Domba yang Hilang, Dirham yang Hilang, dan Anak yang Hilang Lukas 15:1-32 1 Kemudian datanglah semua pemungut cukai dan orang berdosa kepada-Nya untuk mendengar-Nya. 2 Maka bersungut-sungutlah orang Farisi dan ahli-ahli Taurat, katanya: "Orang ini menerima orang berdosa dan makan bersama-sama dengan mereka." 3 Lalu Yesus mengatakan perumpamaan ini kepada mereka, katanya: 4 Siapakah di antara kamu yang mempunyai seratus ekor domba, dan jika ia kehilangan seekor di antaranya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di padang gurun dan pergi mencari yang sesat itu sampai ia menemukannya? 5 Dan apabila ia telah menemukannya, ia meletakkannya di atas bahunya dengan sukacita. 6 Dan apabila ia pulang ke rumah, ia memanggil sahabat-sahabat dan jiran-jirannya serta berkata kepada mereka: Bersukacitalah bersama-sama dengan aku, sebab aku telah menemukan dombaku yang hilang itu. 7 Aku berkata kepadamu, bahawa begitu juga akan ada sukacita di syurga kerana seorang berdosa yang bertaubat, lebih daripada sukacita kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan taubat. 8 Atau perempuan manakah yang mempunyai sepuluh keping wang perak, dan jika ia kehilangan satu keping wang perak, tidak menyalakan pelita, menyapu rumah, dan mencarinya dengan teliti sampai ia menemukannya? 9 Dan apabila ia telah menemukannya, ia memanggil sahabat-sahabat dan jiran-jirannya serta berkata: Bersukacitalah bersama-sama dengan aku, sebab dirhamku yang hilang itu telah kutemukan. 10 Aku berkata kepadamu, demikian juga akan ada sukacita di hadapan malaikat-malaikat Allah atas seorang berdosa yang bertaubat. 11 Lalu kata Yesus, " Ada seorang lelaki yang mempunyai dua orang anak lelaki. 12 Kata anak bungsu kepada bapanya: "Ayah, berikanlah kepadaku bahagian harta yang menjadi hakku." Lalu bapanya membahagikan hartanya kepada mereka berdua.
1
13 Tidak berapa lama kemudian, anak bungsu itu mengumpulkan semuanya, lalu pergi ke negeri yang jauh. Di sana ia memboroskan hartanya dengan hidup berfoya-foya. 14 Setelah semuanya dihabiskannya, timbullah kelaparan yang hebat di negeri itu, sehingga ia mulai melarat. 15 Lalu pergilah ia dan bekerja dengan seorang warga negeri itu, lalu disuruhnya dia ke ladangnya untuk memberi makan babi. 16 Dan dia ingin mengisi perutnya dengan sekam yang dimakan babi itu, tetapi tidak seorang pun yang memberinya kepadanya. 17 Setelah ia sedar, ia berkata, ‘Betapa banyaknya orang upahan ayahku yang mempunyai makanan yang cukup dan berlebih-lebihan, sedangkan aku mati kelaparan!’ 18 Aku akan bangun dan pergi kepada bapaku dan berkata kepadanya: Bapa, aku telah berdosa terhadap sorga dan terhadap bapa, 19 Dan aku tidak layak lagi disebut anak Bapa; jadikanlah aku sebagai salah seorang upahan Bapa. 20 Lalu bangunlah ia dan pergi kepada bapanya. Ketika ia masih jauh, bapanya melihatnya, lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan, lalu berlarilah ia, memeluk lehernya dan menciumnya. 21 Kata anak itu kepadanya: Bapa, aku telah berdosa terhadap sorga dan terhadap bapa, dan aku tidak layak lagi disebut anak bapa. 22 Tetapi bapa itu berkata kepada hamba-hambanya: Bawalah ke mari jubah yang terbaik dan pakaikanlah itu kepadanya, dan pakaikanlah cincin pada tangannya dan kasut pada kakinya. 23 Dan bawalah anak lembu yang gemuk itu ke mari, sembelihlah dia, dan marilah kita makan dan bersukacita. 24 Kerana anakku ini telah mati dan menjadi hidup semula; dia telah hilang dan telah ditemui. Lalu mereka mula bersukacita. 25 Anak sulungnya berada di ladang. Ketika ia pulang dan dekat ke rumah, ia mendengar bunyi musik dan tarian. 26 Lalu ia memanggil salah seorang hamba dan bertanya apa maksud semua itu. 27 Lalu kata orang itu kepadanya: Saudaramu telah datang, dan ayahmu telah menyembelih anak lembu yang gemuk, kerana dia telah menerimanya dengan selamat. 28 Maka marahlah ia dan tidak mau masuk. Lalu keluarlah bapanya dan memohon kepadanya. 29 Maka jawabnya kepada bapanya, katanya: "Telah bertahun-tahun aku melayani bapa dan aku tidak pernah melanggar perintah bapa, tetapi bapa tidak pernah memberi aku seekor anak kambing untuk bersukaria dengan sahabat-sahabatku. 30 Tetapi sebaik sahaja anak tuan ini datang, yang telah menghabiskan harta tuan bersama-sama dengan perempuan-perempuan sundal, tuan telah menyembelih anak lembu yang tambun untuknya. 31 Kata bapa itu kepadanya: Anakku, engkau selalu bersama-sama dengan aku, dan segala yang kumiliki adalah milikmu. 32 Memang patut kita bersukacita dan bergembira, kerana saudaramu ini telah mati dan menjadi hidup semula, telah hilang dan didapat kembali.
2