Mohd Zin Abd Aziz seorang pembuat replika rumah Melayu tradisional dan juga istana Melayu lama. Sentuhannya sangat berseni, unik, kreatif dan kemas. Ia memukau sesiapa sahaja yang memandang. Hanya dengan melihat gambar-gambar contoh di internet, Zin mampu menjelamakan sebuah rumah Melayu lama yang semakin dilupakan. Betapa istimewanya insan ini. Dengan memiliki buku ini, anda akan tahu perjalanan Zin dan perkongsian cara untuk membuat sebuah rumah replika.