Lembaga Pengarang
Ketua Biro Publisiti, Informasi & Komunikasi Koo Shiaw Lee Editor Datuk Lau Hoi Keong Sub-Editor Sasha Asharuddin Mohd Aidil Yusof Seow E Kin Zane Ryan Jenifer A/P Jesudass Law Jing Pereka Grafik Boey Tan Muhammad Aiman Bin Zulkefli Alamat Ibu Pejabat Level 5, Tower 1, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. No. Telefon +603 9287 6868 Faks +603 9287 8866 Peringatan Penerbit ahli PGRM, serta editor-editor terlibat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan berpunca dari penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam majalah ini.
Nota Ketua Biro Publisiti, Informasi & Komunikasi
Sdr. Koo Shiaw Lee
P
RN Johor telah berlangsung pada 20 Mac 2022 akibat pembubaran DUN Johor pada 22 Januari 2022. Ini merupakan kali kedua GERAKAN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya bersama gabungan Perikatan Nasional dengan bermatlamatkan “utamakan rakyat”. Walaupun GERAKAN tidak meraih kemenangan dalam PRN Johor seperti yang diharapkan, namun parti telah menunjukkan peningkatan prestasi yang positif berbanding dengan PRN sebelum ini. Sehubungan itu, GERAKAN akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat dan kekal bersama Perikatan Nasional kerana kita percaya, PN merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia. Tatkala wabak COVID-19 masih belum berakhir, musibah lain seperti banjir juga banyak berlaku terutamanya di tempattempat yang tidaj pernah mengalami banjir sebelum ini. Banyak kawasan perumahan terjejas, dan ramai kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, saya memohon ahli parti untuk sentiasa menghulurkan bantuan secara berterusan kepada yang memerlukan. Saya juga ingin menjemput saudara serta saudari untuk membaca, menghayati dan bersama memberi pandangan dalam edisi GERAKAN Today yang pertama untuk tahun ini. Selamat membaca!
KANDUNGAN Mesej Daripada Presiden
3
Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN yang ke-50
5
Pilihan Raya Negeri Melaka 2021
9
Pilihan Raya Negeri Johor 2022
11
GERAKAN Pemuda
13
GERAKAN Wanita
15
Aktiviti-aktiviti GERAKAN
17
Sertai GERAKAN, Maju Bersama
19
SOP Peralihan Ke Fasa Endemik
20
Mesej daripada PRESIDEN Salam Satu Hati dan Salam Perikatan, Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan kekuatan yang diberikan saya dapat berkhidmat kepada GERAKAN dan masyarakat Malaysia. Segala cabaran hidup yang telah saya lalui membantu saya untuk mempersiapkan diri bagi mengharungi apa jua rintangan yang muncul demi membawa kegemilangan kepada parti kita. Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen serta sokongan padu secara berterusan kepada part sehingga hari ini. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita telah menangani pelbagai cabaran ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan kita. COVID-19 merupakan rintangan yang paling berat sekali, dan saya tahu ia terpahat dalam minda setiap kita. Oleh itu, saya menyeru kepada semua ahli GERAKAN, janganlah abaikan kesihatan, dapatkan dos penggalak secepat mungkin dan kepada para ibu bapa, laksanakan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak anda mendapat vaksin. Ingat, kita masih belum menang dalam perjuangan ini. Maka berusahalah sehingga kita boleh mewujudkan negara yang bebas daripada wabak yang dahsyat ini.
Beralih kepada PRN Johor yang baru-baru ini, kepimpinan Perikatan Nasional iaitu GERAKAN bersama BERSATU dan PAS telah berjaya mendapat undi popular sebanyak 24.04% (334,457 undi). Keputusan tersebut telah menyuntik semangat dan aspirasi Perikatan Nasional, terutamanya GERAKAN dalam menggandakan usaha memenangi PRU ke-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Akhir kata, saya berharap agar semua ahli GERAKAN akan terus berganding bahu dan bekerjasama dalam menghadapi segala cabaran yang kita hadapi sebagai parti politik. GERAKAN juga akan sentiasa mendokong prinsip dan ideologi Rukun Negara demi mengeratkan hubungan sesama Bangsa Malaysia. Dengan ini, saya mengakhiri nota saya dengan laungan SATU HATI! SATU HATI! SATU HATI! Sekian, terima kasih. YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia
全国主席的话 万众一心,国盟团结, 首先,我想感谢上天给予我为民政党以及全国人民效劳的机会。每一次面临的考验,都 是为了下一次能让我为党奋斗而做好更完善的准备。接着,我要向这段时间为本党勤勤 恳恳的付出,长期支持本党的各造致以最高的敬意。 实际上,在新冠病毒冲击我国各行各业之后,我们面临并渡过了许多艰峻的挑战。我理 解到新冠疫情对我国民众之影响是相当深刻的,人们长期受此病毒所苦。为此,我呼吁 全体民政党党员,尽快施打疫苗加强剂,提高免疫的可能性。同时,膝下有子女的父母应 负起责任,确保孩子接种疫苗。切记,抗疫尚未结束,你我皆需努力,以让我国早日能从 疫情中获得解放。 在不久前的柔佛州选举,国民联盟,即民政党、土团党与伊斯兰党,成功获得高达 24.04%(333,457票)的得票率。此结果对于国盟而言是振奋人心的,尤其给了民政党 在接下来随时可能举办的全国大选中取得突破的信心。 再者,我促请民政党上下党员,同心协力战胜本党将迎接的挑战。民政党会继续拥护国 家原则的精神,以维护我国各族群之间的团结与和谐。最后,让我们再次呼吁,万众一 心!万众一心!万众一心! 谨此致谢。 拿督刘华才博士国会上议员 | 民政党全国主席 Gerakan Today 3
தலைவரின் செய்தி சக�ோதரர் டத்தோ டாக்டர் ட�ோமினிக் லாவ் ஹ�ோ சாய் தேசிய தலைவர், கெராக்கான் ராக்யாட் மலேசிய கட்சி.
சலாம் சத்து ஹாத்தி, சலாம் பெரிக்காத்தான்,
முதலில், நம் மலேசிய மக்களுக்கும் கெராக்கான் கட்சிக்கும் சேவையாற்ற எல்லா வகையிலும் துணைப்புரிந்த இறைவனுக்கு நன்றி மலர்களைச் சமர்ப்பிக்கிறேன். ஏனெனில், இறையருளால் கிடைத்த உத்வேகத்தால் பல்வேறு சவால்களையும் தடைகளையும் வெற்றிக்கொண்டு, கட்சிக்காக த�ொடர்ந்து உழைத்திட முடிகின்றது. இவ்வேளையில், நமது கட்சிக்கு வற்றாத அன்பையும் ஆதரவையும் வழங்கிவரும் அனைவருக்கும் நன்றிகள் பல தெரிவிக்கக் கடமைப்பட்டுள்ளேன். எல்லா சூழ்நிலைகளிலும் எங்கள் மீது அசைக்க முடியாத நம்பிக்கை க�ொண்ட நாட்டு மக்கள் நலமுடனும் வளமுடனும் வாழ்வதற்காக கெராக்கான் எப்போதும் சேவையாற்றும் என்பதை மகிழ்வுடன் தெரிவிக்கின்றேன்.
உலகத்தையே உலுக்கிக் க�ொண்டிருக்கும் க�ோரணி நச்சு (Covid-19) பெருந்தொற்று ந�ோய், மலேசியர்களின் வாழ்க்கையிலும் பல்வேறு பாதிப்புகளையும் இழப்புகளையும் ஏற்படுத்தியது என்பதை மறுக்க முடியாது. அந்தச் சவால்மிக்க காலக்கட்டம், நம் மனங்களில் கசப்பான நினைவுகளையும் பதியச் செய்தது. இதனிடையே, இந்தக் க�ொள்ளை ந�ோயைக் கட்டுப்படுத்தும் முயற்சியாக பல உலக நாடுகள் தடுப்பூசி திட்டத்தை முன்னெடுத்தன. அவ்வகையில், மலேசிய அரசாங்கமும், மலேசிய சுகாதார அமைச்சின்கீழ் சிறப்பான முறையில் தேசிய தடுப்பூசி மற்றும் ஊக்கத் தடுப்பூசி திட்டத்தை மேற்கொண்டு வருகின்றது. இந்த வாய்ப்பைப் பயன்படுத்தி கெராக்கான் கட்சியின் அனைத்து உறுப்பினர்களும் தங்களின் ஊக்கத் தடுப்பூசியை பெற்றுக்கொள்ளுமாறு கேட்டுக்கொள்கிறேன். அதேவேளையில், பெற்றோர்கள் தங்களின் குழந்தைகள் தடுப்பூசி பெற்றுக்கொள்வதையும் உறுதிச்செய்ய வேண்டும் என்பதை நினைவுறுத்த கடமைப்பட்டுள்ளேன். இந்தப் ப�ோராட்டத்தில் நாம் இன்னும் வெற்றிபெறவில்லை. ஆகவே, இந்தக் க�ொடிய த�ொற்றுந�ோயிலிருந்து விடுபட்டு ஆர�ோக்கியமான மலேசியச் சமுதாயத்தை உருவாக்குவதில் ஒவ்வொருவரின் பங்கும் அளப்பரியது என்பதை உணர்ந்து செயல்பட வேண்டும்.
அண்மையில் நடைபெற்று முடிந்த ஜ�ொகூர் மாநில தேர்தலில் பெரிக்காதான் நேஷனல் கூட்டணியுடன் (பெர்சத்து மற்றும் பாஸ் கட்சியுடன்) இணைந்து; நமது கெராக்கான் கட்சி, வெற்றிகரமாக ம�ொத்த வாக்குகளிலிருந்து 24.04 விழுக்காட்டு (334,457 வாக்குகள்) வாக்குகளைப் பெற்றது என்பது குறிப்பிடத்தக்கது. இந்தத் தேர்தல் முடிவுகள் பெரிக்காதான் நேஷனல் கூட்டணியின் மீதான மக்களின் நம்பிக்கையை வெளிப்படுத்துகின்றது. இதனை உந்துசக்தியாகக் க�ொண்டு வரும் 15-வது ப�ொதுத்தேர்தலில் பெரிக்காதான் நேஷனல் தலைவர்கள் குறிப்பாக, கெராக்கான் தலைவர்கள் தேர்தல் களத்தை வெற்றிக்களமாக மாற்றுவதற்கான முயற்சிகளை மேற்கொள்வர் எனவும் பெரிதும் எதிர்ப்பார்க்கின்றேன்.
இறுதியாக, நாட்டை மேம்படுத்தும் முயற்சியில், அனைத்து கெராக்கான் உறுப்பினர்களும் ஒன்றுப்பட்டு எல்லா சவால்களையும் எதிர்கொள்வர் என நம்புகிறேன். மேலும், அவர்கள் மலேசியர்களிடையே நல்லுறவை வலுப்படுத்த தேசியக் க�ோட்பாட்டையும் அதன் க�ொள்கைகளையும் எப்போதும் கடைப்பிடிக்கும் அதேவேளையில், ஒரு மனத�ோராய் த�ொலைந�ோக்குப் பார்வையுடன் செயல்பட வேண்டும். நம் கட்சி உறுப்பினர்களின் ஒத்துழைப்பும் அர்ப்பணிப்பு உணர்வும், கட்சியைத் த�ொடர்ந்து வெற்றிப் பாதையில் பயணித்திட செய்கிறது என்பதை தெரிவித்து எனதுரையை இனிதே நிறைவுச் செய்கிறேன். ஒரே மனது! ஒரே மனது! ஒரே மனது! நன்றி.
Salam Satu Hati dan Salam Perikatan,
Message by PRESIDENT
I express my gratitude to the Lord for His role in giving me life and strength to serve GERAKAN and the Malaysian public. Every setback I’ve faced in life had prepared me for the challenges ahead to bring our Party to greater heights. Furthermore, I would also like to express my utmost appreciation towards those that displayed unwavering commitment and support to the Party all this while.
GERAKAN, BERSATU and PAS have been successful in achieving as much as 24.04% (334,457 votes) in popular vote during the 2022 Johor State Election. The results had reinvigorated the leadership of Perikatan Nasional – especially GERAKAN leaders – to continue fighting the good fight in the upcoming 15th General Election that can happen anytime soon.
It is undeniable that the nation had went through countless challenges during the COVID-19 pandemic. The pandemic remains our biggest challenge, and the damage it inflicted will forever remain, etched in the hearts of the rakyat. As I remind myself of this painful memory, I call on all members of GERAKAN to take care of your health and get your booster shot as soon as possible. Parents should also take on the civic responsibility and ensure your children are vaccinated. We haven’t seen the end of this tunnel yet, so let us continue our fight to free this nation from the deadly virus.
As a closing remark, I wish for all GERAKAN members to work hand-in-hand to face whatever challenges arise in making the nation a better place. GERAKAN will always adhere to the principles and ideology of the Rukun Negara to bridge interracial relations in Malaysia. With the commitment of every party member, let us achieve success in the near future in line with the vision and mission of GERAKAN. SATU HATI! SATU HATI! SATU HATI!
Shifting our focus to the recent Johor State Election, the component parties of Perikatan Nasional, namely 4 Gerakan Today
Thank you. YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI President Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Persidangan Perwakilan Nasional Yang Ke-50
P
ada tanggal 4 Disember 2021, Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah mengadakan Persidangan Perwakilan Nasional yang ke-50 bertempat di Ibu Pejabat GERAKAN, iaitu Menara PGRM, Cheras. Persidangan ini juga disiarkan secara langsung melalui Facebook Live agar para perwakilan dapat menyertai secara dalam talian disebabkan oleh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam menangani pandemik COVID-19. Persidangan kali ini juga menyaksikan kehadiran Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional serta ahli-ahli Jawatankuasa Pusat yang lain.
Kehadiran Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi oleh Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan pemimpin-pemimpin GERAKAN yang lain.
Para perwakilan berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin GERAKAN melaungkan slogan “SATU HATI” untuk menaikkan semangat para perwakilan.
Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai memberikan ucapan dasar.
Gerakan Today 5
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ucapan perasmian.
Encik Jason Wong, Pengarah Urusan GCL International menyerahkan Sijil Pengiktirafan ISO 37001: 2016 iaitu Sistem Pengurusan Anti Rasuah atau dikenali sebagai Anti Bribery System dengan diiringi oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan diiringi oleh Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau melancarkan 9 Teras Utama GERAKAN bagi 50 tahun yang akan datang.
Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyerahkan cenderamata kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda penghargaan.
Para perwakilan yang hadir semasa Persidangan Perwakilan Nasional ke-50 Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
6 Gerakan Today
Pelancaran 9 teras utama GERAKAN dalam 50 tahun
Transformasi Pulau Pinang sebagai hub pendidikan terunggul di Asia Tenggara.
Memupuk bakat pemimpin muda berkaliber dan berintegriti.
Pendigitalan sistem bagi perjalanan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
Perwakilan yang saksama dalam Jawatankuasa Pusat.
Menubuhkan Universiti Politik yang pertama di Malaysia.
Menubuhkan Kelab GERAKAN Antarabangsa.
Gerakan Today 7
bEbAs r As U aH
GERAKAN sebagai rujukan utama parti bebas rasuah di persada antarabangsa.
Mengimplementasikan sistem perancangan penggantian pemimpin yang teratur.
Impian 2068 ‘Impian 2068’ untuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia, termasuk:
Penjenamaan semula GERAKAN mencapai sekurang-kurangnya 1,000,000 ahli
8 Gerakan Today
Menjadikan GERAKAN sebagai parti terbesar di Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan berpandukan perpaduan
Menjadikan Malaysia sebagai negara contoh terbaik bagi rakyat berbilang kaum, duduk semeja demi tanah tumpah darahnya
Pilihan raya negeri MElaka 2021 Pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Melaka 2020 berikutan empat anggota DUN membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka yang dipimpin oleh YB Sulaiman Md Ali hilang majoriti dan tumbang. Berikutan itu, PRN Melaka yang ke-15 telah berlangsung pada 20 November 2021 untuk memilih 28 ahli Dewan Undangan Negeri Melaka. Dalam Pilihanraya Negeri Melaka ini, Perikatan Nasional (PN) telah menampilkan 90 peratus calon baharu yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, berkarisma dan mempunyai kredibiliti, dengan bermatlamatkan untuk memberi kekuatan kepada kerajaan dalam merealisasikan manifesto yang bertajuk ‘Melaka Prihatin’. Oleh itu, GERAKAN telah meletakkan lima calon untuk bertanding pada PRN Melaka yang ke15. Sebagai pra-syarat untuk memberi keyakinan kepada pengundi, kelima-lima calon telah menandatangani surat akujanji untuk tidak melompat parti sekiranya menang. Ini merupakan usaha parti untuk mengelakkan berlakunya isu lompat parti atau sebagainya. Antara nama calon yang telah bertanding ialah:
• • • • •
Sdr. Dhanesh A/L Basil Sdr. Micheal Gan Peng Lam Sdr. Patrick Ng Chin Kae Sdri.Fong Khai Ling Sdri. Clarice Chan Ming Wang
(N.10 Asahan) (N.16 Ayer Keroh) (N.19 Kesidang) (N.20 Kota Laksamana) (N.22 Bandar Hilir)
Gerakan Today 9
Terdapat enam tunjang utama yang telah digariskan oleh Perikatan Nasional (PN) bertemakan ‘Melaka Bangkit Gemilang’, bagi menghadapi PRN Melaka 2021. PN juga berikrar akan membawa perubahan besar kepada pendekatan pentadbiran Kerajaan Melaka. Keputusannya, Barisan Nasional telah meraih kemenangan dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi lima kerusi, Perikatan Nasional (PN) pula disahkan memenangi dua kerusi iaitu di DUN Sungai Udang dan Bemban.
Walaupun GERAKAN tidak meraih kejayaan dalam PRN Melaka 2021, namun parti tetap akan berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Negeri Melaka. Untuk makluman, ini kali pertama GERAKAN bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional dan banyak lagi masih boleh diubah-suai dengan disuntik semangat ahli parti menghadapi pilihan raya akan datang.
10 Gerakan Today
Pilihan raya negeri Johor 2022
ஜ�ொகூர் மக்களுக்காக
Disebabkan DUN Johor telah dibubarkan pada 22 Januari 2022, Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 telah diadakan pada 12 Mac 2022 bersamaan dengan hari Sabtu. Pilihan raya ini bertujuan bagi memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15. Dalam kalangan 15 parti yang bertanding; dengan jumlah keseluruhan calon yang bertanding adalah seramai 239 orang.
Lapan tunjang utama telah digariskan oleh Perikatan Nasional (PN) yang bertemakan ‘Demi Bangsa Johor’ sebagai ikrar untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tunjang itu juga akan dipacu 24 strategi dan berlandaskan 144 pendekatan bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.
Gerakan Today 11
Daripada kesemua 56 calon PN yang bertanding dalam PRN Johor, 15 calon adalah daripada PAS, 33 calon daripada Bersatu dan lapan daripada GERAKAN. Calon GERAKAN yang bertanding dalam PRN Johor telah menandatangani surat akuan berkanun (Statutory Declaration) bagi memastikan tiada elemen lompat parti jika selepas diberi mandat oleh rakyat.
Dalam keputusan PRN tersebut, Perikatan Nasional hanya berjaya memenangi 3 kerusi yang disumbangkan oleh dua daripada BERSATU, dan satu daripada PAS. Manakala, GERAKAN berjaya memperbaiki kedudukan undi popular, yang jelas menunjukkan GERAKAN dan PN adalah pilihan alternatif dan boleh dipercayai. Bagi GERAKAN, data statistik menunjukkan peningkatan prestasi yang positif berbanding dengan PRN Melaka 2021. Dalam PRN Johor 2022, purata bahagian undi (SoV) GERAKAN adalah sebanyak 16.19%, dengan peningkatan sebanyak 4.48% jika dibandingkan dengan 8 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Melaka 2021. Calon Perling (N.46), Sdr. Khoo Shiaw Lee telah mendapat purata bahagian undi tertinggi (SoV) iaitu sebanyak 20.66% berbanding lapan calon yang bertanding dalam PRN Johor.
12 Gerakan Today
Aktiviti-Aktiviti PEMUDA GERAKAN
Pada 1 Januari 2022, Sdr. Ir. Ong Kean Sing selaku Naib Ketua Pemuda Nasional telah menghadiri dan menunaikan tanggugjawabnya dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Bantuan Perikatan Nasional Parlimen Beruas sempena Tahun Baru 2022. Pada 8 Januari 2022, Pemuda GERAKAN telah menganjurkan Forum Suara Pengundi Anak Muda yang bertemakan “Menentukan Kepimpinan Negara”.
Pada 27 Januari 2022, Sdr Ir. Ong Kean Sing selaku Ketua Pemuda Perak telah menganjurkan dan menjadi pengacara rancangan ‘Speak Up!’ yang bertajuk ‘Adakah Tahun 2022 Upaya Bantu Ekonomi Bangkit Semula?’ Tetamu jemputan bagi rancangan ini adalah Sdr. Ahmed Gerakan Today 13 Razman dari Putra Business School.
Pada 12 Februari 2022, Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional telah diadakan bersempena dengan Pilihan Raya Negeri Johor kali ke-15 bagi tahun 2022.
Sempena PRN Johor 2022 juga, Pemuda Perikatan Nasional yang diketuai oleh Sdr. Wong Chia Zhen telah melancarkan “Kempen Jom Balik Mengundi” yang berlangsung dari 5 hingga 9 Mac 2022 dengan berjalan kaki sepanjang 200km perjalanan tersebut bermula dari Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang terletak di Cheras sehingga ke Pagoh, Johor. Tujuan kempen ini adalah untuk membakar semangat para pemuda untuk mengundi dalam PRN kali ini memandangkan UNDI18 telah dikuatkuasakan.
Pada 1 Februari 2022, Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pemuda GERAKAN Pahang, Sdr. Goh Tee Loong di kediaman beliau sempena Tahun Baru Cina 2022. 14 Gerakan Today
Aktiviti-Aktiviti WANITA GERAKAN Sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022, Ketua Wanita Nasional GERAKAN, Sdri. Janice Wong Oi Foon bersama calon Perikatan Nasional, Sdri. Susan Yong telah mengagihkan bunga kepada para wanita di sekitar bandar Yong Peng. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menghargai pengorbanan dan mengiktiraf jasa kaum wanita dalam pembangunan negara.
Pada 25 Februari 2022 sehingga 13 Mac 2022 yang lalu, Wanita GERAKAN cawangan Wilayah Persekutuan telah turun padang untuk membantu aktivitiaktiviti kempen Pilihan Raya Negeri Johor.
Pada 20 Februari 2022, Wanita GERAKAN bersama-sama dengan Wanita Perikatan Nasional yang lain telah mengadakan mesyuarat Jentera PRN Johor. Mesyuarat berlansung dengan kehadiran semua pemimpin-pempinan anggota Wanita PN iaitu yang terdiri daripada Srikandi, Muslimat dan Wanita GERAKAN.
Gerakan Today 15
Sempena Perayaan Thaipusam, Wanita GERAKAN Pahang telah menziarahi RM Caring Homes dan menyampaikan bakul makanan dan sampul wang kepada kanak-kanak yang berada di pusat penjagaan tersebut. .
Sempena Hari Tahun Baru Cina, Wanita GERAKAN Pahang telah menziarahi seorang ibu tunggal di Kampung Jawa Kuantan dan menyampaikan bantuan berupa bakul makanan untuk meringankan bebanan ibu tunggal itu.
Pada tanggal 16 Januari 2022, Wanita GERAKAN Kelantan telah memberi sumbangan kepada pengayuh beca yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang ini.
16 Gerakan Today
Pada 1 Februari 2022, GERAKAN telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Sambutan ini juga menyaksikan kehadiran pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional dan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, tarian tradisional Cina serta menjamu selera bersama para hadirin.
Aktiviti-aktiviti GERAKAN Pada 3 Jan 2022, GERAKAN telah menganjurkan kempen “GERAKAN Prihatin Bantuan Pasca Banjir” yang melibatkan bantuan wang tunai keperluan asas dan makanan.
Pada 5 Februari 2022, GERAKAN telah dijemput untuk menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC). Republik Rakyat China merupakan rakyat negara kita dan pemimpin-pemimpin di MCCC sering memainkan peranan sebagai jambatan komunikasi di antara kita dengan China. Mereka juga telah menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan serta mengeratkan hubungan persahabatan Malaysia - China. GERAKAN sangat menghargai persahabatan dengan pemimpin MCCC dengan harapan untuk kita terus menyuntik dorongan baharu ke arah pembangunan negara.
Gerakan Today 17
Sambutan ulang tahun penubuhan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang ke-54 telah diraikan secara sederhana pada 24 Mac 2022 yang lalu. Sambutan tersebut dimeriahkan dengan menaikkan bendera perasmian papan tanda LED di tingkat 21 bangunan PGRM Menara 1 dan memotong kek bersama ahliahli GERAKAN yang hadir bersama.
18 Gerakan Today
Gerakan Today 19
COVID-19
C T
SOP PERALIHAN KE FASA ENDEMIK