Skip to main content

In-A-Book: International Art Book Fair

Page 1

4

IN-A-BOOK:

INTERNATIONAL ART BOOK FAIR 2014 | Faizal Sidik

Susunan pelan lantai gerai-gerai peserta In-A-Book Fair 2014

Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014 oleh YBhg. Dato Mahadzir Lokman iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara disaksikan oleh Duta Argentina di Malaysia, Ambassador Maria Isabel Rendon dan juga Tuan Hj.Hasan Hamzah iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Negara Buku Negara (YPBN).

agensi kerajaan, syarikat pengedar buku atau badan bukan kerajaan seperti ‘Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur’, ‘Pesta Buku 1Malaysia’, ‘Big Bad Wolf Book Sale’, ‘Pesta Buku Selangor’, ‘Ekspo Buku Islam Putrajaya’, ‘Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur’, ‘Malaysia Art Book Fair, ‘Pesta Buku Universiti’ dan lain-lain ini adalah dalam usaha galakan kerajaan untuk menjadikan masyarakat kita celik ilmu. Membaca kerana ilmu janganlah disempitkan hanya untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tetapi ia hendaklah dijadikan sebagai budaya yang bukan sahaja membaca di bilik darjah atau di rumah namun dimana jua kita berada samada di dalam kereta, pengangkutan awam, kefeteria, menunggu seseorang. Pendek kata buku tidak terlepas dari gengaman masyarakat kita jika kita ingin setanding bangsa Jepun dan Eropah dalam menuju negara maju yang ekonominya berasaskan pengetahuan budaya.

12 Gempak Starz 3 Soka Gakkai Malaysia 4 Sylvia Lee Goh 5 Basheer Graphic 6 Taman Pustaka Enterprise 7 Embassy of Switzerland 8 Embassy of Argentina 9 Fishing Chefs Studio 10 Persatuan Seni Tulis Malaysia 11 Pelita Akal 12 Younie Galerry 13 Embassy of Russia Federation 14 Mr. Uneh 15 Malaysia Book Expo 16 Art Expo Malaysia

17 ASWARA 18 ROGUEISH Enterprise 19 Merpati Jingga 20 Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia 21 JKKN 22 Kraftangan Malaysia 23 Jabatan Muzium Malaysia 24 Perpustakaan Negara Malaysia 25 Dr. Lakshmi Selvaratnam 26 Institut Terjemahan Buku Malaysia 27 Da Tang Fine Arts 28 Malaysia Book Of Record 29 National Gallery Singapore 30 Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd 31 UM and Nikon

Kelihatan antara gerai-gerai yang mengambil bahagian seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muzium Negara, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Kraftangan Malaysia.

B

ercambahnya minat membaca dikalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun yang lalu melalui kempen-kempen yang dijalankan sebelum itu dia media-media elektronik yang kerap kempen nasional seperti ‘Mari Membaca’, ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’, ‘Bulan Membaca’ dilakukan dalam usaha untuk memberi galakan kepada masyarakat supaya membaca. Usaha ini tidak memadai jika hanya sekadar memberi dorongan tanpa menyediakan platfom bagaimana bahan bacaan itu boleh diperolehi dan dimiliki. Oleh itu maka tumbuhlah bak cendawan tumbuh selepas hujan pesta-pesta buku dalam memenuhi permintaan-permintaan ini. Pesta-pesta buku samada peringkat antarabangsa, nasional, negeri atau swasta dilakukan samada

Dalam pesta-pesta buku yang berskala besar saiznya dan tiadanya fragmentasi mengenai genre-genre atau kategori buku dalam sesuatu temasya, pasti menyukarkan dan membantutkan minat pembeli atau pengumpul buku yang mempunyai minat yang lebih menjurus terhadap sesuatu tema buku. Buku yang bertemakan seni lukis atau dalam ertikata yang lebih luas seni visual yang merangkumi pelbagai bidang seperti seni halus, seni bina, senireka grafik, illustrasi, fesyen, seramik, tekstil, reka industri, reka bentuk dalaman dan lain-lain mempunyai peminatpeminat yang tersendiri samada pelajar, pelukis, pereka, pendidik, penyelidik, kolektor atau pecinta seni. Dalam memenuhi permintaan buku dan bahan terbitan yang lebih menjurus inilah maka Balai Seni Visual Negara (BSVN) sejak tahun 2011 mengambil inisiatif mengadakan sebuah pameran dan jualan buku Malaysia Art Book Fair.

Sebagai sebuah penerbit buku seni sejak penubuhannya 56 tahun yang lalu BSVN telah menerbit lebih 500 judul bahan penerbitan samada buku, katalog pameran, kertas kerja seminar, prosiding dan lain-lain. Boleh dikatakan 50 peratus penerbitan seni visual negara diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan BSVN. Kejayaan BSVN bukan sahaja sebagai sebuah penerbit bahan bacaan seni sepanjang 5 dekad usianya. Penerbitan sampingan koleksi promosi pameran, cenderamata seperti reka bentuk poster, poskad, portfolio, diari, t-shirt menjadi buruan kolektor bahan seni sebegini. Setelah 5 tahun penganjuran dan Malaysia Art Book Fair mula menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu kehadirannya, BSVN merasakan tibalah masanya untuk pergi lebih jauh lagi dengan mengorak langkah maju ke depan untuk menjenamakan semula penganjuran ini kepada International Art Book Fair atau nama popularnya In-A-Book.

Antara hadirin yang hadir pada malam Majlis Perasmian In-A-Book Fair 2014.

In-A-Book adalah sebuah pesta jualan dan promosi buku yang mengambil model pesta buku yang bertaraf antarabangsa yang lain seperti Frankfurt Book Fair dan London Book Fair. Walaupun keduadua pesta itu menghimpunkan pemain-pemain industri dalam pelbagai genre buku namun In-ABook ini memberi kelainan dalam penganjurannya agar lebih terfokus kepada penerbit, pengedar atau penjual buku-buku seni lukis, seni reka, seni bina dan seni budaya. In-A-Book Fair pertama yang diadakan

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Dato Mahadzir Lokman menerima hadiah sebuah kamus Rusia-Bahasa Melayu semasa membuat lawatan ke gerai wakil dari Kedutaan Rusia.

Gerai utama In-A-Book Fair 2014 yang memperagakan hasil penerbitan Bahagian Penerbitan BSVN tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan.


yang dipasang dan dipamerkan di sekitar dinding Ruang Legar tingkat 1 dan Galeri 2C bukan sahaja memberi impak dengan berdialog dengan ruangruang jualan dan promosi malah mengajak khalayak merespon dengan karya-karya yang bertemakan seni sebegini rupa melalui aktiviti-aktiviti sampingannya.

En. Yeh Chin Kuei @ Jack iaitu Director Culture Division di Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia menerangkan buku-buku yang di bawanya dari Taiwan.

Antara program-program yang memenuhi In-A-Book Fair ini adalah Bicara Buku, Kid Storryteller, Terbitan Baru, Family Art Treasure Hunt, Wokshop Buku dan Art Book Cafe. Program Bicara Buku diadakan sepanjang empat hari penganjuran ini diadakan bagi berkongsi informasi dengan khalayak bukan sahaja untuk

selama empat hari di ruang legar aras satu pada 27 hingga 30 September 2014 bukan sekadar hanya jualan dan promosi malah menjaringkan penerbit buku-buku seni tempatan dan antarabangsa dengan artis dan peminat buku.

jemputan luar bercerita mengenai cerita ‘Mama Tok, Gagak Malang dan Mat Mit Mut. Wokshop buku diisi dengan bengkel kraf pertukangan tangan Pengunjung yang datang terdiri mudah daripada subjek daripada pellbagai latar belakang daripada buku terpakai dan peringkat umur seperti ‘Recycled ABC’ oleh Philip Wong manakala Alonzo Abu Bakar mengajar cara mudah menghasilkan imej yang keluar menerusi buku melalui kreativiti aktivit ‘Pop-up Arts Wokshop with Alonzo’. Penerbitan yang bagus memerlukan sumber gambar dari kualiti yang terbaik, Zubair Afandi mewakili syarikat kamera Nikon hadir memberi tip-tip kepada peserta mengenai teknik-teknik rakaman studio di dalam penerbitan menerusi bengkel ‘Nikon: I Am Heritage’.

Sungguhpun In-A-Book ini adalah Cafe atau cafe merujuk kepada kedai penganjuran pertama ianya dibuka kepada kopi, restoran kecil yang ekonomi, negara luar, namun ia telah memahat tempat minum teh atau tempat kejayaan awalnya apabila disertai oleh 30 makanan dan minuman yang agak peserta pameran yang hanya terdiri daripada kasual berdasarkan sesuatu budaya. negara negara di Eropah, Amerika Selatan Bicara buku yang bertajuk ‘Tulip The Dog that Ate Nightmare’ iaitu koloborasi antara penulis buku ilustrasi Quek Sue Mengambil idea Cafe Montparnass dan Asia seperti Switzerland, Rusia, Taiwan, Yian dan artis Khairul Azmir Shoib aka Meme. di Paris yang telah menjadi pusat Argentina dan Singapura. Pemaper luar dan memperkenalkan intelektual dan artistik seni moden pada abad ke-20 tempatan yang turut serta dalam jualan dan terbitan baru buku seni ini bukan sahaja kepada pelukis atau pengarca promosi ini terdiri daripada institusi-institusi terkini yang berada tetapi penulis, penyajak, pengarah filem duduk dan galeri-galeri seni seperti National Gallery dipasaran ia juga berbincang dalam merencana pengkaryaan mereka. Singapore, Da Tang Fine Art (Singapura), Soka sebagai satu medan Seniman seperti Manet, Degas, Pablo Picasso, Jean Gakkai Malaysia, Persatuan perbicaraan dua hala Cocteau, Marc Chagall, Fernand Leger, James Joyce, Seni Tulis Malaysia dan antara penulis, pelukis, Ernest Hemingway, Amedeo Modigliani, Ezra Pound, Younie Gallery. Syarikatpereka, penerbit Marcel Duchamp, Constantin Brancusi, Diego Rivera, syarikat penerbitan dan pembaca untuk Alberto Giocometti, Andre Breton, Salvador Dali, dan pengedaran buku mengetahui selok Samuell Backet dan Joan Miro adalah antaranya. swasta yang turut serta belok dunia penerbitan Sebagai tempat pertemuan pembinaan Art Book seperti Basheer Graphic, buku seni daripada Cafe merubah anjung depan BSVN sebagai medan Taman Pustaka Enterprise, Remaja dan pelajar sekolah berkerumun digerai Rogueish Enterprise, Gempak Starz yang mempamer buku-buku animasi dan Gempak Starz, Fishing Chef majalah berillustrasi. Studio, Pelita Akal, Art Expo panel yang berpengalaman Malaysia, Merpati Jingga, Malaysia dalam bidang ini antara mereka Book of Record, Step Ronee Lau Dr Tan May Ling adalah pelukis Khairul Azmir Shoib dan Nikon Malaysia. Manakala itu dan penulis buku ilustrasi Quek penerbit institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan Sue Yian yang membicarkan terdiri daripada Akademi Seni Warisan dan Budaya koloborasi buku mereka berdua (ASWARA), Universiti Malaya, Perpustakaan Negara, yang bertajuk ‘Tulip The Dog that Jabatan Muzium Malaysia, Kraftangan Malaysia, Ate Nightmare’. Dr Tan May Ling Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN), pula membicarakan aspek-aspek Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) disamping atau sisi-sisi yang jarang diketahui wakil pelukis seperti Sylvia Lee Goh dan Dr Lakshmi Wokshop ‘Recycled ABC’ iaitu kraf pertukangan tangan Bicara buku 'Upside Down Art & Books' oleh dalam pengkaryaan Huang Yao Selvaratnam. mudah bersubjekkan buku terpakai oleh Philip Wong. En. Lee Yee Dian. melalui penerbitan buku terbaru pameran ‘Huang Yao: The Remarkable Guest of Malaya’ (Huang Yao: Tetamu temu kepada seniman dan budayawan bertukarMalaya Yang Terbilang) yang telah diterbitkan oleh tukar fikiran mengenai dunia perbukuan seni kita di Balai Seni Visual Negara. Kemuncak program bicara sini. Berkonsepkan retrospektif, reka bentuk perabut buku adalah diskusi buku ‘Modern Artists of Malaysia' samada kerusi, meja dan prop disekelilinginya seperti yang ditulis oleh Redza Piyadasa dan T.K. Sabapathy ingin mengimbas kembali kenangan sekitar tahun oleh Datuk Baharuddin bin Zainal atau Baha Zain iaitu 1970 an. Penyediaan kedai kopi dan makanan ringan atau snek berideakan santai ini menghidupkan lagi getaran penganjuran International Art Book Fair 2014. Bahagian Penerbitan BSVN yang menganjurkan program ini mempunyai perancangan sebagai penerbit penting dalam penerbitan buku-buku seni negara dalam mempromosi produk kesenian tempatan diperingkat antarabangsa. Dengan pengantarabangsaan penganjuran ini ia diharap dapat melonjakkan nama seni lukis Malaysia untuk memasuki pasaran yang lebih global .

Bicara buku terbitan baru Balai Seni Visual Negara iaitu ‘Huang Yao: The Remarkable Guest of Malaya’ (Huang Yao: Tetamu Malaya Yang Terbilang) Negara oleh Dr Tan May Ling.

Pelbagai program sampingan yang diadakan yang bukan sahaja sebagai acara satelit Malaysia Art Expo yang diadakan daripada 25 hingga 28 Septermber di MATRADE. Penyediaan bas pengantar daripada kedua-dua lokasi antara Matrade dan BSVN menghidupkan lagi pameran seni kontemporari berasaskan buku iaitu 'Book Art' yang dikuratorkan oleh Faizal Sidik. Pameran yang diadakan selama 4 bulan daripada 27 September hingga 31 Disember ini menghimpunkan 15 orang artis seperti Wong Hoy Cheong, Khalil Ibrahim, Mustapha Haji Ibrahim, Sushilawati Sulaiman, Nur Hanim Khairuddin, Nasir Baharuddin, Lee Kwai Fei, Fuad Osman dan lain-lain

In-A-Book Fair 2014 bukan sekadar sebuah pameran dan jualan buku malah ia merupakan tempat untuk membuat jaringan antara pemain-pemain industri buku seni.

Bengkel ‘Pop-up Arts Wokshop with Alonzo’ iaitu cara mudah menghasilkan imej yang keluar menerusi buku oleh Alonzo Abu Bakar.

Bengkel fotografi dalam penerbitan ‘Nikon: I Am Heritage’ oleh Zubair Afandi Omar.

Sasterawan Negara yang ke-13 bagi membedah penglibatan beliau secara langsung terhadap penerbitan buku berkenaan. In-A-Book Fair adalah sebuah program jualan dan promosi buku secara interaktif yang bukan sahaja menarik jualan buku tetapi juga menggunakan elemen-elemen kreatif untuk menarik minat membaca. Dalam memenuhi permintaan program ke arah itu program yang melibatkan keluarga dan kanak-kanak diadakan seperti ‘Family Art Treasure Hunt’. Acara berkumpulan ini untuk mencari jawapan terhadap soalan-soalan sejarah seni didalam karya koleksi pameran Book Art dan Absurdcity yang sedang berlangsung. ‘Kid Storyteller’ untuk pembaca cilik menjemput penglipurlara atau tukang cerita

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara iaitu En. Haned Masjak dan En. Mawardi Said, Pengarah Perancangan & Korporat Kom, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).


6

Diskusi Buku oleh Sasterawan Negara Datuk Baha Zain

| Faizal Sidik

Buku karangan bersama Redza Piyadasa dan T.K. Sabapathy iaitu Modern Artists of Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1983. Tercetusnya idea buku yang mempunyai ketebalan 171 muka surat ini adalah dari buah fikiran Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain semasa memegang jawatan Timbalan Pengarah di Dewan Bahasa dan Pustaka yang merasakan pada waktu itu perlu ada satu penerbitan yang merekod seni lukis moden Malaysia untuk dikongsi dengan masyarakat. Rentetan daripada situ sempena In-A-Book atau International Art Book Fair 2014 yang telah diadakan pada 27 hingga 30 September di Balai Seni Visual yang lalu, Bahagian Penerbitan Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah menjemput Sasterawan Negara Datuk Baha Zain untuk berbicara mengenai buku ini di dalam “Diskusi Buku ‘Modern Artists of Malaysia’ oleh Baha Zain”. Di dalam bicara ini beliau bukan sahaja menyentuh mengenai penerbitan buku ini secara langsung malahan mencakupi perkembangan dan permasalahan kesenian dan kebudayaan Malaysia secara menyeluruh terutamanya desakan beliau terhadap penubuhan Majlis Kesenian Negara kepada kerajaan yang dikira beliau boleh memacu lagi pembangunan seni dan budaya negara. Faizal Sidik : Sempena penubuhan Balai Seni Visual Negara yang ke-55 pada 27 Ogos 2013 ini satu pameran khas yang bertajuk ‘Siapa Pelukis Malaysia: Koleksi BSVN’ telah diadakan yang dikuratorkan oleh Zanita Anuar dan Faizal Sidik. Pameran ‘Siapa Pelukis Malaysia’ ini dinamakan bersempena mengambil nama buku Modern Artists of Malaysia yang ditulis oleh T.K Sabapathy dan Redza Piyadasa ini telah diterbitkan pada tahun 1983 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. ‘Siapa Pelukis Malaysia’ adalah pameran kesinambungan daripada penerbitan buku ini yang menghimpunkan karya-karya seni lukis moden oleh 26 artis yang penting dan sangat signifikan bukan sahaja kepada koleksi BSVN malah kepada pensejarahan seni lukis moden negara. Antara pelukis-pelukis pelopor yang diperkenalkan dalam buku Modern Artists of Malaysia dan juga dalam pameran ‘Siapa Pelukis Malaysia’ ialah seperti Abdul Latif Mohidin, Zulkifli Mohd. Dahalan, Ibrahim Hussein, Syed Ahmad Jamal, Ismail Zain, Redza Piyadasa, Suleiman Esa, Anthony Lau, Yeoh Jin Leng, Patrick Ng Kah Onn, Lai Foong Moi, Chia Yu-Chian, Chuah Thean Teng, Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong, Mohamed Hoessein Enas, Mazli Mat Som, Nik Zainal Abidin, Khoo SueHoe, Tay Hooi Keat, Cheong Laitong, Lee Joo For, Jolly Koh, Syed Thajudeen, Ruzaika Omar Basree dan Nirmala Shanmughalingam. Datuk Baha Zain adalah orang yang memainkan peranan penting dalam penghasilan buku ini, boleh Datuk Baha (Zain) ulas bagaimana penerbitan ini terhasil dan impaknya dalam dunia seni pada ketika itu? Baha Zain : Pada pada tahun 1978 saya dan beberapa kawan-kawan telah mengambil keputusan setelah beberapa tahun merdeka kita mesti mempunyai majalah bulanan iaitu Dewan Budaya. Itulah perjalanan awal majalah Dewan Budaya pada tahun 1979, dimana saya menjadi ketua editornya. Salah satu yang ditetapkan ialah ruangan seni lukis moden, jadi setiap bulan daripada tahun 1979, 1980, 1981 ada ruangan seni lukis, saya tidak pasti samada

Teks dinding dan senarai artis pameran 'Siapa Pelukis Malaysia' yang diinspirasikan daripada seni reka grafik buku 'Modern Artists of Malaysia'.

ianya diteruskan atau tidak. Ia bukan sahaja daripada tema-tema tertentu yang diperolehi daripada penulis (budaya) tetapi juga seni lukis. Pada sekitar pada tahun 1981 saya berbincang dengan saudara Piyadasa mengapa tidak ada satu buku yang dapat dijadikan rujukan tentang perkembangan seni lukis moden kita di negara ini. Jadi saya berbincang dengan saudara Piyadasa bagaimana boleh diterbitkan (sebuah buku), dengan inisiatif dia dan saya (berusaha) untuk menyusun satu buku bukan sebagai buku sejarah sekurang-kurangnya rujukan kepada perkembangan seni moden kita. Kemudian arwah Piyadasa bersetuju dan dia mencadangkan Dr. T.K. Sabapathy dari Singapura turut bersama menyusun buku ini. Saya tidak tahu barangkali sudah ada usaha untuk mencatitkan rujukan tentang perkembangan sejarah seni moden kita, sekarang (mungkin) sudah ada, Alhamdulillah. Namun pada masa itu pada tahun 1970 an tidak ada, itulah pada ketika bagaimana terbitnya buku itu pada tahun 1983. Setiap hari editor Dewan Budaya akan menghantar artikel-artikel terpilih pada Piyadasa dan Piyadasa akan membuat salinan fotokopi untuk memilih mana yang sesuai dan bahan rujukan pelukis-pelukis moden dan Alhamdulillah, pada tahun 1983 terbitlah buku ini. Inilah juga buku yang pertama Dewan Bahasa dan Pustaka juga terbitkan dalam bahasa Inggeris dan selepas itu tiada lagi, tidak diketahui samada ianya dirancang. Saya bercadang agar buku ini akan diteruskan dengan ciri-ciri yang baru ataupun revised edition dan kemudian diterjemahkan, tetapi setahun kemudian saya mengambil keputusan meninggalkan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bergerak secara bersendirian, jadi terbantutlah rancangan saya itu dan tiada sesiapa yang melanjutkannya. Buku 'Modern Artists of Malaysia' karangan T.K. Sabapathy dan Redza Piyadasa diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1983 dipamerkan di dalam kotak kaca semasa pameran 'Siapa Pelukis Malaysia' di Galeri Reka, Balai Seni Visual Negara pada 2013

Itulah serba sedikit latar belakang dan mungkin buku ini boleh diedarkan juga (kepada audien). Tandatangan Piyadasa dan Sabapathy juga ada di situ dan itu hanya sekadar cerita-cerita. Cuma barangkali kita boleh berbincang apa selanjutnya yang patut kita lakukan. Saya bukan pelukis, cuma peminat sahaja dan bukan pengkritik seni lukis, hanya tahu mendengar khabar sahaja, bukan seperti saudara Zabas (Zainol Abidin Sharif) yang kritikal dan analitikal. Memang saya meminati seni lukis dan mengharapkan seni lukis harus menjadi sebahagian dalam kehidupan manusiaan dan estetik kepada bangsa kita dan di ruang inilah kesatuan kaum dapat bertemu tanpa

ada prejudis politik. Ini adalah aspek kebudayaan dan estetik amat penting bagi perpaduan bangsa kita yang harus dieksploitasi sebaik mungkin untuk menjadikan kita suatu bangsa Malaysia. Itulah pandangan kami pada tahun 1980 an selepas tragedi Mei 1969. Kita berharap ruang seni moden akan menjadi sebahagian yang penting dalam perspektif pembinaan negara dari segi politik bukan sahaja dalam ekonomi barangkali dalam transformasi iaitu dalam economic transformation programme. Saya tidak tahu sejauh mana aspek kesenian ini, aspek kebudayaan, aspek sosial menjadi bahagian penting dalam pembangunan bangsa kita yang dirancangkan dan sudah di mulai dan sasarannya adalah pada tahun 2020 iaitu Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi berkapita hampir RM 45,000 berkapita untuk menjadi salah satu negara moden termaju didunia. Saya cuma tidak jelas bagaimana aspek kebudayaan dan aspek kesenian menjadi sebahagian yang penting daripada economic tranformation programme yang ada tinggal 10 tahun sahaja lagi. Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan disasarkan menjadi 10 juta penduduk. Berdasarkan ini prospek kesenian moden amat optismis, lebih banyak audien, lebih banyak duit circulation, lebih banyak orang untuk membeli lukisan dan kesenian, tetapi adakah ini termasuk dalam perancangan saya sendiri tidak tahu. Selain itu saya kira sewaktu saya menjadi anggota Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara sebanyak 2 kali salah satu yang saya ajukan ialah agar Balai Seni Visual Negara mempunyai unit penerbitan (sendiri) supaya mempunyai satu unit berkenaan yang dapat menerbitkan majalah dan sekarang sudah ada majalah Senikini. Faizal Sidik : Senikini adalah sebuah penerbitan Balai Seni Visual Negara ia diterbitkan setahun empat keluaran iaitu setiap tiga bulan satu edisi.

Panorama pameran 'Siapa Pelukis Malaysia'' iaitu pameran karya-karya daripada koleksi Balai Seni Visual Negara seperti yang terdapat di dalampenerbitan buku 'Modern Artists of Malaysia' '.


7

Perluasan Seni dan Budaya Baha Zain : Walaupun seni visual semakin hebat tetapi saya tidak senang hati, lukisan akan terus hidup. Jadi beberapa tahun lampau saya mencadangkan sendiri Balai Seni Lukis Negara (ketika itu) mempunyai unit penerbitan bukan sekadar mempunyai bahan pameran, brosur dan katalog tetapi saban bulan menerbitkan majalah yang menjadi forum atau dialog-dialog tentang apakah butiran kepada peminat-peminat dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang ini sudah dimulai dan sekarang ini baguslah sudah ada pameran tentang buku-buku kesenian seni lukis, saya tidak tahu samada (wakil) Asean ada datang?. Faizal Sidik : Kita ada wakil dari Asia. Baha Zain : Saya melihat boundaries iaitu sempadan-sempadan diantara genre kesenian. sekarang semakin kalut dan semakin kabur, interaksi perhubungan diantara sasterawan, penyair, dramatis, pelukis, novelis, pembikin filem sudah tidak dismentalized (suatu pembongakaran) seperti dahulu. Sewaktu saya di Indonesia selama dua tahun, saya kira perhubungan interaksi diantara seniman-seniman misalnya diantara pelukis dengan dramatis, novelis, penyair umpamanya sangat akrab dan inilah saya kira salah satu kekuatan di Indonesia, iaitu saling memperkaya diantara pelukis, penyair, novelis, tetapi di sini saya lihat agak lain sedikit, mereka sangat rapat agak insular pelukisnya, penyairnya, pembikin filem dengan kelompoknya, jadi kurang interaksi. Faizal Sidik : Saya ingin mencelah sedikit Datuk (Baha Zain), kita lihat semasa Datuk (Baha Zain) menjadi Timabalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970 an, kita lihat ada satu Sudut Penulis yang berperanan untuk menyatukan antara penulis dan pelukis. Pernah diadakan juga satu pameran malah bukan hanya satu, pameran ‘Towards a Mystical Reality’ diantara Redza

Piyadasa dan Suleiman Esa. Bukan itu sahaja ada juga pameran ‘Manifestasi 2 Seni’ dan ‘Manifestasi 3 Seni’ yang diadakan di Sudut Penulis itu sendiri untuk mempertemukan diantara pelukis dan penulis sehingga begitu akrab. Apakah ada sesuatu yang ada kena mengena yang dalam penyatuan mereka ini dan adakah perkara ini seiringan dan tidak? Baha Zain : Saya percaya perlunya interaksi untuk saling memperkaya, sewaktu saya menjadi Presiden PENA (Persatuan Penulis Nasional) selama beberapa tahun, di Rumah Pena juga saya jadikannya ruangan juga bukan sahaja di Dewan Bahasa. Di rumah Pena saya memberikan ruang kepada Fauziah Nawi dan kumpulan dramatis yang lain untuk mengadakan latihan-latihan, begitu juga dengan penulis dan penyair, sampai ke hari ini Med Anuar (Ismail) seorang pengarca bagi saya dia seorang yang cukup serius dan merupakan pengarca penting dalam seni arca negara. Sewaktu saya melawat ke rumahnya saya tengok ruang yang agak sempit untuk dia membuat arca, jadi saya tawarkan supaya dia membuatnya di Rumah Pena. Jadi sampai ke hari ini saya kira sudah lebih sepuluh tahun dia masih membuat arca atau sculpture yang besar-besar kerana di kawasan Rumah Pena itu lapang, jadi dia buat pondok di belakang. Dia juga melatih bakat-bakat baru seperti Fauzi (Tahir), Fauzi pada mulanya adalah kerani di Rumah Pena yang melakukan kerja pengkeranian akhirnya Med Anuar latihnya untuk melukis kemudian membuat seramik, dan apabila Kementerian Kebudayaan membuat pameran di luar negara contohnya

menjemputnya supaya mempamerkan karya-karyanya. Jadi ini bagi saya ini satu kepuasan untuk melihat bakat terpendam diangkat ke atas dan bakat yang ada dikembangkan. Cadangan saya dalam perbincangan ini, saya ingin lontarkan patut ada sinergi kerjasama antara institusi seperti Dewan Bahasa, Balai Seni Visual Negara, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku jadi kalau masing-masing buat kerja kali empat setiap insitusi itu empat kali dengan empat jadi enam belas, jadi kalau berlaku sinergy symetrical progress 4x4 bukan lagi 4+4+4+4. Jadi saya lihat kerjasama diantara insitusi terutamanya di Kuala Lumpur ini masing-masing dengan objektifnya, sedangkan ini dunia moden dimana boundaries itu telah kabur. Pengalaman saya secara peribadi daripada puisi saya Joseph Tan terjemahkan dalam bentuk visual, Yee I-Lan seorang seniman fotografi dia telah membuat fotografi, dia telah menangkap (gambar) di dinding rumah saya kemudian pokokpokok palm, kerusi-kerusi saya, jadi saya lihat puisi itu bukan lagi hak saya semata-mata tetapi ia telah diterjemahkan dalam genre yang lain. Kemudian baru-baru ini Fauziah Nawi telah mengangkat puisipuisi saya untuk dijadikan teater selama satu jam. Ini adalah satu perluasan dalam kesenian, barangkali kenapa tidak di Balai Seni Visual Negara ini penyair pula menterjemahkan dalam bentuk puisi? Bagi saya ini memperkaya kebudayaan kita dan kesenian moden, masing-masing tidak duduk dengan dunia sendiri malah kesenian ini juga boleh diterjemahkan dalam bentuk filem, mungkin En Zabas boleh bercerita banyak dalam hal ini. Dahulu kita melihat seni lukis abstrak daripada lukisan yang berbentuk empat segi (format) tetapi sekarang ini ia telah berkembang dalam bentuk warna dan juga bunyi sebagaimana yang saya lihat dalam televisyen baru-baru ini. Mungkin juga ia sedang berlaku di Malaysia dari hal-hal yang sebegini dimana kita meluaskan ruang seni dan kita merapatkan lagi pelbagai pekerja seni. Adalah sangat produktif dan penting terutama negara kita ke arah creative industry untuk melangkau ke dunia global selagi kita tidak orang kata menyegarkan, menggerakkan, mendinamikan dunia kesenian kita barangkali sulit bagi kita untuk menembusi dunia luar international. Barangkali sulit juga untuk kita menyakinkan kepada kerajaan bahawa kerajaan harus terlibat dalam marketing memperluaskan, memberi publisiti tentang

Muzium dan Kurator iaitu kursus ‘Pengenalan kepada Seni Moden Malaysia’ dan ‘Pengenalan Kepada Seni Lukis Asia Tenggara’ yang telah diadakan dan disyarahkan oleh saudara Zabas kita pada tiga tahun yang lepas jadi kita harap programprogram ini akan diteruskan dimasa hadapan untuk meningkatkan pengetahuan kita tentang seni lukis moden Malaysia dan seni lukis Asia Tenggara. Kita buka lagi persoalan daripada audien jika ada? Nur Hanim Khairuddin : Assalamualaikum. Saya berminat untuk bercakap tentang apa yang Datuk Baha (Zain) sebutkan tadi tentang rentas disiplin ataupun perhubungan tentang non-party per se dimana pada tahun 70 an dahulu begitu rancak perkara ini berlaku terutamanya pada zaman Anak Alam yang mana kita lihat dunia seni lukis bercampur baur dengan dunia teater dengan dunia sastera. Jadi saya nak tanya sementelah Datuk (Baha Zain) ada membantu dan begitu rapat dengan kumpulan ini. Apakah program-program yang diatur untuk mempertemukan orang-orang yang berlainan latar belakang ini? Adakah ia tumbuh begitu sahaja semangatnya itu? Kita lihat memang benar pada zaman sekarang sehingga ianya bersifat insensual atau ‘sumbang mahram’ dalam komuniti sendiri dalam kelompok sendiri. Walaupun ada tetapi sangat kecil, saya lihat yang ada pun terdiri daripada anakanak muda, generasi-generasi baru yang mencuba menyediakan platform untuk menyatukan pemuzik, sastera dan sebagainya. Saya ingin tahu samada ada formula dan strategi yang dibuat oleh Datuk (Baha Zain) sendiri dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka misalnya untuk mempergiatkan lagi sikap tersebut?

Majlis Kesenian Negara Baha Zain : Terima kasih saudari Hanim (Nur Hanim Khairuddin), saya rasa ini pertanyaan yang penting yang hendak saya ceritakan. Begini ya, macam mana ya? Saya diantara yang termuda masuk di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1940 an dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada masa itu ada Keris Mas, Usman Awang dan ramai lagi wartawan dan sasterawan dari Singapura, sewaktu sebelum merdeka pada tahun 1957, mereka para wartawan waktu itu di Singapura tiada boundaries. Generasi itu adalah generasi yang sangat social-oriented orang yang berjuang menggunakan tulisan kewartawanan, puisi untuk memerdekakan tanahair. Jadi mereka bukan seniman per se yang murni dalam ertikata “aku penulis aku pencipta untuk projek seni untuk pengucapan sebagai selfexpression”, ia tidak begitu

“ Malaysia memerlukan Majlis Kesenian Negara ” Sasterawan Negara Datuk Baha Zain kesenian kita ke luar negara bukan sekadar pameran di luar dan sebagainya. Hanya sekadar itu sahaja dahulu,saya ingin mendapatkan saranan daripada saudara sekalian, kalau saya tidak dapat jawap kawan-kawan yang lebih mahir boleh menjawap. Faizal Sidik : Terima kasih atas Baha Zain atas buku yang dibicarakan iaitu tentang buku Modern Artists of Malaysia. Kita di Balai Seni Visual Negara pernah mengadakan ataupun satu kursus untuk kakitangan Balai (Seni Visual Negara) untuk peringkat Pembantu

tetapi sebagai alat perjuangan. Kemudian sewaktu saya masuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1963 ada juga Samad Ahmad ketika yang datang daripada Singapura pada waktu itu sebagai wartawan dan ini adalah orang-orang perjuangan, dan saya ke Universiti Malaya terlibat dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, dan ini adalah persatuan yang berjuang untuk mengisi kemerdekaan dan saya membesar dengan ramai kolonial, lahir pada sebelum zaman British dan zaman Jepun, kemudian British kembali dan akhirnya Merdeka, jadi


8

Masing-masing bawa dunia sendiri, pelukis, sasterawan, penyair, dramatis ini adalah new power dalam dunia kesenian moden bangsa kita iaitu fragmentation in soceity itu telah berlaku dalam dunia seni yang sulit untuk digugat bagi kepentingan bangsa ataupun masyarakat. Tetapi ia tidak gelap, ada sedikit orang kata excellence performance of soceity disamping experiment of innovation individu yang terpendam itu tersimpan dihidupkan bagaimana masyarakat dapat manfaat. Saya telah beberapa kali melontarkan idea supaya kerajaan menubuhkan Majlis Kesenian Negara. Ini berbeza dengan National Arts Council ataupun dengan Arts Council Scotland di bawah British Arts Council itu bukan fine arts tetapi saya punya idea apabila kesenian Malaysia ini ia cuba barangkali mempengaruhi arah perkembangan pelbagai jurnal dan pelbagai institusi kesenian.

empat zaman berubah. Generasi saya, generasi Keris Mas hidup dalam kemiskinan, dalam humiliation dalam pembinaan ekonomi kemiskinan dan apabila kita bertukar kepada negara merdeka tiada lain (hanyalah) untuk mengisi kemerdekaan, semangat untuk berjuang untuk membantu masyarakat sangat besar. Itu bukan dibuat-buat, ia datang sendiri, jadi itu adalah satu sebab bagaimana kita selalu berfikir hidup kita ini adalah product soceity bukan untuk diri sendiri. Apabila saya pergi ke Dewan Bahasa (dan Pustaka) saya bertemu dengan generasi 50 an yang bermotokan ‘Sastera Untuk Masyarakat’, tetapi saya telah membawa membawa satu nilai-nilai lain dan yang lebih memberontak adalah pada generasi saya. Keris Mas, Usman Awang, Hassan Ahmad adalah orang yang sangat pandai memanfaatkan generasi baru keluaran universiti. Keris Mas tidak pergi ke universiti (tetapi) dia belajar agama, mereka adalah orang-orang perjuangan yang pandai memanfaatkan generasi baru sehingga kita rasa kita dipentingkan, kita dipancingkan, dimanfaatkan kita untuk sama-sama berjuang dan memang perjuangan dalam masyarakat itu menjadi sebahagian daripada semangat kita. Pada masa itu tiada masalah, kalau pekerja-pekerja Dewan Bahasa (dan Pustaka) dia datang (pagi) dan balik petang, duduk di kantin pun tidak lama-lama pasal semangat perjuangan. Saya nak cerita sewaktu saya membuat susunan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 1970, kita bekerja

dan saya dipindahkan masa itu pada tahun 1965 sampai tahun 1969, kita bekerja empat tahun siang dan malam. Habis kerja pada pukul 4 sahaja pukul 8 malam datang balik untuk menyiapkan kamus itu supaya tepat pada tahun 1970 kita terbit. Tidak menjadi masalah untuk fikir tentang elaun dan apaapa, semangat itu bukan pada ketua sahaja tetapi semangat itu merata sampai ke bawah. Namun selepas datang Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1980 an masyarakat menjadi semakin makmur dan nilai-nilai telah berubah, ada kemodenan, seni visual menjadi semakin kuat dan masyarakat semakin fragmented. Orang dari luar dapat berinteraksi kerana ada internet, take advantage dalam kajian masyarakat sangat hebat sehinggalah generasi anak saya sekarang ini penuh dengan kemewahan seperti bag, telefon pintar ini dianggap sebagai yang biasa, bila kita lahir (sebagai sesuatu yang) natural nothing to worry about it, makan Kentucky Fried Chiken, makan McDonald itu (sudah menjadi) biasa, inilah masalah sekarang.

Satu arah untuk tolerence people untuk seniman supaya menjadi lebih penting dan bermakna. Pandangan saya kalau kita ingin menerobos ke dunia global, kita mesti mempunyai satu program milik negara yang jelas, apa objektif kita, apa program kesenian kita, agar tidak Institut Terjemahan Buku Malaysia berjalan sendiri, Dewan Bahasa dan Pustaka berjalan sendiri, tidak Balai SenI Visual Negara berjalan sendiri, Majlis Perbadanan Perbukuan juga berjalan sendiri, mesti ada minimum of one co-ordination diantara pelbagai intellectual institution itu jawapan saya. Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain), ada persoalan dan pertanyaan lain? Tan Hui Kun : Selamat pagi Datuk Baha Zain, saya Kun (Tan Hui Kun) dari Balai (Seni Visual Negara). Saya begitu sedar bahawa untuk melampaui sempadan sudah pasti menghadapi cabaran-cabaran sebegini. Namun bagi generasi baru sekarang ini walaupun setiap bidang saya nampak apa yang diperjuangkan oleh setiap bidang memberi dan menimbulkan juga permasalah-permasalahan lain yang belum dapat diselesaikan. Contohnya apabila kita membuat program rentas sempadan antara bidang saya nampak penulis-penulis atau profesion-profesion yang lain akan menimbulkan persoalan-persoalan tentang hakcipta atau royalti, jadi hal ini menjadi permasalahan teknikal untuk meningkatkan projekprojek koloborasi. Saya minta saranan Datuk (Baha Zain) bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini? Baha Zain : Ya terima kasih, ini satu pertanyaan yang relevan yang selalu difikirkan iaitu intellectual property, hakcipta terutamanya. Sebab itu saya tadi pada mulanya saya ajukan supaya ada kerjasama yang rapat antara pelbagai institusi, sebagai contoh bagi saya kekayaan sesebuah institusi itu malahan negara pun bukan fixed asset atau bukan harta tetap, bukan tangibe asset tetapi intellectual property, sebagai contoh saya tahu Dewan Bahasa (dan Pustaka) mempunyai sekitar 10 ribu judul-judul buku. Saya diberitahu kawan-kawan di Dewan Bahasa (dan Pustaka) kekayaan Dewan Bahasa dan Pustaka bukan dengan bangunan 13 tingkat sahaja tetapi intellectual property iaitu copyright dan permission right yang mereka ada, tetapi apabila hak ini terpendam tidak diterjemah, tidak diterbitkan semula bukan sahaja institusi itu rugi tetapi pengarang juga rugi. Saya dari dulu lagi dalam Kertas Ucaptama saya kepada pengarah-pengarah muda di Johor saya mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia mengadakan kerjasama rapat iaitu sinergi yang saya sebutkan tadi, supaya buku-buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bahasa Melayu itu diserahkan kepada Institut Terjemahan Buku Malaysia untuk diterjemahkan bukan sahaja dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Mandarin, bahasa Jerman dan sebagainya. Barangkali bukan sahaja diterjemah tetapi di pasarkan, ada badan lain yang membuat kerja pemasaran. Mungkin Balai Seni Visual Negara bekerjasa sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka contohnya, dimana Unit Pengarang Dewan Budaya pun ada di sini. Dewan Budaya barangkali boleh bantu terbitkan artikel yang ditulis oleh kawan-kawan di Balai Seni (Visual Negara) ini dan Dewan Bahasa (dan Pustaka) akan membayar, dan barangkali juga Dewan Bahasa (dan Pustaka) mungkin boleh menerbitkan lagi buku (Modern Artists of Malaysia) seperti ini. Jadi apabila institusi saling rapat dan bekerjasama kita boleh selesaikan isu hak cipta, tetapi selagi masing-masing berjalan ikut arah jalan sendiri selama itu juga akan timbul masalah. Saya lihat Malaysia ini diantara yang paling banyak memberi galakan dari pelbagai institusi bukan sahaja Perpustakaan Negara Malaysia, Balai Seni Visual, Institut Perbadanan Perbukuan Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan banyak lagi dan setiap tahun macam-macam hadiah dan anugerah yang bakal diberikan barangkali ada juga di Filipina dan Indonesia. Barangkali perancangan dan coordination itu yang tiada, mungkin dalam satu hal ianya bagus supaya lebih advanced dan lebih authentic tetapi the explanation jadi saya harap, sebab itu apa yang saya sebutkan tadi kerajaan mesti menubuhkan Majlis Kesenian Malaysia supaya dapat melihat bukan sahaja seni moden tetapi seni tradisional di Sabah dan Sarawak cukup kaya dengan seni tradisional ini. Kerajaan juga mungkin boleh membantu untuk seniman-seniman kita sebagai seniman residen di luar negara. Cuma kerajaan harus mengeluarkan perbelanjaan 100 juta umpamanya untuk seni moden ini untuk (diperuntukan) Majlis Kesenian Negara, sehingga ke hari ini kita tiada (Majlis Kesenian Negara), di Singapura ada Arts Council, Scotland ada, Denmark ada, Perancis ada, Norway ada, saya tidak tahu mengapa Malaysia tidak boleh. Jadi saya minta saudara Zabas dan kawan-kawan yang lain tolong war-warkan, kalau tidak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang tahu, orang lain tidak tahu sedangkan dunia kesenian dan kreativiti kita sangat terancang it just is possible one head can understand. Barangkali kalau ada satu kelompok yang saya maksudkan dengan Majlis Kesenian Negara ini mestilah mereka yang pemikir-pemikir kebudayaan, practising artists and writers, thinkers, profesional dalam multimedia, dari academician jadi kita pull all the resources untuk kita berfikir tentang ke mana arah seni moden kita, ke mana arah creative industry kita. Kita boleh mengadakan bermacam-macam gajet itu tetapi (yang penting) pengisian, itu seniman sendiri, intellectual, cendekiawan dalam seni, animasi, drama dan filem kita. Saya hampir tiap-tiap hari menengok program NHK (syarikat penyiaran Jepun) baru-baru ini, hebat bukan sahaja subjek tetapi juga wording perkataan-perkataan, seperti misalnya National Geographic kadangkadang kita terpukau dengan perkataan sahaja, the voice over, jadi kita punya scriptwriters, screenplays, artists must together untuk mengangkat seni filem kita. Faizal Sidik : Datuk (Baha Zain) ada lontarkan tentang persoalanpersoalan yang perlu dijawap oleh pekerjapekerja seni contohnya artis, pensejarahan seni, pengkritik, pelukis dan Buku Vision and Idea: ReLooking Modern Malaysian sebagainya, kita minta Art diterbitkan oleh Balai Seni Visual Negara pada respon atau persoalan tahun 1994 mengandungi penulisan T.K Sabapathy, lain mungkin dari En. Redza Piyadasa, Zainol Abidin Shariff (Zabas) dan Zabas. Beliau En Zabas Krishen Jit. merupakan penulis yang juga terlibat secara langsung dalam penerbitan buku 'Wawasan dan Idea' (Vision and Idea) bersama T.K. Sabapathy dan Redza Piyadasa dalam buku tersebut. Adakah En. Zabas melihat penerbitan Vision and Idea itu untuk menyaingi apa yang dilontarkan oleh buku Modern Artists of Malaysia ataupun adakah ia adalah penulisan semula terhadap seni moden Malaysia seperti apa yang En. Zabas sebut di dalam penulisan itu? Zainol Abidin Sharif (Zabas) : Terus pandangan saya buku atau projek Vision and Idea yang menyusuli projek Modern Artists of Malaysia dikemukkan berikutan tanggapan Redza Piyadasa, T.K. Sabapathy dan Krishen Jit tentang betapa perlunya projek Modern Artists of Malaysia ini dilanjutkan sebagaimana yang Datuk Baha Zain katakan tadi harus ada kesinambungannya, jadi tajuk kecilnya adalah ReLooking Modern Malaysian Art (Melihat Semula Seni Lukis Moden Malaysia). Di dalam konteks itu kemudiannya juga bila saya sembangkan dengan Sabapathy, hanya saya dan Sapabathy pada ketika itu, siap sahaja buku itu diterbitkan sudah ada keperluan untuk mengadakan relooking sekali lagi, dan saya di sini ingin menyatakan betapa projek ini dikendalikan oleh Rogue Art yang telah diimpikan dan kini menjadi realiti dan itulah yang saya nak nyatakan mengenai buku ini. Saya mahu nyatakan satu hal, banyak quotations, banyak perbatuan atau milestones sejarah Malaysia ini, di dalam penerbitan sejarahnya, penerbitan perkembangan budayanya sebelum merdeka, selepas merdeka, pembentukan Malaysia, 13 Mei, kembali ke Asas 50 seterusnya tahun 1970 an Kongres Kebudayaan Kebangsaan.


9

Saya ingin tanya Datuk Baha Zain sebagai witnessed of an era, ramai yang telah pergi, Datuk Baha Zain sebagai witnessed of an era adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, saya nak tanya satu soalan sahaja samada pihak Dewan Sastera pernah membuat liputan tentang Kongres Kebudayaan Kebangsaan? Saya katakan milestone itu kerana kongres itu merupakan satu yang telah menjejaskan perkembangan kebudayaan dan kesenian Malaysia sebagaimana sepertimana Asas 50 dahulu telah memberi sokongan, membuka jalan atau melihatkan peta untuk terus berkembang (kebelakang). Kongres Kebudayaan Kebangsaan 70 an itu saya rasa yang kita tahu ada sebagaimana susulan daripada Peristiwa 13 Mei 1969, kemudian daripada itu wujud Dasar Kebudayaan Negara yang kemudiannya Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Kementerian Kebudayaan pernah membukukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan semua seolah-olah bersempena memperlihat perjalanan sosio-budaya kita pada waktu itu 70 an, 80 an memperlihatkan perpecahan tokoh-tokoh kesenian ada yang lari dan ada yang bertukar pemikiran. Saya ingin tahu sama ada Dewan Bahasa (dan Pustaka) khususnya Katalog pameran Wawasan dan Idea: MeLihat juga Dewan Sastera sebab Semula Seni Lukis Moden Malaysia diterbitkan saya membesar terlebih oleh Balai Seni Visual Negara pada tahun 1994 dahulu daripada Dewan yang dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim Budaya. Dewan Sastera yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. semasa saya ditingkatan 6 itulah yang memang mempengaruhi diri saya tetapi semasa saya di universiti dahulu saya tidak berapa ingat laporan Dewan Sastera mengenai perkembangan akibat Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diliputi, dijelaskan atau diperjuangkan oleh Dewan Bahasa (dan Pustaka)?

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Baha Zain : Terima kasih saudara Zabas, pertamanya saya nak bawa dan nyatakan keputusan Kongres Kebudayaan Kebangsaan itu tidak diiktiraf oleh kerajaan. Ia tidak menjadi instrumen yang menentukan dasar kecuali apabila kabinet menerimanya, jadi selepas kongres itu, ia habis dengan begitu sahaja terpulanglah kepada sesiapa yang hendak menggunakannya sebagai guidelines untuk kegiatan. Bagi Dewan Bahasa dan Pustaka yang jelas tentang penggunaan bahasa itu tiada tolak ansur yang digunakan, kecuali dalam hal-hal tertentu untuk kepentingan terjemahan. Tetapi dalam aspek lain aspek tentang agama dan sebagainya itu orang kata dalam hal-hal yang covenient (sesuai) bukan sebagai mengekang kita tidak benarkan kebudayaan lain malahan kebudayaan lain bukan Islam turut dimuatkan untuk rujukan dan pengetahuan. Cuma tentang Dewan Bahasa (dan Pustaka) yang dipegang teguh adalah tentang bahasa sebagai medium, tetapi dalam waktu yang sama yang menjadi dasar untuk tidak menerbitkan hal-hal yang bertentangan dengan agama yang boleh dan bertentang dengan adat sopan iaitu sensitiviti dengan perkauman, tetapi keputusan kongres itu bukan untuk sekalian kegiatan. Aktiviti menyalahi agama, perkauman, perpaduan, akhlak, moral diketepikan, jadi yang pentingnya ialah kita jangan menerbitkan apa-apa yang bertentangan dengan Islam. Islam itu sangat toleransi ia tidak mendiskriminasi agama apa-apa pun. Tapi kalau orang faham betul-betul bahawa agama Islam itu bukan bererti kita berlaku tidak adil kepada agama lain, ianya hanya sebagai panduan sahaja tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu memang tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan. Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain), Dasar Kebudayaan yang telah di mulakan pada tahun 1971 dan dalam bidang seni lukis sendiri ia diteruskan dengan Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi yang diadakan pada tahun 1979 di ITM (Institut Teknologi Mara) pada masa itu dan selepas pada tahun 1979 banyak pelukis keluaran ITM yang mencari semula atau apa yang dipanggil revivalism mencari semula identiti Kemelayuan atau Nusantara dalam pengkaryaan mereka. Perkara ini tidak hairanlah selepas pameran ‘Towards a Mystical Reality’ dimana Redza Piyadasa ke arah rupa Malaysia dan Sulaimen Esa kepada seni Islam jadi masing-masing membawa haluan sendiri. Seterusnya jika kita ada persoalanpersoalan lain, ya silakan.

Rafiq Rahman : Bismillahnirahmanirahim, Assalamualaikum terima kasih kepada Datuk Baha (Zain) kerana menjemput saya bersama dalam program ini. Saya Rafiq Rahman iaitu Penolong Editor majalah Dewan Budaya, ada beberapa yang saya hendak ketengahkan di sini. Pertama, hasil ruang-ruang seni visual yang diilhamkan oleh Datuk Baha (Zain) masih diteruskan dan ada juga (penulis) yang dari Balai Seni Visual Negara sendiri yang biasanya (menyumbang) iaitu saudara Faizal Sidik dan ada juga pengkaryapengkarya dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan) sendiri. Cuma yang kita ketandusan bagi saya individu yang sama menulis dan menghasilkan karya yang lebih bermutu dalam penulisan yang berunsur perpaduan, itu yang kita utamakan di dalam Dewan Budaya itu sendiri, sebab apa saya lihat dari segi karya-karya ini pentingnya ruang-ruang tersebut oleh penulis yang dilihat unsur perkauman itu semakin tersebar luas. Kita berkehendakan (tulisan) yang dapat menyatukan dan berasaskan satu matlamat kepada negara yang lebih maju dan nilai-nilai budaya yang tinggi. Keduanya, saya ada pertanyaan kepada Datuk Baha (Zain) sendiri, pada zaman dahulu zaman Datuk Baha (Zain) sendiri, saya mungkin generasi yang keempat atau kelima yang mengenali Dewan Budaya dimana pada waktu Datuk Baha (Zain) penulis dan pelukis seiring untuk memerdekakan negara kita dan mewujudkan perpaduan tetapi sekarang ini penulis dan pelukis ini mereka mempunyai membawa ideologi dan identiti mereka sendiri. Saya lihat kurangnya titik pertemuan yang mengutamakan unsur-unsur perpaduan dan nilai-nilai identiti bangsa di dalam penulisan mahupun lewat karya-karya mereka. Bagaimana Datuk (Baha Zain) melihat kita boleh kembali ke zaman Datuk (Baha Zain) membantu agar ia selari dengan kehendak sekarang ini bermakna semangat nasionalisme semakin kurang dikalangan remaja dan belia, sebab saya lihat itu yang perlu diutamakan? Baha Zain : Terima kasih saudara Rafiq, saya kira begini, zaman dahulu telah terlalu lama, tiga dekad, empat dekad dan mungkin tidak boleh kembali ke zaman itu dalam semua hal. Mengenai kebebasan saya ambil cerita Anak Alam yang saudari Hanim sebut, waktu Anak Alam dahulu giat sesama ahlinya dan kita Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memberi sokongan, ada beberapa pengkritik tidak senang dengan kehadiran Anak Alam bergiat, ada merasakan ia begitu elit, sebab mereka lebih mementingkan pengucapan peribadi daripada pengucapan sosial. Latif Mohidin, Mustapha Hj Ibrahim, Siti Zainon dan lain-lain, jadi satu keghairahan

kesenian yang luar biasa yang diucapkan oleh mereka masing-masing sehingga beberapa pengkritik zaman sebelum merdeka sangat kritis, tetapi saya sendiri mempunyai satu pendirian yang berbeza meskipun saya amat mementingkan perpaduan nasional, perpaduan masyarakat. Saya sendiri adalah pencipta dan penulis, saya merasakan itu adalah hak bakat masing-masing untuk mengucapkan diri asal tidak melanggar moral ataupun masuk ke sempadan orang lain. Kebebasan itu penting untuk memperkayakan kesenian kita asal jangan ada subversif kepada kepentingan bersama malah itu adalah caranya tradisi kesenian moden kita. Kita memperkaya dan memberi kebebasan yang besar tetapi dengan keinsafan bahawa inilah human expression yang penting untuk misi kesenian kita. Saya kira sebagai editor jangan terlalu obses, orang kata antara kepentingan social and nation kadangkadang kita tersepit, editor harus push the boundaries. Saya ambil satu contoh Salleh Ben Joned salah seorang penyair dan penulis, saya membawa dia menulis dalam Dewan Sastera. Saya melihat bakat tetapi agak sakit sedikit, Latif Mohidin sangat

individualistik, Salleh Ben Joned, Ibrahim Hussein, saudara Zabas dan Hanim pun apa kurangnya, seniman-seniman memang sebegitu jika tidak mereka tidak jadi seniman. Seniman pun bukan selalu anti-sosial, kita kena faham itu, kita sebagai editor kena ada banyak kefahaman atau understanding tentang kehidupan sebagai seniman sangat sensitif, bentuk pengucapan self expression. Tidak semua hasil seniman itu bertentangan dengan kepentingan sosial, di sini kebijaksanaan editor sangat penting how we attached about it. Jangan siapkan dengan pagarpagar dan tembok yang tebal-tebal tetapi kalau nampaknya menimbulkan hal yang sensitif kita kena duduk bersama artis. Artis bukan hanya seorang yang kreatif tetapi seorang yang cerdik dan reasonable people bukan yang luar biasa, cuma inilah kesulitan profesion sebagai editor iaitu disamping menghormat dasar penerbit. Jika tidak penjelasan itu akan mati, ianya tidak akan membawa semangat-semangat dan pemikiran-pemikiran yang baru. Sebab itu saya menggalakan ruang Dewan Budaya memberi ruangan polemik ada pro dan kontra, jadi jangan ada pro sahaja dan kontra sahaja, di situ baru orang akan dapat manfaat dari ruang-ruang di Dewan Budaya akan menjadi daya tarikan lebih ramai orang. Kalau tidak jangan baca ia akan menjadi klise, apabila majalah atau seniman sendiri menjadi klise saya tidak tahu apa untuk menjawapnya. Namun zaman saya telah lampau, sekarang ini ramai bakat-bakat baru dengan doktornya, peguamnya yang lebih international (pengalaman) Zaman saya tak ramai yang keluar negara pun, kita berlegar-legar di sini ini sahaja, kita punya hanyalah semangat sahaja dan ilmu tidak sehebat seniman-seniman sekarang, daripada segi exposure seniman sekarang lebih hebat dan lebih global daripada dahulu. Jadi saudara sebagai editor mempunyai masalah dan kesulitan yag lebih besar. Faizal Sidik : Ada soalan lagi? Saudari Intan (Rafiza) mungkin ini soalan yang terakhir saya rasa. Intan Rafiza : Assalamuaalikum dan selamat tengah hari nama saya Intan Rafiza, Kurator daripada Balai Seni Visual Negara. Saya tertarik tentang pernyataan oleh Datuk Baha (Zain) bagaimana menyediakan ruang kreativiti kepada penulis atau pelukis sepatutnya menjadi platform kepada seniman dalam satu ke arah kreativiti. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut daripada Datuk Baha (Zain) dahulu sebagai seniman dan sasterawan (budayawan), apabila kita bercakap tentang pengkritik itu menyoal tentang ruang kreativiti dan critical thinking itu yang pada pendapat saya dan bagaimana critical thinking itu pada waktu dahulu (berlaku) dan sekarang adakah pada waktu itu iaitu waktu Datuk Baha Zain aktif dalam arena penulisan dengan rakan-rakan yang lain dalam era itu. Adakah terjadinya apaapa momen yang masuk campur daripada pihak pemerintah tentang hal-hal yang dianggap mungkin menghasut ataupun mempersoalkan beberapa polisi dan adakah ia pernah menjadi satu bentuk polemik dan yang dibincangkan dalam ruang yang lebih sihat dalam bentuk penulisan dan sebagainya? Baha Zain : Terima kasih, saya sebenarnya beruntung berpengalaman sebagai penulis, ya barangkali sebagai penulis, editor dan penerbit. Sewaktu saya menjadi editor di Dewan Bahasa (dan Pustaka) satu hari Ketua Pengarah memanggil saya dia kata seorang profesor ini telah mengadu kenapa saya terbitkan satu artikel, yang dia katakan pemikiranpemikiran (penulisan yang terbit) adalah pemikiran dia itu adalah pelajarnya yang tulis, dia melaporkan kepada Ketua Pengarah. Saya sebagai editor saya harus mengambil tanggungjawab, saya kata begini, saya tidak tahu yang tulisan (yang terbit) ini profesor itu yang buat, sebab nama pengarang (telah) ada di situ, kalau dia tidak menulis saya tidak tahu, tetapi tidak mengapalah saya katakan dan saya tidak akan minta maaf tetapi saya bagi ruang untuk profesor itu menjawap apa yang diterbitkan itu adalah pemikiran dia, itu adalah salah satu jalan saya. Kedua,


10 saya bercakap dengan Ketua Pengarah, minta maaf cakap kalau saya profesor itu, saya gembira kalau anak murid saya pandai yang menggunakan pemikiran-pemikiran saya. Ilmu ini kadang-kadang ini orang kata ethic academic Barat yang bagi kredit pada pemikiran-pemikiran yang dikutip. Tetapi saya kira dalam dunia Allah yang Maha Pemurah ini kalau saya jujur saya tidak perlu acknowledged academic ethic dan profesional dia. Akhirnya dia tidak berani jawap, jadi lepas saya punya tanggungjawab, sebab saya bagi ruang kepada dia menjawap. Kemudian saya menerbitkan majalah Era, saya jadi editor dan seorang kawan saya menulis mengatakan korban di Mina itu membazir, saya sudah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya serta pegawai Kementerian Dalam Negeri dan pegawai Jabatan Agama yang tidak senang (dengan tulisan) itu mencadangkan saya memohon maaf, saya katakan tidak, saya bagi ruang supaya jabatan agama menjawab apa yang tidak betul supaya masyarakat tahu dan pembaca saya tahu, dicadangkan supaya majalah saya itu diharamkan, jadi isu-isu begini yang saya (harungi). Sebagai satu contoh lagi, Hishamuddin Rais aktivis PKR (Parti Keadilan Rakyat) sewaktu dia di England dia menjadi penyumbang majalah Era saya setiap bulan dan Hishamuddin melaporkan Lorrain Esme Osman yang lari ke London pasal skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance), tetapi walaupun Hishamuddin lari dari Malaysia namun dia menyumbang. Saya disarankan oleh Kementerian Dalam Negeri supaya jangan terbitkan, jadi saya buat keputusan dari segi keselamatan negara dan sebagainya. Saya sendiri sebagai penulis dan penyair pernah diserang oleh satu dua orang, tetapi saya tidak pernah jawap sebab apa sahaja saya tulis terutamanya puisi, saya tidak akan mempertahankan. Jika ada seribu yang membaca puisi saya, saya akan izinkan seribu tafsiran, itu adalah puisi penerbit, itu adalah hak peribadi. Kalau saudara buat lukisan dan saya terjemahkan begini saudara tidak boleh marah saya, itu hak saya sebagai peminat viewer jangan marah saya jika saya salah tafsir, saya kira itu terjemahan. Baru-baru ini saya ditanya melalui satu sidang media dimana pada masa itu puisi saya digunakan oleh Fauziah Nawi dalam teater ‘Topeng-Topeng’ apakah saya setuju, tak setuju, kecewa. Saya menulis puisi dalam bentuk puisi untuk apabila diterbit itu bukan lagi adalah hak saya untuk mentafsirkan. Kalau saya sebagai penulis tidak mempunyai kebebasan saya pun perlu memberikan seniman lain untuk mempunyai kebebasan. Jadi saya tidak menganggu satu pun apa yang Fauziah Nawi hendak buat, boleh tanya dia sepatah pun saya tidak (ganggu), digunakan puisi-puisi saya, digunakan buku binatang-binatang itu pementasannya satu patah pun saya tidak (ganggu) itu saya serahkan kepada dia. Jadi harus ada pada seniman kita jangan melatah kecuali dia ia melibatkan peribadi, itu kita kena mempertahankan. Pengalaman saya ada seorang pengkritik menuduh saya menggelapkan penulisannya, menuduh saya itu satu tuduhan yang merbahaya, sebagai bukti saya kena bersihkan nama saya. Dia menulis surat dan minta maaf dan saya maafkan. Penulis dan editor berhadapan ribuan kata yang merbahaya dan juga boleh membina, jadi kita kena kawal. Saya sekarang ini diterima menulis dalam Dewan Sastera (penulisan) pendek sahaja tidak panjang, saya tahu orang bosan menulis panjang-panjang, saya membaca 4 kali baca baru saya hantar, takut menyinggung orang baru saya hantar. Faizal Sidik : Terima kasih Datuk (Baha Zain) atas pengalaman bukan sahaja berhadapan dengan penulis buku Modern Artists of Malaysia malahan pelukis, seniman dan pengkritk beliau. Sebuah buku bukan hanya sebagai buku tetapi ia boleh bercerita mengenai politik, ekonomi, sosial dan budaya. Buku dan pameran itu sebenarnya meliputi masyarakat yang berada di dalamnya. Sekian, terima kasih. *Sebarang komentar boleh dihantar kepada seniart.info@gmail.com

Anjuran:

Anjuran Bersama:

Dengan Kerjasama:

Sasterawan Negara Datuk Baha Zain bersama En Haned Masjak (Ketua Pengarah BSVN), Faizal Sidik (Kurator Penerbitan), Zainol Abidn Shariff (pensejarahan seni dan penulis) dan Pn. Zanita Anuar (Timbalan Pengarah Operasi BSVN).

Dengan Sokongan:

Diuruskan Oleh:


Atelier 11

Atelier 11 terletak di Taman Tanming Jaya, Belakong, Selangor

Ruang pameran utama

Loo Foh Sang Art Eleven

Ruang pameran hadapan

| Faizal Sidik

Y. Bhg Dato Hassab Nawawi Bin Abd Rahman, DiPertua Majlis Kajang diiringi oleh kurator pameran 'Atelier 11 Art Exhibition' iaitu artis Jasmin Kok melawat pameran disertai oleh Loo Foh Sang

Wokshop seni cetak

I

23

Sehubungan dengan pelancaran rasmi galeri ini satu pameran antarabangsa bersempena pembukaan yang disertai oleh 71 artis daripada 8 negara dilangsungkan. Pameran yang dikuratorkan oleh artis Jasmin Kok memberi penghormatan kepada tajuk nama galeri ini sendiri iaitu “Atelier 11 Art Exhibtion 2014� berlangsung daripada 4 Oktober sehingga 16 Disember 2014. Diantara artis yang mengambil bahagian selain Loh Foh Sang sendiri adalah seperti Fatimah Chik, Kim Ikmo (Korea Selatan) June Yap Yudan, Li Dongxia (Korea Utara) Hsueh-Ching Lin (Taiwan), Sia Bon Chuan, Haromi Sonoyama (Jepun) Tan Hui Chong, Tan Kian Por (Singapura) Rahman Mohamed, Jean Francois Bardez (Perancis), Lu Zhiping (China), dan lain-lain.

nspirasi daripada ruang studio terkemuka dan menjadi lagenda di kalangan seniman seni cetak iaitu Atelier 17 di Paris oleh pelopor gerakan seni cetak kontemporari iaitu Standley William Hayter (1901-1988). Studio Atelier 17 di Paris dan New York begitu sinonim dengan karya seni cetak oleh seniman besar seperti Picasso, Giocometti, Miro, Calder, Chagall, Pollock dan Rothko yang pernah menghasilkan karya mereka di sini yang dipantau oleh Hayter. Seni lukis tempatan dimeriahkan lagi dengan pembukaan sebuah lagi ruang pameran yang berkonsepkan studio galeri sedemikian iaitu Atelier 11, ianya dirasmikan oleh Y. Bhg Dato Hassab Nawawi Bin Abd Rahman iaitu Yang DiPertua Majlis Kajang pada 4 Oktober yang lalu.

Semoga usaha Loo Fong Sang dengan penubuhan ruang Atelier 11 ini dapat melahirkan ramai lagi bakatbakat seni cetak di Malaysia seterusnya memenuhi permintaan karya sebegini yang semakin diburu oleh peminat-peminat dan kolektor seni

Hsueh-Ching Lin (Taiwan) A Bright Moon on All Generations 40 x 50 cm Litography, Paper 2013

Selain membina identiti galeri yang memokuskan pengkhususan dalam catan China galeri yang baru dibuka ini juga mempunyai tanggungjawab seni dalam mempromosikan artis-artis muda dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan pameran secara berkala yang akan diadakan sepanjang tahun. Perintis galeri ini iaitu artis Loo Foh Sang dan isterinya Tan Pek Cheng yang juga pernah menerima didikan awal di Nanyang Academy of Fine Art dan kemudian melanjutan kemahiran mereka di Ecole Nationale Superieure des Beaux Arts di Paris percaya bahawa ruang mereka ini adalah sebuah perkongsian artistik yang akan menghasilkan membina bakat-bakat muda. Rahman Mohamed (Malaysia) Intaglio 2012

Cerita Dunia

15 x 20 cm

Lokasi yang terletak di Wisma Pausan, Taman Taming Jaya, Belakong Selangor. Atelier 11 yang mempunyai senibina gabungan antara moden dan kontemporari adalah galeri seni yang dibangunkan untuk memberi ruang dan peluang kepada program pembangunan seni, wokshop, ekperimentasi dan penerokaan kepada pelbagai bentuk seni di negara ini terutamanya kepada kepada aliran catan China oleh Pelukis-pelukis Nanyang yang lahir bukan sahaja daripada sebelah Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia yang kita kenali sebelum ini tetapi juga daripada tanah besar China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan dan Perancis.

Atelier 11 Loo Foh Sang Art Eleven mempunyai objektif dan visi yang jelas dalam menggalakkan penghasilan karya yang berkualiti seterusnya membina kecermelangan artistik kepada pengkaryaan kesenian Asia terutamanya dalam seni cetak, seni arca dan batik dalam usaha galeri ini untuk mendekatkan khalayak awam Malaysia kepada karya seni dengan menawarkan pelbagai stail seperti abstrak, realisme, surealisme dan lain-lain aliran seni.

Kim, Ikmo (Korea Selatan)

Sunrise

52 x 35 cm

Lino cut

2014

Loo Foh Sang

Malaysia Culture Series 2A

Harumi Sonoyama (Jepun)

Signe-P

70 x 50 cm

69.2 x 10.1 cm

Etching

2011

Litograph

2012


S

atu tanggapan di sini dalam melihat cara pandang dunia mengenai negara Korea akan mengaitkan semenanjung Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Selepas Perang Dunia Kedua satu blok yang mengamalkan sistem komunis (sosialis) Korea Utara disokong oleh Rusia dan China manakala Korea Selatan atau Republik Korea pula disokong blok demokrasi (kapitalis) oleh Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Era persaingan meluaskan pengaruh atau Perang Dingin antara kedua-dua kuasa besar itu membahagikan kedua-dua negara kepada dua blok selepas Perang China dimana negara China terpaksa melepaskan negara itu kepada sebuah kerjaan sendiri. Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950 hingga 1953 telah mengorbankan 2.5 juta nyawa. Sehingga ke hari ini tiada perjanjian rasmi yang menamatkan perang Korea bermakna kedua-kedua negara masih berperang dalam ertikata perang secara senyap. Sempadan antara kedua-dua negara adalah sempadan yang paling ketat dan merbahaya didunia, tidak hairanlah jika belanjawan kedua-dua negara banyak menumpukan kepada aspek keselamatan dan ketenteraan. Korea Selatan mendapat sumber persenjataan daripada sekutunya Amerika Syarikat manakala Korea Utara daripada Rusia dan juga China. Persaingan meluaskan pengaruh Perang Dingin ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung Korea sahaja malah melimpah fahaman juga dirantau Asia Tenggara kita sendiri, Eropah, Afrika dan negara Timur Tengah. Misalnya negara Vietnam mengalami perang saudara yang dikenali Perang Vietnam 1959 hingga 1975 diantara Vietnam Utara dikuasai Vietcong yang beraliran sosialis yang disokong oleh Kesatuan Soviet menentang Vietnam Selatan yang ditaja Amerika Syarikat. Seluruh dunia telah tahu Amerika Syarikat malu besar kerana kalah dalam peperangan itu yang dimenangi puak utara yang membentuk Republik Sosialis Vietnam pada 1976. Begitu juga dengan pengabungan Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1990. Selepas Perang Dunia Kedua 1945 Jerman telah dipecah-pecahkan kepada sektor demokrasi yang dikawal (Euro-Amerika) oleh Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat membentuk Republik Persekutuan Jerman iaitu Jerman Barat yang berpusat di Bonn. Pembahagian kawasan tadbiran blok komunis Kesatuan Soviet pula membentuk Republik Demokratik Jerman yang di kenali dengan Jerman Timur yang berpusat Berlin Timur.

Poster filem 'The Interview' (2014).

Bagi menjamin keselamatan Korea daripada serangan dan ancaman, Amerika menempatkan pengkalan tenteranya di seluruh Semenanjung Korea sehingga ke hari ini ada sekitar 28 000 tentera Amerika di seluruh Korea Selatan. Dalam sejarah tradisi Korea iaitu sebelum persempadanan antara utara dan selatan Korea pernah berperang dengan China dan Jepun. China menganggap Korea adalah sebahagian daripada wilayahnya dan tidak hairanlah pada hari ini Korea masih berkongsi budaya dari negara China dari segi senibina, tulisan dan makanan. Sikap anti-Jepun masih berlaku lagi di

Perbarisan Hari Kebangsaan Korea Utara.


25

KOREA DAN HEGEMONI KUASA AMERIKA SYARIKAT 'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia’ Sebuah Pameran Seni Asia Tenggara Dalam Membina Kepercayaan dan Membawa Kedamaian Asia Pasifik

| Faizal Sidik

Korea walaupun selepas Perang Korea-Jepun tamat. Demonstrasi dan piket daripada berita dunia sering memaparkan wanita-wanita warga emas Korea yang dahulunya dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun memohon kerajaan itu meminta maaf dan membayar ganti rugi semasa pendudukan Jepun di Korea 1910. Bekas-bekas tinggalan sejarah inilah yang memaksa Korea menempatkan pengkalan-pengkalan tentera Amerika Syarikat jika berlaku krisis Asia Timur. Untuk mengendurkan ketegangan Selepas Perang Dunia Kedua Jepun tidak dibenarkan memiliki bala tenteranya sendiri oleh Amerika melalui PBB. Amerika yang juga menempatkan pengkalan tenteranya Jepun sehingga kini terdapat 50 000 soldadu Amerika sana dan pada tahun 2025 Amerika merancang untuk menempatkan tiga perempat daripada jumlah bala tentera laut, darat dan udaranya di Asia. Amerika tidak menanggap Eropah Timur yang dahulunya menyokong blok komunis sebagai ancaman tetapi memuncungkan persenjataannya ke Asia apa yang dinamakan Pasak Asia (Pivot Asia). Penstrategian ini memaksudkan bahawa mendefinasikan China sebagai musuh. Perihal ini tidak menghairankanlah apabila Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang terkenal dengan gelaran pemaharuan ekonomi Jepun sebagai 'Abenomic' meningkatkankan perbelanjaan pertahanan dari tahun 2014 hingga 2019 bagi memulihkan tentera Jepun dalam menghadapi pertikaian wilayah kecilnya dengan China. Apa yang ditulis oleh media adalah hanya peningkatan bajet ketenteraan oleh Jepun tetapi hakikatnya adalah perkakasan itu sudah tentunya dibekalkan oleh Amerika. Apabila kita membaca konteks politik semasa kita juga boleh melihatnya dalam konteks seni kontemporari yang hadir pada hari ini. Kita mungkin tertanya-tanya mengapa begitu mudah ahli-ahli lembaga muzium di Amerika dan negara-negara Eropah atau dibaca negara North Atlantic Trade Organisation (NATO) memprojek artis-artis dari tanah besar China yang radikal dan tidak sehaluan dengan kerajaan misalnya Ai Wei Wei dimuzium mereka. Selain daripada penahannya yang oleh tentera Revolusi, publisiti meluas yang diterima beliau oleh media barat terhadap kebebasan artistik telah mengolah persetujuan dunia bahawa kerajaan China menekan seniman dibaca permusuhan secara lembut melalui seni untuk membawa kepada permusuhan yang lebih besar iaitu penyisihan masyarakat dunia terhadap dasardasar China. Melihat dari satu sudut ini jika artis-artis atau seniman dari Dunia Ketiga yang sungguhsungguh diprojekkan oleh dana, geran atau yayasanyayasan seni dan budaya untuk menaja pencapaian dan pembaharuan dilakukan oleh anda, anda wajib diberitahu bahawa telah diperdaya oleh kaum pemodal antarabangsa Yahudi misalnya Rockeffeller Foundation yang mempunyai perancangan yang lebih besar untuk negara anda.

Wakil-wakil negara Asean semasa perasmian pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' oleh Datuk Bandar Metropolitan Busan di Busan Museum of Art pada 10 Disember 2014.

penyelamat dunia daripada penjahat sedaya upaya untuk mengolah persetujuan mereka adalah yang paling berkuasa. Produk Hollywood itu berpropaganda Iran dan Korea Utara adalah satu ancaman dalam mengajak dunia melawan keganasan. Mereka sekali lagi ingin bermain api dengan Korea Utara baru-baru dengan penerbitan filem 'The Interview' (2014). Ini bukan cerita anganangan Mat Jenin lihatlah realiti apa yang berlaku di Mesir, Libya, Syria dan Ukraine misalnya bagaimana budak suruhan Amerika iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dikerah untuk membuat kacau dinegara berkenaan. Kapal-kapal terbang Malaysia turut terheret sama dalam pergeseran yang maha dasyat percaturan negara Dunia Pertama dalam menjadi kuasa ekonomi dunia dalam merebut puncapunca kekayaan yang berasaskan minyak pada hari ini. Adakah ini adalah ancaman kepada Malaysia terhadap perundingan Perjanjian Perkongsian TranPasifik (TPPA)? Korea Selatan mula membina negaranya pada tahun 1960 an walaupun dikatakan disabotaj dari negara Utara. Negara ini mula membina hubungan luar dalam menjana ekonomi menerusi hubungan politik. Korea menjalin hubungan dengan negara luar dalam usahanya memacu ekonomi domestik dan antarabangsa. Dalam hubungan luar Korea Selatan menganggotai Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu sejak 1991. Korea Selatan menjalin hubungan diplomasi dengan lebih 188 negara. Ia juga mengembangkan hubungan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara sebagai anggota badan pemerhati ASEAN tambah 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Atas cadangan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahatdir Mohamed dalam meredakan hubungan pasang surut hubungan yang tegang antara Korea Selatan dikalangan negara jiran-jiran disekitarnya. Malaysia pada 1997 mencadangkan pembentukan ASEAN +3 dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group. ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut. sebagai alternatif kepada EAEC (East Asia Economic Caucus) kerana ia dilihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi, kewangan, pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan pembangunan infrastruktur. ASEAN + 3 dilihat cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Sebelum itu dialog-dialog antara negara-negara antara Korea Selatan dengan negara ASEAN telah pun terjalin sejak 25 tahun dahulu melalui ASEANROK Dialogue Relations sejak tahun 1989 lagi. Dalam meraikan Jubli Intan 25 tahun hubungan dialog antara negara-negara ASEAN dan Korea Selatan. ASEAN-Republic Korea Commerative Summit 2014 atau Sidang Kemuncak Negara-negara ASEAN- Korea 2014 telah diadakan di Bandaraya Metropolitan Busan pada 11 hingga 12 Disember. Sejak terbinanya hubungan dialog ini pada tahun 1989 banyak pembangunan yang dapat dilihat daripada hubungan ini. Pada hari ini negara ASEAN bukan sahaja rakan dagang dan destinasi pelaburan kedua terbesar Korea, malah rantau ini juga adalah muncul sebagai rakan yang cukup signifikant dalam sosiobudaya dimana lebih 4 juta rakyat Korea melawat negara Asia Tenggara setiap tahun.

Filem Hollywood adalah salah satu buktinya, Amerika menggunakan saluran gambar bergerak ini sebagai salah satu cara perluasan hagemoninya. Lihat bagaimana filem-filem adiwira atau superhero ditayang untuk mengatakan mereka adalah

Panorama pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' di Busan Museum of Art (BMA), Busan Korea .


26

Upacara perasmian.

Kunjungan saya baru-baru ini bersama rakan Fairus Ismail pada musim sejuk atas tajaan dan jemputan pengarah Busan Museum of Art mengesahkan lagi bahawa Korea adalah sebuah projek Amerika Syarikat. Apabila saya mengatakan hagemoni Amerika begitu kuat di Semenanjung Korea dan Filipina samalah apabila saya mengatakan Malaya dan Singapura adalah sebuah projek British, Indonesia adalah projek Belanda dan Kemboja adalah sebuah projek Perancis, namun Amerika telah gagal di Vietnam. Tetapi pernahkah anda tanya atas dasar apa rancangan ini direncanakan? Ia dirancangan oleh penanam modal bukan sahaja untuk mengepung China tetapi untuk mengawal kemaraan ekonomi China. Saya ulangi sekali lagi disini inilah yang dinamakan Pasak Asia (Asia Pivot). Mengapa apabila kerahan tentera di negara yang bergolak terutamanya di Asia Barat dan negara-negara Commonwealth, British bersama-sama dengan Amerika? British masih lagi ingin bermemori yang mereka adalah negara kolonial. Dan apabila ahli-ahli Parlimen Britain baru-baru ini mengundi untuk tidak bersama-sama Amerika untuk menyerang Syria, ini adalah satu tamparan untuk sekutunya Amerika. Apabila melihat Korea dalam aspek kesenian Penulis bersama Fairus Ismail kontemporari peminat seni mungkin tidak boleh menidakkan atas pengaruh Korea yang mempunyai Pavillion atau astakanya sendiri di Gradini semasa Venice Biennale. Astaka Korea adalah astaka yang terakhir dibina di sana pada tahun 1995 dan selepas itu tiada lagi pavillion yang dibenar oleh Datuk Bandar Venice yang mana negara yang lain perlu menyewanya dimerata lokasi sekitar bandar air itu. Apabila hanya tiga sahaja wakil Asia dibenarkan memiliki pavillion sendiri selain Jepun dan Mesir mungkin kita tertanya-tanya mengapa tiada pavillion kekal kuasa besar China di sana, ini adalah satu persoalan yang lain. Pavillion China perlu menyewa dua tahun sekali di Arsenale sejak 2000, Adakah ini juga satu penyisihan bentuk Amerika-NATO?

Special Exhibition of ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit 2014 'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia' Busan Museum of Art 10 Dec 2014 - 1 Feb 2015 Busan Museum of Art is hosting and sponsoring the special exhibition, 'The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia' to celebrate ASEAN-Republic of Korea Commemmorative Summit 2014 from December 11 to 12, 2014.

Pameran 'The Origin of Beauty: Dramatic Nostalgia' berlangsung daripada 11 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015

Busan adalah bandaraya kedua terbesar Korea Selatan selepas Seoul. Berpopulasi penduduk berjumlah 3.6 juta orang, Busan terletak di pesisir tenggara Korea Selatan yang juga merupakan bandaraya pelabuhan yang dikatakan ketiga terbesar di dunia. Salah satu tarikan seni dan budaya bandaraya Busan adalah penganjuran Busan International Film Festival (BIFF) dan Busan Biennale yang diadakan di Busan Museum of Art dan beberapa lokasi disekitar bandaraya ini. Sempena ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit atau Sidang Kemuncak Negaranegara ASEAN dan Korea satu pameran seni telah dianjurkan oleh Busan Museum of Art yang bertajuk The Origin of Beauty : Dramatic Nostalgia daripada 10 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015. Sebuah pameran seni Asia Tenggara yang dikuratorkan oleh kurator BMA iaitu Lee Jinchul membawa 100 artis dan 120 karya dari rantau ini dalam menginterpritasikan atau cerminan seni tradisi dan seni kontemporari Kurator pameran Lee Jianchul memperkenalkan wakil Malaysia dalam pengalamannya terhadap budaya global. Persoalnya bolehkah yang diwakili Balai Seni Visual Negara dan Galeri Petronas kepada Datuk Bandaraya Metropolitan Busan iaitu sebuah pameran seni itu membina Soh Byong-Soo kepercayaan dan membawa kedamaian? Walauapaun cabaran Korea terhadap sekutu dan tetangganya pameran ini adalah sepucuk surat keamanan kepada dunia mengenai sumbangan gambaran dan cita-cita daripada negara-negara rantau ini melalui ASEAN yang mempromosikan keharmonian dalam melihat hubungan luarnya dengan Asia Timur terutamanya Korea terus kukuh dan kental.

100 artists from 10 ASEAN member countries are participating to evoke 'dramatic nostalgia' for this exhibition. It reinterprets the contemporary art, crafts, and design of each country's culture and mingles all of its aesthetic creativity together. Therefore, Busan Museum of Art wishes that viewers will acknowledge a new way to observe the tradisional and historical antiquities in terms of art and culture of Southeast Asia through this exhibition.

Malaysia National Visual Arts Gallery (NVAG) Galeri Petronas Indonesia National Museum of Indonesia Brunei Brunei Museum Department

Busan Museum of Art 58, APEC-ro, Haeundae-gu, Busan, South Korea

Laos Department of Fine Art Laos Myanmar New Treasure Art Gallery Singapore Singapore Art Museum (SAM) Thailad Museum of Contemporary Art, Bangkok

Cambodia Ministry of Culture and Fine Arts, Kingdom of Cambodia Vietnam Vietnam Lotus Gallery Korea Busan Museum of Art (BMA)

Visitor Information Visiting Hours : 10:00 - 20:00 Closed : Every Monday Admission : Free T +82 51 - 744 - 2602 www.art.busan.go.kr


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
In-A-Book: International Art Book Fair by Pustaka Taman Seni - Issuu