa untuk memerhatikan kualiti. Akhirnya, kita melakukan kesilapan yang akan merugikan

156 | FAKHRUL ISLAM


diri dan merosakkan reputasi. Maka, tamakninah mengajar kita untuk berhenti sebentar (take a pause) dan merenungi semula setiap ucapan dan tindakan kita. Tamakninah juga membantu kita dalam situasi yang tegang dan penuh emosi. Pada saat kita berasa marah terhadap seseorang, berhentilah sekejap daripada berbuat apa-apa. Ambil ruang dan tariklah nafas dalam-dalam untuk mengembalikan fokus kita. Ketika kita boleh berfikir dengan lebih rasional, ia dapat mengelakkan sebarang kata-kata atau tindakan yang mungkin kita akan sesali kemudian. Ada ketika, kita juga tergesa-gesa untuk membuat keputusan yang besar dalam hidup. Misalnya, memilih tempat

untuk

menyambung

pelajaran

atau

memilih

pekerjaan pertama. Maka, tamakninah mengajar kita untuk bertenang dan berfikir terlebih dahulu dari semua aspek sebelum membuat keputusan. Kesimpulannya,

mengamalkan

tamakninah

dalam

kehidupan bukan sahaja akan menjadikan kita lebih baik dalam menghadapi cabaran, bahkan turut membantu kita untuk mengambil tindakan yang memberikan kesejahteraan kepada diri. Hasilnya, jiwa kita akan lebih tenang dan dapat memberi tumpuan dalam kehidupan.

DUDUK SEBENTAR | 157


Bersaing Hanya dengan Diri Sendiri Ada satu kisah menarik yang saya rasa kita boleh belajar daripadanya, iaitu kisah tiga orang sahabat yang bertemu para isteri Nabi dan bertanyakan tentang ibadah baginda. Lalu apabila diberitahu tentang ibadah Nabi SAW, mereka pun merasakan betapa jauhnya amalan mereka berbanding baginda SAW. Kalau ibadah baginda, seorang manusia yang Allah SWT telah jamin dosanya terampun pun sudah sebegitu hebat, tentulah mereka yang begitu banyak dosa perlu berbuat lebih lagi. Maka salah seorang daripada mereka pun berkata, “Kalau begini caranya Nabi beribadah, maka aku akan pastikan bahawa mulai hari ini, aku akan solat malam sepanjang malam dan sepanjang tahun. Aku tidak akan berhenti.” Kemudian lelaki kedua berkata, “Kalau begitu, aku berazam mulai hari ini aku akan berpuasa setiap hari, dan aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka.”

158 | FAKHRUL ISLAM


Lelaki ketiga pun tidak mahu ketinggalan. Dia berkata, “Kalau begitulah cara kalian ingin mengatasi Nabi, maka aku tidak akan berkahwin selama-lamanya hatta sampai aku mati sekalipun.” Lalu kisah mereka ini sampai kepada Nabi. Nabi berkata, “Demi Allah, aku ialah orang yang paling bertakwa antara kalian. Tetapi, tidak selamanya aku solat malam; tidak setiap hari pula aku berpuasa; dan aku juga tetap menikahi wanita. Barang siapa membenci sunnahku, maka dia bukan sebahagian daripadaku.”1 Kisah ini mengungkapkan tentang tiga orang lelaki yang ingin menjadi seperti seseorang yang dikagumi, tetapi tidak mengukur kemampuan diri. Mereka ingin menjadi orang yang paling alim atau terbaik ibadahnya. Mereka terlalu ingin mengejar akhirat sehingga mengabaikan pula hak-hak diri di dunia. Satu peringatan yang harus diambil pedoman adalah, dalam membina kehidupan yang bahagia dan tenang di akhirat, kita tidak boleh melupakan kehidupan dunia ini kerana ada hak yang kita perlu penuhi kepada orang di sekeliling, dan ada hak yang kita perlu penuhi untuk keperluan diri sendiri di dunia seperti hak kesihatan diri.

1 Hadis Riwayat al-Bukhari. No Hadis: 5063

DUDUK SEBENTAR | 159


Ada hikmah yang besar Allah SWT merakamkan hadis ini, iaitu supaya kita menyedari masing-masing daripada kita ada kemampuan tersendiri, dan tidak perlu berlumba-lumba dengan sesiapa. Paling penting, adanya keseimbangan dengan memandang akhirat sebagai keutamaan selain memberi tumpuan dan sedar dengan setiap perbuatan yang dilakukan pada hari ini.

160 | FAKHRUL ISLAM


Menikmati dan Meyakini Proses Bayangkan bahawa kita seorang petani yang ingin menanam pokok. Menanam pokok bukanlah satu kerja yang senang. Kita perlu menyiram, membaja, dan sesekali meracunnya. Ini adalah ahsanu ‘amala – amalan terbaik untuk seseorang yang menginginkan hasil yang lumayan daripada menanam pokok. Ada yang perlu tunggu bertahun-tahun barulah nampak hasilnya. Sepanjang waktu penantian tersebut, jika kita tidak bersabar dengan proses bahkan terlalu cepat membandingkan diri dengan hasil tanaman orang lain, maka tentunya ia akan mendatangkan rasa kecewa atau putus asa ke dalam diri kita. Kadang-kadang, kita bertambah kecewa apabila melihat jiran yang menanam tetapi tidaklah banyak usahanya untuk menjaga pokoknya namun cepat memperoleh hasilnya. Pada masa itu, mulalah kita mempersoal usaha dan proses sendiri.

DUDUK SEBENTAR | 165


Maka, di sinilah kepercayaan kita kepada ketentuan Allah SWT yang akan dapat membantu kita mengharungi rasa kecewa ini. Masing-masing daripada kita mempunyai garis masa (timeline) yang sudah ditentukan oleh Allah SWT. Mungkin sekarang kita belum nampak hasilnya, tetapi Dia Maha Mengetahui akan masa yang sesuai dan terbaik untuk kita menuai hasil daripada semua usaha kita. Dia yang menciptakan kita, tentunya Dia yang Maha Mengetahui tentang diri kita. Boleh jadi kita “dihalang” daripada sesuatu yang kita inginkan kerana Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang terbaik buat kita. Misalnya dalam perhubungan kita

dengan

seseorang,

kita

cuba

sedaya

upaya

untuk

mempertahankannya namun ditakdirkan jodoh kita tidak panjang dengannya. Adakah hal ini bermakna kita gagal atau Allah SWT benci kepada kita? Tentulah tidak. Boleh jadi ia adalah penunjuk jalan daripada Allah SWT untuk kita bertemu dengan orang yang terbaik buat kita. Boleh jadi juga ada hasil atau ganjaran yang Dia tidak janjikan di dunia, tetapi diberikan di akhirat kelak. Maka, kita kena terus berusaha, bersabar sepanjang proses itu, dan meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah SWT.

166 | FAKHRUL ISLAM


Begitu juga apabila kita melihat adanya kejahatan, tetapi belum ada balasannya di dunia. Orang yang melakukan kejahatan sepertinya terus bebas menindas orang yang lemah. Kadang-kadang, balasan itu datang dalam cara yang kita tidak jangka. Kadangkadang, Allah SWT memberi peluang kepada orang tersebut untuk bertaubat. Kalaulah kita katakan bahawa bagi setiap perjuangan itu wajib ada kemenangannya, maka bagaimana pula dengan kisah para Nabi yang berjuang bersungguh-sungguh dalam dakwah, tetapi Allah SWT tidak mentakdirkan kejayaan dakwah menurut penilaian kita untuk mereka? Misalnya, Nabi Nuh yang telah berdakwah selama 950 tahun. Ia merupakan satu tempoh yang sangat panjang. Namun begitu, hanya hampir 40 orang sahaja yang beriman. Adakah kita mahu mengatakan bahawa Nabi Nuh tidak berjaya dalam perjuangan dakwahnya? Bagaimana pula dengan Nabi Lut yang hanya sekadar dua orang anak perempuannya sahaja yang beriman dengannya? Hakikatnya, kemenangan yang paling besar dalam dakwah bukanlah berapa ramai yang ikut beriman dengan para Nabi. Sebaliknya, kemenangan yang besar adalah dapat tetap bersabar menyampaikan

dakwah

kerana

mengharapkan

reda-Nya.

Kemenangan dalam perjuangan bukanlah kemenangan kuantiti,

DUDUK SEBENTAR | 167


akan tetapi kemenangan kualiti dalam memperbaiki peribadi sehingga Allah SWT meredai. Dalam hal ini, penting untuk kita merenungi semula firman Allah SWT:

ۡ َ َ​َ َۡ ُ ُ َ ‫ا‬ َ ‫َّجَۡل َ​َنا � ُ​ُهَلۥ ِف‬ ُ ‫ِيَها َ​َما َن َ َ​َش‬ ‫ٓاُء ِل ََِمن‬ ‫ِجَلَة َع‬ ِ ‫َّمَن اَكَن ُي ِ​ِريُد ٱۡلَعا‬ ۡ ‫وٗما‬ ٗ ‫َّنَ​َم َيَ ۡ​ۡص َ​َلٰى ٰ َ​َها َ​َم ۡ​ۡذ ُ​ُم‬ ُ ‫ُّنُِر‬ ٗ ‫َّمَۡد ُ​ُح‬ َ ‫يُد ُ​ُثَّمَ َ​َج َ​َع ۡ​ۡل َ​َنا � ُ​ُهَلۥ َ​َج َ​َه‬ ١٨ ‫وٗرا‬ ِ “Barang siapa menghendaki yang segera, maka Kami segerakan baginya dari itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.”

َ َ​َ ۡ َ​َ ٞ‫ن‬ِٞ‫ٰىَع َل َ َ​َها َ​َس ۡ​ۡع َ​َي َ​َها َ​َو ُ​ُه َ​َو ُ​ُم ۡ​ۡؤِم‬ ٰ � ‫اَد ٱٓأۡلِخ ََِر�ة َ​َو َ​َس‬ ‫َوَمۡن َأ َر‬ ُ ُ ۡ َ ‫َ � َ ا‬ ٗ ‫ُك‬ ‫َفُأ ْ​ْو ٓ​َٰٓلِئَِك اَكَن َ​َس ۡ​ۡع ُ​ُي ُ​ُهم َّمَۡش‬ ١٩ ‫وٗرا‬

“Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguhsungguh sedang dia adalah Mukmin, maka mereka itu

adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (Surah al-Isra’: 18-19)

168 | FAKHRUL ISLAM


Dalam ayat ke-18, Allah SWT menceritakan tentang sikap manusia yang menginginkan balasan segera terhadap perbuatan mereka di dunia. Mereka menginginkan kesenangan yang cepat dan boleh terus dilihat di depan mata mereka, iaitu dunia. Walaupun telah disebut tentang balasan di akhirat yang melimpah ruah, kekal abadi, dan tidak terbayang dek akal, namun mereka tidak mempedulikannya kerana semua itu tiada di depan mata. Manusia yang terganggu dengan dunia ini tidak melihat kepada akhirat, sebaliknya mereka melihat kepada dunia sahaja. Mereka berusaha dan berharap sungguh-sungguh terhadap dunia dan tidak mengharapkan balasan di akhirat. Dalam hal takdir ini, ada beberapa perkara yang perlu kita cermati kerana bimbang jikalau kita bertindak melulu sehingga mencabar keputusan Allah SWT. Misalnya, tutur percakapan kita yang “memaksa” Allah SWT menyegerakan sesuatu kebaikan untuk kita, padahal Dia telah menetapkan sebaliknya. Misalnya dalam peristiwa Hudaibiyah, iaitu peristiwa gencatan

senjata

dan

perjanjian

yang

akhirnya

memberi

kemenangan kepada umat Islam. Pada tahun keenam selepas hijrah umat Islam ke Madinah, Rasulullah SAW bersama sekumpulan umat

DUDUK SEBENTAR | 169


Islam memakai ihram dan membawa binatang korban ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Namun begitu, mereka dihalang oleh orang kafir Quraisy Mekah. Pada ketika itu, mereka sangat memusuhi umat Islam dan berusaha menghalang apa-apa jua usaha penyebaran Islam. Hasil perundingan Nabi Muhammad SAW dengan beberapa orang wakil Quraisy, maka termeterailah Perjanjian Hudaibiyah yang dilihat berat sebelah kepada kafir Quraisy. Secara kasarnya, Nabi Muhammad SAW seolah-olah telah memenangkan kafir Quraisy dan tunduk kepada mereka. Perjanjian itu membolehkan umat Islam masuk ke Mekah untuk menunaikan umrah, tetapi hanya dibenarkan pada tahun berikutnya. Jadi, mereka perlu pulang semula ke Madinah walaupun telah melalui perjalanan yang panjang. Para sahabat mempersoalkan tindakan baginda tersebut. Salah seorang sahabat baginda, Saidina Umar bin al-Khattab datang kepada Nabi seraya berkata, “Wahai Rasulullah, bukankah kita di atas agama yang benar dan mereka berada dalam kebatilan?”1 Baginda menjawab, “Memang benar.”

1 Sirah al-Nabawiyah, Ibn Ishak (2/461)

170 | FAKHRUL ISLAM


Tanyanya lagi, “Bukankah orang kita yang terbunuh berada dalam syurga dan orang mereka berada dalam neraka?” “Memang benar,” jawab baginda. Tanyanya lagi, “Maka, mengapa kita serahkan kerendahan dalam agama kita dan kita berpatah balik, sedangkan Allah belum memutuskan keputusan antara kita dan mereka?” Saidina Umar dan para sahabat lain seolah-olah tidak berpuas hati dan mempersoalkan sama ada boleh meminta Tuhan menyegerakan kemenangan buat umat Islam. Inilah satu konsep yang kita harus imani tentang kedudukan hamba sebagai fakir di hadapan Tuhannya.

َ ‫نَز ۡ​ۡل‬ ٞ‫ري‬ٞ ‫َت ِإَّيَل�َ ِم ِۡۡن َ​َخٖرۡي� َفَ ِ​ِق‬ َ َ‫َ​َر �ِّب ِإ �يِّن ِل ََِمٓا َأ‬ ِ ‫ِ ِي‬ ٖ “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.” (Surah al-Qasas: 24)

DUDUK SEBENTAR | 171


Ini merupakan doa yang diajarkan oleh Nabi Musa kepada kita. Dalam doa ini, fakir ini bermaksud tiada upaya atau tiada apaapa pun. Dalam bahasa mudahnya, apa-apa yang diberi oleh orang itulah yang diambil. Sebagai manusia, inilah konsep yang harus kita fahami bahawa kita sebenarnya tidak boleh meminta atau menuntut apa-apa pun seperti seorang pelanggan kerana pada asalnya kita semua hanyalah hamba. Oleh sebab itu, antara adab yang penting adalah kita tidak boleh meminta sesuatu pemberian itu disegerakan Tuhan. Dalam berdoa, mohonlah apa-apa sahaja tetapi hendaklah dilakukan dalam keadaan penuh adab dan kerendahan hati. Redalah dengan apa-apa sahaja yang dikurniakan Allah SWT, dan percayalah bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita kerana Dia tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya. Apabila doa belum dimakbulkan, kita sendiri tidak tahu cara Dia memakbulkannya. Boleh jadi kita akan dapat yang lebih baik, atau boleh jadi kita akan ditolak bala yang lebih besar. Apabila Dia berjanji, Dia tidak akan sesekali memungkiri.

172 | FAKHRUL ISLAM


Ya, bukan mudah untuk menerima takdir yang sukar. Ada kalanya begitu ringan mulut kita merungut itu dan ini kerana beratnya ujian yang diterima. Pada ketika inilah kita perlu membina hubungan yang baik dengan Tuhan. Ia merupakan sebuah proses yang panjang dan kita perlu melaluinya berkali-kali, tetapi ia sangat membantu kita dalam membina diri. Hubungan dengan Allah SWT boleh menjadi kekuatan terbesar kita dalam hidup. Harapan kepada Allah SWT adalah sebaik-baik talian hayat ketika kita berada di titik yang terendah. Jika hubungan dengan Allah SWT itu baik, maka hubungan dengan diri sendiri dan orang lain juga akan turut menjadi baik. Oleh sebab itu, dengan menyedari hakikat ini, kita akan menjadi orang yang mampu bersabar melalui proses dan menanti hasilnya. Dengan mengetahui balasan yang paling kita nantikan adalah di akhirat, maka ia bukan sahaja menenangkan jiwa kita yang sesak, bahkan membantu kita untuk lebih khusyuk pada amalan yang sedang kita lakukan.

DUDUK SEBENTAR | 173


Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:

www.imanpublication.com

@imanpublication

https://t.me/KakIman


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook