2 minute read

PENGHARGAAN

sopan santun dan berbudi pekerti hasil daripada nenek moyang pada zaman dahulu. Menurut Saidatul Nornis (2013), bahasa pantang larang merupakan satu “disiplin lisan” yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu sehingga kini. Pantang larang yang dilakukan bertujuan untuk mendidik anak muda khasnya agar dapat menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian dan menjadi contoh teladan. Antara contoh pantang larang ialah tidak boleh duduk atas bantal, punggung akan terkena bisul dan juga tidak boleh memotong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur. Seterusnya, tidak boleh memukul, mendera atau mencederakan haiwan kerana dikhuatiri akan melahirkan anak yang cacat. Selain itu, jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami masalah semasa melahirkan anak. Perkara ini penting bagi memelihara ketenteraman keluarga apabila tinggal bersama mentua.

Dari segi proses nilai dapat dilihat dari aspek seni halus dan pemakaian. Menurut Jabatan Warisan Negara (2016), seni halus ialah satu proses membina, membuat atau menghasilkan objek atau barangan melalui kreativiti dan kehalusan hasil kerja yang sangat tinggi. Motif penghasilan seni halus tertumpu pada pengaruh alam sekeliling seperti flora dan fauna. Seni halus yang berkait rapat dengan kebudayaan Melayu termasuklah seni bina rumah tradisional, seni bina masjid, pembuatan tembikar atau seramik, pembuatan batik, ukiran kayu, anyaman tikar mengkuang, tenunan songket, tekatan perak dan emas, pua kumbu, kain destar dan kain tenun, manik, penghasilan tembaga, labu sayung dan perhiasan diri. Hasil seni halus memaparkan kreativiti serta kepandaian masyarakat Melayu yang dapat menghasilkan hasil kerja tangan tradisional yang begitu halus dan bernilai tinggi.

Advertisement

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyrakat Melayu tidak kira sama ada perempuan dan lelaki di tanah melayu memakai baju kurung. Menurut (Abbas Alias dan Norwani Md. Nawawi, 2003) penggunaan istilah kurung yang sama pada kedua-dua baju lelaki dan perempuan. Baju kurung lelaki ketat dan berseluar singkat manakala wanita hanya memakai kain sarung dengan melilit seluruh tubuh ataupun berkemban sehingga dada (Haziyah Husin, 2019). Setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, berlaku perubahan dalam cara pemakaian masyarakat Melayu khususnya apabila mereka telah mula mengamalkan memakai pakaian yang menutup aurat. Baju kurung menjadi pakaian harian bagi kaum wanita di Malaysia. Namun kini terdapat pelbagai jenis baju kurung dan potongan mengikut perubahan seiring dengan zaman. Contoh baju kurung yang ada di Malaysia ialah jenis ialah baju kurung Kedah, baju kurung Pahang dan baju kurung biasa. Setiap jenis baju kurung tersebut mempunyai potongan kain yang berbeza. Baju kurung kedah berlengan pendek sedikit dan tidak mempunyai pesak pada baju, manakala baju kurung Pahang potongannya sedikit lebar dihujung dan baju kurung biasa potongan kain yang lurus serta bepesak.

This article is from: