Skip to main content

IGCSE Malay as a First Language Student's Book

Page 1

Cambridge IGCSE™

Malay as a First Language STUDENT’S BOOK

Azfa Ilyana Bt Ishak Zuraimah Bt Mohamad Series Editor: Dahlia Janan

11056_Pi_iii.indd Malay AAFL IGCSE1 Students Book Title page.indd 1

30/05/19 7:23 pm PM 28/2/19 8:59


Unit 3: Alam Pekerjaan Tema: Pekerjaan apakah yang akan menjadi pilihan anda? Dalam Unit 3, anda akan meneroka tiga jenis alam pekerjaan iaitu pekerjaan, kolar putih, kolar biru dan kolar merah jambu. Kepelbagaian jenis pekerjaan ini akan dapat memberikan idea kepada anda untuk memilih kerjaya anda nanti. Kemahiran yang akan dipelajari •

R3 menganalisis, menilai dan membina fakta, idea dan pendapat dengan menggunakan sokongan yang sesuai

•

R4 menunjukkan kefahaman mengenai cara penulis mencapai kesan dan mempengaruhi pembaca

•

W2 mengatur dan menyusun idea dan pendapat untuk kesan yang disengajakan

•

W3 menggunakan pelbagai perbendaharaan kata dan struktur ayat yang sesuai dengan konteks

•

W4 menggunakan laras bahasa sesuai dengan konteks

11056_P066_100.indd 66

5/27/19 8:01 PM


1 . Membaca

Mencari Pekerjaan Teks 1a: Iklan Pekerjaan

Hasil Pembelajaran

Teliti iklan pekerjaan yang berikut. Kemudian, ikuti aktiviti selanjutnya.

Bahagian ini memberikan tumpuan kepada: •

PENGAMBILAN KADET 2018 AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

PERMOHONAN KINI DIBUKA

Membaca teks untuk memahami bentuk dan tujuan teks yang berbeza.

MENUJU KE ARAH KERJAYA MARITIM YANG CEMERLANG Akademi Laut Malaysia (ALAM) sedang mencari calon-calon yang memiliki sikap dan pemikiran yang positif bagi menceburi kerjaya sebagal seorang pelaut profesional. Kami sedang merekrut para pegawai kadet yang bakal dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi Kapten Kapal atau Ketua Jurutera yang berkhidmat dengan organisasi-organisasi maritim bertaraf global. Sekiranya anda mampu menerima cabaran ini dan berminat dengan kerjaya di laut yang menjanjikan pulangan yang lumayan, maka ALAM adalah tempat untuk anda.

Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika) [KPT/JPS(A11142) 12/19] Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin [KPT/JPS (A11143) 12/19]

SYSARAT KEMASUKAN: Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika) •

SPM dengan minima “C” atau kredit yang baik dalam 5 subjek: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan satu sunjek lain (samada Matermatik Tambahan/Kimia/Biologi)

Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin) •

•

•

Permegang Ijazah, Diploma dan sijil Asasi/ Matrikulasio digalakkan untuk memohon

•

Lelaki atau perempuan yang belum bekahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun pada 1 Ogos 2018

•

Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal

• •

•

Ketinggian minima 150cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5 - 24.9)

•

•

Tidak rabun warna

•

Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual

•

• •

SPM dengan minima “C” atau kredit yang baik dalam 5 subjek: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matermatik Tambahan danb Fizik Pemegang Ijazah, Diploma dan sijil Asasi/ Matrikulasi digalakkan untuk memohon Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun pada 1 Ogos 2018 Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal Ketinggian minima 158cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5 - 24.9) Ketinggian minima 155cm dan berat 42kg untuk pemohon perempuan (BMI: 18.5 - 24.9)

Mendengar dan Bertutur 1. Berbual dalam kumpulan anda tentang cita-cita anda. Berikan sebabsebab cita-cita itu menjadi pilihan. 2. Pilih dua pekerjaan yang berbeza dan buat banding beza tentang kelebihan dan kekurangan pekerjaan.

Tidak rabun warna Penggunaan cermin mata /kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 (kuasa)

TEMUDUGA TERBUKA Tarikh:2 - 6 Mei 2018 • Masa:8:30 pagi (Sila tepati masa) Tempat: ANCASA HOTEL, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50500 Kuala Lumpur SILA BACA ARAHAN DENGAN TELITI:

Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan lanjut.

1. Calon hendaklah membawao dokumen lengkap sepeti dawah semas sesi temuga: Salinan asal & fotostat: i. Kad pengenalan ii. Slip keputusan SPM iii. Sijil berhenti sekolah iv. Sijil kelahiran v. Sijil aktiviti ko-kurikulum vi. Surat akuan pemeriksaan mata daripada koktor bertauliah 2. Calon yang gagal mengemukakan dokumen lengkap tidak akan diterma untuk sesi temuduga. 3. Pemeriksaan indeks Jisim Tubuh (BMI) dan rabu warna akan dijalankan semasa pendaftaran. Hanya calon yang lulus pemeriksaan ini akan dibenarkan untuk meneruskan temuduga. 4. Pengetahuan dalam perkapalan dan industri maritim adala merupakan satu kelebihan.

Talian Unit Kemasukan +606 3882 307 Talian Bantuan (Kemasukan) +606 3882 316/319/372 +6016 600 1791 (whatsapp sahaja)

PELUANG MENDAPAT PENAJAAN PENUH PINJAMAN PENUH PTPTN BAGI YURAN TUISYEN UNTUK CALON TANPA TAJAAN *Tertakiuk pada Terma dan Syarat AKADMI LAUT MALAYSIA (ALAM) JPM/SW/151 Batu 30, Kampung Trajung Dhan, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

www.alam.edu.my www.facebook.com/akademilautmalaysia

3.1 Alam Pekerjaan – Mencari Pekerjaan

11056_P066_100.indd 67

67

5/27/19 8:01 PM


Unit 3 . Alam Pekerjaan

Teks 1b: No 8, Jalan Ampas Baca drama yang berikut. Kemudian, ikuti aktiviti selanjutnya.

Hasil Pembelajaran Bahagian ini memberikan tumpuan kepada: •

Membaca teks untuk memahami bentuk dan tujuan teks yang berbeza.

Hussain:

Izinkan saya memberikan sedikit pandangan saya. Saya rasa pertubuhan ini nanti biarlah sebuah kesatuan yang lebih professional sifatnya. Yang pertama sekali, dapat membaiki taraf hidup artis. Saya sendiri selama ini berfikir, betapa hebatnya hidup bintang-bintang filem yang nampak mewah dan kaya-raya. Sehinggalah saya kenal orang-orang filem dan bercampur gaul dengan saudara semua, barulah saya tahu betapa kehidupan sebagai bintang filem itu hanyalah kemilau yang kadang-kadang penuh sengsara. Gaji pekerja-pekerja filem rupanya ada yang lebih kecil daripada gaji seorang budak pejabat. Oleh sebab itu, persatuan ini kelak harus mampu bertindak atas segala perkara berkaitan dengan layanan majikan seperti gaji, tempat kediaman, kesihatan, keadaan bekerja, masa bekerja dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan itu.

Romzi:

Kita juga harus menggalakkan ahli-ahli kita berusaha meningkatkan taraf pekerjaan mereka supaya dapat meninggikan lagi kedudukan mereka dalam bidang seni dan ekonomi.

Ahmad:

Juga dapat menyatupadukan semua artis dalam hubungan sesama sendiri dan majikan jika terdapat sebarang perselisihan sama ada dalam pekerjaan dan sosial.

Ghani:

Saya setuju.

Jiwa:

Setuju!

Razak:

Setuju!

Man Tango:

Uju! (Berkata dengan susah payah kerana mulutnya bengkak. Semua memandang padanya kerana tidak faham apa yang dikatakannya).

Man Tango:

Uju… (Mengulangi katanya sambal menahan sakit)

Julfikar:

Dia kata setujulah tu…

(Semua tergelak) Pilus:

Dengan itu, saya ingin mencalonkan Saudara Romzi sebagai presiden dan Saudara Ghani sebagai setiausaha Persatuan Artis Malaya atau singkatannya PERSAMA…

Semua:

Setuju !

Man Tango:

Uju !

68

Unit 3: Alam Pekerjaan

11056_P066_100.indd 68

5/27/19 8:01 PM


3.1 BABAK 6 Tempat Warung Ah Lam Masa Petang (Romzi, Pilus, Razak dan Jiwa berada di warung kopi Ah Lam seperti biasa apabila tidak ada penggambaran.) Pilus:

Kau orang sudah dengar tentang ancaman dan ugutan daripada pihak pengurusan tentang PERSAMA?

Romzi:

Ada aku dengar daripada beberapa orang ahli kita.

Razak:

Kita nak diamkan saja?

Pilus:

Mereka mengugut cara halus…bukan terang-terangan.

Jiwa:

Biar mereka gentar sikit. Takkan selama-lamanya kita mahu dipijak-pijak! Mereka tak pernah fikir bahawa kitalah yang memberi mereka kekayaan selama ini. Mereka tak pernah ambil kira nasib dan kesulitan kita. Macam mana dengan pertunjukan pentas yang mahu kita anjurkan untuk tabung PERSAMA?

Romzi:

Kita akan teruskan.

Pilus:

…errr … tentang pertunjukan oleh ahli-ahli PERSAMA tu … sebenarnya ada masalah sikit.

(Wajah Pilus risau) Romzi:

Masalah apa? Kita sudah bincang semuanya, bukan?

(Pilus memandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah mahu memberitahu suatu rahsia. Dia lihat Ah Lam sibuk dengan kerjanya). Pilus:

Aku dengar pihak pengurusan akan mengeluarkan arahan melarang semua pelakon yang masih dalam kontrak mengambil bahagian untuk pertunjukan itu. Sesiapa yang melanggar larangan, akan ditangkap.

(Mereka diam sejurus mendengar kata-kata PILUS itu) Romzi:

Biar mereka seret aku ke mahkamah. Aku tetap akan berjuang untuk persatuan aku.

Jiwa:

Betul. Aku pun akan menyanyi untuk pertunjukan PERSAMA. Aku tidak takut.

Razak:

Aku pun.

Pilus:

Kalau begitu, kita teruskan. (Berkata sambal tersenyum bangga).

Razak & Jiwa:

Teruskan ! (Penuh bersemangat)

3.1 Alam Pekerjaan – Mencari Pekerjaan

11056_P066_100.indd 69

69

5/27/19 8:01 PM


Unit 3 . Alam Pekerjaan BABAK 7 Tempat Happy World Amusement Park Masa Malam (Pentas gelap. Kedengaran laungan suara sebagai permulaan lagu “Gazambo” petikan daripada filem “Panggilan Pulau”. Cuma sekarang, pelakonnya ROMZI dan SALBIAH, NILAM dan JIWA. Muzik daripada lagu itu kedengaran. Lampu diterangkan. Pentas berlatarkan lukisan laut dan pohonpohon kelapa di sebuah pulau. NILAM dan RUKMINI keluar ke pentas diiringi sekumpulan penari. Mereka semua berpakaian seperti gadis pulau. Pertunjukan pentas untuk kutipan derma tabung kewangan PERSAMA sedang berlangsung. Kebanyakan ahli-ahli PERSAMA mengambil bahagian tanpa mengendahkan larangan daripada pihak majikan mereka. Di belakang pentas itu, terbentang sepanduk “MALAM PERTUNJUKAN PERSAMA”.) BABAK 8 Tempat Rumah Nafisah Masa Malam (ROMZI, PILUS, RAZAK, JIWA, RUKMINI, SALBIAH, NAFISAH, RADEN, dan JULFIKAR BERKUMPUL di rumah NAFISAH, sebuah ruang tamu dengan set yang sederhana, NAFISAH Nampak muram). Romzi:

Melampau! (Marah sambal melempar sepucuk surat ke atas meja.)

Pilus:

Masa kita buat Malam Pertunjukan PERSAMA, pihak pengurusan tidak seret kita ke mahkamah, tapi dia buat cara ini pula untuk menentang kita.

Razak:

Nafisah, Pilus, dan Jiwa diberhentikan mungkin kerana pihak pengurusan sudah dengar-dengar kita mahu buat tuntutan kenaikan gaji. Sebagai menguji kekuatan kesatuan kita, mereka berhentikan tiga orang ahli kita. Lagipun Nafisah bendahari kita, orang kuat PERSAMA. Nampaknya dia orang sengaja hendak memecahbelahkan persatuan kita …

Jiwa:

Kita kena ambil peguam untuk lawan balik. Kita mesti tentang pemberhentian ahli-ahli kita tanpa sebab yang kukuh. Aku cadangkan kita ambil ‘Lawyer’ dari Persatuan Buruh (Berkata dengan emosional).

Nafisah:

Mampu ke kita hendak ambil peguam?... Kesatuan kita ni bukannya kesatuan besar… duit tabung kita pun tidak banyak, tidak cukup untuk biaya duit peguam itu nanti.

Nafisah bersuara setelah sejak tadi berdiam diri. Dia seorang pelakon veteran dalam usia awal 50-an. (Wajahnya bimbang.) Romzi:

70

Peguam dari Persatuan Buruh selalunya tidak kenakan bayaran yuran yang mahal… mereka hanya mahu menolong golongan pekerja yang tertindas (memberi penjelasan kepada Nafisah) … aku fikir aku setuju kalau kita dapatkan peguam… kita lawan!

Unit 3: Alam Pekerjaan

11056_P066_100.indd 70

30/05/19 6:01 PM


3.1 Julfikar:

Kalau pihak pengurusan tidak mahu tarik balik keputusan mereka, kita mogok!

Raden:

Betul!...kita mogok! Kita bina onar ini negeri! (Berkata dengan bersemangat namun wajahnya tetap lucu).

Razak:

Kalau posmen dan bas di Singapura boleh mogok… kenapa kita tak boleh mogok? …Kita mogok!

Romzi:

Kita jangan ikut perasaan. Kita kena fikir masak-masak. Kalau hendak mogok memang senang, tapi nanti ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Kalau kita mogok mungkin ambil berhari-hari, berbulan-bulan…kita kena fikir juga nasib anak bini kita … paling tidak aku main muzik, mengarang lagu dan menyanyi, tapi ahli-ahli kita yang hanya boleh berlakon, macam mana? (Dipetik daripada Drama No. 8, Jalan Ampas Mahzan Hussain Dewan Sastera, Disember 2008, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Meneroka 1

Bentuk teks ialah cara teks itu dipersembahkan. Contohnya, terdapat teks dalam bentuk ulasan dalam majalah, laman web bermaklumat, berita, surat, laporan atau catatan harian. Setiap bentuk mengandungi maklumat yang berbeza-beza. Sebagai contoh, teks berbentuk ulasan mengandungi maklumat dan penilaian. Analisis bentuk teks yang berikut dan nyatakan cara isi kandungannya mempengaruhi pembacanya: • autobiografi • artikel dalam majalah bebas • tinjauan akhbar tentang permainan yang sedang berlangsung.

2

Tujuan teks pula ialah perkara yang ingin disampaikan oleh penulisnya seperti untuk memberikan makluman, memujuk, memberikan nasihat dan menghiburkan. Terangkan tujuan setiap teks di bawah ini: • berita • risalah percutian • risalah pencegahan kemalangan.

3.1 Alam Pekerjaan – Mencari Pekerjaan

11056_P066_100.indd 71

71

30/05/19 6:07 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook