Issuu on Google+

Ciri-ciri sistem tenaga yang menghasilkan ATP ialah Sistem anaerobik alaktik

Proses glikolisis

Sistem aerobik laktik Rantaian Pengangkutan elektron

Sistem aerobik

Kitaran kreb


Anaerobik alaktik

Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter dan berenang 25 meter Memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adenosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.


Anaerobik laktik

Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan padaotot-otot rangka dan hepar (hati). Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik. Glukos atau asid lemak + trigliserida + 0 2 → C02+ H2 O + haba 39ATP


Sistem tenaga dalam senaman Sistem tenaga yang diperlukan pada setiap sukan bergantung kepada ciri-ciri permainan tersebut, tempoh masa dan intensiti. Sistem tenaga yang terlibat dalam larian 5000 meter adalah seperti yang berikut: (a) 10 saat pertama – anaerobik alaktik. (b) 10 saat hingga 30 saat – peralihan dari sistem alaktik sistem laktik. (c) 30 saat hingga 2 minit – anaerobik laktik. (d) 2 minit hingga 5 minit – peralihan dari anaerobik laktik ke aerobik. (e) 5 minit ke atas – sistem aerobik.


Sistem tenaga yang dominan bagi aktiviti yang melibatkan kuasa bergantung kepada:

Bekalan tenaga anaerobik alaktik

Kekuatan otot

Kelajuan penguncupan otot.


Langkah untuk meningkatkan simpanan sumber tenaga

•Konsep tenaga adalah bahan api •Bekalan bahan api yang dimaksudkan ialah jenis makanan yang boleh menghasilkan ATP semasa latihan. •Terdapat tiga sumber kelas makanan utama iaitu karbohidrat, lemak dan protein. •Bekalan tenaga yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis makanan ini boleh digunakan bagi sistem aerobik untuk menghasilkan ATP.


Kelesuan otot ď ś Kelesuan merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. ď ś Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada: (i) Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidaan). (ii) Pengumpulan hasil sampingan metabolik. (iii) Sistem saraf. (iv) Mekanisme kegagalan penguncupan gentian.


Faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot:

(i) Pengumpulan asid laktik. (ii) Kekurangan simpanan ATP dan PC. (iii) Kekurangan simpanan glikogen otot.


Pengumpulan asid laktik • Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna. Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. • Simpanan glikogen ditukarkan menjadi glukosa dan kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi menghasilkan ATP seperti ditunjukkan pada rajah di bawah: ďƒź Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik. ďƒź Keadaan ini mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.


Kekurangan simpanan ATP dan PC Fosfokreatin (PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan penguncupan otot yang berulang-ulang secara maksima menunjukkan kelesuan berlaku bersama dengan pengurangan fosfokreatin. Sistem ATP-PCr berintensiti tinggi. Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi berkurangan. Pada paras kelesuan yang tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi kurang.


t2tenaga