1 minute read

KSM Buka Bilik Gerakan Tangani Masalah Pekerja dan Perburuhan Sepanjang PKP

4 Kementerian Sumber Manusia KSM Buka Bilik Gerakan Sepanjang PKP (COVID-19)

Pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia secara rasmi melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 sehingga 31 Mac 2020. Selepas tarikh tersebut juga PKP masih diteruskan sehingga 14 April dan disambung dengan PKPB sehingga 9 Jun 2020. Sepanjang PKP ini semua premis perniagaan diarahkan menutup operasi dan perniagaan kecuali perkhidmatan-perkhidmatan yang dikelaskan sebagai essential sahaja dibenarkan beroperasi. Sepanjang perintah PKP dan PKPB, KSM telah membuka bilik gerakan bagi membantu orang ramai menangani isu pekerjaan dan perburuhan. Orang ramai boleh menggunakan pelbagai saluran bagi menghubungi KSM sama ada, melalui talian hotline KSM, Laman Web KSM, e-mel SISPAA dan sebagainya. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan di Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan tenaga Kerja Sarawak di talian hotline masing-masing. Semua bilik gerakan dibuka jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebarang pertanyaan berhubung isu majikan dan pekerja boleh berurusan dengan Bilik Gerakan Pemantauan Pekerjaan COVID-19 KSM, menghubungi talian 03-8889 2359 / 8886 2409 / 8890 3404 atau e-mel jtksm@mohr.gov.my ; jtknsabah@mohr.gov.my ; jtknsarawak@mohr.gov.my

Advertisement

YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan YB Tuan Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia sedang meninjau perjalanan tugasan di Bilik Gerakan Pemantauan Pekerjaan COVID-19 Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang menjawab segala pertanyaan dan aduan mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

This article is from: