Skip to main content

Adakah Ini Yang Terbaik oleh Nazrin Nashir

Page 1

Nazrin Nashir

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

No. Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman: www.imanpublication.com

Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12, JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.

Penyelaras Penerbitan Ketua Editor Editor Ketua Unit Manuskrip Editor Pembangunan Manuskrip Editor Naskhah Pruf Baca Penulis Ketua Unit Visual Buku Pereka Bentuk Sampul Buku Pereka Letak

No. Tel: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com

: Faizah Hamid : Rahmah Pauzi : Fakhri Fadzli Fakhrur Radzi Ahmad Fuad : Auni Zainal : Maryam Jamilah : Ilham Nordin : Ahmad Muziru Idham Adnan : Nazrin Nashir : Husna Ab Rahman : Husna Ab Rahman : Haziq Razack

ADAKAH INI YANG TERBAIK? MEMAHAMI SENI BERINTERAKSI DENGAN TUHAN MELALUI ISTIKHARAH SEBELUM MEMBUAT PILIHAN Cetakan Pertama Januari 2024 ISBN 978-629-7665-00-9

Dicetak oleh: Mihas Graf ik Sdn Bhd No 8, Jalan SR 4/18, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-buku-iman

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.


Istikharah: Penyerahan Diri kepada Allah SWT Perjalanan kita dalam memahami konsep istikharah ini membawa kita kepada pemahaman bahawa istikharah bukanlah sekadar suatu amalan biasa mahupun rutin semata-mata. Istikharah merupakan sebuah lifestyle. Istikharah adalah gaya hidup kita yang mencerminkan kebergantungan sentiasa kepada Allah SWT. Istikharah bukanlah sekadar dua rakaat solat dan untaian doa. Istikharah adalah simbol seorang hamba yang berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita meminta petunjuk-Nya. Kita memohon panduan-Nya. Kita meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kita letakkan kepercayaan kita kepada-Nya. Kita zahirkan rasa hamba. Kita manifestasikan rasa cinta. Kita percaya kepada Dia yang kita cinta lalu kita serahkan urusan kita kepada-Nya. Istikharah tanda cinta kita sebagai hamba; bukannya sekadar mencari cinta hamba.

58 | NAZRIN NASHIR


Sebagai seorang manusia biasa, sering kali kita tidak jelas baik dan buruknya sesuatu perkara. Adakala kita nampak ia baik, padahal selepas itu kita mengetahui ia buruk. Adakala kita nampak ia buruk, tetapi apabila kita pergi lebih jauh, baik rupa-rupanya. Yang baik pada mata kita tidak semestinya baik di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

ُ َ‫ َّل‬ٞ � َ َ ُ َ � ٗ َ ‫َ َ � ٓ َ َ َ ُ �ا‬ ٓ � ‫ُك �ۖۡمۖ َ​َو َ​َع‬ ‫رۡي‬ٞ ‫َوَعٰٓىَس َأ ن َتۡكَۡرُهو َشۡيۡٗٔـا َوُهَو َخ‬ ‫ٰٓىَس‬ ‫ َّلَ ُ � َ � ُ َ َ ُ َ َ ُۡمۡ اَلا‬ٞ � � َ ُ َ ٗ َ ْ ُ � َ ‫ّرَش ُك ۚ​ۚۡم َوٱُهَّلل َيۡعَۡلُم َوَأ نُت‬ٞ ‫َأن ِحُتُِّبوْا َشۡيۡٗٔـ�ا َوُهَو‬ َ َ َ ٢١٦ ‫َتۡعَۡل ُ​ُموَن‬ “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (Ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: 216)

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 59


Yang baik itu juga sudah pastilah yang baik untuk akhirat kita yang selamanya berbanding dunia kita yang sementara. Dunia ini istimewa buat kita, namun akhirat tetap lebih istimewa dan utama. Firman Allah SWT:

َ ُ ُ ۡ‫َۡل‬ ُ َ‫ٱَحۡل َ​َي ٰ​ٰوَة‬ َ ‫ٱُّدل‬ َ � ‫وَن‬ ١٦ ‫ۡنَۡيا‬ ‫َب ُتۡؤِۡث ُِر‬ َ ٓ � ‫ َ​َوَأ ۡ​ۡب‬ٞ‫رۡي‬ٞ� ‫َ​َوٱٓأۡلِخ ََِرُةُ َ​َخ‬ ١٧ ‫ٰٓىَق‬

“Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A’laa: 16-17) Kita yakin bahawa semua yang Allah SWT takdirkan, itulah yang terbaik. Lalu kita memohon doa kepada-Nya, agar dapat Dia tentukan yang baik-baik itu buat kita. Siapalah kita untuk membelakangkan-Nya? Keredaan-Nya mengatasi segala-gala.

60 | NAZRIN NASHIR


Firman Allah SWT:

ۡ ُ� َ َ َ ۡ� ٰ � َ ٰ � ُ ۡ َ َ ‫ٖت ۡجَت ِ​ِري ِمِن ۡحَت�ِۡت ِ َ​َها‬ ‫َوَعَد‬ ِ ‫ٱُهَّلل ٱۡل ُ​ُمۡؤ ِِۡمِن َِني َوٱۡلُمۡؤِۡمَِٰن‬ ٖ ‫ِت َجَّٰن‬ � َ َ َ َ ٰ � ُ ٰ � ۡ‫� َۡن‬ َ ‫َٰسِك َ​َن َ​َط �ِّي َ​َب ٗ​ٗة يِف َ​َج �َّٰنِٰت‬ ٰ ‫َع‬ ‫ٱَأۡل َٰهُر َٰخ �ِدِلِيَن ِفِيَها َوَم‬ ِ ۚ �‫ِ ۡدٖۡۚن‬ ‫ِ ي‬ َ َ ُ َ ٰ � ��‫ � َ � َ ُۡۚرَب‬ٞ ٰ � ۡ‫َ ۡض‬ َ ‫ٱۡلَۡفۡوۡ ُ​ُز‬ ُ ‫ٱۡلَۡع ِ​ِظ‬ ‫ن ِّمَِن ٱِهَّللِ َأۡك ۚ َٰذِل َِك ُهَو‬ٞ‫َوِرِ َٰو‬ ٧٢ ‫يُم‬ “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan dengan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang baik di dalam syurga ‘Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya. Demikian itulah kejayaan yang besar.” (Surah al-Taubah: 72)

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 61


Istikharah: Cara untuk Stay Connected dengan Tuhan Menurut ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i, istikharah juga boleh dilakukan hanya dengan berdoa sahaja. Maka, pada bila-bila masa sahaja kita boleh berdoa kepada Allah SWT tanpa terikat kepada mana-mana waktu. Berdoa kepada Allah SWT tidak terikat dengan sebarang waktu larangan.1 Berdoa, meminta dan mengingati Allah SWT pada setiap masa. Ia lebih memaknakan jiwa kita sebagai seorang hamba. Kita tidak sekadar terikat dengan amalan ritual yang dianggap rutin seharian. Kita tidak hadkan skop ibadah kepada solat fardu yang beberapa minit dan beberapa kali sahaja itu. Tetapi kita mengingatiNya sepanjang hari dan setiap masa. Kita letakkan nilai ibadah untuk seluruh hidup kita. Lalu di sinilah kita wajar bertanya, di manakah keberadaan kita?

1 Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jil. 3. hlm. 244.

82 | NAZRIN NASHIR


Kita solat dari hari ke hari. Kita rajin membaca al-Quran. Kita berpuasa pada bulan Ramadan. Alhamdulillah atas istiqamah kita dengan amalan-amalan ini. Namun, jangan berhenti setakat itu. Jangan hanya ingat Allah SWT sementara sahaja. Stay connected. Sentiasa hubungkan hati kita dengan Tuhan Yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja kita boleh berdoa kepadanya. Bila-bila masa sahaja kita boleh meminta kepada-Nya. Bila-bila sahaja kita boleh mengingati-Nya. Tiada check in; tiada clock in. Rugilah kalau hubungan kita dengan Allah SWT hanya terikat dengan waktu solat. Rugilah kalau kita hanya mengingati-Nya pada masa-masa tertentu. Sekali lagi saya sebutkan bahawa cara yang terbaik untuk kita menunaikan istikharah ini adalah dengan menunaikan solat dan kemudiannya berdoa. Saya nasihatkan diri saya dan para pembaca untuk melazimkannya. Cara ini merupakan cara yang paling sempurna. Cara inilah yang bersesuaian dengan hadis istikharah. Oleh sebab itu, usahakanlah untuk mengerjakan ibadah yang paling baik yang boleh kita lakukan.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 83


Firman Allah SWT:

� ُ ُ َ ۡ‫َ َ َ َۡوۡ َ َ � َ َ ٰ َ َ ُ َ ُ ۡم‬ َ َ‫ُكۡمۡ َأ‬ ُ‫ۡحَۡسُن‬ ‫ٱِذَّلِي َخَلَق ٱۡلَۡم َت َوٱَحۡلَيٰوَة �َيِلۡبُۡلَو ُك َأ ُّي‬ َ ُ َ َ ُ َ �‫َ َ ۚاٗل‬ ُ ‫ٱۡلَۡغ ُ​ُف‬ ‫َعَم ۚ َوُهَو ٱۡلَۡع ِ​ِزيُز‬ ٢ ‫وُر‬ “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dialah Yang Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orangorang yang bertaubat.” (Surah al-Mulk: 2) Dalam mentafsirkan ayat ini, Fudail bin Iyad mengatakan bahawa yang lebih baik amalannya ialah mereka yang lebih ikhlas dan lebih tepat amalannya. Menurut beliau, sesuatu amalan itu tidak diterima melainkan ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat. Ikhlas bermaksud amalan itu dilakukan kerana Allah SWT manakala tepat bermaksud amalan itu dilakukan selari dengan sunnah Nabi SAW.2 Oleh sebab itu, berusahalah untuk melakukan istikharah ini seikhlas dan setepat yang kita mampu.

2 Ma‘alim al-Tanzil fi Tafsir al-Quran, jil. 8, hlm. 176.

84 | NAZRIN NASHIR


Para ulama kita sendiri ada yang cuba menggali hikmah pensyariatan istikharah ini yang dimulakan dengan solat dan kemudiannya doa. Contohnya, jika kita ingin meminta tolong daripada seseorang, kita akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hatinya dan berbuat baik kepadanya sebelum menyatakan hasrat kita. Kita benar-benar mahu memastikan permintaan kita itu dipenuhi. Begitulah juga istikharah ini. Cuma istikharah jauh lebih mulia dan berbeza daripada menyatakan permintaan tolong kepada manusia. Istikharah dipanjatkan kepada Tuhan Yang Esa. Ia bukan sahaja bermotifkan dunia. Ia merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat sana. Maka disebabkan itulah menurut Ibnu Abi Jamrah, hikmah didahulukan solat berbanding doa adalah sebelum kita masuk menghadap Raja untuk mengajukan sesebuah permohonan, kita perlulah mengetuk pintunya terlebih dahulu. Tidak ada cara yang paling berkesan dan paling berhasil melainkan solat yang mengandungi pengagungan kepada Allah SWT, pujian kepada-Nya, serta kebergantungan kepada-Nya.3

3 Fath al-Bari, jil. 11, hlm. 186.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 85


Istikharah: Membimbing Manusia ke Jalan yang Menggembirakan Mengingati mati adalah salah satu motivasi terbaik untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup. Betul-betul straightforward ayat yang saya tulis. Tetapi ia betul. Mengingati mati bukan bermakna kita harus lesu dan tidak bermaya sepanjang hari. Mengingati mati juga bukan sesekali bertujuan melemahkan semangat. Bahkan ia sebaliknya. Mengingati mati membuatkan kita lebih bertenaga. Mengingati mati membuatkan kita lebih bersemangat. Manakan tidak, mengingati mati merupakan petanda bahawa orang itu merupakan orang yang cerdik. Ibnu Umar RA pernah

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 111


berada bersama Nabi SAW. Lalu seorang Ansar datang memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin yang manakah yang paling baik?” Jawab Baginda Nabi SAW, “Yang paling baik akhlaknya.” Orang itu bertanya lagi, “Mukmin manakah pula yang paling cerdik?” Lalu jawab Nabi SAW:

ْ ْ ُ ُ� ْ َ ً َْ ْ ُ ََْ َ ْ ُ​ُ َ ْ َ​َ ًْ ْ َ ‌‫ِت ِذِْكًرا َوَأْحَسُنُهْم ِل َِما َبْعَد ُه اْسِتِْعَداًدا‬ ِ ‫َأ ْك ُرَثُهْم ِلِْلَمْو‬ َ ُ ْ �‫َ َ اَأْل‬ ُ ‫ْك َ​َي‬ ‫اُس‬ ‫ُأوَل ِئَِك‬ “Yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling baik mempersiapkan diri untuk alam yang seterusnya, merekalah yang paling cerdik.” (Riwayat Ibnu Majah) 1 Perbanyaklah mengingati mati. Mengingati mati tidak mengira usia kerana kematian sendiri tidak pernah mengenal usia. Kematian boleh terjadi kepada orang tua; kematian juga boleh berlaku kepada pemuda. Sahabat saya yang meninggal dunia itu juga jika diikutkan masih muda umurnya. Beliau pun masih belum berumah tangga.

1 Sunan Ibni Majah, jil. 5, hlm. 327, no. 4259. Pentahkik Syu‘aib al-Arna’ut dan selainnya menilai hadis ini sebagai hasan.

112 | NAZRIN NASHIR


Sufyan al-Thauri terkenal sebagai seorang ulama yang pakar dan terhormat. Beliau sangat alim, faqih dan zuhud. Sejak berusia muda lagi kecerdasan dan kekuatan hafalannya disebut-sebut. Antara sifat beliau yang diceritakan juga adalah beliau sering kali mengingati mati. Kata Qabisah, “Setiap kali aku duduk bersama Sufyan, aku selalu mengingati mati. Tak ada orang lain yang sering menyebut tentang kematian berbanding Sufyan.”2 Jelas sekali mengingati mati sepatutnya menjadikan kita lebih baik dan lebih hebat daripada biasa. Stephen Covey dalam bukunya yang popular, The 7 Habits of Highly Effective People mengajak para pembacanya untuk membayangkan diri mereka berada di sebuah majlis pengebumian diri sendiri. Pembaca perlu membayangkan bahawa merekalah orang yang meninggal dunia tersebut. Di tanah perkuburan tersebut, sejumlah orang hadir memberikan penghormatan terakhir sama ada mereka ahli keluarga, sanak-saudara, atau kawan-kawan. Covey kemudian melontarkan beberapa persoalan mendalam untuk difikirkan. Apakah kata-kata yang ingin para pembaca dengar daripada orang-orang yang hadir? Apakah sifat dan karakter diri yang para pembaca ingin mereka lihat? Apakah sumbangan atau pencapaian yang para pembaca ingin mereka ingat?

2 Siyar A‘lam al-Nubala’, jil. 7, hlm. 236 – 240.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 113


Menurut Covey, salah satu tabiat orang berjaya ialah begin with the end in mind, iaitu memulakan sesuatu dengan mempunyai kefahaman yang jelas tentang destinasi akhir. Ambil tahu arah manakah yang kita mahu pergi supaya kita lebih memahami di mana kita berada sekarang dan supaya langkah yang kita ambil sentiasa berada pada arah yang betul.3 Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi seorang doktor, kita akan berfikir apa yang kita perlukan untuk mencapai matlamat itu; kita perlu memilih bidang pengajian yang sesuai, kita perlu mengambil peperiksaan yang diperlukan, kita perlu melalui latihan dan pengalaman yang mencukupi, dan lain-lain. Kita akan berusaha untuk mencapai bidang kepakaran perubatan yang kita inginkan, mendapatkan tempat bertugas yang sesuai, memberi sumbangan kepada masyarakat, dan sebagainya. Saya sendiri mempunyai seorang kawan di sekolah menengah yang mempunyai visi jelas seperti ini. Sejak di sekolah menengah lagi beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Apabila ditanya kepadanya tentang cita-citanya, jawapannya tak akan pernah berubah. Beliau memang mahu menjadi seorang doktor. Sejak kecil lagi memang beliau nak jadi doktor. Disebabkan itu, subjek-subjek akademik yang berkaitan seperti subjek biologi memang menjadi “makanan” beliau.

3 The 7 Habits of Highly Effective People, hlm. 102 – 105.

114 | NAZRIN NASHIR


Beliau fokus dalam pembelajarannya, mendapatkan skor yang cemerlang dan berkongsi ilmu khususnya berkaitan subjek-subjek sains dan matematik dengan rakan-rakan lain termasuklah saya. Beliau tamat belajar dengan keputusan cemerlang dan beliau tidak teragak-agak menyambung belajar dalam bidang perubatan. Beliau terus meraih kecemerlangan demi kecemerlangan sehinggalah memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Kini, seperti yang dijangka, sememangnya beliau sedang berkhidmat sebagai salah seorang doktor di sebuah hospital yang terkemuka di Malaysia. Kejayaan seseorang itu bermula dengan keteguhan citacitanya. Kalau kita nak disebut-sebut sebagai pelajar yang berjaya, kita akan berusaha mencapainya. Kalau kita berimpian menjadi seorang doktor yang berjasa, kita akan bekerja keras meraihnya. Kalau kita ingin menjadi anak yang berbakti, kita akan sedaya-upaya mengejarnya. Kalau kita benar-benar mahu menjadi hamba Allah SWT yang mulia, kita juga pasti bersusah-payah memburunya. Lalu kembali kepada persoalan yang perlu kita tanyakan bersama sejak mula, bagaimana kita mahu orang lain mengenali kita selepas kita pergi buat selamanya? Ketika di majlis pengebumian kita, indahnya jika kita disebut-sebut sebagai orang yang baik. Mulianya jika kita diingati sebagai orang yang berjasa. Lebih indah lagi jika kita mulia di sisi manusia, mulia juga di sisi Pencipta.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 115


Apabila kita betul-betul jelas tentang perkara ini, kita akan tahu bahawa merenung dan bermuhasabah tentang pengakhiran kita ini sebenarnya memotivasikan kita untuk lebih kuat belajar dan bekerja sehinggalah kemudiannya kita tidak bermudah-mudah membuang masa untuk sesuatu yang tiada manfaatnya. Lalu apaapa sahaja perkara yang kita ingin lakukan dan putuskan akan diambil kira kesannya terhadap destinasi dan pengakhiran kita. Tiada siapa yang mahu hidupnya berakhir dengan sia-sia. Maka, jangan sesekali sia-siakan masa yang kita ada untuk sesuatu yang melalaikan, merugikan bahkan memudaratkan. Biarkan pilihan-pilihan yang ada di hadapan kita dipenuhi dengan sesuatu yang berbentuk ketaatan dan mempunyai manfaat. Seperti

kata

al-Mawardi,

“Digalakkan

memperbanyak

mengingati mati kerana ia mendorong seseorang melakukan ketaatan dan mencegah seseorang daripada melakukan maksiat.”4 Ingatilah bagaimana kita akan dihisab kemudian hari sebelum kita bertindak untuk hari ini. Dengan melakukannya, kita akan lebih mudah menjemput pilihan-pilihan yang baik dan positif. Kita akan lebih mudah menyingkir pilihan-pilihan yang buruk negatif. Kita pasti akan terkejar-kejar melakukan amalan-amalan yang diredai Allah SWT. Kita tidak akan teragak-agak membuang jauh-jauh perkara yang tidak diredai Allah SWT. Lalu keputusan dan pilihan 4 Al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madzhab al-Imam al-Syafi‘i, jil. 3, hlm. 3.

116 | NAZRIN NASHIR


yang kita ingin buat adalah benar-benar dalam ruang lingkup yang makin mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Oleh sebab itu, mulakan sesuatu dengan memikirkan matlamat dan tujuan akhirnya. Dengan menjadikan pengakhiran hidup sebagai motivasi, kita akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Kita akan lebih berfikir tentang ganjaran dan akibat untuk setiap keputusan dan tindakan kita, baik terhadap dunia mahupun akhirat. Beristikharahlah demi mencapai penghujung yang diberkati dan diredai Allah SWT.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 117


Nabi SAW Juga Berbincang Apabila kita baca sirah, kita akan banyak kali temui kisah Nabi SAW berbincang. Contohnya ketika perang Khandak atau juga dikenali sebagai perang Ahzab. Dalam perang itu, segerombolan tentera gabungan yang besar akan menyerang Madinah. Akan tetapi, Nabi SAW dan sahabatsahabat sudah tentu juga peka dan rancak mengatur strategi. Nabi SAW adakan perbincangan dengan para sahabat tentang strategi mempertahankan Madinah. Waktu itu, Salman al-Farisi mengemukakan suatu usul yang menarik. Kata beliau, “Wahai Rasulullah, ketika kami di bumi Parsi, tatkala kami dikepung, kami akan menggali parit.” Cadangan ini merupakan strategi yang tidak pernah diketahui oleh orang Arab pada ketika itu.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 139


Mereka yang bermesyuarat bersetuju dengan usul ini. Nabi SAW pun segera melaksanakan cadangan tersebut. Ternyata strategi tersebut sungguh bijaksana. Parit besar terbentang luas menghalangi tentera musyrikin dari Madinah. Mereka cuba mengepung Madinah. Sebahagian mereka cuba lolos dan menyeberang, tetapi ia ditentang hebat oleh tentera-tentera Islam. Segala usaha mereka gagal. Mereka menemui jalan buntu sehingga akhirnya mereka terpaksa pulang. Allah SWT singkirkan tentera Ahzab dari Madinah. Allah SWT muliakan tentera Islam di Madinah.1 Banyak lagi contoh Nabi SAW berbincang dengan para sahabat. Persoalannya, kenapa Nabi SAW masih berbincang dengan para sahabatnya? Padahal boleh sahaja Nabi SAW terus membuat keputusan kerana Baginda SAW adalah Nabi. Baginda SAW ialah Rasulullah yang sudah pasti diikuti kata-kata dan pandangannya oleh para sahabat. Antara hikmahnya adalah untuk orang-orang Islam mencontohi Baginda SAW dengan berbincang dan bermesyuarat dengan orang lain.2 Lagipun Allah SWT-lah yang menyuruh Nabi SAW untuk berbincang. Meskipun wahyu masih belum berhenti, Nabi SAW tetap berbincang dengan para sahabat. Firman Allah SWT:

1 Al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 275 – 287. 2 Al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi Islah al-Ra‘i wa al-Ra‘iyyah, hlm. 233.

140 | NAZRIN NASHIR


َ� َ َ ۡ‫ُ ۡم‬ ۖ�‫َوَشاِوِۡرُۡه ييِف ٱَأۡلۡمِۡۖر‬ “Dan berbincanglah dengan mereka dalam sesuatu urusan.” (Surah Ali-Imran: 159) Kata Imam al-Nawawi, “Kalaulah Allah SWT menyuruh Nabi SAW dengan ayat yang jelas untuk berbincang dengan orang lain padahal Baginda merupakan makhluk yang paling sempurna, inikan pula orang lain.”3

3 Al-Adzkar, hlm. 324.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 141


“Bila nak dapat jawapan?” “Dah istikharah tapi sampai sekarang tak dapat-dapat pun jawapan.” “Betul ke apa yang aku rasakan ini merupakan jawapan daripada Tuhan?” Soalan-soalan sebegini sering kali ditanyakan oleh masyarakat termasuklah kita. Nabi SAW ajarkan kita istikharah sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita solat dan berdoa meminta petunjuk kepada Allah SWT agar diberikan pilihan yang terbaik untuk kita. Persoalannya, bagaimana caranya untuk kita tahu jawapannya? Ketika saya menulis manuskrip istikharah ini, ahli keluarga saya pun baru sahaja mendapat tawaran kerja. Beliau sudah solat istikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk menerima tawaran kerja tersebut. Lalu persoalan yang sama diajukan kepada saya, apakah jawapannya? Apabila saya membuat sedikit pencarian, rupa-rupanya bukan ahli keluarga saya sahaja yang bertanya. Ramai lagi yang bertanyakan soalan-soalan yang lebih kurang serupa.

190 | NAZRIN NASHIR


Ada orang yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia agak takut kerana dia akan berada jauh dari negaranya tetapi dia rasa bersemangat untuk pergi. Dia pun solat istikharah. Tibatiba keesokan hari ada kawannya menghantar sebuah mesej yang mengandungi maklumat berkenaan negara yang dia berhasrat untuk pergi belajar. Padahal kawan dia tak tahu pun dia mahu belajar ke sana. Adakah ini jawapannya? Adakah jawapan itu juga mesti datang keesokan hari selepas dia beristikharah? Ada pula sepasang lelaki dan perempuan yang ingin bernikah. Kedua-dua mereka melakukan solat istikharah. Perempuan itu mendapat petanda melalui mimpi, tetapi lelaki itu pula tak mendapat apa-apa petanda pun. Lalu mereka bertanya, apa yang mereka perlu buat? Jawapan yang pertama kepada pencarian jawapan mereka saya kira adalah bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah diberikan taufik untuk mengamalkan satu sunnah yang diajar oleh Nabi SAW. Tidak mudah untuk beralih dari dunia yang melalaikan lalu memanjatkan pengharapan kepada Tuhan. Bahkan Sheikh ‘Adnan al-‘Arur memasukkan solat istikharah ini sebagai salah satu daripada tiga solat sunat yang telah diabaikan oleh sebahagian daripada kita.1 Maka berbahagialah orang-orang yang berjaya menunaikan sunnah solat istikharah berserta doanya.

1 Thalath Salawat ‘Azhimah Mahjurah, hlm. 3.

ADAKAH INI YANG TERBAIK? | 191


Ingin baca lagi? Dapatkan buku ini di www.imanshoppe.com dan juga kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Terokai buku-buku terbitan IMAN Publication yang lain di:

www.imanpublication.com

@imanpublication

https://t.me/KakIman


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook