Skip to main content

CSA The Unseen Enemy Cyber Tips (Malay)

Page 1


TIP SIBER:

AKTIFKAN 2FA

FRASA LALUAN YANG KUKUH

Cara untuk anda kukuhkan keselamatan akaun anda:

•

Aktifkan 2FA untuk akaun dalam talian anda.

2FA boleh berupa Kata Laluan Sekali (OTP) daripada token digital atau SMS yang dihantar kepada peranti mudah alih anda.

•

Cipta frasa laluan yang kukuh. Ini caranya:

1: Gabungkan lima perkataan berbeza yang berkaitan dengan memori yang unik bagi anda.

2: Gunakan campuran huruf besar dan kecil, nombor atau simbol untuk membina sekurang - kurangnya 12 karakter.

•

Gunakan pengurus kata laluan yang bereputasi. Simpan dan urus semua frasa laluan milik anda untuk akaun - akaun berbeza.

Dapatkan lebih

banyak tip siber di go.gov.sg/unseenenemy

DENGAN

PENIPUAN PANCINGAN DATA

Cara untuk melindungi diri anda:

•

Fikir sebelum anda klik pada pautan yang tidak diketahui dalam mesej dan e - mel.

•

Hanya muat turun aplikasi - aplikasi dari gedung aplikasi yang rasmi seperti Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS).

•

• Sentiasa sahkan kesahihan e - mel, panggilan atau permintaan menerusi sumber rasmi dan semak dengan keluarga dan rakan - rakan anda.

Jangan dedahkan maklumat sulit dan butiran perbankan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.scamalert.sg atau hubungi Talian Bantuan Anti -Scam di 1800 -722 - 6688 .

Dapatkan lebih

banyak tip siber di go.gov.sg/unseenenemy

Hadiah untuk anda: Dapatkan diskaun 50% untuk semua barangan elektronik! Klik sekarang: http://cheapgadgets.sg

TIP SIBER:

KEMAS KINI PERISIAN DENGAN SEGERA

Cara melindungi peranti anda daripada pepijat dan kelemahan keselamatan:

•

Aktifkan kemas kini automatik pada semua peranti anda, sistem operasi peranti, pelayar web dan pemalam, perisian antivirus dan aplikasi jenis lain.

•

• Kerap semak aplikasi anda dan padamkan aplikasi yang tidak diperlukan.

Untuk mengetahui cara mengaktifkan kemas kini automatik, lawati laman web rasmi kepunyaan penerbit perisian dan/atau pembangun aplikasi anda.

Dapatkan lebih

banyak tip siber di go.gov.sg/unseenenemy

Tahniah! Anda telah memenangi baucar pasar raya bernilai $100. Dapatkan sekarang: http://bestsupermarket.sg

Cara melindungi peranti anda:

Muat turun aplikasi ScamShield untuk mengesan mesej penipuan dan menyekat panggilan penipuan.

• Pasang aplikasi antivirus yang boleh mengesan perisian hasad dan pautan pancingan data yang membahayakan.

•

• Hanya gunakan gedung aplikasi yang rasmi seperti Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS) kerana ia mempunyai langkah - langkah untuk mengesan dan memadam aplikasi berbahaya.

• Pilih pembangun aplikasi yang diiktiraf dan terkenal, semak bilangan muat turun dan ulasan pengguna.

Untuk senarai aplikasi keselamatan yang disyorkan, lawati www.csa.gov.sg

Dapatkan lebih

banyak tip siber di go.gov.sg/unseenenemy

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
CSA The Unseen Enemy Cyber Tips (Malay) by Cyber Security Agency of Singapore - Issuu