Skip to main content

Berhenti Bekerja

Page 1

Nik Akmal Ameirul Azraie

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

No. Tel.: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com

Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG,SELANGOR.

Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Pelukis Komik Pereka Sampul Buku Pereka Letak

No. Tel.: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com

: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Fakhrur Radzi Ahmad Fuad : Auni Zainal : Nur Izzaidah Abdull Zubi : Maryam Jamilah Khairuddin : : Nik Akmal Ameirul Azraie : Husna Ab Rahman : HaikalKus : Apend : Haziq Razack

KERJAYA

Cetakan Pertama November 2023 ISBN 978-967-

Dicetak oleh: Mihas Graf ik Sdn Bhd No 8, Jalan SR 4/18, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.


BAB 1

“Ada cita-cita tapi tak tahu nak mula dari mana…”

KARIER | 17


Nanti dah besar, Along nak jadi angkasawan macam dia!

Apa yang Along pilih, Abah akan sokong!

Hmm.. yang mana ok? Bidang apa yang mudah dapat kerja ya?

HARI INI

18 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Oh Abah!

Along tengah fikir nak ambil kursus apa.

Apa yang Along pilih, Abah akan sokong!

Ah, dah buruk dah poster ni.

Abah ingat dulu masa kecil Along nak jadi angkasawan. Sekarang, susah nak cari kerja dalam bidang ni kan?

KARIER | 19


Realiti Dewasa Tak Sama dengan Impian Semasa Kecil Sejak zaman sekolah rendah ke sekolah menengah, kita akan ditanya apakah cita-cita kita. Apabila kita masuk universiti, kita akan ditanya apa kerjaya yang kita nak. Cita-cita jugalah. Jadi apabila sudah bekerja, adakah cita-cita ini masih ada? Dalam erti kata lain, adakah cita-cita ini masih relevan ketika kita sudah berada dalam dunia pekerjaan? Bilamana kita masuk ke dalam sesebuah organisasi untuk bekerja, kita akan ditanya tentang Petunjuk Prestasi Utama (KPI Key Performance Iandicator), sasaran bulanan, matlamat jualan, misi dan visi. Pertanyaannya sama, cuma perkataan yang berbeza-beza. Realiti dunia pekerjaan — kerja lebih masa (OT - Overtime), mesyuarat tanpa henti, bersengkang mata untuk menyiapkan laporan, melalui proses penilaian prestasi syarikat (performance review) — kadangkala buat kita rasa seolah-olah ini bukan apa yang diimpikan sewaktu kecil.

20 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Semua ini akan membuatkan kita hilang semangat dengan kerja yang sedang dilakukan. Namun sebenarnya apabila kita bekerja, kita masih perlukan cita-cita.

Cuma cita-cita semasa kita belajar di sekolah dan universiti berbeza dengan cita-cita setelah kita bekerja. Hakikatnya, cita-cita merujuk kepada sebarang matlamat dan sasaran yang kita ingin capai. Dan kita tidak akan boleh hidup, apatah lagi bekerja, tanpa sebarang matlamat atau sasaran. Kedua-duanya merupakan tunjang penting dalam perjalanan hidup dan kerjaya kita. Jika projek jangka pendek dalam setahun pun perlukan matlamat, maka samalah juga dengan kehidupan kita yang panjang ini. Apa akan jadi kalau hidup kita tidak ada cita-cita?

KARIER | 21


Mungkin semasa kita masih muda, kita rasa okey untuk mengikut arus sahaja. Tetapi semakin kita menginjak usia, semakin kita rasa kosong. Kemudian, kita akan cuba mengisi kekosongan itu dengan menyibukkan diri sendiri. Seperti menanam pokok, membela kucing, atau berjimba terus-terusan. Meskipun tidak salah, kita tidak patut melakukan semua ini semata-mata untuk menyibukkan diri dan mengelak daripada merasakan kekosongan hidup. Inilah krisis pertengahan usia (midlife crisis), simptom biasa yang dialami mereka yang berumur 30-an dan 40-an akibat ketiadaan matlamat dan sasaran, sama ada dari segi kerjaya atau kehidupan. Disebabkan itu, kita perlu mempunyai cita-cita atau matlamat. Carilah apa yang anda nak. Kenal pasti apa yang anda mahu.

22 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


•

Nak mati sebagai apa?

•

Apabila anda mati, anda mahu orang sebut anda orang yang bagaimana?

•

Apabila anda mati, apa yang anda tinggalkan untuk keluarga atau generasi seterusnya?

•

Apakah

perkara

atau

siapakah

orang-orang yang

bermakna untuk anda? Itulah persoalan-persoalan yang perlu kita tanya bagi mencari matlamat kita. Ya, tidak senang. Namun tetap perlu dilakukan. Di penghujungnya, saya serahkan kepada anda untuk menyelam dalam diri anda dan selongkar apa yang ada di sekeliling anda. Tanggungjawab anda untuk mendapatkan jawapannya.

KARIER | 23


Cita-cita Boleh Berubah Semakin Kita Mendewasa Seperti matlamat projek jangka pendek yang boleh berubah-ubah, cita-cita kita juga sentiasa berubah-ubah. Hal ini normal kerana semakin kita membesar, kita akan semakin matang dan rasional. Kita akan menjadi lebih arif untuk merangka cita-cita kita pada peringkat yang seterusnya. Malah apabila kita mendewasa, kita akan semakin terdedah dengan pelbagai perkara. Pengetahuan kita yang semakin meluas akan mempengaruhi cita-cita yang kita tentukan. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa merenung dan menilai semula cita-cita kita. Terus memperbaharuinya agar ia seiring dengan perubahan dalam hidup dan kehidupan profesional. Dengan adanya cita-cita, kita memiliki panduan yang mengarahkan langkah dan usaha kita. Bahkan, cita-cita kita akan membantu menghindari diri daripada terjatuh ke dalam perasaan hampa dan ketidakpastian di pertengahan jalan.

24 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Salah Faham Terbesar Tentang Cita-cita — Ia Mesti Besar, Hebat dan Gah! Adakah bilamana kita semakin besar, cita-cita kita juga perlu semakin besar? Tidak, bukan begitu. Jangan anggap cita-cita perlu hebat atau mewah; yang apabila diajak sembang nampak gah, yang boleh ditayang di media sosial. Lain orang, lain cita-cita yang memuaskan jiwanya. Sebagai analogi, saya menetap di Selangor dan hendak pergi ke Sarawak. Apakah pilihan pengangkutan yang ada? Kereta, motor, feri, kapal terbang, bot, jet ski, berenang, basikal, atau boleh jadi juga, hoverkraf. Adakah semua kenderaan itu mampu bawa saya sampai Sarawak? Ya, ada beberapa. Namun yang mana satu sampai dengan selamat dan selesa? Yang mana satu sampai dengan lebih cepat?

KARIER | 25


Tentu sekali, kapal terbang menjadi pilihan yang jelas bagi menyeberang lautan. Pengangkutan lain tidak sesuai atau tidak praktikal. Seperti kereta, motor, basikal, bahkan berlari atau berenang. Pilihan yang terbaik ialah kapal terbang. Apa yang kita lakukan di atas ialah proses penyingkiran (elimination process), iaitu kita menyingkirkan satu demi satu pilihan yang ada, sehingga kita jumpa pilihan yang paling sesuai untuk kita. Kita sedar bahawa dalam hidup ini, kita ada banyak pilihan.

KEHIDUPAN ADALAH TENTANG PILIHAN, BUKAN? Jadi daripada banyak-banyak pilihan itu, kita buang pilihan yang tidak realistik atau tidak masuk akal. Kemudian kita pilih pilihan yang benar-benar diperlukan untuk sampai ke destinasi kita. Dalam erti kata lain, pilihan yang dapat membantu kita mencapai cita-cita. Kita tidak akan pilih kereta sebab kita tahu kereta tidak mampu bawa kita dari Selangor ke Sarawak kerana kita perlu menyeberangi lautan. Katakanlah, ada orang tawarkan kereta mahal

26 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


dan berjenama seperti Bentley, Ferrari, Mercedes atau Mustang untuk kita bawa ke Sarawak. Adakah kita akan terima? Mestilah tidak, kerana kita tidak akan sampai ke Sarawak melalui cara itu. Kereta mahal dan berjenama ini mungkin gah, mungkin popular, mungkin hebat, mungkin kita boleh berbangga dengannya. Tetapi hakikatnya, kereta tersebut tidak akan sampai ke Sarawak. Sama juga dengan cita-cita. Kita ada pelbagai pilihan untuk mencapai cita-cita, namun tidak semuanya sesuai. Pilihan yang tidak sesuai dengan kita tidak akan membawa kita mencapai matlamat yang diingini. Yakni, kita tidak akan capai apa yang hati kita betulbetul mahu. Contohnya, mungkin anda bercita-cita mahu melibatkan diri dalam bidang pendidikan. Anda sedar anda mempunyai jiwa pendidik. Anda seronok memandaikan orang lain daripada hasil sentuhan anda.

KARIER | 27


Maka, apa pilihan kerjaya yang ada? Pilihan-pilihan yang sesuai ialah guru, pensyarah, pelatih atau fasilitator. Kalau PETRONAS tawar kerja sebagai penganalisis data, nak? Kalau TNB tawar kerja sebagai jurutera proses, nak? Kalau TikTok tawar jadi influencer mukbang, nak? Syarikat dan jawatan yang tersenarai di atas, memang sedap kalau dibuat modal bersembang. Gaji pun sedap. Tetapi adakah bekerja di syarikat-syarikat tersebut selari dengan matlamat anda untuk menjadi seorang pendidik? Anda akan tolak ke tepi pilihan yang tidak membawa anda ke destinasi yang diingini walaupun mengikut pertimbangan umum, itulah pekerjaan idaman ramai. Syarikat idaman ramai. Populariti idaman ramai. Ingat, anda tidak perlu hadkan cita-cita anda kepada syarikatsyarikat besar, jawatan-jawatan tinggi atau pekerjaan-pekerjaan popular. Yang penting, meskipun mungkin sukar dan tidak popular, cita-cita yang anda tetapkan itu bermakna untuk diri sendiri.

28 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Terkadang, matlamat yang lebih sederhana memenuhi jiwa dengan lebih bermakna. Kalau anda tidak menetapkan cita-cita diri sendiri, anda akan lebih cenderung terbawa-bawa trend untuk memilih kerja yang paling gah, paling masyuk gajinya, atau yang popular di media sosial. Dalam keghairahan mengikut trend, anda mungkin kehilangan hala tuju sebenar yang memberi makna dalam hidup dan kerjaya anda.

AKHIR SEKALI, BERLAKU JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI. ANDA NAK APA, SEBENAR-BENARNYA?

KARIER | 29


Macam Mana Mahu Tentukan Cita-cita? “Baik. Kalau cita-cita itu bukan berdasarkan apa yang popular, macam mana nak tentukan cita-cita kita sebenarnya?” Banyak buku dan video menceritakan tentang mencari tujuan dalam hidup (the ‘why’ in your life). Di sini, izinkan saya fokus pada aspek mencari cita-cita dalam kerjaya. 1. Pertama sekali, tentukan kepelbagaian bidang yang diminati. Jangan

tentukan

pekerjaan

sebagai

cita-cita.

Itu

menyempitkan ruang berfikir dan bernafas. Pilih bidang yang anda suka, yang anda rasa kriterianya sesuai dengan jiwa anda. Dari situ, barulah anda boleh meneroka pekerjaan dalam bidang tersebut.

30 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Contoh pertama, anda suka mengajar orang. Anda mahu jadi pendidik seperti contoh yang diberikan awal tadi. Itulah yang dinamakan ‘bidang’. Adakah anda hendak tetapkan cita-cita untuk menjadi cikgu? Mungkin ya. Mungkin juga tidak sebab ada banyak lagi pekerjaan dalam industri pendidikan, bukan setakat cikgu. Contoh kedua, anda mungkin meminati bidang pertanian. Jadi, pokok apa yang anda mahu tanam? Atau, binatang apa yang anda mahu ternak? Itulah antara benda yang anda boleh teroka lagi dalam bidang pertanian. Contoh ketiga, anda mungkin meminati pengaturcaraan komputer (coding). Industri melibatkan coding sangat luas, seperti membina perisian, aplikasi, laman web, dan lain-lain. Persoalannya, yang mana satu anda mahu?

KARIER | 31


2. Selepas mengenal pasti bidang yang anda minat, langkah kedua adalah untuk teroka.

32 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Mulakan dengan meneroka sesebuah bidang. Anda hanya akan tahu setelah anda terlibat dalam sesuatu; setelah anda rasa sendiri dan dapat maklumat tentang realiti pekerjaan tersebut. Untuk tujuan belajar dan teroka, biasanya, pilihan yang terbaik untuk anda adalah dengan melibatkan diri dalam pekerjaan atau industri pilihan anda untuk tempoh jangka pendek. Misalnya, mengambil latihan praktikal, bekerja secara bebas (freelance) atau bekerja secara sambilan. Apa yang anda perlu buat apabila sudah berada dalam industri yang dimahukan? I. Perhatikan orang-orang yang bekerja di situ, sama ada bos atau rakan sekerja. Lihat cara kerja dan cara hidup mereka, serta dengan siapa mereka berurusan. Ini cara paling tepat untuk anda menilai, adakah ini bayangan individu yang anda mahu jadi?

KARIER | 33


II. Jika anda mahukan pendedahan ekstra, anda boleh tawarkan diri untuk bantu sesuatu di luar skop kerja anda. Guna konsep Pareto1, 80-20 rules; 80% masa bekerja digunakan untuk selesaikan tugas hakiki, manakala baki 20% masa digunakan untuk buat tugasan di luar skop hakiki dengan tujuan ingin tahu. III. Sebagai pemula, anda mungkin tidak diberi tugas kritikal. Itu normal. Anda hanya akan diberikan tugas mudah seperti menjadi pemandu kereta bos untuk jumpa klien, tolong teman bos ke mesyuarat, dan sebagainya. Namun daripada pengalaman itu, anda akan mempelajari dan mengenali selok-belok industri seperti: •

Bagaimana bos berurusan dengan orang-orang penting dalam industri seperti pemegang saham atau pembekal.

•

Proses, kerangka kerja dan pola dalam kerja atau industri.

1 Konsep Pareto bermaksud 80% output atau keberhasilan sesuatu itu datang

daripada 20% input atau usaha. Untuk itu, cari dan kenal pasti apakah bentuk output yang boleh kita hasilkan dengan 20% tenaga dan komitmen.

34 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


•

Tip dan trik mengurus orang dan mengurus kerja.

•

Pantang larang atau common sense tatkala bekerja.

•

Istilah-istilah yang biasa digunakan dalam industri dan pekerjaan tersebut.

Malah, pengalaman untuk terlibat dalam perkara yang dianggap mudah pun memberikan banyak pendedahan dan menjadikan anda lebih matang dalam membuat keputusan. Apatah lagi jika anda terlibat dalam perkara-perkara penting di tempat kerja. Rezeki. Ringkasnya, apabila kita terlibat secara langsung dalam bidang yang kita minati, kita berpeluang untuk memahami lebih mendalam tentang aspek-aspek kerja, gaya hidup yang berkaitan, dan hubungan antara mereka yang terlibat dalam industri tersebut. Cadangan saya, seawal anda di universiti lagi anda perlu mula meneroka. Manfaatkan latihan praktikal anda dengan optimum, jangan mohon dengan gaya fikiran ‘asal dapat sudah.’

KARIER | 35


Jika anda seorang graduan, seeloknya dua tahun pertama selepas pengijazahan ialah tempoh maksimum untuk anda teroka bidang yang anda mahu. Boleh cuba kerja-kerja kontrak seperti program PROTÉGÉ, MYSTEP, dan pelbagai lagi program pelatih pengurusan (management trainee program). Program-program ini ialah batu-batu loncatan untuk anda masuk ke industri idaman anda. Sekiranya anda rasa anda mahu berubah fikiran, tukarlah industri, kerja atau bidang jika perlu.

TETAPI SELEPAS DUA TAHUN, ANDA PERLU BUAT KEPUTUSAN. JIKA TIDAK, HAL INI AKAN MENJEJASKAN PERKEMBANGAN KERJAYA ANDA DALAM JANGKA MASA PANJANG. Melalui pendedahan inilah, baru anda akan tahu realiti jenis pekerjaan-pekerjaan yang wujud dalam industri itu. Anda juga boleh menentukan pekerjaan apa yang anda inginkan berdasarkan gaya hidup yang disukai.

36 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Sebagai contoh, seseorang yang menyukai rutin dan struktur mungkin lebih selesa bekerja sepenuh masa, manakala individu yang menghargai fleksibiliti mungkin bertemu kepuasan sebagai pekerja bebas. Hakikatnya, kita perlu lepaskan pemikiran kita bahawa cita-cita perlu dilihat dari sudut pekerjaan tertentu. Proses untuk menemukan cita-cita sebenarnya bermula dengan penerokaan bidang yang kita minati. Dari situ, barulah kita akan bertemu dengan kerja-kerja yang sejajar dengan nilai diri. Kita juga akan membina cita-cita yang berasaskan minat dan kemampuan diri. Setiap langkah yang diambil dalam kerjaya dan kehidupan akan terasa lebih bermakna.

KARIER | 37


BAB 10

Yakin dengan Nilai Diri Apabila Merunding Gaji

KARIER | 249


POV: Cubaan merunding gaji

Hmm.. ok

Jadi, apa yang kamu dah buat untuk syarikat kita? Sale kita..yada..yada.. Kau pula buat apa?

POV: Cubaan merunding gaji tapi kau ready

Okay..

Ok bos, izinkan saya kongsi apa yang saya dah buat untuk syarikat ini.. sale kita..yada yada..

250 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Tidak dapat dinafikan, perundingan gaji ialah satu perkara yang tidak pernah diajar di mana-mana institusi pendidikan. Perkara ini hanya akan dapat dipelajari melalui pengalaman yang ditimba apabila anda memasuki alam pekerjaan. Apabila saya sendiri mula bekerja di PureCircle pada tahun 2015, semasa berumur 29 tahun, saya merupakan antara pengurus yang termuda di situ. Saya sedar bahawa gaji dibayar mengikut skop kerja dan tanggungjawab. Sewaktu saya sedar bahawa gaji saya adalah antara yang terendah berbanding pengurus-pengurus lain, saya belajar untuk berborak mengenai hal ini dengan bos saya. Mujur bos saya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat itu memang sangat terbuka untuk berbincang mengenai hal ini. Natijahnya, anda memang perlu beranikan diri untuk ada pengalaman sendiri. Namun, saya akan cuba juga ajarkan apa yang boleh untuk bantu anda berunding gaji dengan lebih berkesan.

KARIER | 251


Berunding Gaji Jika Anda Baru Mula Bekerja Jika anda baru hendak mula bekerja, rundingan gaji boleh dilakukan apabila anda sudah dapat surat tawaran bekerja. Langkah ini penting untuk memastikan anda diberi gaji dan imbuhan yang adil untuk kemahiran dan pengalaman anda. Berikut ialah 15 panduan langkah demi langkah bersama beberapa petua untuk membantu anda mengharungi proses rundingan gaji: 1. Persediaan awal •

Melakukan kajian purata gaji untuk jawatan dan lokasi mengikut piawaian industri.

•

Pertimbangkan

pengalaman,

kemahiran

dan

kelayakan anda sendiri, serta kesejajarannya dengan tanggungjawab pekerjaan.

252 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


•

Tentukan julat gaji ideal anda dan tawaran minimum yang boleh diterima.

2. Tunjukkan penghargaan •

Balas tawaran kerja dengan penuh semangat dan rasa syukur atas peluang tersebut.

•

Tunjukkan penghargaan atas minat syarikat untuk mengambil anda.

3. Minta masa untuk semakan •

Minta sedikit masa untuk menyemak tawaran sebelum memberikan respons. Permintaan ini akan memberi anda masa untuk menilai tawaran dan bersedia untuk rundingan.

4. Serlahkan nilai anda •

Sediakan penjelasan yang jelas dan padat tentang bagaimana kemahiran, pengalaman dan kelayakan anda sejajar dengan keperluan pekerjaan dan menyumbang kepada kejayaan syarikat.

KARIER | 253


5. Mulakan perbualan •

Hubungi pengurus pengambilan pekerja atau orang hubungan yang ditetapkan untuk membincangkan tawaran tersebut. Hal ini boleh dilakukan melalui e-mel atau telefon.

6. Tekankan mengenai kajian atau penyelidikan anda •

Maklumkan dengan berhemah dan sopan mengenai kajian atau penyelidikan anda mengenai piawaian industri dan bagaimana maklumat itu menyokong permintaan gaji anda.

7. Sediakan julat •

Daripada menyatakan nombor tetap, tawarkan julat gaji yang termasuk gaji ideal anda serta gaji minimum yang anda boleh terima. Ini akan memberikan ruang untuk rundingan.

254 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


8. Wajarkan permintaan anda •

Kemukakan sebab mengapa anda percaya gaji yang anda minta bersesuaian dengan anda, seperti pengalaman, kemahiran dan nilai yang anda bawa kepada syarikat.

9. Jadilah profesional dan berbudi bahasa •

Pastikan nada komunikasi anda profesional dan positif.

•

Elakkan membuat tuntutan atau bersuara konfrontasi.

10. Dengar dengan aktif •

Beri perhatian kepada maklum balas syarikat dan mendengar dengan terbuka perspektif mereka.

•

Dengar alasan mereka jika mereka memberikan tawaran balas.

KARIER | 255


11. Pertimbangkan manfaat lain •

Jika syarikat teragak-agak untuk memenuhi jangkaan gaji anda, bincangkan faedah lain seperti bonus menandatangani,

opsyen

saham,

hari

percutian

tambahan, waktu kerja yang fleksibel, atau peluang pembangunan profesional. 12. Jadi fleksibel •

Bersikap terbuka kepada rundingan dan kompromi. Matlamatnya a12dalah untuk mencapai persetujuan yang membuatkan kedua-dua pihak selesa.

13. Dapatkan tawaran secara bertulis •

Sebaik sahaja anda bersetuju dengan gaji, minta tawaran itu dibuat secara be1rtulis, sama ada sebagai surat tawaran yang dikemas kini atau e-mel rasmi.

256 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


14. Ungkapkan penghargaan atau kesyukuran sekali lagi •

Ucapkan

terima

kasih

kepada

syarikat

kerana

mempertimbangkan permintaan anda dan nyatakan keterujaan anda untuk menyertai pasukan. 15. Kekal profesional •

Tanpa mengira keputusan, kekalkan sikap positif dan profesional sepanjang proses rundingan.

Ingat, rundingan gaji ialah perkara biasa dalam proses pengambilan pekerja, dan syarikat biasanya mengharapkan calon untuk berunding. Berundinglah dengan yakin dan bersedia untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan.

KARIER | 257


Berunding Gaji Setelah Beberapa Tahun Bekerja Jika anda sudah bekerja pula, waktu yang sesuai untuk merunding gaji adalah setelah anda bekerja di syarikat yang sama dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Jika anda merasakan prestasi anda baik pada tahun pertama dan tahun kedua tetapi masih tiada peningkatan gaji, tahun ketiga ialah tahun yang sesuai untuk berbincang tentangnya. Berikut merupakan 15 tip tentang cara berunding untuk pelarasan gaji atau kenaikan gaji selepas berada di posisi kerja yang sama dan syarikat yang sama selama 2-3 tahun: 1. Buat kajian anda •

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, inilah langkah paling penting dalam rundingan kenaikan gaji. Ketahui nilai anda dengan menyelidik gaji orang lain dalam

258 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


industri anda. Pastikan mereka berada di kedudukan dan tahap pengalaman anda. •

Anda boleh menggunakan kalkulator gaji dalam talian, laporan industri atau bercakap dengan rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat ini.

2. Serlahkan pencapaian anda •

Anda perlu bersedia untuk bercakap tentang pencapaian anda secara terperinci, kuantitatif dan kualitatif. Perkara ini akan membantu anda menunjukkan kepada bos anda mengapa anda layak dinaikkan. Jika boleh, khususkan lagi penjelasan anda dan gunakan nombor untuk menguatkan hujah.

•

Sebagai contoh, bukannya setakat berkata, “Saya meningkatkan jualan,” tetapi “Pada tahun lepas, saya telah meningkatkan jualan sebanyak 15%.”

KARIER | 259


3. Yakin •

Percaya

pada

nilai

dan

keupayaan

anda

untuk

merundingkan gaji yang adil. •

Jika anda tidak yakin, bos anda tidak akan menganggap anda serius.

4. Bersedia untuk angkat kaki •

Jika anda tidak berpuas hati dengan tawaran itu, bersiaplah untuk meninggalkan rundingan.

•

Tindakan ini menunjukkan kepada bos anda bahawa anda serius untuk mendapat kenaikan gaji dan anda tidak takut untuk meninggalkan meja.

5. Bersikap profesional •

Walaupun anda kecewa, amat penting untuk kekal profesional semasa proses rundingan. Hormat dan sopan walaupun anda tidak bersetuju dengan bos anda.

260 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


6. Pilih masa yang sesuai untuk berunding •

Jangan berunding untuk kenaikan gaji apabila bos anda tertekan atau sibuk.

•

Pilih masa apabila mereka tenang dan mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada permintaan anda.

•

Selain masa bos, ambil kira masa yang sesuai dari segi syarikat dan bisnes juga. Misalnya, kenal pasti tempoh bermulanya laporan kewangan di syarikat anda dan runding gaji sebelum bulan tersebut. Biasanya pilihan ini lebih berkesan kerana jika anda berunding selepas bulan tersebut, sukar untuk pihak kewangan meletakkan bajet untuk gaji anda kerana mereka terikat dengan perancangan bajet tahun lepas.

KARIER | 261


7. Berlatih skrip pengucapan anda •

Siapkan skrip yang akan membantu anda berasa lebih yakin dan bersedia semasa rundingan. Kemudian, berlatih dengan kerap ayat-ayat yang akan digunakan semasa proses rundingan.

8. Menjadi fleksibel •

Bersedia untuk berunding tentang jumlah kenaikan gaji atau faedah lain. Seperti lebih banyak masa bercuti atau bonus.

9. Bersikap positif •

Dekati perundingan dengan sikap positif dan fokus pada faedah yang anda boleh berikan kepada syarikat.

10. Komunikasi susulan •

Selepas rundingan, hantar nota terima kasih kepada bos anda dan nyatakan komitmen anda kepada syarikat.

262 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


11. Teruskan prestasi yang baik •

Sebaik sahaja anda mendapat kenaikan gaji, jangan lupa untuk terus menunjukkan prestasi yang baik dalam tugas anda. Kecemerlangan anda akan membantu anda mewajarkan gaji anda pada masa hadapan.

12. Dapatkan ulasan prestasi biasa •

Semakan prestasi tetap akan membantu anda menjejak kemajuan anda dan mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan. Maklumat ini boleh membantu anda dalam rundingan gaji seterusnya.

13. Bina rangkaian dengan orang dalam bidang anda •

Rangkaian dengan orang dalam bidang anda boleh membantu anda mengikuti perkembangan terkini tentang aliran gaji serta peluang untuk kemajuan.

KARIER | 263


14. Pertimbangkan untuk menukar pekerjaan •

Sekiranya anda tidak memperoleh kenaikan gaji untuk

pekerjaan

semasa,

anda

mungkin

perlu

mempertimbangkan untuk menukar pekerjaan. •

Keputusan menukar kerja boleh menjadi cara terbaik untuk

mendapatkan

kenaikan

gaji

yang

ketara.

Kebiasaannya, kenaikan gaji pasaran berkisar antara 15% hingga 25%. Sedangkan kenaikan gaji dalaman (internal salary increment) kebiasaannya hanya sebanyak 2% ke 5% (atau lebih sedikit, bergantung pada kadar inflasi tahunan negara). 15. Jangan berputus asa •

Berunding untuk kenaikan gaji mungkin sukar, namun jangan berputus asa. Jika anda gigih dan bersedia, anda pasti akan berjaya.

264 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Berikut ialah beberapa tip tambahan yang mungkin membantu dalam situasi anda: •

Jika anda telah memikul tanggungjawab tambahan atau telah dinaikkan pangkat dalam tempoh 2-3 tahun yang lalu, pastikan anda menyebutnya.

•

Jika syarikat anda telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi kewangan, itu juga sesuatu yang anda boleh bangkitkan dalam rundingan anda.

•

Jika anda sanggup memikul lebih banyak tanggungjawab atau bekerja lebih lama, anda boleh menggunakan hujah itu untuk mempengaruhi rundingan anda.

Berunding untuk pelarasan atau kenaikan gaji boleh menjadi perkara yang menakutkan, tetapi penting untuk diingat bahawa anda berhak mendapat gaji yang bersesuaian dengan skop kerja anda. Dengan mengikuti tip-tip di atas, anda berkebolehan untuk meningkatkan peluang kenaikan gaji yang sepatutnya.

KARIER | 265


Kesimpulan Terdapat pelbagai faktor yang boleh diambil kira dalam rundingan gaji. Sama ada faktor dalaman seperti bajet gaji, birokrasi, kesaksamaan dalaman (internal equity), faktor luaran seperti pasaran gaji dan keadaan pasaran, atau faktor-faktor individu seperti pengalaman dan kemahirannya. Meskipun tidak diajar di universiti, kemahiran berunding gaji sangat penting untuk dikuasai. Dan kemahiran ini boleh dipelajari melalui sumber-sumber yang betul seperti buku, artikel atau mentor kerjaya. Paling penting, anda sendiri perlu berani mengambil inisiatif untuk berunding. Sejauh mana pun ilmu teori yang anda miliki, anda hanya akan tahu dan belajar melalui pengalaman. Semakin banyak anda berunding, semakin banyak anda akan belajar sebetulbetulnya.

266 | NIK AKMAL & AMEIRUL AZRAIE


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Berhenti Bekerja by imanpublication - Issuu