Iqra' Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
HASRIZAL ABDUL JAMIL
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Ketua Unit Perolehan Editor Perolehan Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Ilustrasi Penulis Khat Pereka Sampul Pereka Letak
No. Tel.: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com
: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Fakhrur Radzi : Fakhri Fadzli : Auni Zainal : Maryam Jamilah : Ahmad Muziru Idham Adnan : Ilham Nordin : Hasrizal Abdul Jamil : Husna Ab Rahman : Hasrizal Abdul Jamil : Muzuza : : Haziq Razack
IQRA': PANDUAN BERFIKIR DALAM MENGHADAPI KRISIS KEJAHILAN MODEN Cetakan Pertama Januari 2026 ISBN
Dicetak oleh: Mihas Graf ik Sdn Bhd No 8, Jalan SR 4/18, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: bit.ly/MI-IMAN
Hak cipta terpelihara. Sebarang kandungan dalam buku ini — termasuk artikel, ilustrasi dan gambar — tidak boleh disalin, diterbitkan semula atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada Buku IMAN (Umum) Sdn Bhd. Kandungan buku ini juga tidak boleh digunakan oleh mana-mana sistem Kecerdasan Buatan (AI) untuk tujuan latihan atau penjanaan kandungan tanpa kebenaran.
Iqra' Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
HASRIZAL ABDUL JAMIL
Diterbitkan oleh:
Pendahuluan: Menolak Pesimisme dan Mengangkat Semula Seruan Iqra’
IQRA' | 15
Pada tahun 1982, saya merupakan murid tahun satu di sekolah. Saya hanya perlu tulis A, A, A untuk satu halaman penuh sebagai latihan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Matematik pun mudah juga — sekadar berkenalan dengan nombor. Selain itu, subjek Pendidikan Jasmani juga menyeronokkan. Kami diberi gelang hula hoop dan bermain sampai berpeluh sebelum masuk semula ke dalam kelas. Subjek agama? Ada, bukannya tidak ada. Belajarnya mudah — mengenali rukun Islam, mengambil air sembahyang, dan sembahyang berhimpithimpit di hadapan kelas. Ustazah bercerita, kami mendengar. Waktu persekolahan selesai sekitar jam satu petang. Balik ke rumah, mungkin ada kawan yang pergi kelas mengaji, tetapi saya tidak. Petang merupakan waktu saya berangan dan bermain, mengorek lubang di tanah mencari biji getah untuk main congkak. Esoknya berimaginasi semula; berselang masa. Mudahkah kurikulum sekolah pada masa itu? Bagi saya, mudah. Namun tidak semua murid merasakan begitu. Ada yang berada di kelas hadapan; ada juga yang berada di kelas belakang. Tetapi fungsi sekolah dan kepentingannya jarang dicabar atau
16 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
dipertikai. Sekolah pada waktu itu masih dianggap sebagai bekalan untuk mengubah nasib — cara untuk mengeluarkan diri dan keluarga daripada kemiskinan melalui pelajaran. Agama pula sangat asasi. Namun tanggapan ini tidak menjadi penghalang untuk saya menjadi pelajar sekolah menengah agama yang cemerlang, memilih bidang agama di Jordan, dan menjadi “agamawan”. Bagi saya, belajar bahasa Arab pada usia 13 tahun tidaklah lewat dan tidak membuatkan saya jemu. Saya sempat menjadi kanak-kanak dahulu sebelum menjadi pelajar agama. Perubahan pengalaman hidup saya dan anak-anak pada hari ini tersuluh pada perubahan kurikulum dan teknologi. Kurikulum dahulu sederhana, membenarkan kanak-kanak punya masa untuk hidup seimbang antara rumah dan sekolah. Alat bantu pembelajaran pula ringkas dan memberi ruang pedagogi dalam memimpin teknologi, bukan ditentukan olehnya. Saya tamatkan sekolah rendah dan menengah dalam suasana sebegitu sebelum terbang ke Jordan pada tahun 1993 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Sebahagian besar pengalaman belajar pada ketika itu masih manual. Kitab, buku nota dan pen ialah senjata utama.
IQRA' | 17
Kemunculan Windows 95 telah mengubah segala-galanya. Akses komputer menjadi mudah dan kepantasan memproses maklumat meningkat. Analisis kesahihan hadis yang secara manual memakan masa berbulan-bulan bagi subjek Takhrij Hadis boleh dilakukan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Pada masa itu, saya sangat optimistik. Saya percaya bahawa dunia digital akan menjadikan pengajian Islam lebih makmur, terbuka dan global. Buku Virtually Islamic (2000) oleh Gary R. Bunt seolah-olah menulis apa yang saya alami. Beliau menggambarkan kemunculan persekitaran siber Islamik (cyber Islamic environment) dan konsep digital ummah sebagai ruang baharu untuk umat Islam berinteraksi, belajar dan menyebarkan ilmu di dunia tanpa sempadan. Teknologi dilihat sebagai jendela yang membuka peluang untuk membina kefahaman Islam secara lebih meluas dan mendalam. Saya melihatnya sebagai permulaan zaman keemasan ilmu yang baru. Namun begitu, realitinya tidak seindah harapan. Dunia siber yang dijangka dapat menyatukan umat kini menjadi ruang yang memecah-belahkan. Akses tanpa batasan hanya melahirkan limpahan maklumat, tetapi bukannya kefahaman. Apa yang Bunt bayangkan sebagai persekitaran siber Islamik kini sering berubah menjadi lautan maklumat tanpa arah, di mana kebenaran dan kepalsuan bersaing di pentas yang sama.
18 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Walaupun begitu, saya menolak pesimisme. Kita tidak boleh menyerah kalah. Inilah sebabnya saya menulis buku ini. Saya mulakan buku ini dengan mendefinisikan masalah, menelusuri akar sejarahnya, kemudian menganalisis keadaan semasa umat, sebelum menawarkan jalan penyelesaian. Penyelesaiannya bukanlah sesuatu yang baharu. Kita tidak perlu solusi baharu. Kita hanya perlu kembali kepada apa yang pernah menyelamatkan manusia daripada Jahiliah 1.0 dahulu, iaitu Iqra’. Seruan Iqra’ perlu dikunjungi semula dan dilakukan tadabbur ke atasnya dalam konteks Jahiliah 2.0 hari ini, iaitu era pascakebenaran yang memperdaya manusia dengan ilusi maklumat. Iqra’ bukan sekadar membaca teks, tetapi membaca dunia dan kehidupan. Ia mengajak kita untuk membaca dengan mata hati, bukan hanya dengan mata kepala. Iqra’ yang dahulunya menuntut pena dan kertas, kini menuntut kebijaksanaan pula untuk mengemudi data dan algoritma. Saya percaya, jika kita kembali kepada semangat Iqra’, maka kita akan menemukan semula kebenaran, keseimbangan dan kemanusiaan yang hilang. Buku ini lahir daripada keyakinan itu.
IQRA' | 19
Selagi belum ditiup sangkakala, Islam tetap relevan.
20 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Bab 1: Krisis Pemikiran pada Zaman Pascakebenaran
IQRA' | 21
Kita sedang hidup dalam zaman pascakebenaran, di mana kemampuan manusia memahami kebenaran semakin tenat. Dahulu, kebenaran dinilai dengan agama. Kemudian, manusia menilai kebenaran berasaskan sains. Namun hari ini, ramai yang menolak kedua-duanya demi mengutamakan hawa nafsu dan pendapat peribadi. Cabaran yang kita hadapi kini jauh lebih kompleks. Dahulu, penyelesaiannya mudah. Jika seseorang itu jahil, dia hanya perlu diajarkan ilmu. Jika hatinya keras, diberikan nasihat yang melembutkan. Jika tiada disiplin, dikenakan peraturan untuk mendisiplinkan. Tetapi, semua itu tidak lagi mencukupi. Realiti moden hari ini memerlukan pendekatan yang lebih mendalam. Persoalannya, di manakah panduan untuk mengenal pasti antara perkara yang benar dan salah? Bagaimana kita hendak keluar daripada kekeliruan dan kecelaruan maklumat? Dalam pendahuluan ini, kita akan menilai semula kompas untuk menimbang antara yang benar dan salah sebelum menyorot semula kitaran sejarah yang membawa kita ke era ini.
22 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Zaman pascakebenaran: Bersifat cair dan berubah dengan pantas. Pelbagai bentuk pemikiran dan pandangan hidup wujud sekali gus sehingga sukar untuk mengetahui kebenaran yang sebenar.
IQRA' | 23
Kompas Moral Manusia dalam Menilai Kebenaran Dalam banyak keadaan, kebenaran mungkin tidak disebut sebagai kebenaran, namun ia tetap dirasai dan menyentuh hati walau tidak dinamakan. Katakanlah seseorang melakukan sesuatu — sama ada baik ataupun buruk. Secara nalurinya, manusia akan cuba menjustifikasikan tindakannya supaya tidak timbul rasa bersalah atau tidak selesa. Kadangkala caranya adalah dengan meminjam hujah orang lain; kadangkala dengan membina hujah sendiri. Hakikatnya, manusia tidak mahu tindakannya bercanggah dengan apa yang mereka tahu sebagai “sepatutnya”. Apabila bercanggah, hati mereka menjadi tidak tenteram. Ia menunjukkan bahawa kebenaran bukannya sekadar sesuatu yang disebut atau dibuktikan, tetapi turut wujud sebagai rasa dalam diri. Ya, dalam jiwa setiap orang daripada kita, sebetulnya kita sudah ada sebuah mekanisme yang membantu kita untuk mengenali antara yang benar dan salah, meskipun tidak mempunyai definisi lengkap dan penerangan yang panjang.
24 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Seorang sahabat pernah mengajukan soalan kepada Nabi SAW:
َ ََ ْ َ � ْ َ � َ ُ َ ُ َْ َ ُ اْلُّْرِب: اَل َفَق، اِإْلْث ِِم � ِ� ِّرِب َو ِ � َس َأ ْلُت َرُسوَل اِهَّللِ ` َع ِِن اْل َ ََوا ْثْ ُُم ََما ََح، اُخْلُلُِق ُ � ُُح ْْس ُُن َ ََو ََكِر ْْه، اَك يِف ََص ْْد ََك َت ي ِِ ِإل ِِر ِ َ َُِلَِع ََعَلْيِْهِ اَّنلَاُس َ َأَ ْْن ََيَّط “Aku
bertanya
kepada
Rasulullah
SAW tentang
kebaikan dan dosa. Baginda bersabda: ‘Kebaikan adalah akhlak yang mulia, dan dosa ialah sesuatu yang menggelisahkan dalam dadamu, dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya.’” (Riwayat Muslim, hadis 2553) Jawapan Nabi SAW ringkas tetapi mendalam — kebaikan ialah akhlak yang baik. Itu bahagian pertama jawapan Rasulullah SAW. Jika terlalu kompleks untuk membuktikan apa itu “baik”, ukuran paling mudah yang semua boleh sepakati ialah akhlak yang menyenangkan manusia. Baginda SAW juga menerangkan bahawa dosa menimbulkan rasa gelisah.
IQRA' | 25
Tanpa dalil atau analisis saintifik sekalipun, manusia sudah dikurniakan naluri sebagai mekanisme dalaman untuk mengenal pasti baik dan buruk. Sesuatu akan terasa “salah” apabila ia mengganggu ketenangan jiwa. Nabi SAW menambah satu petanda lagi, iaitu orang yang berbuat salah akan cenderung untuk menyembunyikannya. Maka, dua petunjuk hadir bersama, iaitu rasa gelisah dalam diri dan keinginan untuk menyembunyikan perbuatan secara zahir. Dengan dua mekanisme ini sahaja pun manusia sudah boleh menilai antara yang baik dan buruk. Sebagai contoh, jika seseorang itu menjalin hubungan terlarang, dia mungkin mahu melakukannya, tetapi pada masa yang sama dia bimbang orang lain tahu. Pada saat itu, tanpa hujah panjang pun dia sudah sedar bahawa perbuatan itu adalah salah. Apa-apa sahaja yang digunakan untuk menamakan sesuatu sebagai baik atau buruk — sama ada kompas moral, agama atau sains — yang kekal adalah reaksi manusia terhadap perbuatan itu. Secara
umumnya,
perkara
baik
akan
mendatangkan
ketenangan kepada diri sendiri dan disenangi oleh masyarakat umum. Sebaliknya, perkara buruk akan meresahkan hati dan mahu disembunyikan.
26 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Sejarah Perubahan Tamadun Eropah Sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan manusia dengan kebenaran itu sentiasa dinamik. Ada naik turunnya; ada dekat jauhnya; dan sentiasa berulang-ulang dari zaman ke zaman. Jadi, sebelum menilai realiti hari ini, mari kita tinjau perjalanan sejarah Eropah terlebih dahulu. Bukanlah ia menjadi rujukan mutlak, tetapi sebagai contoh pola interaksi manusia dengan kebenaran. Sejarah tamadun Eropah lazimnya dibahagikan kepada tiga era besar. Pertama sekali ialah Zaman Klasik (Classical Age) yang turut dikenali sebagai zaman antiquities. Kedua, Zaman Pertengahan (Middle Age) atau Zaman Gelap (Dark Age). Ketiga, Zaman Pencerahan (The Enlightenment) yang membuka jalan ke era moden hari ini.
IQRA' | 27
Zaman
Pertengahan
berlangsung
antara
abad
ke-5
hingga abad ke-15 Masihi. Zaman ini menjadi titik tengah antara kegemilangan tamadun Greco-Roman
di satu hujung, dan
kemunculan era sains serta teknologi moden di hujung yang lain. Bagi orang Eropah, zaman ini dikenang sebagai zaman kemunduran. Dari sudut kualiti hidup dan kemajuan, fasa tersebut dipenuhi kesuraman. Antara sebab utama yang sering disebut adalah dominasi gereja. Pada ketika itu, gereja mengawal hampir semua aspek kehidupan. Nilai agama dijadikan penentu utama masyarakat, tetapi pada masa yang sama dianggap penghalang kepada wacana alternatif. Pandangan yang bercanggah, apatah lagi yang mencabar pegangan rasmi, akan ditekan oleh pihak gereja. Namun begitu, “gelap” di sini bukanlah bermaksud manusia hidup tanpa cahaya atau masih hidup dalam gua. Gelap yang dimaksudkan adalah kekangan untuk berfikir secara bebas. Manusia tidak dibenarkan menyoal atau menguji kebenaran yang ditetapkan oleh autoriti agama. Tetapi, halangan-halangan ini tidak dapat menghalang fitrah manusia daripada menilai dan mempersoal.
28 | HASRIZAL ABDUL JAMIL
Apabila keyakinan masyarakat awam terhadap “kebenaran rasmi” mula goyah dan penemuan baharu semakin menguat, maka pengaruh gereja semakin merosot sedikit demi sedikit apabila perubahan itu ditangani bukan secara hujah berbalas hujah, tetapi dengan penguatkuasaan, sekatan dan hukuman. Pada akhirnya, masyarakat memilih untuk meninggalkan agama sebagai autoriti mutlak, dan sains mengambil alih peranan tersebut.
IQRA' | 29
Ingin Baca Lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:
www.imanpublication.com
@imanpublication
https://t.me/KakIman