
24 minute read
Surat Aku Janji
SURAT AKU JANJI
Saya __________________________________No. Kad Pengenalan _________________ Beralamat di _______________________________________________________________ sesungguhnya berjanji bahawa saya mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:
Advertisement
i. ii.
iii. iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix. Akan sentiasa taat kepada Yang Dipertua Agong, Negara dan Kerajaan Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam. Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam. Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam. Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Buku Pengurusan Sekolah 2021
KOD TATAKELAKUAN PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kod Tatakelakuan Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan tingkah laku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini untuk memastikan kelakuan mereka semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan semasa, dengan ini , imej dan reputasi mereka sebagai warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang berintegriti tinggi dan berwibawa sentiasa terpelihara. Kod Tatakelakuan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
mengadakan hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan manamana pembekal atau kontraktor yang berurusan dengan jabatan bagi mendapat faedah seperti komisen , diskaun,hiburan/keraian dan sebagainya untuk kepentingan peribadi atau yang boleh menimbulkan rasa curiga orang ramai.
membiarkan diri atau anggota keluarganya berkelakuan dengan cara yang mingkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kepentingan tugas rasmi jabatan.
terlibat dalam membuat sebarang keputusan atau berurusniaga dengan syarikat yang mana ahli keluarganya memilik kepentingan ( sama ada sebagai pengarah,rakan perkongsian,pemegang saham atau penama) di dalam syarikat-syarikat tertentu yang berurusniaga dengan jabatan.
menjalankan apa-apa urusniaga peribadi dalam waktu pejabat kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan jabatan.
menyalahgunakan kedudukan dan pangkat sebagai pegawai/staf Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan layanan istimewa atau keuntungan kewangan daripada mana-mana kementerian, jabatan, firma syarikat dan orang perseorangan.
PEKERJAAN LUAR
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa membuat pekerjaan luar yang memeberi imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu pejabat, walaupun pekerjaan itu tidak bersangkut-paut dengan jabatan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran bertulis kepada seseorang warga
Buku Pengurusan Sekolah 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat pekerjaan luar dengan syarat mereka mematuhi perkara berikut.
pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat
pekerjaan tersebut tidak menghalang pegawai berkenaan menjalankan /melaksanakan tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah oleh majikannya dan
KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT
menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Arahan Keselamatan Kerajaan
tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat.
tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara jua kepada manmana orang yang tidak berhak memperolehinya sama ada semasa atau selepas beliau berkhidmat dengan kementerian ini
tidak membuat salinan atau menggunakan mana-mana dokumen terperingkat dengan apa cara jua pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan bersara dikehendaki menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada padanya kepada Ketua Jabatan selaras dengan kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian.
MEMBUAT PENYATAAN AWAM DAN PERHUBUNGAN DENGAN MEDIA MASA
membuat atau menghebahkan apa-apa penyataan awam secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara terperingkat jabatan melainkan setelah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan
Buku Pengurusan Sekolah 2021 menerbitkan apa-apa maklumat atau bahan terperingkat di dalam mana-mana media cetak atau elektronik seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, radio, televisyen dan sebagainya melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
membuat pernyataan awam atau membincangkan perkara terperingkat dengan apa cara jua pun sehingga boleh menjejaskan imej/reputasi Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dan perkhidmatan awam amnya.
PENERIMA HADIAH ATAU KERAIAN
tidak boleh menerima atau memberi dan tidak boleh membenarkan suami/isteri , ahliahli keluarga atau mana-mana orang menerima atau memberi bagi pihaknya secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bentuk hadiah/keraian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya
menerima hadiah/keraian sekiranya penerimaan hadiah/keraian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan tugas rasminya dengan syarat nilai hadiah/keraian itu tidak melebihi ¼ daripada emolumen bulanannya atau RM 500.00 yang mana lebih rendah
seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang berasa ragu tentang nilai hadiah yang diterima, bolehlah menerima hadiah itu dahulu, tetapi beliau hendaklah mengemukakannya kepada ketua jabatan untuk kelulusan.
KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG DAN MEMINJAM WANG
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa meminjam wang atau barang berharga daripada pegawai/staf di bawah penyeliaannya sehingga boleh meletakkan dirinya dibawah sesuatu obligasi kepada orang atau pihak yang mempunyai kaitan rasmi atau urusan rasmi dengan pegawai /staf itu.
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh menjadi penjamin kepada mana-mana orang sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu beban atau kesusahan kewangan yang berat.
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap berada dalam keadaan kesusahan berat kiranya hutang yang serius jika; o agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar melebihi sepuluh kali emolumen bulananya;atau o beliau adalah seorang penghutang penghakiman.
MENYARA HIDUP MELEBIHI PENDAPATAN RASMI
Seseorang warga kementerian Pendidikan Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh memperlihatkan gaya hidup yang melebihi punca pendapatan rasminya.
Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana-mana warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) di luar kemampuannya dari segi pendapatan/emolumen rasmi, tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut.
PERISYTIHARAN HARTA
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengisytiharkan hartanya secara bertulis dengan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan (jika perlu) mengenai segala aset yang dipunyai olehnya atau isteri/suami atau anaknya atau mana-mana orang bagi pihaknya atau isteri/suami atau anaknya kepada ketua jabatan apabila dilantik sebagai pegawai/staf Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dikehendaki mengisytiharkan apa-apa perolehan harta benda atau pelupusan harta benda sedia ada sama ada yang dimilik oleh dirinya sendiri, isteri/suami atau anaknya secepat mungkin selepas perolehan atau pelupusan harta benda itu.
KEGIATAN JENAYAH
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dilarang daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang/peraturan-peraturan Negara yang diguna pakai atau terlibat secara langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah seperti berikut; o terlibat dalam perlumbaan haram o bergiat dalam pelaburan haram o menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat perpaduan diantara kaum o terlibat dalam manipulasi,pemalsuan,penipuan atau pengubahan rekod-rekod atau dokumen o terlibat dalam kegiatan pelacuran; dan o menyertai mogok haram dan sebagainya
KEGIATAN POLITIK
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggar larangan yang terkandung di dalam Peraturan Peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Larangan dalam kegiatan politik yang dimaksudkan termasuklah seperti berikut; o menghasut seseorang supaya benci kerajaan yang memerintah o mengadakan ceramah,perbincangan dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti kerajaan o memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti kerajaan dengan pelbagai cara, baik secara langsung maupun tidak langsung sama ada berbentuk lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional boleh bertanding atau dilantik memegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan politik, semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha . Sungguhpun begitu Warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari Kumpulan Sokongan boleh bergiat aktif dalam pertubuhan politik setelah mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha.
KEGIATAN KEAGAMAAN
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah menganut, mengikut dari mengamalkan ajaran sesat menyertai atau menyokong kegiatan-kegiatan yang membahayakan ketenteraman awam.
DADAH DAN MINUMAN KERAS
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah: o terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengedaran dadah. o menggunakan atau mengambil dadah ( kecuali bagi maksud perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971) dan
Pihak Jabatan berhak memeriksa pada bila-bila masa mana-mana warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang disyaki;
o o
Buku Pengurusan Sekolah 2021
terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan memiliki,menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja
MENYALAHGUNAKAN ASET DAN PERSONEL
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bila-bila masa: o membuat ugutan fizikal atau lisan o menggunakan bahasa kesat seperti bodoh,bangang, tolol dan seumpamanya yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah seseorang o menggunakan bahasa dan isyarat lucah
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia bila-bila masa tidak boleh menunjuk dan megamalkan sikap diskriminasi dengan memberi layanan yang berbeza kepada seseorang kerana pangkat dan kedudukannya dalam jabatan atau masyarakat, perkauman, seks, keturunan, perbezaan fahaman politik dan sebagainya.
PAKAIAN
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mematuhi Garis Panduan Pakaian semasa bekerja sebagaimana yang ditetapkan di bawah manamana Pekeliling Perkhidmatan atau Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: o sentiasa berpakaian kemas ,bersih dan bersopan semasa menjalankan tugas rasmi kecuali untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu; dan o tidak boleh berpakaian yang menjolok mata dan yang boleh mendatangkan anggapan negatif seperti penampilan pegawai menghadiri pesta atau perkelahan.
KETIDAKHADIRAN BERTUGAS
Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah hadir bertugas pada setiap hari bekerja melainkan: o setelah mendapat kelulusan cuti rehat / tidak berekod daripada Ketua Jabatan atau kelulusan Sijil Cuti Sakit daripada Pegawai Perubatan ; atau o setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan kerana kematian ahli keluarga, kemalangan sehingga mengalami kecederaan, bencana alam dan sebagainya.
Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh: Mac 2003
SKPMg2: Standard 1: Kepimpinan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN PAYA BESAR 09600 LUNAS, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-4847434 FAX : 04-4842404
Tuan / Puan,
Ruj.Kami: SMKJPB / 600/002/1 Tarikh : 01 JANUARI 2021
PEKELILING PENTADBIRAN 1/2021
Berikut diperturunkan beberapa perkara penting sebagai panduan sepanjang tuan/puan melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Diharapkan mendapat perhatian dan tindakan semua pihak dengan komited dan penuh tanggungjawab.
1. PERINTAH AM
1.1 Selaku kakitangan kerajaan guru-guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan dan arahanarahan dari semasa kesemasa. Oleh itu, guru-guru digesa membaca, memahami dan mematuhinya. Arahan ini adalah sebagai ketetapan sekolah walaupun ianya adalah tertakluk kepada arahan pihak PPD, JPN dan KPM atau mana-mana pihak lebih berkuasa.
2. KEDATANGAN
2.1 Waktu persekolahan tahun 2021 adalah seperti berikut:
2.1.1 Semua guru hendaklah berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga tamat waktu persekolahan
2.1.2 Guru-guru dikehendaki daftar masuk waktu datang dan daftar keluar waktu pulang di pejabat.
2.1.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir, atau terpaksa datang lewat kerana sebab-sebab tertentu, mesti memberitahu Pengetua/penolong Penolong Kanan/GKM (mengikut keutamaan) sama ada melalui media whatsap/ telegram/ telefon atau surat.
3. KEBENARAN KELUAR
3.1
3.2 Mana-mana guru/staf yang terpaksa meninggalkan sekolah , hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua/ PenolongPenolong Kanan/GKM.
Guru dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar Kawasan (Urusan Rasmi atau Tidak Rasmi) sebelum meninggalkan kawasan dan ditandatangani oleh pegawai yang memberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah.
3.3
4.1
4.2
4.3
4.4 Guru yang hendak keluar negara/melancong (menggunakan paspot antarabangsa) hendaklah mengisi borang permohonan perjalanan pegawai awam ke luar Negara.
4. CUTI
Semua guru/staf diminta meneliti/membaca kandungan Perintah Am Bab C dan juga beberapa siaran/arahan Pengetua, PPD/JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia/ Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai cuti. Cuti Tanpa Rekod, Cuti Sambilan, CutiTanpa Gaji / Separuh Gaji dan lain-lain adalah tertakluk kepada kelulusan Pengarah Muridan Kedah. Semua permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cuti yang boleh diperolehi dari pejabat dan sediakan 1 minggu sebelum tarikh cuti yang diminta. Kenyataan mengenai cuti sakit (Sijil MC) hendaklah diserahkan kepada Pengetua.
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM KP (PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 20.12.2003 menyatakan guru berkelayakan mendapat cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil untuk bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas seharian selain daripada tugas mengajar.
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Kedah. Sila isi borang permohonan sekurang-kurangnya 6 minggu dari tarikh bercuti.
Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:
4.4.1 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau
Buku Pengurusan Sekolah 2021 jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar: dan
4.4.3 Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh
Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua
Setiausaha.
5. TIDAK HADIR
5.1
5.2 Mana-mana guru/staf yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah memberitahu Pengetua/ Penolong-penolong Kanan/GKM melalui telefon untuk dibuat jadual waktu ganti.
Guru-guru yang mengambil cuti/mesyuarat/kursus/tugas luar dikehendaki menyediakan bahan MMI/ PdPc.
6. PAKAIAN GURU
6.1 Semua guru hendaklah memenuhi kehendak Pekeliling Ikhtisas Bil.6/85 bertarikh 9.5.1975 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlulah kemas dan sesuai serta tidak mencolok mata. Tag nama adalah wajib. Guru lelaki diwajibkan memakai tali leher. Potongan rambut guru lelaki hendaklah sesuai.
6.2
6.3
6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menyelaraskan mata pelajaran tersebut.
Semua guru tidak dibenarkan sama sekali memakai baju T (T-shirt) semasa aktiviti P&P kecuali ketika mata pelajaran PJPK atau kerja-kerja kasar.
Semua guru diwajibkan hadir ketika acara rasmi termasuk masa perhimpunan mingguan.
7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
7.1 Semua guru/staf sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru/staf dan sentiasa dapat mengawal pertuturan. Diharap akan wujud rasa kekitaan dan semangat tolong- menolong dalam kalangan kita semua warga SMK Jalan Paya Besar.
7.2
Buku Pengurusan Sekolah 2021 Guru/staf tidak seharusnya mempengaruhi atau memaksa pandangan,fahaman atau pendapat dan kepercayaannya ke atas guru/staf lain dan murid sekolah.
7.3 Perhubungan yang berlandaskan kepada kumpulan,kaum,klik,status sosial,sosio ekonomi, kelulusan akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan/dikehendaki sama sekali wujud di SMK Jalan Paya Besar.
8. BILIK GURU
8.1 Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini.
8.2
8.3
8.4 Keselamatan dan kebersihan /keceriaan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaganya. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
Semua guru/staf hendaklah berada dalam kawasan sekolah atau bilik guru/ bilik-bilik khas semasa waktu tidak mengajar dibilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu semua guru hendaklah menggunakan waktu ini untuk faedah PdPc yang berkesan.
Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru / bilik-bilik khas kerana ini dikhuatiri murid mengetahui perbualan guru-guru lain yang tidak sepatutnya didengari oleh mereka dan juga menimbulkan fitnah.
8.5 Semua guru yang berada dalam bilik guru hendaklah bersama-sama menjaga dan bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tenang supaya tidak mengganggu mana-mana pihak.
9. PRO AKTIF
9.1 Semua guru/staf adalah digesa lebih proaktif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik, cepat dan berkesan lagi.
9.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki menyediakan kertas cadangan, berbincang dan memohon kelulusan Pengetua terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti yang melibatkan hal-hal kewangan. Perbincangan dengan GKM berkaitan dan PK berkenaan adalah diperlukan sebelum membawa perbincangan kepada Pengetua.
10. MASALAH PERJAWATAN / PERKHIDMATAN
10.1
10.2 Semua guru/staf, jika menghadapi masalah perjawatan seperti perlantikan, pengesahan dalam jawatan, pengesahan dalam berpencen dan lain-lain hendaklah memberitahu Pembantu Tadbir supaya tindakan dapat diambil segera.
Semua guru/staf yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran/kerja hendaklah memberitahu/memaklumkan kepada Ketua Panitia / Guru Kanan/Penolong-Penolong Kanan/GKM.
11. SENARAI TUGAS GURU
11.1 Semua guru/staf akan diberikan tugas Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan Pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan penuh dedikasi, cekap, cepat, bertanggungjawab serta sentiasa menunjukkan semangat dan minat yang sihat terhadap tugas-tugas tersebut kerana ini adalah punca pendapatan. (sila rujuk JD masing-masing)
12. GURU TINGKATAN
12.1 Guru-guru yang dilantik sebagai guru tingkatan hendaklah melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap, penuh dedikasi, telus dan bertanggungjawab.
12.2 Segala pungutan derma PIBG, kebajikan murid, keceriaan kelas, kehadiran murid, buku jadual kedatangan kelas adalah menjadi tanggungjawab guru tingkatan.
13. GURU BERTUGAS HARIAN
13.1
13.2 Semua guru dikehendaki menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut hari. Dalam tiap-tiap hari persekolahan, guru akan bertugas dari jam 7.00 pagi hingga tamat waktu persekolahan.
Semua kegiatan hendaklah dicatatkan dalam buku laporan bertugas harian. Pada akhir sesi sebelum pulang, buku laporan bertugas hendaklah diserahkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM untuk diambil tindakan selanjutnya.
14. BUKU REKOD MENGAJAR
14.1
14.2
14.3
14.4
14.5 Semua guru akan dibekalkan dengan sebuah buku/ fail rekod mengajar. Guruguru mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan buku tersebut. Pekelilng Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil. 256 yang tercatat pada muka awal buku tersebut hendaklah diteliti dan dipatuhi sepenuhnya.
Semua kehendak buku/ fail itu hendaklah dipatuhi dan dilengkapi dan disempurnakan dengan lengkap, teliti dan kemaskini mengikut masa dan hari.
Semua guru hendaklah menyerahkan buku/fail rekod mengajar pada hari Khamis setiap minggu di pejabat untuk diperiksa oleh Pengetua/penolongPenolong Kanan/GKM.
Sekiranya guru bertukar pada pertengahan tahun atau cuti bersalin/lain-lain cuti, buku rekod itu hendaklah diserahkan kepada Penolong kanan.
Semua guru dikehendaki menyerahkan buku/fail rekod mengajar pada akhir tahun persekolahan kepada Penolong Kanan.
15. JADUAL WAKTU
15.1 Semua guru akan disediakan jadual waktu. Bagi guru tingkatan juga akan disediakan jadual waktu kelas serta jadual waktu peribadi.
15.2
15.3
15.4 Setiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu persendirian dan kelas yang telah dikemaskini (mana-mana yang berkaitan) dengan segera ke pejabat.
Guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di kelas masing-masing.
Guru-guru adalah tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua/ Penolong-Penolong Kanan terlebih dahulu.
16. KEDATANGAN MURID
16.1 Semua guru tingkatan 1 dan penyelia Tingkatan 1 bertanggungjawab mengisi, menyelaras dan melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan sempurna Buku Daftar Murid di pejabat.
16.2
16.3
16.4
16.5
16.6
Buku Pengurusan Sekolah 2021 Adalah menjadi tanggungjawab guru tingkatan untuk memahami,dan mematuhi segala peraturan dan kehendak yang terdapat dalam Buku Daftar Murid.
Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh guru tingkatan dan menanda sendiri APDM kedatangan kecuali sekiranya beliau tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu. Dalam keadaan begini, Penolong Kanan HEM boleh menggunakan khidmat guru lain yang mengajar di kelas berkenaan untuk mengambil kedatangan murid pada hari tersebut. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya membiarkan kedatangan harian diambil oleh ketua tingkatan berkenaan.
Pastikan maklumat kehadiran harian dilaporkan kepada PK HEM atau pejabat sebelum tamat masa kedua dan tidak lewat dari masa ke tiga. Tujuannya untuk membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan yang tidak hadir/bilangan yang hadir pada hari berkenaan sebelum waktu rehat, serta memberi maklumat terkini yang selalu diminta oleh PPD/JPN melalui telefon.
Keselamatan dan APDM kedatangan ini sangat dititikberatkan kerana berkaitan dengan urusan audit. Oleh itu, keselamatan semasa berada di tangan guru adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan.
Dari semasa ke semasa, APDM akan disemak oleh Pengetua/penolong Penolong Kanan/Penyelia Tingkatan/ atau mana-mana guru yang memerlukan. Oleh itu buku ini hendaklah sentiasa berada di tempat yang disediakan setiap masa.
17. DISIPLIN MURID
17.1
17.2
17.3 Semua guru adalah guru disiplin.
Semua guru diminta merujuk kepada Buku Panduan Disiplin Murid sebelum membuat keputusan untuk menghukum murid.
Hukuman berbentuk deraan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Menurut peraturan Kementerian Muridan, hukuman rotan hanya dikenakan oleh Pengetua dan Guru yang diberikan kuasa oleh Pengetua dan rotan pada punggung murid lelaki manakala murid perempuan langsung tidak dibenarkan dirotan/disentuh (dikhuatiri fitnah).
18. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
18.1 Semua guru Tingkatan dan guru SPBT hendaklah menguruskan SPBT selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Semua jenis borang dan lain-lain keperluan hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang ditetapkan.
18.2
18.3 Guru SPBT dengan kerjasama hendaklah memungut kembali buku yang telah diagihkan di hujung sesi persekolahan tahun berkenaan (tertakluk kepada arahan semasa).
Guru SPBT juga hendaklah mengemaskini buku stok SPBT.
19. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
19.1
19.2 Semua harta sekolah adalah hak kerajaan. Oleh itu semua guru/staf hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta sekolah hendaklah dengan segera dibawa ke pengetahuan Pengetua/penolong-Penolong Kanan/untuk tindakan selanjutnya.
Guru yang mempunyai bilik-bilik khas seperti makmal sains, Bengkel RBT, makmal komputer dan sebagainya hendaklah memastikan ada peraturanperaturan mengenai penggunaan bilik-bilik tersebut
20. KEBERSIHAN
20.1 Semua guru hendaklah menitikberatkan hal ini. Adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan bilik darjah dan sekolah ini. Jadual giliran bertugas murid di tingkatan berkenaan boleh banyak membantu menceriakan lagi kelas dan kawasan sekelilingnya.
20.2
20.3 Alat-alat kebersihan dalam kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan hendaklah disimpan di tempat asal dengan selamat.
Mana-mana guru yang mempunyai bilik-bilik khas seperti Makmal, Bengkel RBT, Makmal Komputer, PSS, Bilik Seni, Setor Sukan dan lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik-bilik tersebut.
21. SURAT MENYURAT
21.1
21.2 Sekolah adalah sebuah institusi rasmi. Oleh itu semua surat menyurat adalah atas nama Pengetua.
Semua surat rasmi yang berhubungan dengan KPM, JPN, dan PPD hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Sekiranya ketiadaan Pengetua, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong-Penolong Kanan.
21.3 Semua surat yang akan dikirimkan, mestilah mempunyai salinan yang akan disimpan dalam fail timbul dan fail yang berkenaan.
22. SURAT MASUK DAN TINDAKAN
22.1
22.2
22.3
22.4 Semua surat yang diterima dari luar akan diminitkan kepada guru-guru melalui mana- mana Penolong Kanan untuk diambil tindakan setelah didaftar. Tindakan hendaklah diambil dengan segera.
Jika surat itu ditujukan kepada guru/staf berkenaan, dengan menyatakan melalui salinan, surat itu boleh disimpan oleh guru/staf berkenaan setelah diambil tindakan.
Jika surat yang ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua minitkan kepada mana-mana guru/staf melalui mana-mana PK untuk diambil tindakan maka tindakannya ialah:
22.3.1 Ambil salinan surat itu / bersama fail yang ditetapkan
22.3.2 Ambil tindakan sewajarnya
22.3.3 Sertakan surat lampiran ke pihak berkenaan yang kepala surat mestilah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar, ada nombor fail rujukan dan ditandatangan oleh Pengetua, atau ditandatangani oleh mana-mana PK (jika Pengetua tiada).
22.3.4 Pulangkan semula surat bersama fail serta lekatkan surat lampiran dalam fail tersebut serta masukkan satu salinan surat lampiran dalam fail timbul
Segala surat rasmi ke KPM, JPN dam PPD hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Kecuali sekiranya Pengetua tidak hadir,bercuti,mesyuarat,kursus maka ia akan ditandatangani oleh Penolong-Penolong Kanan.
23. PERGI KE KPM / JPN / PPD
23.1 Dari masa ke semasa, mungkin ada guru-guru yang akan/ terpaksa ke JPN/ PPD/ Kementerian untuk sesuatu urusan/tugas sama ada peribadi atau rasmi. Untuk tujuan ini, semua guru dan staf diingatkan supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di samping berpakaian kemas (baju lengan panjang, tag nama) dan bertali leher.
23.2 Minit Curai mesti diserahkan sebaik sahaja pulang bertugas di sekolah.
24. KEHADIRAN PELAWAT / JURUJUAL
24.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua atau mana-mana PK terlebih dahulu. Guru/staf tidak dibenarkan berbincang dengan jurujual/pelawat kecuali dengan kebenaran Pengetua/ Penolong-Penolong Kanan.
24.2 Semua urusan perniagaan oleh jurujual tidak dibenarkan
25. PEMBELIAN BARANG
25.1 Guru-guru/staf yang ingin membuat pesanan dan belian barang, hendaklah mendapatkan kebenaran Pengetua/mana-mana PK/GKM.
25.2
25.3
25.4 Pesanan/belian barang hendaklah mengikut peraturan dengan melengkapkan borang-borang pra-pesanan yang boleh didapati di pejabat. Kemudian dapatkan tandatangan Pengetua sebelum dimajukan kepada pembekal berkenaan.
Jika barang-barang yang dikehendaki itu segera, maka dapatkan pengesahan daripada Pengetua /Penolong-Penolong Kanan sama ada guru-guru yang membeli barang tersebut secara tunai (PWR) atau boleh dibilkan dengan bil sekolah.
Barangan yang berharga kurang daripada RM 100.00 bolehlah dibeli secara tunai dan dapatkan resit pembayaran untuk dituntut dari Pembantu Tadbir.
26. KEGIATAN KOKURIKULUM
26.1
26.2 Semua guru terlibat dengan kegiatan ini sama ada sebagai penasihat atau guru penjaga.
Satu senarai tugas akan diedarkan. Tugas ini hendaklah disempurnakan dengan cekap.
27. MENGAJAR LUAR WAKTU SEKOLAH
27.1 Kebenaran daripada Pengarah Pendidikan adalah perlu diperolehi dahulu sebelum seseorang guru itu boleh mengajar di luar waktu sekolah kecuali kelas tambahan bagi murid SMK Jalan Paya Besar. 28. PERHIMPUNAN PAGI
28.1 Perhimpunan mingguan diadakan pada hari Isnin. Semua guru mesti hadir pada perhimpunan
28.2
28.3 Semua guru lelaki diminta berpakaian kemas dengan bertali leher/long suit/bush jacket.
Sekiranya perhimpunan pagi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, maka waktu perhimpunan diganti dengan program mentor-mentee atau lain-lain program yang bersesuaian.
29. MESYUARAT GURU
29.1 Dari semasa ke semasa mesyuarat dan atau taklimat ini akan diadakan. Setiausaha dan Penolong.
Setiausaha Jawatankuasa Catatan Peristiwa Sekolah dan Minit Mesyuarat Guru akan mencatat minit mesyuarat. Minit mesyuarat akan diedarkan kepada semua guru sekurang-kurangnya seminggu selepas mesyuarat.
29.2 Kedatangan adalah wajib bagi semua guru/staf.
30. MESYUARAT JAWATANKUASA
30.1 Guru-guru akan dilantik menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang terdapat di sekolah ini. Mereka dikehendaki hadir dalam sebarang mesyuarat yang diadakan serta mengambil bahagian dengan aktif.
30.2
Buku Pengurusan Sekolah 2021 Guru yang dilantik menjadi setiausaha mana-mana jawatankuasa, hendaklah mengeluarkan surat arahan mesyuarat dan kemudian menyediakan laporan minit mesyuarat. Satu salinan hendaklah diberikan kepada Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan.
31. LATIHAN KEBAKARAN
31.1 Arahan mengenai latihan kebakaran hendaklah dipatuhi dengan teliti. Latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa sahaja pada waktu persekolahan.
31.2 Semua guru hendaklah sentiasa bersedia dan mematuhi semua arahan yang terkandung dalam arahan tersebut. Semua guru tingkatan dikehendaki menerangkan dengan jelas arahan ini kepada murid masing-masing.
32. KEAHLIAN KELAB GURU , KOPERASI SMK JALAN PAYA BESAR BERHAD DAN AHLI
PIBG
32.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kepada kelab guru, koperasi dan juga ahli PIBG sekolah.
33. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
33.1
33.2
33.3 Guru-guru adalah digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid. Walau bagaimanapun, ia haruslah dibincangkan terlebih dahulu dengan Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan dan persetujuan daripadanya hendaklah diperolehi. Setelah itu segala prosedur mengenainya dipatuhi dan tandatangani oleh Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan. Sila rujuk SOP Panduan Lawatan Murid.
Guru-guru juga diperingatkan juga supaya mendapatkan persetujuan ibu bapa terlebih dahulu sebelum bertolak ke tempat lawatan yang ditetapkan.
Urusan bas adalah di bawah tanggungjawab guru berkenaan.
33.4
33.5
33.6 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan mengawal murid dengan baik dari segala aspek.
Guru penasihat badan beruniform yang ingin membawa muridnya berkhemah juga diminta memaklumkan kepada Pengetua/penolong-Penolong Kanan.
Selepas lawatan/berkhemah, guru penasihat berkenaan dikehendaki menyampaikan laporan kepada Pengetua / Penolong-Penolong Kanan yang berupa dokumentasi aktiviti tersebut. 23
34. MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH
34.1 Guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk sesuatu permainan/sukan di luar kawasan sekolah / dinasihatkan menguruskan dengan sebaik mungkin seperti kenderaan, pakaian ketika permainan , penyokong dan surat kebenaran waris.
34.2 Sekiranya terdapat penyokong (murid lain dari pemain) yang menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama juga hendaklah diikuti.
34.3 Guru tersebut hendaklah mengawasi murid supaya nama baik sekolah / PPD/JPN terpelihara.
35. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN / VISI & MISI SEKOLAH DAN OBJEKTIF
35.1 Semua guru dikehendaki memahami dan menghayati falsafah, objektif dan matlamat tersebut. Guru-guru hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi membolehkan objektif dan matlamat tersebut tercapai.
36. BUKU STOK
36.1 Mana-mana mata pelajaran yang mempunyai buku stok seperti Sains, PJPK,KHB, dan sebagainya, maka Guru Kanan berkenaan hendaklah memastikan maklumat-maklumat dalam buku tersebut sentiasa tepat, kemaskini, lengkap. Buku itu akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong-Penolong Kanan.
37. PENGAMBILAN BARANG
37.1
37.2 Mana-mana guru yang ingin mengambil, menggunakan peralatan sekolah, dikehendaki mengisi rekod maklumat pinjaman yang disediakan.
Apabila menggunakan peralatan tersebut, gunakanlah secara yang berpatutan untuk mengelakkan dari pembaziran.
37.3 Segala barang/peralatan sekolah yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan dengan kadar yang segera supaya tidak timbul kesulitan kepada pengguna berikutnya.
38. TAG NAMA
38.1 Semua guru/staf dikehendaki memakai Tag / Lencana Nama semasa hari persekolahan, hari-hari keramaian sekolah dan juga semasa menghadiri sebarang majlis, mesyuarat atau taklimat di dalam atau di luar sekolah. Tag nama hendaklah dipakai di atas dada sebelah kiri.
39. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN / PERHIASAN BILIK DARJAH
39.1 Semua guru tingkatan hendaklah memastikan murid di bawah jagaannya menghias dan kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. Guru tingkatan hendaklah memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dan berfaedah kepada murid.
40. MENGANJURKAN MAJLIS
40.1
40.2
40.3 Sekolah amat menggalakkan dan mengalu-alukan setiap persatuan, kelab, permainan dan badan beruniform menganjurkan apa sahaja kegiatan yang sesuai seperti ceramah, bahas,bengkel, pertandingan,perkhemahan, lawatan, pertunjukan dan sebagainya. Majlis-majlis ini akan dapat menyalurkan bakat, minat, kebolehan dan kecenderungan murid disamping melatih mereka dalam kepimpinan murid.
Untuk tujuan itu guru-guru penasihat/ guru tingkatan hendaklah sentiasa memberi galakan, nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan bimbingan kepada mereka yang menganjurkan majlis itu supaya teratur, licin, kemas dan sempurna.
Guru penasihat juga diminta supaya menyediakan satu dokumentasi berkenaan program dan kegiatan yang telah disempurnakan itu dan menyerahkannya kepada Setiausaha Jawatankuasa Dokumentasi sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(JAMIL BIN OTHMAN)
Pengetua SMK Jalan Paya Besar