1 minute read

APA KATA PESERTA?

Next Article
APA KATA KOMUNITI?

APA KATA KOMUNITI?

"Dulu saya pukul orang sekarang tak dah sebab saya dah insaf dan saya dah tau pukul orang dosa. Dulu saya suka maki orang juga, sekarang tak dah, tak maki dah" - Akim,peserta

"Lepas saya masuk Gempak100, saya lebih suka masuk tarian dan muzik. Sekarang saya masuk menari tarian wau bulan dekat sekolah. Saya nak belajar seni supaya boleh menari tarian tradisional dan nak tunjuk bakat untuk semua orang yang saya ni ada bakat seni" - Damien,peserta

Advertisement

"Seni ni boleh membawa saya ke masa depan. Saya boleh buka kedai tangkap gambar orang, cuci dan jual. Saya nak belajar macam-macam lagi untuk saya lebih mahir dalam bidang fotografi supaya saya boleh ajar orang, cara nak cuci gambar dan seni yang lain-lain" - Hazriel,peserta

"Awal dulu saya malu bila datang bengkel, sekarang macam dah biasa dengan kawankawan, macam dah kenal. Dulu pun saya takutlah terbuat salah sekarang tak takut dah nak buat persembahan. Masa depan, saya nak buat cerita sendiri lepas itu buat persembahan depan semua orang. " - Zenia,peserta

"Perubahan diri saya dulu kalau saya tangkap gambar, angle saya tak betul, selalu senget, jalan cerita dia macam tak bagi info langsung. Bila saya masuk geng fotografi, saya dah boleh tangkap gambar dari segi angle yang betul, tak senget dan juga tangkap gambar ada cerita dia macam photojournalist " - Wani,peserta

This article is from: