Skip to main content

IGCSE Malay as a Foreign Language Student Book

Page 1

Cambridge IGCSE™

Malay as a Foreign Language STUDENT’S BOOK Contributors 2nd edition: Series editor and language consultant: Dahlia Janan Authors: Nor Najwa Azmee, Halimahtun Kamariah Hamzah, Norshah Aizat Shuaib Project manager: ‘Asyurah Ismail 1st edition: Series editors: Zaharah Othman, Norshah Aizat Shuaib Authors: Mohd Saiful Nizam Abd Shukor, Nor Najwa Azmee, Halimahtun Kamariah Hamzah, Dr Hazira Hamzah, Nordalis Khalid, Zaharah Othman, Norshah Aizat Shuaib, MPS Mathave Vadiveloo, Kanagasaba Venugopal

Malay AA Foreign Language 64465_P001_007.indd 1 IGCSE Students Book Title page.indd 1

8/11/19 4:11 26/03/20 2:32 pm PM


21 CUACA WEATHER OBJEKTIF PEMBELAJARAN LESSON OBJECTIVES By the end of this topic, you will be able to: ✓ talk about different types of weather ✓ write a short news article ✓ understand and use Kata Hubung

AYUH KITA MULAKAN A

B

Bagaimanakah cuaca di tempat anda sekarang? Bersama-sama rakan anda, lihat gambar A dan B. Bagaimanakah keadaan cuaca di dalam gambar-gambar ini? Cuaca yang mana satukah yang anda suka dan mengapa? Fikirkan juga adakah cuaca akan menentukan aktiviti harian anda?

FOKUS KOSA KATA Latihan 1

64465_P145_152.indd 145

2. _______________________

3. _________________________

4. _______________________

5. _________________________

6. _______________________

145

1. _________________________

21 WEATHER

Perhatikan simbol-simbol cuaca yang selalu digunakan. Berikan maksud simbol-simbol tersebut.

25/03/20 6:02 PM


Latihan 2 Padankan perkataan yang berikut dengan simbol yang anda telah pelajari tadi. sejuk (cold)

payung (umbrella)

kering (dry)

kipas (fan)

dahaga (thirsty)

basah (wet)

banjir (flood)

lembap (damp) Latihan 3 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut: Today the weather is nice Today the weather is bad Today is hot Today is sunny Today is cloudy Today is windy Today there is thunder and lightning Today there is heavy rain

Cuaca hari ini baik Cuaca hari ini buruk Hari ini panas Hari ini cerah Hari ini cuaca mendung Hari ini berangin Hari ini ada ribut petir Hari ini hujan lebat

Latihan 4 Padankan keadaan cuaca dengan aktiviti yang sesuai. 1. Cuaca hari ini baik 2. Malam ini sejuk 3. Hari ini berangin 4. Hari ini hujan lebat 5. Suhu hari ini sangat panas

A. Saya tidak keluar dan mahu membaca buku di dalam bilik B. Saya dan keluarga bermain-main di pantai C. Saya bermain layang-layang D. Saya minum air banyak kerana sangat dahaga E. Saya berselimut tebal

Latihan 5 Berdasarkan kosa kata yang terdapat dalam jadual di bawah, nyatakan kosa kata yang merujuk kepada keadaan cuaca di negara Malaysia. angin Guruh Petir Siang sinaran matahari

ribut haba malam yang panjang salji hujan batu

146

21 CUACA

Ais dingin beku Hurikan ramalan cuaca kabus

64465_P145_152.indd 146

25/03/20 6:02 PM


MENDENGAR Anda akan mendengar rakaman audio tentang rancangan Sally untuk berkelah di tepi pantai. Sebelum mendengar, anda perlu membaca semua soalan-soalan yang disediakan di bawah. Semasa mendengar, anda dikehendaki untuk mengenal pasti laporan kaji cuaca untuk seminggu bagi negeri Pahang. Bilakah masa yang terbaik untuk dia berkelah? Pastikan anda mencatat maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Latihan 1 Selepas selesai mendengar, jawab soalan-soalan tersebut. Minggu ini akan bermula dengan (1) _______________ yang tidak begitu baik. Menurut ramalan cuaca, hujan (2)_______________ akan turun setiap pagi di kawasan-kawasan berhampiran dengan pantai. Angin kuat akan (3)_______________ dan orang ramai dinasihatkan supaya berada di dalam rumah. Keadaan cuaca ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari esok, iaitu Isnin. Banjir akan berlaku di kawasan-kawasan rendah. Keadaan cuaca akan bertambah baik bermula pada malam Khamis. Matahari akan mula memancar dengan terik pada waktu pagi. Pada waktu petang, langit (4) _______________ tetapi hujan tidak turun. Pada hari Jumaat, hujan (5) _______________ di kawasan pantai. Pada waktu petang, suhu akan naik sedikit dan langit menjadi cerah. Cuaca pada hujung minggu diramalkan baik walaupun angin mungkin akan bertiup kuat pada waktu senja. Latihan 2 Pilih jawapan yang betul. 1. _____________ yang tidak begitu baik akan bermula pada minggu ini.

FOKUS TATABAHASA Mari kita kenal Kata Hubung. Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

147

Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu:

21 WEATHER

A. Suhu B. Cuaca C. Mendung D. Hujan 2. Hujan lebat akan turun pada setiap _________ di kawasan-kawasan berhampiran dengan pantai. A. malam B. petang C. pagi D. tengah hari 3. Banjir akan berlaku di kawasan ___________ A. rendah B. tinggi C. pendek D. berat 4. Pada hari __________, hujan renyai-renyai di kawasan pantai. A. Isnin B. Rabu C. Khamis D. Jumaat

64465_P145_152.indd 147

25/03/20 6:02 PM


-Kata hubung gabungan: kata yang menyambungkan dua ayat yang sama kedudukannya. Antara kata hubung gabungan adalah dan, atau, tetapi, malahan, sambil, sementara, sebaliknya, serta dan seterusnya. -Contoh ayat: Awak hendak makan di kedai atau di rumah? Lili serta Lala sedang belajar di ruang tamu rumah. Dia sedang memasak sambil mendengar muzik. -Kata hubung pancangan: kata yang menghubungkan klausa utama degan klausa yang menjadi keterangannya. Antara kata hubung pancangan adalah walaupun, kerana, untuk, hingga, jika, untuk dan apabila. -Contoh ayat: Marlia terkejut apabila diberitahu tentang kematian kawannya. Jika tidak mahu dimarahi ibu, lebih baik kamu kemas buku-buku ini. Walaupun dia berasa letih, dia tetap menyiapkan pesanan makanan itu. -Kata hubung berpasangan: kata ini wujud secara berpasangan. Antara kata hubung berpasangan adalah baik…baik, baik…mahupun, bukan sahaja…bahkan juga, jangankan…pun, sungguhpun…namun dan walaupun…namun. -Contoh ayat: Walaupun dia hidup miskin, namun dia suka membantu orang lain. Baik adik mahupun abang kedua-duanya hebat di padang bola. Azira bukan sahaja pandai memasak bahkan juga pandai menjahit.

1. Wang itu digunakan _______ membeli gula.

atau

2. Ibu dan ayah _______ nenek suka makan limau.

untuk

3. Awak suka baju berwarna merah ______ biru?

serta

4. Nora hendak membeli baju itu ______ dia tidak mempunyai wang.

kerana

5. Aziz tidak ke sekolah ______ dia demam.

namun

6. Walapun dia susah, _________ dia tetap berderma.

tetapi

MEMBACA Baca rencana di bawah. Kemudian, padankan simbol cuaca dengan penerangan yang tepat.

148

21 CUACA

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menyambung ayat-ayat di bawah.

64465_P145_152.indd 148

25/03/20 6:02 PM


Setiap hari, keadaan langit tidak selalu sama. Setiap saat, langit berwarna biru tanpa awan. Kadang-kadang, langit juga diselubungi awan. Cuaca cerah ialah cuaca yang menunjukkan langit dalam keadaan terang. Sinar matahari memancar tetapi tidak begitu panas. Pada watu siang, awan ini berwarna putih bersih. Namun begitu, apabila matahari terbit dan terbenam, awan akan kelihatan berwarna kemerahan atau kekuningan diiringi dengan tiupan angin. Cuaca berawan adalah cuaca yang menunjukkan banyak awan di langit. Awan merupakan kumpulan wap air yang terdapat di udara. Wap air ini berasal dari air kolam, air laut serta air sungai yang naik ke atas dan bergabung dengan udara. Beberapa kepulan awan akan menjadi satu sehingga menghasilkan awan yang besar. Awan yang besar tersebut akan berubah menjadi mendung. Awan mendung ini akan berubah menjadi hujan. Cuaca panas berlaku apabila matahari menyinari bumi dan menghangatkan udara di sekeliling bumi. Beberapa tempat di bumi menerima lebih banyak sinar matahari sehingga lebih panas daripada tempat lain. Malaysia adalah salah sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa. Oleh itu, hampir setiap hari cuacanya panas. Cuaca berangin ialah langit biasanya kelihatan agak berawan, suhu udara rendah, dan angin bertiup kencang sehingga menerbangkan benda-benda ringan. Kadang-kadang, tiupan angin yang sangat kencang dapat menumbangkan pohon serta merobohkan rumah di sekitarnya. Cuaca hujan pula berlaku daripada udara yang mengandung wap air. Udara akan naik ke atas dan membentuk awan. Semakin tinggi, suhu wap air menjadi makin rendah. Pada suhu tertentu, wap air akan mengembun menjadi titik-titik air. Titik-titik air akan berubah menjadi titisan air. Makin lama titisan air itu makin berat dan akhirnya jatuh ke bumi dalam bentuk hujan. Kadang-kala, hujan juga boleh disertai dengan petir dan juga guruh. Padankan aktiviti yang berikut dengan merujuk kepada simbol cuaca yang diberikan. 1. berenang, bersenam

A.

2. membaca buku, menonton televisyen

B.

3. berada di dalam rumah atau kawasan tertutup

C.

5. bermain layang-layang, berkelah

E.

149

6. bermain ski, membina orang salji

D.

21 WEATHER

4. bermain kad, memasak

64465_P145_152.indd 149

25/03/20 6:02 PM


BERTUTUR Di sebuah sekolah, dua orang murid sedang berbual-bual. Mereka berdua bercadang untuk berlatih bermain bola sepak. Malangnya, mereka mendapati hari akan hujan dan latihan bola sepak terpaksa dibatalkan. Jalankan main peranan situasi di kawasan sekolah antara dua orang murid tersebut. Senarai soalan : 1. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan semasa menunggu hujan berhenti? 2. Siapakah yang akan memberi kebenaran kepada mereka untuk menggunakan dewan

sekolah? 3. Di manakah tempat yang sesuai untuk menunggu hujan berhenti? 4. Pada pukul berapakah mereka akan pulang ke rumah? 5. Bagaimanakah mereka akan pulang ke rumah?

PENULISAN Pilih satu soalan untuk dijawab. 1. Anda ialah seorang wartawan daripada sebuah akhbar tempatan. Anda ingin

menulis rencana tentang cuaca di Kelantan, Malaysia. Pastikan semua maklumat yang berikut digunakan dalam penulisan rencana anda. Panjang rencana anda hendaklah antara 130 hingga 140 patah perkataan. Anda boleh masukkan maklumat-maklumat berikut di dalam rencana anda: • Terangkan cuaca di Malaysia untuk sepanjang tahun. • Bagaimana keadaan cuaca semasa di negeri Kelantan? • Huraikan kesan-kesan cuaca panas. • Apakah tindakan yang perlu dilakukan semasa cuaca panas ini?

2. Anda diminta untuk menulis rencana tentang langkah-langkah menghadapi

150

21 CUACA

musim hujan. Pastikan semua maklumat yang berikut digunakan dalam penulisan rencana anda. Panjang rencana anda hendaklah antara 130 hingga 140 patah perkataan. Anda boleh masukkan maklumat-maklumat berikut di dalam rencana anda: • Bilakah musim hujan akan melanda negara? • Di negeri manakah musim hujan akan berlaku? • Apakah masalah-masalah yang sering berlaku semasa musim hujan ini? Berikan 2 jawapan. • Tuliskan langkah-langkah persediaan menghadapi musim hujan. Berikan 3 jawapan.

64465_P145_152.indd 150

25/03/20 6:02 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
IGCSE Malay as a Foreign Language Student Book by Collins - Issuu