1 minute read

JENIS – JENIS RIBA

Next Article
PENGENALAN

PENGENALAN

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah alBaqarah, ayat 278-279 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278279). Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

Para Fuqaha’ membahagikan riba kepada pelbagai jenis, namun untuk keluaran kali ini cukup untuk kita mengetahui dua jenis yang utama. Pengertian dan cara riba tersebut berlaku mengikut dua jenis riba tersebut. Secara umumnya, riba terbahagi kepada dua jenis riba yang utama, iaitu riba yang berlaku di dalam urusan jual beli dan ianya dikenali sebagai riba al-buyu’ dan riba yang berlaku di dalam urusan hutang piutang dan ianya dikenali sebagai riba al-duyun.

Advertisement

1) Riba al-Buyu

Riba al-buyu’ ialah riba yang berlaku dalam akad jual beli barang ribawi dan berlaku dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantiti. Keadaan yang kedua adalah jual beli atau pertukaran di antara barang ribawi yang

This article is from: